Ahad, Februari 24, 2013

Selepas 6 bulan!

the new me in the making!

Keinginan aku untuk ke gym telah lama aku simpan. Setiap kali nak mendaftar ke gym, ada saja halangan yang menjelma. Halangan terbesar ialah sikap "malas". Malas nak mengatur langkah ke gym, malas nak buat routine yang menyakitkan, malas nak bangun awal, malas dan sakit apabila selesai latihan dan lain-lain. Tapi sebagai resolusi tahun baru dan peringatan kepada diri sendiri apabila mencapai umur 45 tahun, aku tanamkan semangat waja untuk kembali mendapatkan bentuk badan seperti 27 tahun dulu sewaktu aku masih kuat dan gigih bermain ragbi dimerata-rata tempat di seluruh tanahair.

selepas dipamkan angin!
 
Aku paksakan diri mendaftar di CF dengan membuat pembayaran yang bagi aku berbaloi. Sekali keluarkan duit, bayar, selesai. Jangan pikir yang kita terpaksa keluarkan duit yang banyak. Jangan terlalu sayangkan duit. Jangan korbankan kesihatan diri. Kalau diikutkan, duit kita akan habis begitu saja dan selalunya dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Tapi untuk pembayaran untuk menjaga kesihatan, aku rasa biarlah aku berbelanja sedikit. Selesai saja aku membayar, aku terus balik ke rumah dan cari baju, seluar, kasut dan stokin lama. Masih ada walaupun kasut "POWER" aku dah tak berapa nak POWER lagi! Bagi aku, biar pakai POWER tapi hasilnya akan menjadi ADIDAS!

otw nak tengok si mamat khalid..

Ada dah mula ke gym selepas satu hari pendaftaran. Semangat telah kembali membara. Ingat kepada tahun 81-91 sewaktu aku aktif dulu tambah menguatkan lagi semangat aku untuk kembali mendapatkan stamina lama dan bentuk badan lama. Memang payah. Tapi "yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang!". Semuanya bergantung kepada usaha diri sendiri. Setakat ini alhamdulillah, aku masih enjoy dengan workout. Sakit memang seluruh badan aku sakit ya amat. Dari leher, bahu, lengan, dada, perut, lower back, paha, betis...senang cakap satu badan lah. Aku tahu inilah yang menyebabkan ramai orang berhenti sekerat jalan. Tapi bila aku lihat aunty-aunty pelbagai bangsa yang lebih berumur daripada aku giat berlatih, aku ter"pukul". Mereka yang dah mempunyai cucu masih bersemangat nak menjaga kesihatan, kenapa aku tidak?

kawan2 "jin pakai toncit"

Aku suka pergi waktu pagi kerana dari pukul 7-9 pagi adalah waktu yang sesuai untuk membakar lemak-lemak tepu. Selalunya aku akan warm up dulu sebelum mula tapi ada jugak kadang-kadang aku terus hit dan buat "bench press" sengaja nak kasi muscles "terkejut" sikit. Tapi bila dah habis, aku regangkan balik otot-otot supaya dia tenang....itu pada minggu-minggu pertama aku disana. Sedikit demi sedikit perubahan mula kelihatan. Yang pastinya ketahanan tubuh aku bertambah baik. Sakit belakang "lower back" yang pada awalnya mengganggu pergerakan aku mula sedikit demi sedikit terhakis....aku rasa mungkin berkat kesabaran dan latihan, lower back aku bertambah kuat walaupun tidak banyak! Ok people, cerita pasal workout ni aku akan sambung lagi bila aku teringat...hahahahaha...meantime, "Stay Healthy, Body, Mind and Soul!"

2 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

tahniah, bentuk badan dah cantik
yang penting kita sihat dan untuk tu kena berkorban sikit

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang perlu melabur sedikit untuk kesihatan....daripada saya buat benda yang tak berfaedah!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...