Selasa, Oktober 09, 2012

Katak!

Mysterious..

Pada suatu malam yang gelap pekat, sambil aku ralit dok menonton Berita pukul 8 malam, Yuya dan Marina terjengket-jengket tarik sliding door dan bukak padlock grill....aku jeling dan tanya nak kemana...dua-dua depa tunjuk tangan ke bibir dengan bunyi "syyyyyy". Ditangan kanan depa aku nampak ada lampu suluh sorang satu. Amboih, nak tanya depa pun kita pulak kena "syyyyy...". Aku sambung tengok Berita lagi....Yuya masuk balik kerumah dan tutup lampu depan. Malam tambah gelap dan cuma disimbahi cahaya bulan yang samar-samar ditutup awan, menandakan hari nak hujan. Pelepah pokok bergoyang kuat....Aku bangun pelan-pelan dan asyik dok tengok gelagat depa. Yuya letak 2 jari kat mulut, suruh Marina dok diam sat. Langkah diatur perlahan-lahan menuju ke pokok mempelam sebatang yang ada kat depan rumah kat tepi longkang. Pokok mempelam tu merupakan peninggalan Ah So kat atas rumah aku yang dah meninggal disebabkan penyakit kanser 2 tahun lepas. Aku diam dok perati depa.....gelagat depa sungguh menarik. Aku tutup TV dan mula mengekor dari belakang. Tangan, capai kamera aunty yang aku dok buat-buat macam kamera aku sendiri......angin dia!
Tanda-tanda dah ada!

Berkejar-kejar depa bilamana Marina nampak seekor anak katak duduk diam bawah pokok. Marina kejar, katak lompat....marina sergah katak lompat....Marina suluh lampu ke muka katak, katak panik dan melompat lebih jauh tanpa katak tu sedari, dia ter lompat masuk dalam longkang yang agak dalam...Marina dan Yuya sengih sesama sendiri....Yuya dan Marina tutup lampu picit dan tunggu lagi. Tiba-tiba datang bapak katak yang agak besar mencari anak dia yang hilang. Marina sebok menunjukkan kearah longkang besar tepi rumah aku. Mungkin Marina bersimpati dengan bapak katak tadi yang mana anaknya telah Marina sergah sampai jatuh masuk longkang! Ong...ang...ong...ang...bunyi bapak mencari anak...

Menghitung jumlah!

Yuya dan Marina sangat teruja mengejar katak. Suasana tenang macam ni lah yang aku suka. Laman di depan rumah aku agak besar. Bilamana malam berseri dengan bintang berkerlipan, aku angkut kerusi lipat cabok aku satu dan duduk kat depan rumah kat tepi pokok mempelam tu. Tengok anak-anak bermain, angin pulak bertiup manja, terpikir dalam kepala otak aku ni, "apalagi yang aku nak?"

Masa aku bersekolah dulu, dalam batch aku, banyak nama-nama pelik yang diguna-pakai. Ayam, cicak, kuda, pacat, anjing, dan tak ketinggalan katak! Sampailah ke hari ni bilamana kami talipon sesama sendiri, nama-nama ni semua masih kami gunakan...Kadang-kadang bila pasangan ataupun anak-anak dengar nama-nama kami, kami akan gelak sakan tengok muka anak-anak yang berkerut seribu....

10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Nampak exited Marina dgn si abang dgn misi mereka. Tak geli/takut pulak tu Marina.

Rumah kakak tak ada halaman. Tapi kalau di kampung nak buat khemah 5-6 buah pn boleh..

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
budak2 memang tak geli..
akak kecik2 dulu rajin cari anak berudu (ekceli tak kenal.. mana anak ikan dan amana anak katak..)
sekarang tgk katak pun geli...

rezeki berkata...

salam uncle
dedulu masa bujang kat ipoh pernah ikut rakan serumah bangsa cina dok tangkap katak nak buat goreng.

sekali dpt dia tampar katak tu terus pengsan, balik buang kulit , lps tu lumur dgn kunyit dan garam lalu goreng

adakah depa kita makan sekali hehehe

Uncle berkata...

Salam Kak.
Marina tak takut apa kecuali "cacing". Walaupun saya tinggal di apartment, tapi halaman kat depan rumah saya tu dah jadi saya punya sendiri!!! Nek cerita macamana pun tak reti. Hahahahaha

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya seronok tengok gelagat depa yang sentiasa happy...tak ada masalah...main horey2.....makan-tidur.....dan main horey2 lagi.....amboih, bahagia sunggoh!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Bila saya ke marrrrket ampang, saya masih lagi tengok katak dijual. Besar dan menakutkan....saya bayangkan kalaulah katak tu sebesar rumah 2 tingkat dan mula menyerang manusia, apakah masa tu, saya akan bawak motor ataupun saya dah boleh terbang!!!! Hahahahaha...

Al-Manar berkata...

Kerana dah lama Uncle tak muncul macam lupa pula saya datang. Datang kali ini dah rasa macam Family Blog. Selain Uncle ada Kak , ada Ibu dan ada Ayah. Nah ini pupa Pakcik! Dak ramai ada Rezekilah

Selamat bercerita tentang anak buah. Saya pun cerita anak buah juga.Beza nya saya dah ada beratus dalam masa 'kahwin' 18 tahun. Keluarga besar yang amat saya syukuri - satu nikmat yang saya tak terfikir pada awalnya.

Terima kasih datang melawat menyambung semula silatul Rahim.

iwan berkata...

dah besar ye dorang ni.. mak saya dulu ada jaga dorang ni.. cikgu aishah.

Uncle berkata...

Terimakasih Pakcik kerana mengunjungi saya. Kita sememangnya sebuah keluarga besar di alam maya. Alhamdulillah....Cerita2 Pakcik memberi saya banyak pengajaran.....terimakasih sekali lagi saya ucapkan!

Uncle berkata...

Salam Iwan.
Uncle juga masih ingatkan IWAN yang masih pakai baju sekolah masa Uncle hantar atau ambil Azumi dan Yuya dulu....sekarang Iwan dah kahwin dan bakal mendapat anak. Uncle doakan agar semuanya selamat. Salam juga dari kami kepada Cikgu Aisyah.....Marina masih disitu lagi!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...