Sabtu, Disember 01, 2012

Petaling Street


Sekali-sekala berjalan di Petaling Street agak menyeronokkan. Selain daripada dapat melihat pelbagai jualan, aku juga suka melihat benda yang aku rasa jarang dapat aku jumpa dimana-mana. Lantas tangan cepat mencapai kamera untuk aku abadikan sebagai kenangan. Gambar-gambar lain tu aku tak minat sangat sebab selalu boleh dapat! Sekarang ni aku lebih kerap kesana sebab sekolah abang cuma beberapa ratus meter sahaja dari PS.


Kedai ni berada betul-betul dihadapan sekali sebelah kanan kalau kita datang dari arah Kotaraya. Susunan herbal jelly disusun rapi didalam botol-botol  cantik. Mata aku tak berkelip membaca potongan-potongan suratkhabar mengenai kedai tersebut. Dah berpuluh tahun aku perasan kedai ni. Cuma sekarang aku saja yang aku berhenti dan duduk didalam kedai.


Salah satu gambar disudut yang menarik. Katanya salesgirl yang bertugas, minuman yang dijual baik untuk kesihatan. Tak tahulah aku. Tak berani pulak aku nak makan ataupun minum sebab takut ditambah "steroid". Tak pasal-pasal kena barah! Tapi aku rasa tempat ni bebas daripada bahan-bahan terlarang. Kalau tidak takkanlah mantan PM pun pernah pergi kesana!



Yang ni pulak signboard dibadan sebuah van yang kebetulan lalu kat situ. Aku suka tengok gambar chef tu yang seolah-olah Jeneral Mac Arthur ( betul ke ni?) dengan "America Wants U!" tagline. Sukakan bahasa yang digunakan dan begitu jugak gambar yang dipertaruhkan agar dapat menarik minat orang ramai. Selain daripada yang diatas, ada jugak kedai yang bernama "Ta Li Pon" dan jugak "Belly Good!". Menarik sungguh.....Ok people, kejap lagi aku nak menuju ke Stadium bukit Jalil dan bagi sokongan pada rimau-rimau yang kelaparan. Bonne weekend!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Dulu restoran Ta Li Pon terletak tak jauh dari rumah kakcik. :)

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
Sekitar tahun 80an dulu, peniaganya masih peniaga asal iaitu org cina... Sekarang dah jd mcm tak ori dgn pekerja asing menjual barangan tokeh.... Tak menarik langsung nak kesana....

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Hahahahahaha.....Terimakasih kerana mengiyakan nama restaurant tu. Ini bermaksud bahawa restaurant tu memang wujud di kawasan Pandan kalau tak salah saya....sebelah MRR2!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Absolutely right. Dah semuanya orang asing. Yang jual air mata kucing tu pun dari Myanmar...Uncle dengan Aunty tu dah tak jual dah! Saya ada ambil gambar orang mintak sedekah tapi saya kena sergah. Dia kata "Apa mao angkat ganba? Talak boleh...talak boleh...". Hmmm, dari mana lah orang tu?

rezeki berkata...

salam uncle

saya tak boleh masuk situ, muka dah mcm SB
depa tgk semacam je hehehe

Al-Manar berkata...

Agaknya sudah lebih 20 tahun saya tak melintas kawasan China ini.

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...