Isnin, Mei 16, 2011

Yuya

(the all blacks)
Kelmarin genaplah umur Yuya 10 tahun. Kami buat makan-makan kat rumah saja. Yuya kata nak makan spaghetti. Jadi aunty pun buatlah bolognese dan satu lagi request dari aku, potato sarada jepun. Aku cukup suka makan potato sarada ni. Mahu deybab aku nanti kalau selalu makan benda ni! Yuya dengan bangga dan lupa diri, jemput 3 orang kawan dia. Satu nama Khalis. Budak ni duduk apartment sebelah. Geng sekolah ugama walaupun kelas lain-lain. Khalis ni memanjang tersengeh. Tanya sikit sengeh....tanya sikit sengeh....tak palah...janji dia baik. Sorang lagi namanya Aiman. Duduk dekat jugak dengan rumah aku tapi menghala sikit ke LRT Cahaya. Diam-diam aku tanya Aiman tentang perangai Yuya. Aiman dalam dok bisik, bagitahu kat aku yang Yuya ni sorang budak baik....tak boleh tengok orang sedih-sedih. Dia akan tanya dan mula create jokes sampai budak yang sedih tu "hilang ingatan". Dalam diam aku bangga walaupun aku tahu Yuya dan Aiman mungkin dah berpakat untuk cerita yang baik-baik saja kalau ditanya oleh aku....ish..aku tak ada evidence nak tuduh Yuya tapi aku percaya yang Yuya is a nice boy dan helpful type. Sorang lagi budak namanya Rafiq. Rafiq ni budak baik. Selalu main kat depan rumah aku. Kadang-kadang aku pun join dia main sama...hahahahah. Malam tadi Yuya buat kopi kat aku dan aunty...yes, Yuya Rocks!!!

(Yuya dan helinya..)
Yuya pesan kat kami yang dia nak kan helicopter. Mak aii...bukan nya kecik anak benda yang dia nak? Tak sabar-sabar dia suruh kami beli walaupun seminggu sebelum hari sebenar. Siang malam dok pesan benda yang serupa. Jadi last friday, aku keluar dengan aunty untuk carikan heli dia. Satu KLCC kami ronda dan last sekali jumpa kat toys r us. Masa aku umur Yuya dulu pun aku selalu jugak paksa mama dan bapak beli something2 kat aku. Tapi untuk aku selalunya buku-bukulah yang aku mintak. Sebab buku, aku boleh baca dan simpan..Birthday aku, bapak belikan aku machine gun. Aku dengan Yuya mempunyai citarasa ganas yang sama....Aku dapat machine gun dan Yuya dapat helikopter....Bukan semua orang boleh dapat present macam tu..cuma orang kaya-kaya saja yang boleh dapat...hahahahahahah..

(family yang tumpang seronok dengan birthday yuya..hahahah)

So to Yuya, Selamat menyambut hari lahir yang ke 10 dan semoga dirahmati selalu. Jangan lupa mama dan papa serta adik-beradik yang lain bila dah dapat main bola untuk MU nanti! Hahahahahahahah!

24 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

happy birthday YUYa
Yuya dah besar dah.....
** UNCle
naper gambar Kecik?

Yours truly berkata...

happy birthday yuya..awat kecik sangat gambaq?? jenuh nak teropong!!

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

selamat hari lahir yuya!! dari uncle penyamun kecil di makkah. nanti bila dah dapat contract dengan MU, jangan lupa bg uncle tiket free masuk stadium yer.. heheheh

btw, kenapa kecit2 comel jer gambar2 dalam neh? taknak bagi orang teka saiz badan uncle ker? hahahahahaa

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
selamat menyambut ulangtahun yg ke 10 buat Yuya...
kalau Yuya main untuk MU... uncle sure seronok....
mudah-mudahan... amin...

norh berkata...

awat gambaq kecik tak tau!..tak jelaih la tengok..

PINATBATE berkata...

Happy birthday Yuya,semuga dapat main utk MU suatu hari nanti..boleh makcik pinat tumpang glemer..kih3x

tak puas hati..gambar halus betul..mata makcik ni dahlah rabun..huhu

rezeki berkata...

salam uncle

heppi besday to yuya
sampaikan salam saya buat yuya

seorg puteri sebagai penyeri dalam keluarga uncle

moga suksess dunia akhirat
insyallah

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Yuya dari mamatok . Semuga Yuya menjadi anak yang cemerlang.

Uncle berkata...

Salam Dila.
Thanks a lot for the birthday wishes...tak tahu lah pasal apa jadi kecik kemetot! Hahahahahah

Uncle berkata...

Salam Dila.
Thanks a lot for the birthday wishes...tak tahu lah pasal apa jadi kecik kemetot! Hahahahahah

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.
Itu menunjukkan yang Uncle sekarang dah kecik!!! Hahahahahah

Uncle berkata...

Salam Pi.
Insyallah satu hari nanti akan masuk MU jugak...walaupun kawasan Melaka Utara (MU) hahahaah

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Thanks for the wishes.......thank you3X

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle pon tak tao pasai apa...kamera baru kot...hahahah

Tanpa Nama berkata...

salam....pakcik

sampaikan

happy birthday yuya....

tq
luncai

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Thanks....nanti kalau abang dah main untuk Melaka Utara (MU), Uncle bagi tiket sorang satu...hahahahah

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Thanks for the kind words...tapi Yuya tu putera...bukan Puteri...hahahahhah

rezeki berkata...

hahaha tu lah pasal

pasal gambar tu kemetot sangat,
dah konpius antara yuya dgn marina


hehehe

Uncle berkata...

Salam Luncai.
InsyAllah pakcik akan sampaikan salam untuk yuya. Nama luncai ni sangat familiar...ada kena mengena dengan "Luncai Emas?"

Labu!

Uncle berkata...

Salam Rezeki. Biasalah kalau umur dah macam tu...hahahahah

taj berkata...

Salam Uncle...

awat kedukut sgt ni....terkedip-kedip mataku nak tgk gambar yg saiz comel ni...langsung guna kanta,,,baru puas hehehe

hepi besday to yuya...mmg nampak budak baik tp muka ada sedikit nakal...nakal sikit2 takpe, nakal2 budak jantan..hehe

moga hajat bapaknya nk tgk yuya main dgn MU, terkabul nanti..insyaAllah

selamat semuanyer...:P

Uncle berkata...

Salam Taj.
InsyAllah dimakbulkan doa Uncle yang rasa2nya almost impossible tu...but anyway, nothing is impossible kan!

DadaIQ berkata...

Happy Birtday Yuya from all of us. InsyaAllah, semoga impian Yuya jadi striker MU tercapai.

Uncle, bila nak makan dekat TLG lagi? Kalau nak pegi, let us know...boleh join sekali.

Uncle berkata...

Salam DadaIQ.
Thanks for the birthday wish. InsyAllah kalau ke TLG akan dikhabarkan....

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...