Isnin, Mei 23, 2011

Hello everyone..

Lama jugak aku tak update. Aku pun tak tahu pasal apa, lately ni aku jadi terlalu sibuk dengan perkara lain hingga aku tak sempat nak buat apa yang aku suka buat...iaitu blogging. Susah macamana pun, sibuk tara mana pun, aku cuba jugak carikan waktu untuk memasukkan entry baru kat dalam blog aku. InsyAllah dipermudahkan semua urusan aku lepas ni. Ramai yang tanya kat aku, when is my next trip to Bali? What I can say is that it's going to be soon. Tak lama nanti sekali lagi aku akan berangkat ke Bali. Satu destinasi yang sangat-sangat aku suka tapi juga merupakan satu destinasi yang menyebabkan aku menjadi sangat sakit at the same time! Macamana tu? Mana aku boleh lupa Uluwatu? Hari tu masa aku jalan-jalan kat Curve, aku melintas kat depan satu kedai yang namanya Uluwatu! Aik? Kat sini pun ada baju-baju dari Bali. Nice and I like!!! Aku suka tengok saja especially baju-baju wanita yang putih bersih selalu membuatkan aku rasa yang si pemakainya adalah sorang wanita anggun yang ayu, menawan dan mempersonakan...


(tempat jatuh lagi dikenang......ini kan pulak tempat kerja lama...)

Semasa kat sini ada beberapa kali aku ke tempat kerja lama dan tinjau makanan-makanan yang ditawarkan. Presentationnya masih seperti dulu tapi sekali ni nampak lebih "sharp". Itu pun aku suka. Cuma malangnya, bila aku pergi ke sebuah hotel yang lain suatu masa dulu dan cuba melakukan sedikit perubahan mengikut zaman supaya tak terlalu "dated", depa susah nak terima....ada saja alasan yang dibagi...last-last baru aku tahu yang depa sememangnya "pemalas..". Sayang sungguh aku rasa, sebab depa memang ada potensi untuk berjaya tapi malangnya masa banyak dihabiskan dengan menceritakan perihal keburukan orang daripada melakukan tugas yang diamanahkan pada depa.

(macam hero pilem...hahahahah)

Cuaca sekarang ni sungguh tak menentu. Ada sekali masa aku balik dan sampai betul-betul kat depan Istana Budaya, hujan yang tadinya turun dengan rintik-rintik, mula turun dengan lebat. Memang tak sempat aku nak mengelak langsung. Tapi kebiasaannya, aku pergi dan balik pakai baju hujan. Walaupun tak hujan. Sebab aku teringat yang arwah mama selalu berpesan kat aku..., "Shah...sediakan payung sebelum hujan...". Jadi sampai la ni habit aku kalau naik motor mesti aku pakai rain coat sebab aku tak diberitahu oleh arwah mama, bila nak hujan!!!

Anyway, bila hujan turun mencurah-curah, aku pun berhentilah motor aku kat tepi highway. Bukak seat motor, ambik seluar hujan yang kaler biru tua tu...dan aku sarungkan. Orang ramai yang dok tunggang motor dah start berhenti kat tepi aku sebab semuanya nak pakai baju...sebelum ni depa tak pakai baju...hahahahahah Ada 7-8 orang yang aku tengok terbongkok-bongkok dok pakai seluar hujan. Lap top aku mula basah...aku jadi risau sebab dalam lap top ni, kalau sapa dapat, boleh bukak hotel ni! Kalau basah dan rosak, mati aku.....Lepas aku pakai seluar hujan kat tepi jalan, aku bukak baju hujan sambil mengeliat. Orang keliling aku terkejut. Orang lain pakai baju hujan sebab hujan tapi aku bukak baju hujan seolah-olah tak hujan! Aku tengok orang ramai kat keliling aku dah melopong...depa mungkin nak tahu apakah kesudahan aksi aku tadi...Lepas zip baju aku tanggalkan, dengan perasaan kasih-sayang, aku capai laptop aku yang dok bertenggek kat dalam bakul moto, aku genggam erat dan dengan gerakan kilas yang lebih laju dari halilintar dan pantulan cahaya megapixel....aku balut kat dalam rain coat aku tadi! Orang ramai sekeliling aku senyum sambil mengesat air mata tanda sedih dan bersimpati dengan nasib aku yang ketiadaan beg laptop water proof!


(aku dan seorang gadis manis...)

Aku celapak balik naik moto. Tekan minyak dan tekan minyak. Tak ada perubahan...hujan bertambah lebat! Guruh berdentum-dentam manakala kilat sabung-menyabung, kuat membelah bumi! Aku dengan muka tak tahu malu, terus membalut laptop dell aku kat dalam baju hujan aku tadi dan masukkan balik ke dalam bakul. La ni aku pulak yang kena hujan. Basah kuyup aku jadinya tapi aku sanggup. Aku sanggup basah asalkan laptop aku tak basah.......hahahahah

(aunty bersama-sama body guardnya!)

16 ulasan:

mokja berkata...

Boleh buat perumpamaan baru :
Sayang laptop balut balutkan
Kalau basah tak boleh cari makan.

Love reading your Kedah tinged loghat.

azieazah berkata...

Salam UNCLE. sihat?

Saya tengok gambar dulu. Belum baca sepenuhnya.

Nanti saya komen lain. hehehe

Rindu MARINA.

Tanpa Nama berkata...

salam pakcik

hahahaha


tq : luncai

Leesa Liisa berkata...

lama sungguh tidak ke blog uncle..masih ingat saya?

comel anak2 uncle ni...hikss

Kakzakie Purvit berkata...

Boleh pulak uncle bawa laptop naik motor. Nasib baik ada baju hujan.

Laptop pakai baju hujan!! Hehehe.... tuannya kuyup kesian....

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.

kalau orang mai dari situ, mana buleh nak lari kona pakai loghat laen....hahahah tergeliat lidah satgi!

Uncle berkata...

Salam Azieazah

Silalah tgk gambar dulu...jgn lupa tinggalkan tapak ya!

Uncle berkata...

Salam Luncai

Heheheheheheh

Terjun dgn labu!

Uncle berkata...

Salam Alicia.

Of course Uncle masih ingat....keep on reading and kindly leave your comment/s too!!!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle....
apa habaq. lar ni mesti uncle dah jauh pi outstation kut....
Uncle,
teringin nak shoot food atas tu kat hotel
mesti marvelles.....

rezeki berkata...

salam uncle

rasanya uncle kena backup segala apa yg ada dalam laptop tu, mana tahu karang dia buat perangai, habis semua kerja yg bertahun2 dalam tu yang sangat bernilai musnah begitu sahaja

Uncle berkata...

salam rezeki.
thanks for the reminder untuk backup! thanks too for calling me last few days....all the best dan semoga perjalanan anda membawa keberkatan...kirim salam kat penyamun2 sana!!!

Uncle berkata...

salam dila.
uncle masih di kl tapi minggu depan akan sekali lagi berangkat ke bali dengan misi yang lebih besar dalam tempoh yang pendek!

shooting gambar makanan? i wish i can offer you the opportunity!!!

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

Dah besar rupanya puteri comel uncle....

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.

Ala baru 5 tahun!

Leesa Liisa berkata...

hehehe...sure bro!

by the way, my fb 'Mierza Lisa Kamaruddin'

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...