Cepat masa berlalu. Yuya tak seperti abangnya yang kuat menangis apabila masuk waktu senja. Pengalaman melihat abang menangis sampai terbeliak biji mata membuatkan aku lebih berhati-hati kali ini. Berhati-hati agar perkara yang sama tidak berulang. Segala macam buku aku baca. Semuanya sebagai persiapan buat Yuya. Tetapi nampak gayanya sangkaan aku meleset sama sekali. Yuya merupakan seorang anak yang senang dijaga sewaktu kecil. Tidak banyak kerenah dan tidak banyak menangis. Aku lega kali ini.
Yuya sangat comel sewaktu kecilnya. Berkulit putih dan berpipi bulat. Sewaktu kami kembali ke Tokyo beberapa tahun yang lalu, kami mengambil kesempatan keindahan musim Sakura untuk membawa Abang dan Yuya tinggal di dalam caravan disalah sebuah National Park yang ada disana. Yuya gembira berlari kesana-kemari bersama Abang. Hilai tawa Yuya dan abang sewaktu bermain sungguh menenangkan jiwa aku. Memberi makan kambing yang berkeliaran, melihat kuda dan segala macam binatang yang terdapat disana masih segar didalam ingatan aku. Buat pertama kalinya, Yuya tinggal bersama Abang didalam sebuah bilik yang bukannya bilik.....tetapi berasingan dari aku! Pagi musim 'spring' sungguh indah. melihat pohon sakura dari kejauhan, berada didalam hutan didalam caravan sambil menunggu sarapan pagi siap sambil ditangan secangkir kopi panas, melihat keletah anak-anak bermain didepan mata, masyAllah.....it's just an awesome feeling....a feel good feeling....cuma jika saat itu mampu aku hentikan....aku ingin kembali ke waktu itu...biarlah anak-anak masih kecil....biarlah anak-anak masih merengek menupang dagu menantikan ais kerim yang tak kunjung tiba, biarlah aku masih leka menyuap makanan kemulut mereka, biarlah aku masih mengesat airmata dipipi gebu Abang dan Yuya, biarlah mereka masih menenggek dicelah ketiak aku sewaktu tidur malam.....
Kasih sayang aku pada Yuya dan pada anak-anak yang lain tak pernahnya berbelah bagi. Didalam 'ketiadaan', aku adakan juga.....didalam 'kesedihan', aku senyumkan juga....didalam 'kepayahan', aku mudahkan juga...supaya Yuya, Abang dan Marina sentiasa ceria sama seperti rakan sebaya!
Kehidupan ini bukannya indah
kehidupan ini bukannya mudah
kehidupan ini bukan semuanya hilai-tawa....
perlahan-lahan aku terjemah dan mainkan
didalam minda Yuya, Abang dan Marina.
Apa yang aku ada, semuanya untuk mereka
apa yang aku usahakan, semuanya untuk mereka
biar aku tidak ber 'apa'
asalkan anak-anak lengkap segala!
Yuya tenang merenung jauh
kaki langit yang tak mampu di gapai
walau keras badai berlabuh
usahalah anakku agar cita tercapai!
Dari kecil ku tatang penuh
meningkat remaja ku turunkan pesanan
bila dewasa jalanlah jauh
agar minda tidak ketinggalan
Happy 12th birthday Yuya and may all your dreams come true! We love you forever!
6 ulasan:
salam uncle
selamat hari lahir buat yuya
sampaikan salam saya buat yuya
seronok lihat anak2 membesar depan mata kita,
Salam Rezeki.
Ya akan saya sampaikan esok pagi2 selepas subuh. Yuya teruja tak sabar nak buat ic. Dh seminggu dok bertanya benda yang serupa...hahahahaha...
Uncle..
Dah ada dua teruna idaman nampaknya...
Selamat menjalani kehidupan dewasa Yuya...
Salam Ibu n Abah.
Pagi tadi baru lari pi JPN buat ic....tersengeh Yuya....maklumlah dah dewasa....cuma tak boleh mengundi saja! Hahahahaha...
abang pemain bola tegar
yuya ada adik cantik
sekejap aje anak dah besar
tak mungkin sentiasa kecik
happy birthday anakanda yuya!!
Salam Kakzakie.
hahahahahaha.....setiap ibubapa pasti ada sesaat-dua menginginkan anak-anak tetap seperti anak-anak didepan mata....saya tak terkecuali!
Catat Ulasan