Selasa, Disember 21, 2010

Sunflower Boy!

(bila turn depa ni pulak, aku dah lebih kurang 65-70...fuyoo NGERI!)

(simple yet elegant. I like...)

(pak su depa yang tak pernah-pernah tua....heh3...)

(aku lah...sapa lagi...)

(ni baru sebahagian keluarga...ada lagi yang tengah dok ikat sampin, ada yang dok pi check microphone, ada yang dok belek2 bunga ros nak letak kat meja dirumah...heh3...)

(my little "sunflower boy" is now married to Anieza, congratulations..)

(marriage made in heaven!)

(speeches yang buatkan mata aku berair! err...actually, sabun masuk mata...huh? apa aku merepek ni?)

(tengah dok bagi speech dan tribute to all family members including all the aunty and uncles, tiba2 aku emo!)

(sorry flash aku tak sampai....maklumlah...kamera mahal!)

(cantik lagi menawan...)

(anak sapa la sorang ni...muka familiar...)

(lepas horey2 dengan kawan2 yang tak dikenali, ditempat yang tak dikenali, aku terjumpa budak2 ni kat depan toilet di malam akad nikah!!)

Ezran ni sebenarnya merupakan anak menakan aku. Anak kedua kepada kakak sulung aku. Masa kecik lagi si Yan (panggilan sampai la ni!)duduk kat Brown Garden sebab mama dia tengah dok belajar kat luar negeri. Jadi, Tok Wan dan Tok Mama lah yang dok menjaga Yan ni selama beberapa tahun. Sayang sungguh depa kat Yan. Ditatangnya Yan ni sungguh-sungguh walaupun tak berlebihan. Masa tu dalam tahun 86 aku di tingkatan 6. Dari dulu aku tengok Yan ni, baik sungguh orangnya. Sorang yang tak banyak cakap, sorang yang berhemah tinggi, menghormati orang sekeliling dan sopan-santun. Ni kalau sapa dapat anak macam ni memang beruntung betul. Kalau dapat menantu macam ni lagilah beruntung. Bak kata guest aku dulu pasal makan, "A Class!"

Aku ada bercerita pasal anak-menakan aku yang sorang ni dulu. Dia lah yang rapat sangat dengan Tok Mama dan Tok Wan dan in fact masa TM dan TW nak buat haji, Yan ni sampai tak mahu pergi sekolah sebab selalunya TM lah yang jaga makan-pakai dia dan lambai dia masa nak pi sekolah...Oleh kerana Yan tak mahu nak pi sekolah, maka, sebagai Pak Su yang tersangat cemerlang, aku lah yang dok hantar dia ke sekolah dan tunggu dia kat kelas....jadi kat situ aku ter"bonded" dengan Yan. Masa kecik kat Penang, petang-petang mesti muka dia "selepong" dengan bedak sejuk! Ada banyak gambar Yan masa kecik tapi aku tak sempat nak scan dan upload. Bukan pasal aku takdak masa tapi pasal aku kurang arif lagi bijaksana....heh3...

Aku teringat masa Yan kecik-kecik dulu bilamana TM hantar dia ke tadika kat minden height, tepi jalan gelugor dan sederet dengan klinik aman 24 jam tu, Yan punyalah seronok manakala TM punyalah risau....masa tu aku tengah dok menunggu result STPM aku. Jadi kesempatan tu aku ambik untuk bagitahu kat Mama yang aku akan tunggu Yan kat Tadika. Pasal apa aku tiba-tiba jadi rajin? Pasal itulah satu-satunya kesempatan aku nak menyilok kereta Honda Civic TF Mama (kaler ang-ang!)yang selalunya Mama tak pernah bagi aku bawak! Lepas hantar Yan ke tadika, aku cilok ke jelutong, pekena nasi kandaq....Puas....

Tok Mama sediakan buaian untuk Yan kat dapur. Tiap-tiap petang TM paksa Yan tidur dengan henjutan-henjutan yang super-duper dahsyat dan aku rasa kalau orang tu tak mengantuk, dia terus akan mengantuk bukan sebab dia nak tidur tapi sebab dia pening! Macam tu lah powernya TM! Ditambah pulak dengan lagu yang aku dok dengar selama bertahun-tahun yang bunyinya lebih kurang macam ni, "...or3....or3...(berdengung sikit kat hidung!). Aku rasa kalau aku dengar lagu tu lagi, aku pun ikut sama tidur...siap berdengkur lagi...tapi bila aku buat lagu yang sama kat anak-anak aku, semuanya baling bantal kat aku...aku heran!

Masa Yan balik ke KL untuk sekolah, aku tumpang rumah kakak aku. Jadi Yan ni membesar kat depan mata aku jugak lagi...aku rasa dia pun boring tengok muka aku...la...Pak Su lagi! Yan suka tengok cerita "He-Man" dan dia ada pedang He-Man yang aku beli kat Supermarket GAMA depan Kasim Nasi Kandaq. Tiap-tiap hari aku dok berlawan pedang dengan dia sampailah dia nangis sebab aku yang selalu menang! The following year tu aku beli topeng Ultraman yang ada lampu kat dahi. Masih lagi kat Gama depan Kasim Nasi Kandaq. Tiap-tiap hari dia pakai topeng Ultraman sampai bila dia tak pakai aku dah ingat yang tu bukannya Yan!

Yan dari kecik baik. Ada sekali tu masa kat sekolah rendah, ada satu "play" kat sekolah dan Yan jadi "sunflower". Yan seronok jadi sunflower dan tiap-tiap hari dok practise. Kerja dia cuma goyang-goyang badan dan angkat tangan macam sunflower dok berkembang. Selalunya kalau aku teringatkan sunflower scene tu, aku akan senyum sorang-sorang. Ada sekali masa lalu kat depan hospital dan nak parking motor, aku teringat kat sunflower play tu dan aku senyum sorang-sorang....lepas aku bukak helmet, aku tengok ada 3 orang yang dok parking motor sambil dok tengok gelagat aku dengan heran......mungkin depa ingat "memang sakit budak ni...".

Yan membesar dengan environment yang cukup bagus. Result Yan pun sangat bagus. Yan masuk universiti dan lepas tu mula kerja. Once in a while kalau aku pergi ke rumah kakak aku, Yan akan datang dan bertanya khabar. Now that Yan is already a married man, aku nak pesan kat Yan, jaga Anieza dengan baik. Satu lagi exciting chapter dah bermula....dan Yan, to Pak Su, "you are always my SUNFLOWER BOY!..."

16 ulasan:

Yours truly berkata...

salam uncle

hahahahah..saya tak tahan dok gelak sorang2 tang part 'henjutan-henjutan yang super-duper dahsyat'..
dok teringat org2 tua dulu2 mmg suka henjut camtu..hahahahahha

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

selamat pengantin baru buat Yan & pasangan.
tahniah tuk uncle jua :)

P/S: Uncle dah kat KL sekarang yer!

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.
Sebelum saya lupa, nak tanya sikit, pasal apa saya tak boleh comment in your entry? Tried a couple of times but to no avail!

Ok, yes.....kalau budak tu tak tidur,lagi tu lah di henjutnya....silap2 lekat kat ceiling rumah! Heh3...

Uncle berkata...

Salam KN.
Aik...perasan ka saya kat KL la ni? Kaki gatal nak jalan lagi ni...apakhabar Kuey san and the gang kat rumah?

PINATBATE berkata...

salam Uncle..
cantik betul pasangan pengantin,pelamin dan marina..

deaf-angel berkata...

selamat pengantin baru sunflower boy hehe..

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Pasangan Maksu dan Paksu pengantin lagilah lawa...heh3...

Uncle berkata...

Dear Deaf Angel.
Thanks for the wish.....

Yours truly berkata...

salam uncle..
ye ker tak boleh komen?? saya pun tak tau.. (cheq pun buta IT..hahaha)

Uncle berkata...

Salam YT.
good to hear from you. Satgi Uncle nyanyi lagu MJ naaaaa...."....you are not alone..." heh3...

rezeki berkata...

salam uncle

uncle nampak segak dan bergaya hehe


selamat pengantin baru buat depa berdua

kita ni kira pengantin lama hehe

Uncle berkata...

Tu bergaya orang lama namanya....heh3...pengantin lama ni dia slow sikit!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

seronok noooo tengok anak menakan kawin,,,,saya pun teringin nak kawin hehehe....

tQ > penyamun lagi....

Uncle berkata...

Salam PL.
Uncle tak tahu yang PL belum berkahwin....tapi takpa, Uncle akan turun kan ilmu mana tahu PL akan dikejar sepanjang jalan nanti!

Unknown berkata...

salam uncle..i like your reading!

Uncle berkata...

Thanks Bibu...keep on reading!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...