Isnin, Oktober 28, 2013

Music Part 1

Boney M

Aku bernasib baik kerana dibesarkan didalam genre muzik yang pelbagai. Bermula dengan tahun 1970-an bilamana Boney M sedang bermaharaja-lela waktu tu. Aku ingat lagi sekitar tahun 1977-1979 apabila setiap kali aku balik sekolah, abang-abang aku akan pasang lagu-lagu Boney M didalam bilik mereka sambil menari tanpa baju. Dari situ aku mula mencuri-curi menyusup kedalam bilik abang-abang aku dan melihat album-album Boney M didalam bentuk kaset. Bilamana abang-abang aku keluar untuk latihan bolasepak di padang Henry Gurney Telok Mas, aku sekali lagi akan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik mereka dan memasang kaset Boney M. Aku terkejut mendengar lagu RASPUTIN. Rentak yang rancak menyukarkan aku untuk faham lagu tersebut. Tetapi oleh kerana lagu-lagu Boney M dipasang selama 24 jam bertahun lamanya, aku jadi lali dan mula menggemari kumpulan 4 orang penyanyi ini. Boney M dianggotai oleh Marcia Barrett, Liz Mitchell, Maizie Williams dan Bobby Farrell di West Germany pada tahun 1975 (aku darjah 1). Kumpulan original ini pernah datang ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1977 kalau tak salah aku. Aku ingat kedatangan mereka sebab abang aku ponteng sekolah 2 hari dan naik bas ke Stadium Negara, KL!

Minggu lalu sewaktu aku sedang berpeluh di gym, aku terdengar lagu-lagu Boney M versi baru dimainkan di gym. Sambil berlari diatas treadmill, aku tersenyum sorang-sorang. Aku senyum sebab teringatkan zaman kanak-kanak aku sekitar tahun 70-an di Melaka dulu. Manakala di treadmill sebelah, makcik tu jugak aku lihat menguntum senyum. Mungkin cerita kami sama.......

ABBA

Kakak-kakak aku pula pada waktu tu sudahpun menuntut di Universiti. Apabila mereka pulang bercuti, aku akan terdengar lagu-lagu kumpulan daripada Sweden yakni ABBA berkumandang dimainkan di radio bilik mereka ataupun dinyanyikan sewaktu mandi. Lagu-lagu ABBA lebih mellow bagi aku. Iramanya yang catchy boleh diterima telinga kanak-kanak seperti aku waktu itu. Agak lembut dan kadang-kala meruntun jiwa. Makin lama makin sedap pulak lagu-lagu ABBA nyanyian Bjorn Ulvaeus, Benny Andersson, Agnetta  Faltskog dan Anni Frid Lyngstad dari Sweden ni. Aku mula terikut. Lagu-lagu seperti Super Trouper dan Voulez Vous menjadi kegilaan ramai pada waktu itu. Dan setiap kali ada karaoke di tempat aku kini, pasti akan ada lagu-lagu irama 70-an ABBA yang akan diminta. Ini mengembalikan aku semula ke zaman kanak-kanak sekali lagi!

Beberapa bulan yang lepas sewaktu aku ke KLCC, aku sempat masuk ke kedai yang menjual cd dan membelek beberapa album-album lama ABBA seperti Solid Gold dan lain-lain. Hahahahahaha...mungkin nanti kalau aku ke sana lagi aku akan beli sebagai koleksi lagu-lagu kenangan aku membesar!

 

Stylistics

Di penghujung tahun 70-an, abang-abang aku mula menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan Stylistics. Kumpulan ini memang hebat dan kadang-kadang aku akan mendengar lagu-lagu mereka dimainkan sewaktu aku memandu. Aku juga minat dengan kumpulan ini. Lirik-lirik lagu mereka yang diprintkan dibelakang kulit kaset akan aku tulis semula didalam buku-buku rampaian sekolah aku. Jika aku terlupa nak koyak, makanya buku yang tertulis lirik itu akan terus sama-sama dihantar kepada cikgu. Ada sekali tu, aku tertinggal sekeping kertas yang mempunyai lirik lagu bertajuk "You Are Everything". Aku hantar kepada cikgu seperti biasa dan selang beberapa hari aku dapat balik buku tersebut bersama-sama sebuah nota dengan gambar tangan kanan yang digenggam dan ibu jari dinaikkan keatas sebagai tanda 'good' pada kertas yang tertulis lirik lagu tersebut. Sampai sekarang aku tak pasti apakah maksud isyarat 'good' daripada cikgu pompuan aku tu...........hahahahahahaha!
Deep Purple

Apabila aku meniti usia remaja dan tinggal pulak dengan rakan-rakan sekolah 24 jam, aku jadi terikut dengan fahaman muzik mereka. Bunyi sedikit keras yang seolah-oleh mengerang seorang diri, aku cuba dapatkan intipati daripada muzik-muzik itu. Lama jugak untuk aku mula memahami lenggok kepala dan badan mereka apabila mendengar. Oleh kerana aku tinggal di asrama, makanya kami tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik termasuklah cassette player untuk memainkan lagu-lagu kegemaran kami. Walaubagaimanapun, ada juga yang berjaya di 'seludup' masuk ke asrama. Deep Purple merupakan salah sebuah kumpulan muzik yang sangat terkenal pada zaman aku. Ditubuhkan di Hertford pada tahun 1968 oleh Roger Glover, Ian Paice, Ian Gillan, Don Airey dan Steve Morse. Lagu-lagu terkenal mereka ialah seperti 'Highway Star' dan juga 'Smoke On The Water' boleh kita dengar hingga ke saat ini terutamanya jika ada konsert-konsert secara live. Memang sangat evergreen lagu-lagu Deep Purple ni. Sebenarnya ada cerita disebalik lagu 'Smoke On The Water' tu. Ia berkenaan dengan seorang lelaki yang sangat fanatik dengan sebuah kumpulan muzik sewaktu berlangsungnya sebuah konsert di Montreaux, Switzerland. Lelaki berkenaan oleh kerana terlalu asyik mendengar lagu yang dimainkan, telah meletupkan 'flare gun' yang kemudiannya mengena tepat ke siling casino sehingga tempat tersebut terbakar. Casino tersebut terletak betul-betul di tepi tasik Geneva yang juga dipanggil Lac Le Man. Bersempena dengan kejadian tersebut, kumpulan Deep Purple yang kebetulan berada disitu terus membuat lagu berdasarkan kepada kejadian benar itu. Hingga sekarang lagu "Smoke On The Water' sangat sedap didengari walaupun mempunyai elemen-elemen rock yang agak keras!
 
Aku bernasib baik kerana berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah sekolah perhotelan yang terbaik di dunia yakni Institut Hotelier Cesar Ritz (www.ritz.edu) yang terletak di Le Bouveret, Switzerland. Jarak tempat aku dengan Montreaux hanyalah 20 minit jika memandu kereta menyusuri tasik Geneva dan melewati Chateau de Chillon. Sewaktu disana aku sempat melawat banyak tempat bersejarah dan salah satunya ialah casino tadi dan sambil menghirup kopi panas di sebuah taman di tepi tasik Geneva (the place where Montreaux Jazz Festival is held), aku terkenangkan cerita dan peristiwa kebakaran tadi......hahahahaha!

Uriap Heep

Kumpulan ini juga merupakan sebuah kumpulan rock yang hebat sewaktu aku dizaman persekolahan circa tahun 80-an dulu. Tengah-tengah malam jika aku ke tandas dan melewati bilik-bilik senior, aku pasti akan terdengar lagu-lagu ini dimainkan dengan volume yang amat kecil. Kecil kerana takutkan warden seperti Ustad Shafie, Cikgu Sabarudin, Cikgu Azizi ataupun Cikgu Adnan yang lalu ketika meronda tengah-tengah malam terdengar dan cassette player akan dirampas! Kumpulan Uriah Heep ini ditubuhkan di London pada tahun 1969-70 dan dianggotai oleh Mick Box, Bernie Shaw, Phil Lanzon, Russell Gilbrock dan Davey Rimmer. Manakala lagu yang meruntun pendengar-pendengar muzik rock  pada waktu itu pastilah  lagu 'Lady In Black'.

Aku membesar dengan muzik-muzik yang seperti ini. Muzik-muzik sebegini telah meninggalkan impak yang amat besar pada waktu dan ketika aku sedang membesar. Itulah waktunya aku mula terdedah dengan kepelbagaian dan warna-warni kehidupan. Daripada situ juga aku belajar menilai apa yang baik dan apa yang buruk melalui penelitian terhadap lirik-lirik lagu yang dimainkan. Rentak yang keras mahupun yang lebih 'mellow' cuba aku baca dan kaji. Melihatkan kepada pengikut-pengikut rangkaian lagu-lagu sebegini juga amat menarik bagi aku. Cara pemakaian dan juga cara percakapan mereka kadangkala menjurus kearah sesebuah kumpulan yang disukai. InsyAllah dientry-entry yang akan datang aku akan cuba menulis lagi berkenaan lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan muzik yang agak mempengaruhi aku suatu ketika dahulu serta peralihan genre keras ke genre yang lebih melodious dan seterusnya ke genre ketuhanan. Kesemua ini mematangkan aku......till then people, have a great week!
 

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Semua genre muzik itu juga ada dalam memori kakak. Kakak lebih suka mendengar lagu dulu-dulu dari yg ada sekarang tak tahulah kenapa, mungkin mengimbau masa lalu. Muzik dulu juga lebih santai dan mudah diikut berbanding sekarang..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Lagu-lagu sewaktu kita membesar sentiasa berada dalam ingatan sampai ke hujung hayat...Entah kenapa bila saya dengar lagu "It's A Small World" saya akan teringatkan tahun 1975 apabila saya didarjah 1 di sekolah francis light pulau pinang! Very the nostalgic!

Al-Manar berkata...

Nampak comment uncle terpanggil datang kemari. Lagipun dah lama. Selalunya Uncle kesana kemari. Kali ini nampaknyya sudah tukar selera - menguatkan badan dan kenangkan lagu lagu lama.

Seperti Kakzakie diatas selera lagu lagu baru tidak lagi menjadi kegemaran. Munkin lagu lagu dahulu mementingkan irama dan kata kata yang memaa erti mendalam. Sekarang pentingkan gaya sexy penyanyi dan lebih lebih lagi yang rancak bergerak mengelilingi penyanyi. Agaknya Uncle lebih mendapat faedah kesehatan kalau menari macam itu daripada Celebrity Fitness itu.

Uncle berkata...

Salam Pak Cik Al Manar.

Setakat ini saya masih belum terfikir untuk bertukar ke 'perkara' sebegitu dan baiklah saya stick dengan regime kesihatan saya di Celebrity Fitness.....

Lady Windsor berkata...

Assalamualaikum Uncle,
wuishhh hebat..memang boney M ka, apa group pun dan yg sewaktu dengannya memang cukup hebat masa tu. saya darjah 2 masa boney M tengah hebat tu. lepas tu saya dok dengar beatles ja sbb arwah bapak saya suka beatles dan dia pun style macam ringo star masa tu..kalu Tanya group la ni yg saya last ingat UB40...hat baru ni tak kenai dah...

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.

Lama tak dengar cerita. Bilakah gamaknya dapat ngeteh kat Liyas lagi? UB40 memang hebat. Berada didalam kelas tersendiri....dengan lagu "Red Red Wine" nya...evergreen sampai ke la ni!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...