Ahad, September 30, 2012

Perihal anak-anak!








Aku berdiri paling kiri!
Aku
Macamanalah kawan aku boleh terjumpa gambar kami di tahun 85 ni. Tahun terakhir kami di sekolah bersama rakan-rakan yang makan, minum, tidur, belajar, main dll bersama. Kat dalam gambar yang patut di "censor" tu, 27 tahun kemudian ada yang bergelar Pengarah Melaka Bersejarah, ada pemain golf professional, ada arkitek, ada peguam, ada bankers, ada yang mula mengatur tapak didalam bidang politik dan macam-macam lagi. Aku rasa gambar ni diambil sebelum kami habis "prep malam". Aku masa tu dok ada dalam lingkungan 65 kilo. Aktif bermain ragbi, bolasepak dan olahraga. Yang tak berapa nak aktif cuma belajar! Hahahahaha....65 kilo tuuu......dan berat sekarang? Dalam lingkungan 77++ kilo as of 20 minutes ago! Bila aku pi buat weight check kat Celebrity hari tu, kata machine tu, my ideal weight is 68!!! Oooo mak aiiii.....banyak kena discount tuh!


Abang no 8 beratur nak ambik gambar.

Arman Azumi.


Abang sangat minat bermain bolasepak. Dengan ketinggian yang luarbiasa yakni 178cm bagi remaja lelaki yang berumur 14 tahun, fizikal abang sangat baik sebagai pemain pertahanan. Berkat usaha keras abang sendiri yang menjalani latihan sebanyak 6 kali seminggu, makanan tambahan yang kami bekalkan kepada abang dan kata-kata peransang daripada kami ibubapa, alhamdulillah, abang telah dipanggil untuk menjalani latihan bolasepak bagi pemilihan pemain kebangsaan umur 14 tahun yang direncanakan akan berkampung di bukit jalil selama beberapa tahun bermula pada awal tahun depan. Pasukan ini akan menjalani latihan selama 2 tahun untuk persediaan kejohanan AFC dan mereka juga dirancang untuk menggalas tanggungjawab melayakkan diri ke sukan Olimpik nanti. Syabas KBS dan lain2 yang telah dan sedang berusaha mempertingkatkan mutu bolasepak negara walaupun ranking dunia sangat mengecewakan! Aku percaya, jika ada kesungguhan dan semuanya bekerjasama, hasil yang terbaik akan berjaya dituai akhirnya.
Maka dengan itu aku sentiasa mendoakan agar abang berjaya didalam apa juga bidang yang diceburi. Doa aku siang dan malam untuk abang. Begitu jugak untuk anak-anak yang lain....
Tapi sekarang ni abang kata dia sakit belakang lepas banyak main bola. Dah hampir sebulan abang sakit. Kami dah jumpa chiropractic yang paling dekat dengan rumah sekitar Ampang Point dan kami juga akan mencuba accupunture. Bukan saja untuk abang tetapi untuk aku jugak!

Yuya nak pi menari zapin!

Yuya

Pergh, biar betul budak sorang ni.....aku ni keras kekong...aunty pun sama tapi sekarang dia dah lembut sikit pasal dok attend kelas "belly dancing!". Tapi Yuya, macamana dia boleh start menari pulak ni? Hmmm, aku heran. Tapi apapun depa minat, aku akan sokong....Esok pagi Yuya ada hari sukan di Stadium mini Cheras. Dia masuk 4X100 dan 4X200 meter. Kalau lari tu, mungkin aku paham...kalau bersukan pulak, pun aku paham...tapi menari? Hahahahahaha.....buatlah apa pun asalkan dia menjadi salah sorang yang terbaik.....Aku tetap menyokong walau apa sekalipun benda baik anak-anak aku buat!
Yuya ada cikgu yang aku datangkan khas untuk mengajar dia sorang-sorang sekali seminggu. Bermula dari tahun lepas tapi mungkin kerana terlalu aktif bersukan dan berpersatuan, pelajaran Yuya agak mendatar. Ini sangat merisaukan aku. Aku bertanya pada guru maths kelas Yuya. Cikgu Zaleha kata, hantarlah kerumah beliau hari Khamis pukul 4. Jadi, hari Khamis lepas, aku bawak Yuya ke rumah cikgu Zaleha. Yuya paling tak paham topik-topik Fractions dan Percentage. Itu 2 topik yang selalu buat dia pening kepala katanya. Sejam selepas menghantar Yuya, aku ambil dia balik sambil bertanya apakah cikgu Zaleha ada bagi sedikit homework untuk dibuat di rumah atau tidak? Jawapannya, "Yuya dah paham topik-topik tu!". Malamnya pulak sewaktu aku duduk bersama-sama Yuya untuk mengulangkaji pelajaran, aku tengok Yuya dapat menjawab semua soalan dengan betul....Sebahagian homework dari cikgu Zaleha telah dihabiskan dan bila aku check, katanya, semua senang!!!!!


Aku cair dengan budak pompuan sorang ni....

Marina
Budak pompuan ni sangat peramah. Senang dia buat kawan. Kalau tinggalkan dia kat padang permainan, dia akan laju berjalan sambil mata liar kekiri dan kekanan. Pantang nampak budak pompuan lain seusia, dia akan terus approach dan mulakan perbualan! Ramai sudah kawan dia...tapi sorang pun dia tak tanya nama apa! Hahahahaha....dan perkara paling menakjubkan aku tentang Marina ni ialah, dia dah boleh menjahit pada umur 6 tahun. Seluar dia yang terkoyang kat lutut, dia jahit sendiri! Aku sampai ke la ni pun tak reti-reti nak menjahit. Ni semua pasal tiap-tiap malam dia dok melangut tengok mama dia dok menjahit. Hahahahaha....nampak gaya, kena hantar dia buat fashion design lah kalau lagu ni.....

8 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

ALHAMDULILLAH..
Semuga semuanya berjaya hingga dewasa....
Kejayaan mereka perkara utama kita sebagai parents...
Insya'Allah... Uncle dan isteri dah berikan yg terbaek....

Kakzakie berkata...

Kalau banding dgn usia abang yg baru 14 tahun memang tinggi benar. Patutlah kasut dia mak ai besr (ingat N3 lama uncle).

Yuya dan adik ada minat tersendiri. Kakak percaya kalau kita juruskan anak kita pada apa yg dia minat ianya akan lebih cemerlang..

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Semua ibubapa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Saya tak terkecuali! Begitu juga dengan ibubapa kita dulu...

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Yes...abang memang besar pun....dengan makanan dan supplement yang kita bagi, diharapkan pembesaran abang tak berhenti disitu saja....he has to be slightly more than 6 feet! Yuya pun sama......Marina janganlah sampai 5 kaki 7 ka 8 ka....payah nanti! Hahahahaha...

azieazah berkata...

Suka baca perkembangan anak-anak UNCLE. Lepas sorang sorang. Dari satu citer ke satu citer kemajuan.

Marina oh Marina. Tengok mata dia jer dah cair. Dah agak dia akan pandai menjahit sebab dia memang banyak masa spend kat rumah dengan Mama dia. Elok tu pandai jadi fashion designer.!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Memang saya suka bercerita tentang anak-anak sebab 20 tahun mendatang, saya akan belek semuala blog saya dan tersengih sorang2 melihatkan perkembangan depa.....kalau terjumpa saya kat mana2 depan laptop dan tersengih2...makanya, tahulah bahawa saya tgh dok baca entry2 lama saya pasal anak-anak!!!

Hazlan Zakaria berkata...

salam pak cik,,,

dah makin dewasa dia orang pak cik,,,mudah mudahan tuhan akan beri kejayaan pada meraka, seperti mana ibu bapa mereka,,,,

Uncle berkata...

Salam Lan.
Terimakasih diatas doa Lan. Saya juga mendoakan kejayaan Lan, isteri dan anak-anak....ingat, kerja dengan ikhlas dan jujur....insyAllah Lan akan berjaya!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...