Ahad, Jun 12, 2011

Cuti lagi..

Aku masih tetap sibuk di Bali walaupun keluarga aku ada sama-sama aku setengah daripada tempuh kerja aku. Waktu aku ada tugas, depa akan merayap sekitar hotel penginapan. Sewaktu aku ada break in between, habis satu hotel aku cari depa. Yuya dengan Marina akan ada di Kids Club, Abang akan lepak dibilik sambil menonton tv ataupun main games manakala aunty pulak akan melepak kat beach samada mandi ataupun baca majalah dan jugak buku yang aunty bawak beberapa buah tu!

(marina di lobby upon arrival)

Activity Yuya dan Marina sangat padat. Dari pukul 9 pagi sampailah ke 5 petang, ada saja program yang depa buat. Tempat ni mempunyai salah satu program kids club yang sangat baik dan terancang pernah aku lihat. Of course lah tak boleh nak lawan dengan Club Med! Anyway, they tried their best untuk pastikan yang kedua ibubapa dapat beristirehat! Sesampainya kami ke hotel, kanak-kanak akan diberikan tumbler untuk diisi dengan juice 24 jam sehari di Verandah Restaurant. Isi dan minumlah sampai kembung perut pun..


(marina di kid's club)

Yuya suka sangat dengan kepelbagaian aktiviti yang ada. Sekali-sekala aku jenguk jugak during "break" aku untuk pastikan yang semuanya ok. Yuya nampak leka dengan budak-budak lain manakala Marina pulak nampak sikit janggal sebab budak-budak lain tu anak-anak mat salleh...jadi Marina tak boleh nak bercerita banyak. Kecualilah kalau Marina dengan budak-budak kat area rumah yang 1Malaysia tu, Mei Mei, Joel dengan Dania! Anyway, aku rasa bagus untuk dia mula bergaul dengan pelbagai bangsa. Aku nak dia exposed sebaik mungkin.....

(yuya at kid's club)

Salah satu aktiviti yang Yuya really look forward ialah "wall climbing" tapi malangnya last minute telah dibatalkan...jadi pada hari Ahad tu since meeting aku cuma setengah hari, aku bawaklah depa berjalan.....malamnya kami dinner di Kuta. Sampai terlena depa dalam kereta. Kesian aku tengok. Bila tanya nak balik ke hotel atau tak, semuanya jawab, "tak nak!!!!!". Jadi aku assumed, walaupun depa penat, depa masih nak berjalan...aku pun usung lah anak-anak aku....sapa kata bapak tak sayang kan anak-anak?

(awesome view..nusa dua)

Aku suka bereksperimen dengan kamera. Banyak angle dan posisi aku ambik. Macamlah aku ni "pro". Sampai terbaring kat atas pasir! Gambar ni ok tapi aku tak puas...macam ada sesuatu yang kurang lengkap. Kalau Lotfi tengok gambar ni mesti dia gelak sakan...."bokeh" tak kena lah....."apperture" tak betul lah.....Pi, jangan dok gelak yea....nanti Uncle suruh si Rashid dengan Nawi "luku" kepala nanti! Hahahahahah...

(the love of my life!)

Tengok depa 3 beradik main sama-sama cukup membuatkan aku seronok. Happy tengok depa bergelak sakan adik-beradik. Mintak-mintak sampai ketua lah depa sayang antara satu sama lain....sayang aku kat depa tak pernah berbelah bagi....tsk...tsk...

14 ulasan:

azieazah berkata...

Uncle...

Selamat menyambut hari Bapa, nanti.

Betul, apapun yang kita buat, selalu tidak puas. Masih terasa seperti tidak cukup utk anak-anak. Macam ada lagi yg kita nak buat dan bagi. Kasih tiada sempadan.

Selamat bergumbira UNCLE!


Dell + Lenovo vs Mac = AA kalah...!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Kasih Tiada Sempadan.
That's a good one...sayang sungguh kat depa semua....depa dok ada kat KL ni...Lain kali kalau posting mana2 dah tak boleh nak tinggallah....parah...macam2 boleh jadi!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

wonderful...

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

selamat hari bapa....
amin mudah-mudahan keluarga kita semua bahagia disamping anak2 tersayang.....

tq; luncai

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

keh keh keh... saya tak komen apa2 uncle. saya suka cara ankel bereksperimentasi dengan kamera.. saya pun macam tu lah dulu.

btw, si penyamun 2 tu dah nak balik esok lusa. si rashid nak kawen dalam bulan 7 ni kot. si nawi tu tak kawen2 dah. hahahahahaha...

nanti kalau saya balik, make sure ankel balik jugak. hahahaha.. pekena pelita lah! apa lagiii

fyi, mamu dah selamat sampai sini. tapi jarang nak bertemu dan bergosip sebab masing2 sibuk dengan kerja. saya yang takdak kerja ni pun sibuk jugak. hehehehe.

Kak Aya berkata...

Salam Kenal untuk Uncle,

entry uncle cukup menyentuh hati saya...

rezeki berkata...

salam uncle

cuti saya dah abis ni sob sob sob

angle kerusi tu dah kena cuma terpotong sikit kat kanan tu

insyallah,lama2 nanti mahirlah uncle dgn segala aspek kamera yg asas mcm shutter speed, aperature , ISO dan lps tu baru menapak lagi utk pelajari aspek DOF, matrix, bracketing dan byk lagi tu hehehe

Uncle berkata...

Salam KN.
Heheheheheheheh....wonderful yea....

Uncle berkata...

Salam Pak Cik.
Jaga anak-anak baik2 ya.....yang penting pelajaran depa...duit bagi depa cari sendirilah nanti!

Uncle berkata...

Salam Pi.
Amboi si Rashid yang "haluih" tu pun dah nak kahwin.....si Nawi yang "Nala" tu bila lagi?

Eh, depa balik Malaysia ka? Tak dengar cerita pun.....

Ok Pi, selamat menyibukkan diri! Salam Uncle pada penyamun2 tarbus di Mekah termasuklah Mamu al Kudus!

Uncle berkata...

Salam Kak Aya.
Salam kenal jugak dari saya sekeluarga!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Banyak lagi nak belajar...tapi saya dari sekolah dulu dok lari kelas! Macamana nak belajar pasal sampai ke la ni pun dok lari lagi...hahahahahah!

Tok Seh berkata...

Assalamualaikum..

Salam perkenalan, dah lama follow semenjak Uncle dok Mekah lagi (pengikut dalam diam-diam!)

Blog yang ada nilai murni kekeluargaan...very touching as a BAPAK @ ABAH

Uncle berkata...

Salam Tok Seh.

What a name...bukan pasal apa, kalau Uncle dulu2 bila kata "naik tok sheikh" maksudnya "ran amok!" but obviously nothing to do with Tok Seh....ejaan pun lain!

Thanks for following dan memang itulah niat Uncle menulis dalam blog ni....more to my life and my family..errr, and people around me!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...