Selasa, Julai 24, 2012

Berbuka Puasa

Alamak pelandok 2 serupa!

Semalam aku dan keluarga dijemput untuk berbuka puasa. Terimakasih diatas jemputan ikhlas dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih. Berbuka Puasa di the Gardens merupakan kali pertama. Mengharungi traffic dari Ampang mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk sampai ke destinasi yang selalunya aku boleh sampai dalam tempoh cuma 15 minit kalau memandu ditengah-tengah malam! Memang macet habis sepanjang-panjang jalan nak ke Bangsar. Ngeri aku tengok. Kalau boleh mahu aku usung 4 beranak naik moto. Lagi senang! Aku katakan cuma 4 beranak sebab abang tak ikut serta sebab masih diasrama. Aku tak mahu disebabkan bukak puasa, dia terpaksa keluar dari asrama. Biarlah abang dengan kawan-kawan dia mengikuti program sekolah dan asrama. Aku tak mahu ganggu! Yuya kata, kalau abang ada kan best...aku tak kata apa. Cuma diam saja kali ni...


Chef Ming teman lama dari Renaissance Hotel dulu..

Sebaik melangkah masuk ke restaurant yang menyediakan juadah berbuka puasa, aku dah ternampak kelibat sorang yang berpakaian putih lengkap tersenyum-senyum kat aku sambil mencapai talipon bimbit untuk menalipon seseorang. Sesampainya aku di entrance, terus aku ditegur. Aku terlupa nama chef ni tapi aku bernasib baik kerana di collar bajunya ada tersulam nama beliau dengan gahnya. Terang-terang tertulis Chef Ming. Chef Ming ni sama-sama kerja dengan aku dulu ditahun 96. Dia di banquet manakala aku di restaurant. Chef Ming bagitahu aku yang ada lagi 2 orang akan datang jumpa aku. Aku terkejut tapi tunggu jugak sekejap. Dalam lebih kurang 5-10 minit, 2 lagi pekerja datang berjumpa aku. MasyAllah...ni semua staff aku dulu...semuanya dah agak berpangkat. Alhamdulillah....dan yang paling aku terkejut ialah F&B Manager depa yang akan masuk nanti. Bila depa sebut nama tu, aku dah tergelak besar. Bukan pasal apa, yang bakal menjadi boss tu pun merupakan captain aku masa kat RKL dulu! Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan. To Sam who is going to head the F&B Dept, mann.....it's a tall order! I've gone through..i've done what you are going to do....all the best. You can do it!

Neat arrangement, like it.

Aku mulakan berbuka puasa obviously dengan tamar yang masih bertangkai yang banyak disediakan diatas buffet counter. Stop 2 minit, aku gagau 2 slices of roast beef with shallot sauce mixed with black pepper. Meat was so juicy and tender manakala sauce tu pulak sangat mild and blends well......pergh.....cakap pun tak guna lah....pi lah makan sendiri nanti! Lepas tu aku makan pasta....lepas tu aku makan soft shell crab.....lepas tu aku makan gado-gado.....lepas tu aku makan, satay ayam dan kambing salai.....lepas tu aku makan dan makan dan makan dan makan dan makan.....tanpa henti! Bila aku ditanya nak makan apa untuk dessert, barulah aku tersedar yang aku dok makan tak berhenti dari tadi. But important thing is, aku tak jamah nasi....jadi bila aku balik rumah dan timbang, weight aku masih didalam kategori acceptable! Hahahahahaha....boleh makan lagi ni....

What a CRAB!

Sewaktu sedang menikmati juadah, ada sorang budak datang jumpa aku dan bagitahu yang dia pernah kerja dengan aku dulu tapi tak berapa lama. Cuma beberapa bulan saja sebelum dia resign dan kerja kat merata-rata tempat tak tentu hala. Katanya menyesal sebab tak kerja lama dengan aku. Aku salam dengan dia dan bagitahu yang rezeki ni dimana-mana saja....jangan menipu, mencuri, buat benda-benda yang tak elok sudahlah! Dia angguk-angguk dan terus hilang....sama macam waktu dia kerja dengan aku dulu jugak....memanjang hilang! Chef Ming ada bagitahu kat aku bahawa ada sorang Supervisor di Banquet juga merupakan bekas staff aku di RKL dulu. Bila aku tanya kat Ah Ming siapa nama budak nakal tu, Ming cepat-cepat bagitahu, "Pak Ya...". Kali ni pun aku gelak besar jugak. Pak Ya ni dulu waiter aku. Jaga breakfast, jaga buffet, dok lap cutleries kat belakang di pantry dan macam-macam lagi tapi berkat kesungguhan dan kesabaran Pak Ya, dapat jugak dia jadi Supervisor....alhamdulillah! Pendapatan Supervisor di hotel-hotel bertaraf 5 bintang sekarang ni pun dah hampir-hampir mencecah rm3000. Rezeki depa...sekali lagi aku seronok mendengar cerita yang bekas para pekerja dibawah kendalian aku dulu kini sudahpun berjaya dalam career depa. In fact itulah yang aku bagitahu dari dulu lagi yakni, work hard.....rewardnya akan datang kemudian...lambat sikit tak pa....orang tengok kerja kita.....jangan anggap orang tak tengok.....besides that, jangan memburukkan rakan kerja kita yang lain!

Can't touch this...

Aku suka bila hotel-hotel mula memperkenalkan induction stove yang macam gambar diatas. Sangat bersih dan tak berjelaga macam sesetengah tempat yang masih menggunakan "steno gel". Dah lah berjelaga, kalau melekat kat kain, terus terbakar tak berhenti-henti. Sangat merbahaya. Tengoklah sayuran yang di masak separuh dan disusun rapi tu. Apabila temperature meningkat vegetables tadi akan masak dengan sendirinya pada waktu yang dikehendaki. Untuk mengekalkan warna segar pada sayur-sayuran, lepas di rebus ataupun dikeluarkan daripada air panas, rendamkan pulak didalam air sejuk. Kalau ada ais lagi bagus....sebabnya, sejuk tadi akan mengembalikan kesegaran sayur-sayuran dan mengekalkan warna original yang segar!

The TRIOS!

Kesian kat abang kerana tak dapat ikut kami berbuka puasa. Tak apa, aku janji nanti aku cuba bawak semuanya ke Wadi Hadramawt di Jalan Ampang. Lokasinya diantara Sucasa Hotel dan Station Petronas. Kalau ada sesiapa yang dah pernah pergi, tolong bagitahu aku apakah tempat tu worth going ataupn tidak! Kalau tak ke situ, mungkin ke Hadramawt di Chulan Square. Aku pernah try makan kat situ dan makanannya jugak bagus. Service boleh tahan sajalah...budak-budak arab kasi service selalunya aku tak convince langsung...kecuali budak-budak arab kat mekah yang sama-sama dengan aku dulu macam si Yusoef, si Tareeq dan lain-lain...depa tu dari Marriott di Cairo jadi jelas depa ada "flair" yang tersendiri.

Berat sangat2!

Walau macamanapun pagi ni masa aku datang kerja, aku text ke Donny bertanya samada dia ada di pejabat dia apa tidak. Donny kata dia akan berada di office pada pukul 11 pagi. Aku jawab, "ok...see you then!". Dan baru sebentar ni aku dapat sms dari budak nama Fikri (satu opis dengan Donny) dan smsnya berbunyi....."Hi, I'm Fikri from Celebrity Fitness Bangsar and I am your trainer for today from 5pm till 6pm!". Hahahahahahaha......hey people, jangan jealous ya.....

14 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
tak jelezzzzz
cuma jaki jer...
hehehehe

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Amboi kak...lama sungguh saya tak dengar "jaki". Satu perkataan yang cuma orang utara saja yang tahu...thanks for using the "long forgotten word!"

faradia berkata...

salam uncle,

chaiyok2...hehe fara pun ngah berusaha nak pose nasi...skang cuti semingu kt melaka-dugaan sgt bile mak masak..tp sb adik jd pakar pemakananx btauliah so ok la skit...

kucingorengemok berkata...

uncle kenal dak chef ammar al-ali kat rancangan hidangan barakah on al hijrah? have u seen the show? kelakar lah... macam tengok shawal cerita ahmad albab bercakap ;)

Uncle berkata...

Salam Fara.

Amazing what "without rice" can do to you! I tried for 2 weeks and I lost 2 kilos...tapi lepas tu naik balik sebab makan nasi balik! Hahahahaha....semalam Uncle dah start ke gym balik. Cardio 20 minutes dan upper body workout for 40 minutes....balik rumah jalan tegak! Hahahahaha...

Uncle berkata...

Salam KOG.
Pukoi berapa channel tu? Kalau siang memang tak pernah tengoklah...kalau malam pulak selalu tengok sports channel...tapi eloklah jugak macam ahmad al-bab.....seronok sikit tengok!

rezeki berkata...

salam uncle

2 minggu sudah kami dok melepak kat gardens layan anak2 nyoping hehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Alamak, awat tak habaq? Saya cuma sepelaung dari Gardens...kalau jerit panggey pon buleh dengaq....I am at jalan maarof...

faradia berkata...

salam uncle,
yep...bile da xmkn..lain rase..tp berat fara cm yoyo..haha kne kurang minum air manis plak...hehe pakar pemakanan da bsing..skang dok tongak air masak je..hehe hebat la uncle..boleh dpt six pax.,hehe..chaiyok2

Uncle berkata...

Salam Fara.
Berat Uncle pun sama macam yoyo jugak....makan sikit dah naik banyak...apa lagi kalau makan banyak! Oleh sebab itu, Uncle tak boleh nak tunggu sampai dia turun automatic pasal dia tak akan turun...makanya Uncle sign up dengan celebrity fitness. 3 kali seminggu to start with...then ada banyak kelas2 seperti yoga, body pump dsbnya. Harap2 berjaya...hahahahaha....

Kakzakie berkata...

Bestnya... ramai bekas staff uncle yg dah berjaya. Kakak tahu uncle macam cikgu bila anak murid berjaya mesti rasa gembira. Mereka mesti menghargainya.

Suka kakak gambar yg last tu. Auntie tu cantik dgn blouse putih. Suka:)

Uncle berkata...

Salam Kak.
Alhamdulillah...saya suka bilamana anak-anak buah saya berjaya....baru sat-sat ni pun sorang bekas staff saya mai jumpa...dia la ni dah Chief Engineer kat salah sebuah international hotel kat kl ni! Saya akan ambik gambaq depa lepas ni...

Lady Windsor berkata...

Salam uncle...
Hamboihh lama tak jenguk sini naa...dah berubah wajah..p gym ka? Bagus! Errr hari tu saya dok tala makan nasi Mandy kat al afraz restoran, dok teringat pasai kes gigi palsu pak Arab tertinggal ataih meja...kehkehkeh sakit perut saya dok habaq kat kawan sepanjang jalan nak sampai Makkah masa dalam bas.. O ya saya dok kat monsia hotel ja uncle, maybe uncle punya hotel dulu Hilton Makkah ka?

Hahaha adehhh tak leh lupa pasai Gigi palsu!

MyJourneyMyPhoto berkata...

Uncle,

Wadi Hadramawt di Jalan Ampang tu pernah jugak saya try makan kat situ, not so bad la in term of taste and environment, tapi personally saya prefer lagi al-Rawsha kat bulatan Kg Pandan, tempat luas dan selesa. Taste and servis bagus.. :)

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...