(marina dengan muka sakana dia!)
(aku dan kawan lama aku...aku perasan yang rambut dia masih hitam!!)
(Pam buat2 busy masa nak ambik gambar)
(apalah depa jual tu?)
(mata marina tak kelip2 tengok kasut2 ni semua)
(disalah satu pasar malam kat Bangkok)
(tengok pipi aku dah tembam!)
(Abang bangga jadi juara siap pakai malaysian flag lagi...ala2 asian games!)
(coach lain semua dok tanya abang umur berapa.....passport abang siap, just in case!)
(saujana mata memandang....aku rasa aku paling besar...heh3...)
Hari Jumaat pagi kami dah bersiap nak berjalan. In fact bukan hari Jumaat, to be precise, kami dah siap dari Khamis lagi dah! Bukannya siap apa, siap budak-budak tak boleh tidur sebab nak ke Bangkok! Depa punyalah seronok....aku pun tumpang seronok sebab berkesempatan bercuti dengan keluarga. Kami ambik kesempatan ke Bangkok sebab abang ada perlawanan bolasepak peringkat antarabangsa kat sana. Ada pasukan dari Singapore, Australia, China dan jugak tak lupa dari negara tuan rumah sendiri yakni Thailand. Adalah dalam 12 team semua kalau tak silap aku. Aku dah pesan awal-awal suruh travel light sebab kapal terbang ni tak boleh bawak lebih...nanti charge dia pun lebih...heh3....aku lupa nak bagitahu kat TF yang aku nak bercuti....kalau tidak, mungkin dia bagi satu dan suruh aku bawak sendiri ke Suvarnabhumi...
Sampai kat airport, semua orang dok tengok budak-budak pakai baju sponsor tunggu flight. Melepak kat depan Mc Donald sambil bergambar sakan...aku pun tumpang sakan sama...heh3...check in and boarding langsung tak menjadi masalah. Semuanya on time. Tak macam nak ke pulau puaka tu...memanjangnya tak ikut time! Puaka sungguh! Bila kami boarding, masyAllah, meriah sungguh budak-budak tu. 2 jam perjalanan langsung tak terasa tapi aku rasa, penumpang lain mesti dok menyumpah sebab satu team dah jadi macam 10 team dalam kapalterbang tu! Aku terdengar orang belakang aku cakap kat kawan dia yang inilah flight yang paling bising yang dia pernah naik....apa nak buat, hidup mesti ceria!
Sampai kat Bangkok masih lagi on time. Lamunan kami terhenti sebab immigration punyalah queue panjang. Nasib baik aku bawak Marina. Kami dapat priority lane. Thanks to Thai Airport Authority yang sangat prihatin. Kat situ kami tinggalkan abang sebab abang akan menginap di perkampungan sukan di Hotel Ramada. Kami naik teksi terus ke hotel kami di Ramkhamhaeng. Jammed was quite bad tapi masih masuk akal lagi. Sampai kat hotel, kawan lama aku tahun 94 dulu dah tunggu. Budak Siam ni lah yang selalu aku dok bercerita sakan kalau aku ada menyentuh topik pasal Siam. Masa dalam kelas dulu dia duduk kat depan aku. Kami sama-sama kerja kat Geneva dulu. Walaupun dah agak lama, kami masih lagi berhubung rapat. At least seminggu sekali kami mesti bertanya khabar. Aunty pun kenal rapat dengan Pornpajong Watcharaparn @ Pam ni. Pam pun pernah datang KL tengok Yuya masa babay dulu. Masa kami sekeluarga ke Hatyai dulu, Pam lah yang jemput kami dengan kereta dia kat BKH masuk ke Hatyai dan mak dia personally tunggu kami dan masak makan tengahari untuk kami. Baik sungguh family dia. Adik dia pulak bekas pelakon dan model iklan kat sana. Aku ada jugak tanya kat Pam, adik dia sihat ka? Tapi bila perasan aunty jeling kat aku, aku tukar dan tanya mak-pak dia sihat ka? Heh3....
Lepas check in, Pam bawak kami pergi makan malam kat tepi apartment dia which is only seberang jalan tempat aku duduk. Tak lah jauh mana pun. Pam kata senang dia nak jaga kami dan jumpa kami. Kalau kat tempat lain Pam mungkin tak sempat sebab dia sibuk kerja. At least kalau kat situ, awal pagi sebelum pergi kerja dia boleh datang tengok kami dan malam lepas kerja dia boleh bawak kami pergi makan....amboi baik sungguh kawan aku ni....Tu yang aku kata tu, aku bernasib baik sebab dapat kawan-kawan yang baik....
Apa kami makan malam tu? Sorry...bersembang sakan, aku terlupa nak ambik gambar...tapi yang mesti untuk aku, extra dish of Pad Thai. Yang tu mesti untuk aku. Very nicely done, balanced and tasty. Ahhh...thai food.......
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, November 30, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
22 ulasan:
salam uncle
tahniah buat abang
3-4 tahun lagi boleh wakil peringkat remaja pulak
psss bukan tembam , montok hehehe
Salam to you Rezeki.
Thanks....memang montok pun..heh3...anyway, hari ni dah start diet balik...target lagi 3 minggu sebab anak menakan nak kahwin...pak menakan kenalah slim...horr laio....
salam uncle..
seronoknya Abang!
Salam Pinat.
Bukan abang saja seronok, kami pun naik syeikh sama! Heh3...
assalammualaikum uncle,
Bagusnya parents menyokong hingga ke Bangkok, cuti sekolah pula..
Semoga abang bergermerlapan lepas ni..besar tinggi dia yer..
kelakarnya muka marina..hahah
tahniah buat ARMAN dan team
salam uncle..
bestt nya g bangkok.. tak g shopping ker??:)
uncle...
tahniah buat abang yg berjaya bermain peringkat antarabangsa... mudah2an akan terus berjaya....
seronknya punya kawan dimana2... urusan jd mudah jika keluar negeri....
dah agak dah, marina mesti buat aksi macam² :)
Salam Mama Nadz.
You'll be surprise to see the support from parents. Setiap training anak-anak, mak-bapak akan penuh padang menyokong anak-anak walaupun cuma latihan dan kami dah macam tu selama bertahun-tahun! Kalau lawan di Bentong ka Singapore ka, mak-bapak pun ikut sekali. Macam di Bangkok!
Salam Rauf. Your name sounds familiar sebab teammate abang pun nama Rauf jugak....pandai dia main bola.....anyway, Marina memang suka buat muka sakana@ikan! Heh3...
Salam Yours Truly.
This trip we decided to just enjoy the food and go for good massage...Kami tak shopping pun except beli CD lagu 50-an Thai (mak Pam punya fav singer) dan pergi tengok FBT products...excellent trip for family bonding....heh3...
Salam Ibu N Abah.
Saya selalu ingatkan anak-anak dan diri sendiri supaya berbuat dan berniat baik pada orang lain tapi harus berwaspada. Arwah Mama dulu selalu bagi orang makan walaupun kami sendiri tak berapa cukup makan. Alhamdulillah bila kami kemana-mana, kami selamat dan berjumpa ramai orang yang baik hati walaupun berlainan bangsa dan agama!
Salam KOG.
Dia memang suka sangat buat muka ikan kat depan cermin walaupun muka dia macam Jerry!
wah uncle sonok baca uncle punya entry arinih
syok no tengok bangkok siang malam
tengok pasar tu aduhai teringin nak jejak sini....kekdahnya
tu PAM comey no. wah patut unty jeling saja. Jangan nakai nakai lah no(ahak)
Salam Dila.
Kami sekeluarga kenal dengan Pam sekeluarga. Dah macam adik-beradik dah....lama tu...dari 1994!
Tahniah buat ABANG dan seluruh ahli team! Bangga wooo muda2 dah jadi wakil Malaysia.
Untung UNCLE sebab pi mana pun ada jer kawan yg entertain. Kawan yang baik utk kawan yang baik, dak gitu?
salam,
congrats to abang.
wow..nice holiday..and thai food aaahh..best gila kan (eh aku ni makan je kan..).
marina as always cute and chicky..
uncle stay di mana tu ya?
shopping?
Salam Azieazah.
Uncle suka dengan ayat yang terakhir dari Azieazah..."kawan yang baik untuk kawan yang baik...", insyallah !
Salam Catz.
Memang seronok enjoy the friendship, food and massage. Nak shopping kat mana2 pun serupa....cuma yang beza cuma harga....we stayed at the regent.
Uncle,
Kami yang dekat sempadan pun belum sampai Bangkok.Setakat Hadnyai atas urusan perubatan...Saya selalu rasa cuak bila berada disana tapi bila lihat keluarga uncle riang ria teringin pula nak sampai Bangkok.
Salam buat keluarga.
Salam mokjadeandell.
keadaan kat sana sangat baik. no problem at all. grab the opportunity that airasia offers....it's worth every cent...
Catat Ulasan