Khamis, Julai 28, 2011

Merepek di pagi minggu!

Whaaaaat...a sin!
Hari minggu yang baru lepas, aku ada satu assignment untuk sebuah majalah jepun. Aku dimintak untuk mencari lontong. Of course yang akan bercerita pasal lontong tu, partner aku tapi tugas aku cuma ambikkan gambar-gambar lontong yang sexy! Since aku pun dah lama tak merasa lontong, aku jadi teruja nak pi cari yang terbaik yang pernah ada. Aku tahu satu area kat ampang tapi aku jarang kesana sebab selalunya breakfast aku cuma yang ringan-ringan saja sebagai contohnya, toast with jam ka, cicah kopi ka...kecualilah kalau tiba-tiba aku rasa ghairah nak makan nasi lemak double portion dengan sambal extra dan telur goreng...yang tu aku jenoh dok terkemut-kemut kontrol bagai nak gila...(NR....trust me!).

Sesampai aku kat situ, aku terus mintak permission kat brother situ untuk ambik gambar. Verbally and mutually agreed upon dan aku mulalah klik sana dan klik sini. Brother bagi aku lontong promo untuk aku ambik gambar dan aku order 3 minuman untuk aku, partner dan budak pompuan kecik! Sambil dok langut, ada teyy 3 layers sampai. Bila aku tanya ni nak buat apa, dia kata teyy ni nama dia "Teyy Goncang" dan dibuat khas untuk aku. On the house! Kelas......Dalam dok ralit aku ambik gambar dengan mendapat pandangan "heran" dari tamu-tamu yang lain, aku terpandang sorang lelaki berjubah dan berketayap berdiri kat depan kedai lontong tu. Lama aku belek dia atas dan bawah. dan last-last muka tulah yang aku tak pernah lupa dari dulu lagi, dari zaman aku kat SDAR Seremban masa form 1 dan dia dalam form 4 kalau tak salah aku. Prefect dan muka "boyish face" dia tu memang trademark dari dulu yang buat marka-marka kot-kot area Bongek tu tertunggu-tunggu! Aku terus jerit nama dia, "Suhardy!" Dia tengok aku dan kami bersalam dan bertanya khabar. Suhardy Garip ni baru lepas sembahyang subuh kat masjid berdekatan dan lepas berzikir dan bertahmit, dia mula merayap cari breakfast dengan ahli-ahli masjid yang lain.....to Bro Suhardy, it's been a long...long...time! You take care brother and may Malaysia win tonight....(aik? rasa-rasa tak kena topik nih!)

Homemade banana cake...superlicious..

Petang yang nan syahdu, aku dan keluarga lakukan satu lagi aktiviti berkumpulan. Kami bahagikan kepada 5 kumpulan semuanya dengan setiap kumpulan cuma ada sorang peserta. Aunty dalam kumpulan mandur. Abang dalam kumpulan goreng daging masak hitam. Yuya dalam kumpulan pukul batter nak buat kek. Marina dalam kumpulan lenyek pisang sampai lumat. Aku pulak yang paling special sekali. Aku termasuk dalam kumpulan "tukang rasa". Amacam, ramai tak? I t was a fun activity dan semua orang jadi sibuk semacam. Right arfter, kami ramai-ramai makan nasi dengan daging hitam yang abang masak. At 9pm pulak, kami potong banana cake tadi dan makan ramai-ramai sambil ada yang mintak kopi, ada yang mintak milo dan tak kurang yang mintak teyy. Dari mula sampailah habis makan dan cuci pinggan, yang dok melantak sakan dan kerja sakan, cumalah kami berlima saja! Hahahahahahah.....

kat depan rumah...tepi anak tangga..

Ni gambar pokok bunga kat depan rumah. Apa nama dia, jangan tanya aku sebab aku tak tahu menahu pasal pokok ni. Yang pandai cumalah wiwit. Dia lah yang dok bagi makan dan dok bagi mandi tiap-tiap pagi! Sampai ada satu pagi tu, aku terdengar orang dok bercakap kat tepi tingkap bilik aku. And true enough, it was wiwit yang dok bersembang dengan pokok karapoley aku! Aku tak tahu apa topik perbincangan depa tapi yang aku amat pasti, mestilah masing-masing bertanya khabar berita adik-beradik di kampung! Hahahahahahahah.....

Memang berbaloi!

Ni lah kedai brekpas yang aku dok bercerita tadi. Aku siap buat promo pree dengan nombor talipon sekali. Nun jauh disatu sudut, aku nampak sorang makcik Mat Salleh tengah dok lap peluh kat dahi sambil tangan sebelah lagi dok menyuap nasi lemak! Hmmm.....kena pi lagi nampak gayanya! Kalau anda teringin nak ke tempat ni, kenalah pergi awal pagi but after 7am.Tables and chairs are very limited. lebih afdal kalau bawak kerusi dan meja sendiri yang boleh dilipat-lipat supaya senang berubah tempat dengan harapan makcik tu tak sedar dan terlepas bayar! Hahahahahahah.....

14 ulasan:

kucingorengemok berkata...

tu yang dok berlapis tu ke teh goncang? huyyooohhh! kelasss!!

kakcik berkata...

Awatnya tak bagi alamat penuh, boleh juga cuba pi sebelum posa ni atau lepas raya. :)

Uncle berkata...

Salam KOG.
Tu lah dia....ala2 latte pon ada!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Ni kat Jalan Kolam Air area Ampang tu...menghala ke Kelab Darul Ehsan. Ada rows of shophouses kat situ....mesti jumpa aih....kalau tak jumpa, sila call saya!

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
dah dekat puasa ni baru ada iklan ni...
Mak Jah Corner...
bagi direction... ampang belah mana??
harus lepas raya mencari kesana...

Nek Rock berkata...

Erkks, yelooooooooo Uncle dear salam,

Wahhh pi lepaking kedai Mak Jah ek, ish ishhhhh, Nek 500% tak caya yang Uncle makan terkemut2 control, mana macho makan mcm tu kan..ahhahaa

Aritu Nek pi gak kedai Mak Jah tapi makan kuih seketoi jer ngan teh o *tanpa gula* hiks:) Mak Jah skang dah bawak scooter, perghh caya lah MakJah. She is maybe in her 70s.

Psstt KakCik senang jer nak cari kedai ni, jalan menghala ke KDE, gerai belah kiri jalan after International School and paling hujung sekali. KakCik tak akan miss nya sebab situ cuma ada 1 row of shophouses and gerai2:)

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Sila baca penjelasan Nek Rock yang lebih tepat dari saya...hahahhahahah...harus belanja dia makan beriani kat Aladdin nanti!!!!

Uncle berkata...

Salam NR.
Amboi...pandainya bagi jalan pi sana....memang tepat sekali! Uncle tak dak duit nak bayar nanti!

Nek Rock berkata...

Hahahaha dah tu kan tempat Nek ronggeng, jalan pintas from Taman Kosas nak ke belah2 keramat bagai.

Takper nanti Nek balik lagi 2 taun, sempat tu Uncle nabung dari sekarang, sehari 5 sen..hahahaha

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

hehehe..nak join kumpulan rasa!

Uncle berkata...

Salam NR.
2 tahun lagi? Ok2...meantime kirim salam kat OBAMA!

Uncle berkata...

Salam KN.
Ahli kumpulan rasa ni requirement dia mestilah mempunyai citarasa tinggi walaupun kemampuan dia rendah.....hahahahahahah!

rezeki berkata...

uncle

jom kita pi rasa kat mak jah pagi isnin ni hehehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Apa salahnya.......heheheheheh!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...