Rabu, April 17, 2013

Yuya

U12 Sek Taman Nirwana

2 minggu sudah Yuya memberitahu aku yang pertandingan bolasepak peringkat daerah akan berlangsung tak lama lagi. Aku anggukkan kepala dan memberitahu Yuya bahawa aku akan bersama-sama pergi ke padang sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi aku kepada kegiatan sukan anak-anak. Yuya tampak ceria setelah aku berjanji bersungguh-sungguh. Lalu malam itu aku catatkan nota kecil berwarna merah agar aku tidak terlepas pandang. Yuya menjalani latihan setiap hari seperti biasa dan pulang ke rumah hanya diwaktu Maghrib. Didalam keletihan menjalani latihan bolasepak, Yuya masih duduk bersama-sama aku setiap malam tepat jam 8 untuk mengulangkaji pelajaran agar tidak terlepas memandangkan peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku risau dengan pencapaian akademik Yuya yang agak turun-naik. Turun jika aku tidak betul-betul mengikuti pelajarannya manakala naik apabila aku setiap hari bersengkang mata mengulangkaji pelajaran Yuya bersama-sama....Nah...ini lah yang merisaukan aku kerana aku tidak mampu untuk bersama Yuya setiap malam. Walaubagaimanapun, untuk 1-2 bulan ini, aku benarkan Yuya main bola sepuas-puasnya setelah berehat agak panjang selepas patah tangan tempohari!

Cikgu Mat memberi tips..

Yuya mendapat tempat didalam kesebelasan utama pasukan sekolahnya. Sekolah Taman Nirwana merupakan sekolah yang digeruni dikawasan Ampang. Ini semua adalah hasil tunjuk ajar Cikgu Mat, Cikgu Fauzi dan Cikgu Kamarul yang melatih anak-anak ini walaupun sewaktu musim cuti sekolah. Komitmen mereka amat aku kagumi. Mereka sanggup tidak pulang ke kampung semata-mata mahu melatih anak-anak ini bagi menghadapi kejohanan. Alhamdulillah....komitmen yang sangat tinggi daripada guru-guru sukan Taman Nirwana. Mereka juga lah yang menjadi jurulatih kepada abang dulu sewaktu abang dibangku sekolah rendah sehingga abang terpilih mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Aku sangat-sangat berbangga dengan kejayaan anak-anak aku didalam bidang bolasepak setakat ini. Tidak mengapa kalau harus berhabis wang ringgit semata-mata minat anak-anak. Aku rasa berbaloi daripada berhabis tak tentu hala dengan perkara-perkara yang tak senonoh. Aktiviti bolasepak ini juga menghadkan mereka daripada keluar merayap malam-malam. Yuya akan tidur sekitar pukul 10 malam dan abang akan tidur jam 12 apabila berada di rumah. Weekend juga ada latihan bolasepak. Jadi jadual mereka sangatlah padat......

Bakal menggegar dunia bolasepak negara!

Yuya bermain didalam hampir kesemua perlawanan. In fact cuma satu game yang beliau tak main. Ini untuk memberi laluan kepada penjaga gol lain untuk menunjukkan ketangkasan mereka. Didalam kesemua perlawanan, aku kaget melihat ketangkasan Yuya memberi arahan kepada barisan pertahanan dan juga bagaimana Yuya mematahkan serangan dengan melambungkan badan, ke kiri dan ke kanan, menangkap kemas sepakan pihak lawan dan juga menendang bola yang dari dakapannya ke tengah padang. Aku bangga! Bangga seorang ayah melihat anak-anak juga berminat bermain bolasepak sama seperti aku berpuluh tahun dulu. Sekarang, keperluan bolasepak semuanya lengkap. Pada waktu aku dulu, kasut bola tidak digunakan. Para pemain bawah umur 12 tahun yang mempunyai "ankle guard" sudah dikira sangat hebat dan akan menendang dengan kuat. Ankle guard saja sudah menggerunkan pasukan lawan! Hahahahahahaha.....betis dan peha disapu minyak kuda dengan harapan akan berlari macam kuda.......hahahahahaha.....bau minyak kuda juga amat menggerunkan pasukan lawan! Sungguh meriah waktu itu. Sewaktu aku di Melaka, selepas sekolah, aku hanya bermain di belakang rumah. Tiang gol hanyalah daripada batang buluh yang dipotong dan jaring pula dari jala ikan yang kami curi! Berlubang-lubang jaring gol kami. Jika tendang ter kuat, bola akan sangkut kat atas pokok cheri ataupun pokok karapoley aku yang besar di belakang rumah! Oleh kerana padang bola sekangkang kera itu terletak di belakang rumah yang levelnya agak rendah dari rumah aku, bola akan sentiasa naik ke tebing dan sampai ke belakang dapur rumah. Kami tak ada "off side" ataupun "out". Selagi bola boleh ditendang, selagi itu lah kami berebut bola, sampai sekali kami berhenti kat atas jalan raya dan jerit, "woi...gol kat sana lah...". Bobok tendang dan kami ramai-ramai mengejar bola tu balik! Hahahahahaha....that was fun!

Aku bersama para pemain negara!

Sebenarnya Yuya agak kurang menonjol didalam permainan bolasepak. Tapi apabila beliau bersungguh-sungguh menjalani latihan dan teruja nak main walaupun suatu waktu dulu, tangan Yuya berbalut dan bersimen, aku mula sedar yang Yuya "means business". Aku mengikuti perkembangan bolasepak Yuya. Aku berjumpa guru-guru dan jurulatih-jurulatih Yuya. Mereka kagum dengan semangat waja Yuya yang terus mahu berlatih. Didalam kesempatan yang singkat sewaktu Yuya membonceng motor selepas aku ambil Yuya disekolah usai latihan bolasepak, didalam hujan lebat dan sewaktu menunggu lampu isyarat jalan bertukar dari merah ke hijau, aku sempat bertanya Yuya apakah ini yang dia mahu. Aku tak dengar jawapan Yuya sebab bunyi engine dari moto sebelah terlalu kuat. Tapi aku percaya yang Yuya mengangguk-anggukkan kepala di belakang aku! Aku tak kisah apa yang anak-anak aku nak, dengan syarat, depa mesti belajar bersungguh-sungguh.

Aku geram sangat2 dgn budak kecik nih!

Minggu sudah Yuya memberikan aku satu surat dari sekolah berkenaan dengan yuran-yuran dan buku-buku sekolah yang perlu dibeli. Memang besar jumlahnya. Beratus-ratus jugaklah kesemuanya sekali. Maklumlah nak UPSR tahun ni. Mana dengan kem motivasi sekolah, kelas tambahan sekolah, buku-buku tambahan sekolah dan pelbagai lagi. Tersandar aku dibuatnya! Kerana keletihan, aku tertidur dan tak sempat nak beritahu apa-apa pada Yuya. 2 hari berlalu dan Yuya masih diam manakala aku pulak terlupa terus! Pada hari ke-3, aku teringat dan mencongak semula jumlah yang dinyatakan. Pening jugak aku nak "kona" duit aku yang sejemput tuh. Tapi demi masa depan anak-anak, aku berjanji yang aku tak akan hampakan permintaan mereka. Pada tengah malam itu, aunty ada memberikan aku sekeping nota yang ditulis Yuya. Didalam nota tersebut, Yuya nyatakan bahawa sebahagian daripada yuran-yuran yang perlu dilangsaikan itu akan datang daripada wang simpanan Yuya sendiri. Beberapa aktiviti yang dirasakan tidak memberi banyak faedah Yuya batalkan sendiri kerana menurut notanya, duit tak berapa cukup.......aku tersentak dan sayu apabila membaca nota-nota dari Yuya sedangkan malam itu aku sudahpun menyediakan wang untuk diserahkan kepada Yuya keesokan paginya sebelum Yuya ke sekolah......Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke bilik Yuya. Aku cium dahi Yuya dan aku beredar....

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
speechless...
terharu sangat
semuga Yuya, Abang dan Marina menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat..

rezeki berkata...

salam uncle

mmg sekarang semua kemudahan cukup, cuma nak atau tidak je

Alhamdulillah
sebagai seorg ayah, uncle menyokong minat mereka tanpa berbelah bagi, bak kata uncle , dari buat perkara tak berfaedah , lebih baik mereka serius ke arah minat mereka dalam sukan

mmg tak dapat dinafikan, sekarang ni belanja persekolahan anak2 tinggi berbanding zaman kita dahulu dgn pelbagai bayaran .
Namun tu semua demi kecemerlangan anak2 dan sebagai ibu bapa, kita kena sediakan mc juga kedua anak saya sekarang ni yang mana abang SPmtahun ni dan akak baru habis diploma dan sambung peringkat ijazah nanti

ummi_khalish berkata...

uncle...tetiba banjir bumi alexandria..tersentuh....huhuhu..semoga anak-anak kita sentiasa mnjadi anak2 yg menyejuk kedua ibubapa....dan kasih sayang sampai syurga..Amin Ya Rabb....

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
waktu berubah dan begitu jugak dengan nilai matawang! Sebagai ayah, saya hanya mampu berusaha dan terus berusaha demi anak-anak dan diharapkan suatu hari nanti mereka akan faham perjuangan ayah mereka membesarkan dan memberi pelajaran kepada mereka......

Kakzakie Purvit berkata...

Dalam kekentalan semangat utk bermain dan belajar Yuya anak yg sangat peka dgn kehidupan hari ini. Sayu pulak kakak bila dia nak guna sebahagaian duitnya tuk membayar walhal papa dia lebih dari mampu...

Moga anak-anak terus cemerlang.

Adik belum cukup matang tu yg senyum memanjang uncle..

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
InsyAllah. Itulah harapan semua ayah dan ibu di dunia ni....Kita tak mengharapkan balasan daripada anak-anak...cukuplah sekadar depa ingatkan kita sewaktu tua nanti, mendoakan kesejahteraan kita dunia dan akhirat dan berjaya dalam hidup mereka. InsyAllah!

Uncle berkata...

Salam Ummi_Khalish.
Terimakasih kerana sama-sama terharu dengan Uncle...kasih sayang kita sebagai ibubapa sentiasa mengiringi depa sampai ke akhir hayat kita!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Duit tak pernahnya mencukupi walaupun sebanyak mana sekalipun. Tapi bagi saya, bersyukur dengan apa yang ada, alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikan dan sentiasa berbelanja dengan berhemah....sekali lagi, saya nak reiterate, BERSYUKUR ke hadrat Allah swt dengan limpah kurnianya. Kalau saya kekurangan duit, berjuta-juta lagi masyarakat seluruh dunia yang lebih teruk dari saya dan lebih memerlukan duit dari saya. Makanya saya BERSYUKUR!

DCKEY OJOLALY berkata...

alhamdulillah..uncle dikurniakan anak2 yang amat memahami...semoga uncle n family bahagia duan dan akhirat..amiinnnn

Uncle berkata...

Salam OJOLALY.
Setakat ni alhamdulillah anak-anak ok dan merekalah yang membuatkan Uncle sentiasa bekerja keras....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...