Sabtu, November 09, 2013

Music 2

Shan, Loga, David, Hock, Meng dan Frances

Aku memang minat dengan Alleycats. Siapa yang tidak? Walaupun kesemuanya berbangsa asing tetapi mereka sangat hebat. Daripada mengenali mereka melalui corong-corong radio ataupun kaset yang dibeli di kedai sehinggalah aku mula bertemu mereka secara 'live' apabila aku bekerja di PJ Hilton sekitar tahun 1980-an dan mereka membuat persembahan di kelab disana yang bernama "Reflections". David, Loga, Ah Hock, Ah Meng, Frances dan Shan akan datang ke Paya Serai bilamana selesai persembahan mereka. Pada waktu itu aku bekerja malam dari 11 malam sampai ke 7 pagi selama 6 bulan kerana itu membolehkan aku menghadiri kelas bahasa Perancis di Alliance Francaise pada awal malamnya. Persembahan mereka akan berakhir sekitar jam 1 pagi. Shan akan datang dan order makanan untuk abang-abangnya, Loga dan David. Bagi aku, kumpulan ini merupakan kumpulan yang tersangat baik dan sopan. Tak pernah marah-marah dan tak pernah meninggikan suara ketika order 'nasi goreng kampung' dengan aku. Apatah lagi Ah Hock dan Ah Meng. Semuanya cakap Melayu dengan fasih dan tak pernah aku dengar mereka bertutur didalam bahasa orang putih kecuali kalau didatangi tetamu luar negara. Senyuman tidak pernah lekang dari wajah terutamanya Ah Hock dan Ah Meng! Lagu-lagu mereka meruntun jiwa. Ada sekali sewaktu aku di Mekah dan tidak pulang berhari-raya ditanahair bersama keluarga, lagu-lagu Alleycats dan video clip mereka menjadi peneman aku sebelum tidur.....

Flybaits

Aku tak kenal dengan mereka secara dekat tetapi aku kenal amat dengan Fredo yakni penyanyi mereka. Mana tidaknya, sewaktu Fredo berpecah dengan Flybaits dan menubuhkan kumpulan baru bernama 'Fredo And The Flinstone', mereka bermain di Piccadilly, Damansara Jaya.  Aku jual nasi lemak dan teh tarik betul-betul didepan Piccadilly bersama-sama dengan Bob dan Sulaiman. Fredo setiap malam akan datang menjamah nasi lemak Bob. Kalau dia busy dan sibuk dengan peminat dia kat atas, 'bouncer' akan bagitahu pada aku dan aku akan bungkuskan nasi lemak dan teh tarik untuk Fredo. Aku dapat special pass sebab hantar supper kat Fredo. Hahahahahaha....Lagu-lagu Fredo juga meruntun jiwa dan raga. Beberapa hari yang lalu aku terbaca satu article di salah sebuah suratkhabar tentang Fredo. Katanya Fredo kini sudah berusia 60 tahun tetapi masih menyanyi! Hahahahahahaha......dah lama rupanya cerita Fredo perform kat Piccadilly.....cuma aku saja yang tak perasan bahawa usia aku jugak meningkat sama! Hahahahahaha....

Dah Datuk!

Tahniah aku ucapkan kepada penyanyi bersuara lunak merdu ini kerana dianugerahkan gelaran Datuk. Aku rasa Jamal memang layak. Dia seorang 'living legend'. Suaranya tiada tandingan dan tidak akan berjaya diganti. Aku masih ingat pada Bintang RTM peringkat akhir bilamana Jamal merebahkan badan dan melutut sambil mendendangkan lagu Alleycats dengan gayanya yang tersendiri. Keesokan harinya lagu Alleycats itu menjadi siulan aku sewaktu ke sekolah. Aku mula kenal Jamal Abdillah sejak tahun 1980 pada ketika aku di darjah 6 sekolah rendah iskandar di alor setar. Gaya Jamal dan suara dalamnya turut menjadi ikutan aku pada waktu itu walaupun aku cuma berada didalam darjah 6.

Roy dan Fran

Satu pasangan yang terbaik bagi aku pada waktu itu. Keserasian mereka mendendangkan lagu serta keharmonian suara mereka membuatkan nama mereka cepat melonjak naik apatah lagi mereka merupakan pasangan duo bukan melayu. Roy akan bermain piano manakala Fran akan menyanyi disebelahnya. Pada mulanya ramai yang beranggapan bahawa mereka merupakan pasangan yang lebih daripada 'teman tapi mesra'. Tapi hingga kesudah impian para peminat menyaksikan mereka berkahwin tidak kesampaian apabila Roy berhijrah ke Australia dan memulakan karier nyanyiannya disana dan Fran mula membuat album-album solo dan seterusnya berkahwin. Walapun sudah berpuluh tahun lagu mereka berkumandang, tetapi para peminat masih teruja apabila mendengar nyanyian dan dendangan mereka berdua.
 
Aku suka mendengar lagu. Tidak kiralah samada ianya lagu tempatan, asing atau lagu-lagu etnik sekalipun asalkan ianya merdu dan sedap untuk didengar, aku akan terus meminatinya. Lagu-lagu inggeris yang beremtak rock dan heavy metal serta new wave juga menjadi halua telinga aku pada suatu ketika. Tetapi apakah aku lalai tatkala mendengar lagu-lagu tersebut? Alhamdulillah tidak. Allah telah memberikan kita akal dan fikiran untuk berfikir. Makanya, pertimbangkanlah dengan sewajarnya! Have a great weekend people! By the way, badan aku seram sejuk seminggu ni. Nak demam tak demam....ishhhhh!

8 ulasan:

nohas berkata...

Nostalgia..Alleycats memang menyerlah drpd music band yg lain spt Black Dog Bone, Carefree...

Uncle pernah jual nasi lemak dan teh tarik ke dulu?

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Suatu masa dahulu

Uncle berkata...

Salam Nohas.
Perjalanan hidup Uncle sangat berliku. Pelbagai pekerjaan telah Uncle lakukan.Ini termasuklah berniaga nasi lemak dan teh tarik di depan Piccadilly Disco di depan ATRIA di Damansara Jaya dulu sekitar akhir 80-an. Kerja itu Uncle lakukan setelah selesai bekerja di Swensen's Ice Cream Restaurant pada pukul 11 malam. Uncle bersama Bob dan Sulaiman berniaga mencari rezeki lebih dan kami semua bekerja di Swensen's juga waktu itu. Bob sebagai Supervisor, Sulaiman sebagai ice cream dispenser dan Uncle sebagai cleaner! Nohas boleh baca cerita Uncle di dalam entry2 terdahulu.

Uncle berkata...

Salam MKL.
Terimakasih kerana membaca dan mengomen.....benar...'...suatu masa dahulu...'

faradia berkata...

salam uncle,


fara nak minta tolong boleh? fara belajar part time di uitm. salah satu subjek yang fara amik, interpesonal communication memerlukan kami buat presentation untuk topic cross cultural marriage. boleh tak kalau fara nak buat on9 interview dengan uncle?. Jika uncle bersetuju, boleh uncle bagi email, boleh fara email beberapa soalan....terima kasih uncle...

Uncle berkata...

Salam Farah.
Sorry Uncle terlupa nak jawab. Yes of course you can. Email me at ali.shahrir@gmail.com and we'll go from there!

Al-Manar berkata...

Those are seasoned performers, the cream of their time. Music lovers of their time must certainly enjoy their performance. Can I take your email in case I need an interview as well?

Uncle berkata...

Salam Al Manar.

Salam Pakcik. My honour Pakcik!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...