Isnin, Disember 06, 2010

Bangkok Part 2



href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj105QOrqOZMqiY6Yhr6VlMPwbfRNV3XkB-lBM_WM1hiGQKbUGYVZlbq_UhPRNhtuvmtiGiAVV_uIAdLvQy40TQir22bbCReLoVwqL4rBMXroVasDNjEsRvQ5x5Wf6ig9_vy8PAPYu6L7IG/s1600/IMG_4937.JPG">


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK7Fn8CMIrIvZHxjqjrCXfHr6X783bg2uKeb5aa-VZ3-FsZ3F-lTlCopQGwXzv6ITmhwvHlxafd-5pgfGRIXAb_6QVGz_dtjeXvs-1IGLR0aq-iBV1g-EfLSc3VBokciVgrZlEMNYHYK6v/s1600/IMG_4933.JPG">


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKdEUkMFDuY4gNNlYN2ssLyo9hOYuYFEDihAJlx18rSo6gvGrR-qZFQuUbpZYrNqVew2zcifummOpojk507iLsa3bQn43GE_DhcrsfvPq_PsYuMnP9ppfT5ZjLZNf5zf4B3TEEK1ocNe5l/s1600/IMG_4928.JPG">


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8UU7FQWOwJ0kB0GP7wxRi-F0aL9IfWmyyQpI7VyAUqBGYJECtlfMNR-Kx4uMd-VrHL-zNhQQV5FHSwTUTlLiS-2rc90_8Ct4lsYpyNRqsxDVJpz_6BwTR3LveNgg8o6cvI9rUOwhTfVbE/s1600/IMG_4924.JPG">


Saturday.

Hari ni hari kedua kami kat Bangkok dan abang akan mula bertanding pagi ni tepat pukul 9 sebaik lepas upacara pembukaan. Aku bangun awal...ni penyakit lama....pukul 5.30 pagi aku dah terkebil-kebil kat atas katil dok tengok sorang-sorang masih dok merekot kat dalam selimut...kalau orang lain memang enjoy dapat tidur tapi tidak untuk aku.. Aku lebih enjoy kalau tak tidur sebab aku dapat buat apa yang aku tak sempat buat. Memadai kalau aku dapat 4 jam tidur nyenyak...aku bersiap dan pikir apa lagi plan kami untuk hari ni selain daripada tengok abang lawan bola.

Pam tolong kami panggil teksi dan explain kat teksi tu kat mana kami nak pergi hari tu. Amboi aku terkejut sungguh bila dengar Pam cakap Siam....pandai sungguh dia! Heh3...perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 20 minit dari hotel dah jadi 1.5 jam....aku duduk tak tentu hala sebab tahu abang tengah warm-up nak main bola la ni....ish....lambat sungguh teksi ni...masa ni lah aku teringat kat cerita Transformers lah...Ultraman lah...Kamen Rider lah....ahhhhh ni semua pasal tengok banyak cerita katun dengan Marina dan baca banyak komik Syabu-Syabu, Ikhtiar Hidup dan Aku Budak Nakal koleksi Yuya!

Kami sampai kat padang dan tengok abang dah start lawan bola. Aku lupa dia lawan dengan sapa. Yang aku ingat cuma dia menang 2-0. Habis mat salleh kena belasah! Horey!! Coach kat situ sebok dok tanya abang umur berapa. Aku pulak dok berdiri betul-betul kat belakang coach-coach tu. Coach Radha (coach kami) cepat jawab, "Huh, if you want to know, his father is standing right behind you!". Coach mat salleh tu tak nak pulak tanya kat aku.....mahu aku star-light dahi dia nanti!

Satu hari suntuk kami kat padang. Dah berbotol-botol losyen aku sapu. Kesan dia tetap sama....aku tetap tak putih dan muka aku tetap terbakar! Anyway, aku tak kisah sebab anak-anak dan aunty masih kenal muka aku walaupun rambut dah tambah putih! Kami ambik teksi kat luar kawasan padang. Kami tunggu kat satu tempat, budak-budak siam dok tunggu kat depan kami....kami tunggu lagi, ada lagi budak siam potong tunggu kat depan....lagi dari kami...depa tu yang sapu habis teksi yang dok mai. Aku jalan lagi ke depan, mat salleh satu family pulak tunggu 20 meter dari depan aku dan sapu teksi yang berhenti! Ahhhhh, panas...panas....cuaca Bangkok memang panas....aku dah terasa macam dok tunggu teksi kat Jaya Supermarket Seksyen 14 pulak...asyik-asyik kena potong queue. Sekali ni aku buat jalan berkepak, beliak kan mata, sentengkan lengan baju dan tahan teksi....2 bijik sekali berhenti...huh! ambik kau!!! kami pilih warna hijau kuning kali ni.....

Sampai hotel, kami semua tergolek tak sedar diri. Yang sedar cuma aku. Pam talipon dan tanya kami nak makan apa? Makan? Horey....itulah tujuan kami ke Bangkok. Selain daripada tengok abang main bola, kami cuma nak makan dan massage....itu tujuan aku dan aunty. Pam tahu dengan niat kami. Pam bawak kami makan kat tempat yang paling best dalam dunia. "STREET FOOD". Aku cakap kat Pam yang aku dah tak larat nak makan kat hotel. Bukannya aku sombong tapi sungguh aih...aku tak tipu! Pam bawak kami ke celah-celah lorong di Bangkok. Dari luar dan tepi jalan memang kami tak tahu ada tempat makan kat dalam tu tapi bila dah menyusur, mak aii...menu dia penuh kat dinding. Sorry aku tak teringat nak ambik gambar langsung! Pam yang order dan kami cuma tolong makan....heh3....

Lepas makan, Pam buatkan arrangement untuk aku pergi massage. "Krung tip...krung tap....krung top....", Pam kata dia dah bagitahu kat tukang urut aku yang aku nak full body massage but be a little gentle to her fragile friend! Heh3....satu jam dia tibai aku dan satu jam lagi dia tuam badan aku dengan herbs...Pandai Siam ni....lepas dia tomoi aku sampai lebam-lebam, dia tuam balik badan aku kasi hilang lebam! Bila balik balik aku cerita pulak pengalaman aku kat aunty..aunty dengar dengan mata terbeliak dan air liur meleleh, tak sabar nak pergi esok pulak...heh3...

Kami bagitahu Pam yang kami nak cari CD lagu lama yang famous kat Thai ni. Selalunya kalau kami kemana-mana, kami akan cari lagu-lagu tradisional...dan setakat ni kami dah ada SATU! Tu lah lagu Siam yang kami beli tu...Penyanyi ni favourite mak dia...aku beli dan balik pasang. Wow...amazing....memang sedap, krung krang...krung krang.....dot com....dot mai.....kalau kat dalam kereta, marina mesti mintak lagu aunty Pam. Masa aku pasang lagu tu, Yuya akan tutup telinga rapat-rapat...abang pulak akan bukak tingkap dan nak terjun keluar.....aku, aunty dan marina akan sama-sama nyanyi lagu tu....."krung krang...krung krang...dot com....dot mai.....

23 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

amboiiii...cuti sakan dia kat bangkok...patut pun sepi kat langkawi tu.

catz berkata...

uncle,
in BKK we should enjoy their food, massage, music..err..best!

Uncle berkata...

Salam KN.
Ala...jalan-jalan dengan family sat...bukannya lama mana pon....bila lagi nak spend quality time with them! Horey...nak pergi lagi!!!

Uncle berkata...

Salam Catz.
Memang yang tulah tujuan kami ke sana pun...Uncle kalau jalan macam tu malas nak ke shopping complex sebab sama macam kat KL. It's always street food for me! Yummy!!

DEENSetia berkata...

Uncle!!!,

Pertama2 sekali thank you very much for the background ni... sejuk dan nyaman mata memandang...

Bestnyaaaa... urut dan makan2 tu ... melelih air liur....

p/s: Saya ada adik kat vietnam, jom kita jalan2 kat sana...

Uncle berkata...

Salam Deen paling setia!

Pandangan yang diterima pakai...thanks to you too, kalau tak Uncle biar kaler tu aja....aik, ada adik di vietnam? Apa tunggu lagi....seranglah!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wah umah uncle baru ni. Biru itu cool.....

sonok dengaq uncle crita pasal Bangkok ni. ada kawan macam PAm syoklah boleh dia bawak gi sana sini. Kalau gi sdirik agak2 leh tersesat dak ni? hehehhe. uplagi gambaq, uncle

Uncle berkata...

Salam Dila.
Saja nak tukaq chat....bagi ceria sikit! Macam yang Uncle dok selalu kata, nasib baik ada kawan-kawan yang baik macam Pam. Dia jaga kami sungguh!

Tanpa Nama berkata...

salam, pak cik

waaaaaaaa bestnyaaaaa....p bkk dah boleh nyanyi lagu siam,,,,tentu merdu itu sebab yuya n abg tak suka,,hehehe
meriah2,,,,,,,,,

tq: penyamun lagiiii

PINATBATE berkata...

Wah! baru sedar blog uncle dah cat baru sempena Awal Muharam tahun baru hujrah!

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

Berapa hari dok kat bangkok tu..dan apa descriptions kat gambar-gambar di atas tu..

Memang best juga Bangkok tu..mama nadz dah pi sekali tapi silap hari..masa tu baju merah sedang buat huru hara..jadi tak dapat horey-horey mcm uncle ..
Salam Maal Hijrah

Uncle berkata...

Salam Penyamun Lagi!
Uncle dok cari sapa lah PL ni....dari dulu sampai la ni tak dapat2.....ish...penymun sungguh! Actually lagu tu memang sedap. Nyanyian tahun 40-50an menggunakan modern instruments....ada strings lagi. To me I find it awesome....but to the rest, hmmmm....PL you take care and work smart!!!!!

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Saja Uncle nak tukar baju sikit....daripada All Blacks (NZ rugby team) kepada Les Bleus (French rugby team). Kalau tak tukar nanti Deen Setia marah pulak.....nanti dia tak ajak pi Vietnam!!!

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Saya dan keluarga taklah lama sangat duduk sana...Pam lagi lama! Heh3....Pasal caption tu saya pun tak tahulah...74X dah masukkan tapi hilang jugak...yang dok keluaq cuma formula Physics and Add Maths saja...Hangin satu badan ni....tu yang nak makan SOMTAM tu!

rezeki berkata...

salam uncle


dah boleh masuk siam idol hehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Dah try tapi depa kata patah lagu dengan lenggok tak kena! Heh3...

AiNiey Bariyyah berkata...

lawak sungguh ankel ni,hehe..
krung krang.. krung krang.. (^_^)y

Uncle berkata...

Salam AB.
Hidup Biar Ceria.................!

Yours truly berkata...

Salam uncle

Thai message mmg BEST!!

Yours truly berkata...

opsst silap

massage okey..!

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.
Thanks for the comment and the "oopps...", heh3....yes, memang depa pandai and they have schools to train people and well received by the locals...they are "clean" but unfortunately you have to know which one to choose!

Damiamikhaila berkata...

uncle... lagu tik shiro pun best gak..

Uncle berkata...

Salam damiamikhaila areesyasofea.

Kena pergi bangkok lagi sekali ni. Rasanya summer nanti uncle akan ke sana sebab ada reunion dengan my university mates di switzerland dulu..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...