Sabtu, Januari 01, 2011

Bali Babak 1

(aku duduk dihotel ni di kuta)

(salah satu sudut hotel)

(nak kebilik aku)

(bikil aku kat hujung tu!)

(pemandangan dari lobi ke laut di kuta beach)

(street in kuta)

(sekejap lagi aku nak pergi surfing...heh3...)

(bilik aku ada pool, yeay!)

(pemandangan dibilik)

Minggu lepas aku jadi bertambah sibuk. Lepas saja anak menakan aku kahwin, aku dah mula bersiap-siap untuk ke Bali pulak. Ada urusan sikit. Oleh sebab ini pasal urusan, jadi aku pergi sendirian tak bawak keluarga. Perjalanan dengan airasia sangat smooth dan menyenangkan. Terhinggut-hinggut kepala aku masa dok naik tu. Maklumlah lately aku dok tidur pukul 2-3 pagi. Bukan pasal buat kerja, tapi dok melangut tengok tv...ni last first time aku ke bali. Selalunya cuma dengar cerita dari aunty dan jugak dari pembacaan aku di internet etc. Aku tahu yang pulau ni memang power dengan tourism jadi kesempatan yang Allah bagi kat aku, aku tak sia-siakan. Pergi ke bali untuk tengok dengan lebih dekat macamana perjalanan tourism dikendalikan. Sangat menarik bilamana aku dapat pergi kesemua tempat-tempat menarik dan berjumpa dengan orang-orang penting kat sana. Pergh...banyak akan aku cerita nanti...

Sampai aku kat Bali, ada orang yang menunggu untuk dibawak ke hotel penginapan di Kuta. Hotel ni sangat menarik sebab berada betul-betul mengadap laut dan disinilah tempat orang ramai dok surfing. Hotel tak besar tapi sangat selesa. Bilik aku menarik sebab ada pool didalam bilik! First time ni...Haru-biru sat!! Aku tak ambik masa lama untuk explore bilik. TV flat screen yang besar melekat kat dinding. Sound system BOSE memenuhi impian cuti/kerja aku. Bathroom yang boleh memuatkan seramai 10 orang mandi serentak sangat kreatif bilamana bilikair dia takdak bumbung dan jamban dia takdak dinding! Part kat jamban ni tak boleh buat dengan 10 orang serentak...yang tu kacau! Separate kitchen dengan full kitchen facilities membuatkan aku kaget. Aku dok melilau kat dalam bilik sorang-sorang sampai pening...

Keluar sekejap untuk ke lobby dan mencari idea. Tengok pool...pergh...tengok restaurant depa, pooh...tengok landscaping depa, aku surrender lah...memang cantik dan dijaga rapi. Aku keluar jap untuk beli sim card dan dapatkan nombor baru. Town center yang penuh sesak dengan manusia. Macet....hujan turun pulak, lagilah macet! Ngopi sat kat tepi jalan sambil dok cari idea apa aku nak buat nanti dan tengok suasana cafe depa yang berlambak-lambak tu. Cari idea...cari idea...Lepas 2 jam, aku balik lagi ke hotel. Rest sekejap sebelum keluar lagi untuk makan malam pulak kat tepi laut dekat dengan Hyatt ka apatah, aku pun dah lupa.....

Menarik...menarik dan aku sangat happy dengan trip ni. Sorry, aku nak keluar sekejap sebab aunty nak masak special untuk kami makan tengahari nanti. Jangan lupa, hari ni aunty buat "Lunch Special" sebab hari ni hari Raya depa!!!!

13 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

ceritalah lagiii...

Uncle berkata...

Sabar KN sabar....sabar tu separuh daripada iman....akan ada banyak cerita daripada bali sebab saya akan kesana lagi dalam tempoh 2-3 minggu ni...

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
akak pun tak pernah lagi jejak kaki kesana.. jika ada rezeki, teringin juga..
wah! part pool dalam bilik tu memang mengujakan. Sama macam Legend Water Homes, PD.. Pool dalam bilik dan anak2 berenang sepanjang tinggal disana...

DadaIQ berkata...

Kalau bawak budak2, mesti dia orang seronok mandi kat pool dalam bilik :-)

dilaOHdila berkata...

salam Uncle
wah gi BALi tu. Ingat ceq pi ngan aunty. Ni kalau Marina follow ni mesti dia pun suka. Boleh main pool lagi. Private pool, gempak lah uncle.

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Insyallah akan kesana lagi dalam waktu terdekat dan insyallah nanti cuti sekolah budak2 boleh kesana! Yeay...

Uncle berkata...

Salam DadaIQ.
Ala...bawak budak2 mana2 pun seronok....tidoq dalam khemah tepi laut pun dah horey2....errr, pak depa pun seronok jugak macam tu.....cuba tanya IQ tengok!

Uncle berkata...

Salam Dila.
Not this time. Soon depa dapat pi sana jugak....real soon!

azieazah berkata...

Teruja nak tahu kisah selanjutnya. Dan gambar lawo lawo dari sana...


Sambung ler cepat. Jangan lupa boh sekali gambaq orang nak surfing tuuu...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Gambar surfing tu tak boleh sebab perut dia lagi besar dari surfing board! Heh3.....anyway, esok atau lusa saya akan sambung babak ke 2...tunggu dengan kacang GOOD yea!

rezeki berkata...

salam uncle

pernah ke sana, tapi hanya transit di denpasar aiport bali je on the way ke aussie hehe

airportnya wangi semacam dgn setanggi yg dibakar hehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Nampak gaya, transit saja memang tak cukup. You have to be there and explore what Bali is all about....asyik..........

catz berkata...

Salam uncle,

wah ke Bali!
teringatcerita eat, pray , love yg julia robert berlakon tu.
hikssss.
cari perabot ke uncle?

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...