Ahad, Julai 15, 2012

Macam orang kaya-kaya!

Colmar Tropicale..

Aku berkesempatan sekali lagi untuk berjalan-jalan sikit. Aku suka berjalan...selain daripada exercise untuk cuba menurunkan berat badan yang liat nak turun ni, aku juga dapat menjamu mata yang jugak selalu tak berjamu! Walaupun hanya berjalan didalam negara, bagi aku ini sudah memadai...Destinasi pertama aku ialah ke Melaka sekali lagi...perjalanan bermula sejak dari tengahari dan terus menuju ke bandaraya bersejarah....Kali ni rakan aku terus ke Jonkers Street untuk makan tengahari di restaurant Baba dan Nyonya.. Makanan, aku dah pre-booked. Makanan yang lazat ditambah pulak dengan ambiance yang sangat menawan, membuatkan depa menjadi kenyang walaupun baru menjamah sesuap nasi...sambil makan, mata depa liar melihat persekitaran yang sangat baba dan nyonya! Lagu Dondang Sayang bergema dikejauhan yang tambah membuai perasaan depa. Aku dah mula melamun bilamana depa dok seronok bercerita kat aku. Fikiran melayang jauh dan sesekali kembali ke Melaka pada tahun 70-an...berjalan kaki balik dari sekolah menyusuri sawah bendang di persekitaran Henry Gurney Telok Mas, menunggu kakak aku balik kerja shift malam di tepi hotel Travel Inn di tepi jalan Chan Koon Cheng dan makan mee hailam di bawah pokok ketapang ditepi jalan besar di Ujung Pasir membuatkan aku tersenyum seorang diri sambil mengadap dinding! Puas depa makan terus saja kesemuanya ke Casa Del Rio sebentar. Terkejut aku bilamana kedatangan aku disambut oleh GM dan semua pegawai atasan hotel. Yang hairannya depa tak bersalam dengan aku....carpet merah siap menunggu...terasa macam VVIP pulak waktu tu. Selang beberapa minit aku lihat staff disana berlari-lari anak menuju ke lobby...aku toleh kebelakang dan terlihat Tuanku Permaisuri Perlis melangkah menuju ke restaurant yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari tempat aku berdiri....mulut melopong sambil teringatkan "red carpet" tadi! Hahahahahaha..... 

Bathroom amenities could be better!

Aku memandu keluar dari hotel menuju ke tengah bandaraya. Sesak bagai nak gila membuatkan aku terus mencari parkir dan menuju ke McD untuk minum. Kepala otak ligat pikir apa lagi nak buat....lantas teringatkan evening river cruise yang baru 1 bulan terdahulu aku dah naik! Takpalah...biar aku naik sekali lagi. Panggilan diterima menyatakan bahawa bot telah ditempah untuk aku mencuba menyusuri sungai melaka. Pergh...memang macam orang kaya! Aku mendahului pelancong-pelancong lain....ada Mat Salleh yang nak naik bot aku tapi ditahan dan diberitahu bahawa bot yang aku nak naik merupakan bot VIP. Aku tengok muka Mat Salleh tu senget! Hahahahahaha.....dulu muka aku senget bilamana Mat Salleh didahulukan...PUAS!!!

Lagu Dondang Sayang berkumandang dimainkan sepanjang perjalanan pergi menyusuri sungai. Ketika pulang, recorded narration memberi tahu setiap sudut disungai dari fakta sejarah. Baru sekarang aku tahu yang kat tepi tu merupakan gudang penyimpanan rempah-ratus yang datang dari segenap pelosok dunia dulunya....selesai river cruise, aku diturunkan di jeti Casa del Rio dan bukannya di jeti biasa pelancong asing. Front Office Manager siap menunggu aku dan katanya aku ada tetamu yang ingin bertemu di lobi. Sesampainya aku di lobi hotel, aku diperkenalkan kepada seseorang. Katanya dinner aku akan diadakan di Tanjong Kling. Di sebuah restaurant tepi laut yang dinamakan "Seafarer" (06-315 2693). Perjalanan mengambil masa 20 minit kalau tak sesak. Makanan dipesan dan aku terkejut melihatkan jumlah makanan. Kalau ditempat lain orang boleh mati kalau tak makan tapi malam tu aku rasa aku boleh mati sebab terlebih makan!

Selesai makan aku bergegas pulang sebab aku sebenarnya belum check in lagi sedangkan jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam! Malam tu aku check in di Puri Hotel. Aku suka hotel ni selain daripada harga biliknya yang manasabah untuk tidur semalam, ambiance juga sangat menarik. I love the "breakfast room" yang terletak di sebuah taman. Good buffet breakfast for the price that you paid. Ramai golfers dari Singapura yang menginap disitu. Aku check out selepas sarapan dan terus menuju ke Putrajaya untuk makan tengahaari di Lake Club berlatarbelakangkan PM's office dan masjid indah!. Aku terpana dan teringatkan masjid Zahir di Alor Setar yang sangat famous....

Perjalanan dari Melaka ke Putrajaya mengambil cuma satu setengah jam setelah tersesat selama 15 minit. Selepas lunch di Putrajaya aku bergegas untuk check in di Colmar Tropicale pulak sebelum aku meluncur laju ke Genting untuk menyaksikan pertunjukkan "Freeze". Check in di CT berjalan lancar dan sesampainya aku di Genting, PR Mgr Genting sudah menunggu dan dibawaknya aku kesebuah restaurant yang menyediakan pelbagai makanan seluruh dunia. My favourite corner is obviously the Japanese Corner. Makan ala-kadar aku terus dibawa PR tadi untuk menyaksikan show! Duduk 3 barisan dari depan membuatkan aku kecut perut takut ditarik "clown" ke ice rink untuk bersama-sama depa menghiburkan orang ramai...pergh...nasib baik masa pompuan tu dok lalu pi-mai...pi-mai...depan aku, dia tak tarik tangan aku sekali walaupun 2-3 kali dia dok usyar aku ataih-bawah! Fuuuuhhh.....all in all the show was fantastic! Menginap di CT malam tu, aku terik selimut tutup kepala terus!

Next daynya aku ada lunch di KL Tower pulak. First time makan kat situ....good food and excellent service. Revolving Restaurant 360, membuatkan aku ternampak yang hari sukan VI dah nak bermula.....hahahahaa.....makin lama dia pusin, makin jauh aku rasa aku kena jalan dari meja ke buffet counter...by the end of lunch aku rasa aku dah jalan 2 kilometer nak menghambat meja makan aku!

Pergh...2-3 hari tu aku rasa macam orang kaya-kaya.....macam VVIP....layanan yang diterima, memang yang terbaik! Sampai ke hari ni aku dok perasan lagi macam orang kaya-kaya.....tetiba saja aku boleh senyum sorang-sorang masa kat atas moto cabok aku masa berhenti kat traffic light ampang point.....hahahahaha.....Ok people...have an excellent sunday!

7 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

uncle...
memang penat jika makan di restoren berputar di Manara KL..
tapi.. akhirnya meja buffet dah dekat dengan meja kita...

Carrie-Ma berkata...

Salam uncle,

Verangan itu kan gratis aja, enggak apa2
Untung2 siapa tau bisa jadi kenyataan :)

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya selalu tak bernasib baik sebab lepas ambik makanan, masa tu lah dia pusing jauh nak sampai ke meja.....hari tu ada pulut durian....alamak, 2 round saya makan!

Uncle berkata...

Salam Carrie Ma.
Entry Uncle kali ni adalah merupakan "kisah benar" dan bukan macam siri "bercakap dengan jin...". It was a very hectic 3 days trip indeed. Really!! But since Uncle bersama-sama dengan kumpulan berprofil tinggi, makanya Uncle juga dilayan macam orang "berprofil tinggi...". Siapakah mereka, itu Uncle terpaksa simpan.....tapi Uncle jugak mendapat tempias dilayan dengan cemerlang! Indah sungguh kehidupan!

awang berkata...

salam , pak cik

waaaa pulut durian tuuu, kalau pulut durian 2 x tambah , apa tah lagi yg lain,, makin bulat laaa pak cik rasanya,,,,

awang berkata...

salam , pakcik

waaaa kalau pulut durian 2 kali pak cik lipat, apa tah lagi makanan lain, makin bulat laaaa

Uncle berkata...

Salam Awang.

Orang lain pun posa jugak tapi taklah post benda yang sama sampai 2 kali! Hahahahahaha....anyway, selamat berpuasa, salam saya pada isteri dan anak-anak...bila nak pi pasar ramadhan sama2?

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...