Isnin, Jun 20, 2011

Marina is 5!

Harijadi Marina sebenarnya jatuh pada 22 hb Jun. Tapi macam biasalah...aku akan buat awal sikit sebab nak kumpulkan 5 beranak ni pun bukannya senang! Kalau yang lain ada, pasti abang pulak yang tak ada. Jadi, since abang dapat balik every weekend (untuk football tournament National Junior League), jadi aku pun pakat dengan aunty buat hari Sabtu lepas. Sapu sekali lah dengan "Father's Day". Hahahahahahah, sebab aku pun tak mahu ketinggalan!

(Marina and friends)

Beberapa hari sebelum tu aku dah pergi ke Toys R Us kat KLCC untuk dapatkan present Marina. Dulu dia ada pesan yang dia nak satu "benda" tu. Aunty ingat lagi dan kami terus kesana dan beli. Balik rumah dan wrap. Then aku teringat pulak yang Marina tak punya banyak koleksi kasut macam imelda.....jadi, aku pakat dengan aunty untuk beli kasut sepasang kat Marina. Habis satu KLCC kami pusing cari kasut dia dan last-last terjumpa kat kedai favourite budak-budak sekolah.....ada bunga sekuntum kat atas kasut tu! Hahhahahahahah

(Dari kiri...cepaaaat jalaaaan...Dania, Marina dan Mei-Mei. Aren't they sweet?)

Kami beli "invitation card" kat kawan horey-horey dia. Balik rumah aku tuliskan satu untuk Dania (Marina panggil Awan Dania!@#$%), satu untuk Mei-Mei dan satu lagi untuk Joel. Semuanya aku tuliskan tarikh yang betul, yakni 18th June 2011. Handed over to all the kids....seronok sungguh depa dapat invitation....dalam hati aku senyum sorang-sorang! Aku yakin kalau budak-budak yang semuanya tak sekolah lagi tu tak reti nak baca, at least mak-pak depa akan baca dan bagitahu kat anak-anak depa tarikh sebenar event tu. To my surprise, tanggal 15hb June, pukul 7.30 malam, Dania datang rumah sambil pakai baju cantik....siap ada lipstick lagi....di tangan Dania aku nampak macam ada present yang dia wrap dalam kertas cantik. Dia bagi hadiah kat Dania sambil wish "slamat hari jadi". Mmmm, very sweet! Kat dalam rumah, aku dengan aunty dah panic...aunty tanya aku samada aku tulis tarikh yang betul ke tidak...aku mati-mati cakap betul! Kami takut budak-budak lain pun datang jugak!

(Horey-horey session..)

Malam tu nasib baik ada manggo yang dibeli dipasar malam. Jadi yang tulah kami jamu kat Dania sampai kembung! Pukul 8.30 Dania nak balik rumah dan aku suruh Yuya escort dengan harapan dapat jumpa mak Dania dan bagitahu tarikh yang betul sekali lagi. Yuya nampak mak Dania dan terus tanya. Mak Dania cakap, memang dia dah tahu tapi dia nak jugak pergi....then mak Dania cakap, patutlah Marina pakai baju tidur je....

(2 sisters celebrating!)

Sekejap-ssekejap makan...sekejap-sekejap lari keluar rumah...amboi seronok sungguh depa aku tengok. Aku suka tengok kalau Marina ada didalam lingkungan kawan-kawan pelbagai bangsa. Reminds me of my old friends masa sekolah dulu. Aku tengok yang Marina tak kekok dan dapat main sama-sama. Share cerita merepek dengan kawan-kawan dan mengekek-ngekek gelak kat dalam bilik belakang. Kalau Marina masuk ke bilik belakang, dia akan tutup dan kunci. Bila bukak balik, masyallah....macam tongkang pecah! Semua tnggang langgang. Kalau aku suruh kemas, dia cakap, "Marina sibuk ni..." kelasssssss.......memang number 1 in the world. Berdesup lari keluar bilik sambil pegang tangan Mei-Mei dan Dania!

(foooohh....foooohhhh....foooohhh...!)

Happy dia sebab dapat apa yang dia nak. Kawan-kawan pun bawak presents jugak. Dania bagi water color yang memang Marina suka....Mei-Mei bawak teddy bear....dan sampai sekarang masih tak dibukak lagi! Dan Joel bagi buku animals....itu pun satu buku yang Marina suka sebab selalunya sebelum tidur, Marina akan baca buku-buku binatang ataoun buku perihal manusia dan apa menatang yang ada kat dalam badan manusia! Ngeri jugak aku dengan Marina nih!


(muka PUAS!)

Kek kami beli kat Sun Moulin. Nice and not so sweet. Macam kanak-kanak lain, it's always Strawberry Cheese Cake! 2 kali kami nyanyi sebab aku tak ready nak ambik gambar. Aduh...fail lah cameraman ni. Sekarang ni melilau aku dok cari camera lama aku yang tah kat mana aku letak!

(tumpang seronok jugak tengok anak-anak seronok!)

Semalam aku kena pergi tukar kasut Marina sebab terlebih satu size! Bila dah tukar barulah nampak dia senyum lebih lagi! Pagi tadi masa bangun tidur terus dia melilau cari kasut! Hahahahahah....tak pernah dia melilau cari aku!

(kasut baru....)

Budak-budak yang ada malam tu dari 3 orang, dah jadi 6. Mei-Mei ajak lagi 2 orang abang-abang dia. Satu nama Poh-Poh dan satu lagi nama Nam-Nam! Yuya ajak sorang best friend dia yang duduk tingkat atas. Riuh-rendah jadinya rumah aku dan aku pun dah tak tahu sapa punya birthday yang kami celebrate malam tu....even rumah sapa aku duduk pun aku tak tahu! Hahahahahahah....

(the fun begins!)

(charlie's angels..)

Malam tu Marina tidur dengan toy yang dipeluk dan kasut ditepi bantal! Very sweet aku tengok dan sangat syahdu. Sedap aku tengok naik-turun dada dia bila bernafas...aku jadi tenang. Happy Birthday Marina....never grow old!!!

28 ulasan:

kucingorengemok berkata...

best la yang dok usung kerusi atas kepala tu! hehehe...

Kakcik Seroja berkata...

Gembira anak - gembiralah ibubapa. Happy belated birthday Marina. :)

norh berkata...

Marina ikut muka uncle la..sebijik.. :)

Yours truly berkata...

amboii seronok nya dia.. happy birthday marina.. :D

Uncle berkata...

Salam KOG.
Yang usung kerusi atas keplana tu nama dia "Nam-Nam", makan ayam 2 ketul!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Seronok sungguh tengok depa seronok!

Uncle berkata...

Salam NORH.
Alamak kalau ikut muka Uncle, alamat nanti jadi Miss World lah kalau lagu tuh! Hhahahahahahah...

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.

Celebration birthday untuk tahun ni dah ditutup secara rasmi.....
1) Azumi - January
2) Uncle - February
3) Aunty - March
4) Wedding anniversary - April
5) Yuya - May
6) Marina - June

Phew.............lega!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik,

happy birthday to marina,,,,

tq: luncai

Kuey san berkata...

Otanjoubi omedetto gozaimasu Marina-chan :))))

May Allah bless you and family, always.


Uncle, celebrations end on June? Ye ke? July Uncle boleh kumpul duitbanyak2... bagi peluang sebulan...Ogos nanti siap sedia untuk bagi duit rayaaaaaa. Muahahahahah (gelak jahat) \(O_^)/

Ma Gold Dor berkata...

hepi bday to Marina!!!

same date as my eldest but 3 yrs older...

Uncle berkata...

Salam Luncai...thanks a lot....jangan terjun dengan labu2nya! Hahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Kuey san.

Amboi lama sungguh kita tak jumpa nooo....memang la ni tengah kumpul duit raya...tapi untuk tahun depan sebab tahun ni dah tak sempat....hahahahahhah regards to your mum!

Uncle berkata...

Salam Ma.

Wow a double celebrations! Happy birthday to him/her too!

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

hepi birthday marina!!!!

teringat first time jumpa marina, kecil, comel dan kiut macam bapak dia jugak. wakakakakakaa

Uncle berkata...

Salam Pi.

Terimakasih kerana manyamakan "ke cute an" Marina sama dengan Uncle. Sayugia diingatkan bahwasanya, kecomelan kami berdua adalah anugerah Allah sejak azali.....maka dengan itu......hahahahahahahah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Happy birthday to everynone!!!
Amboooiiii gembira sakan all in the family :))
Have a nice time...kak nab doakan kebahagiaan buat uncle & famili...

Uncle berkata...

Salam KN.
Horey-horey kami hari tu KN.....terimaksih kerana mendoakan kami sekeluarga...saya juga begitu untuk keluarga KN!

taj berkata...

hepi besaday to marina...makin comel...

yelarr...byk ikut uncle,,,especialy tang mata tu...

moga membesar dgn sihat dan bijak...dan juga moga famili uncle semua, hepi2 selalu ye...

bila kita tgk n baca N3 uncle, kita pun terpias ceria juge...hehehe

rezeki berkata...

salam uncle

aaaaa hari ni baru betul hehehe
happy birthday buat Marina

semoga kebahagiaan sentiasa menyinari hidup uncle sekeluarga dunia dan akhirat

Uncle berkata...

Salam Taj.
Good that tempias happy tuh terkena kat pembaca juga. Itu juga niat Uncle! Keep on reading!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Thanks a lot!!!! Semoga keluarga Rezeki pun sama jugak!!

Aunty berkata...

wow, cantik jugak tamplate ni.
all celebration for this year finished! lega...
Tapi, soon we have to prepare baju & duit raya!! aduh, tak habis-habis pun (^_^;)

foodies berkata...

hepi belated birthday Marina :)

Uncle berkata...

Salam Aunty.

Eh dah nak raya ka? Bukan lagi 2 tahun ka? Adoi......mana nak cari duit? Hahahahahahahah!

Uncle berkata...

Dear Foodies.
Thanks a lot for the wish...and happy birthday to you too when ever your birthday is!!!!

Nek Rock berkata...

Adeh Uncleeeeeeeeeeeeeeee salam, per kabor?

Lamanyaaaaaaa Nek tak masok sini, sampai dah lupa nama blog, tadi search uncle mekah baru dapat url ni..kekeke

Nek baru balik dari Msia, coti2 for 2 mths

Opss Happy Belated Birthday Marina dear, wahh dah besor dia:)

Take care and salam kat Mrs

Salam from Phoenix, AZ - Nek

Uncle berkata...

Salam NR.
Whohooooo....it has been eons since the last comment I got from. Anyway, thanks again...semuanya sihat dan bertambah sihat!!!! Balik KL contact Uncle yea!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...