Khamis, Julai 18, 2013

Cari baju Raya!

di concourse KLCC

Aku bekerja terus tanpa henti selama 2 minggu. Banyak yang aku dah berjanji pada anak-anak. Salah satunya ialah membawa mereka keluar untuk mencari baju raya. Ada satu kedai yang mula-mula kami pergi, Yuya jumpa seluar tak jumpa baju. Marina jumpa dress yang dia nak, tak jumpa kasut. Abang pulak tak jumpa apa-apa! Tak pa...masa masih panjang, kata aku. Anak-anak senyum. Beberapa hari yang sudah sewaktu semuanya ada dirumah, aku 'declare' dengan terangnya berapa budget baju raya untuk tahun ini setiap anak. Melopong mulut depa dengar. Aku tak pasti pulak samada mulut anak-anak melopong sebab duit yang aku bagi terlalu banyak ataupun anak-anak melopong sebab duit yang aku tawarkan terlalu sedikit! Hahahahahaha....Terpulang kepada kebijaksanaan anak-anak untuk menguruskan kewangan. Waima Marina sekalipun! Hahahahahaha


melentik Marina nak tengok baju!
 
Untuk aku pulak, sangat senang. Aku tak perlu belek apa-apa. Aku terus ke kedai yang aku suka, pegang baju yang aku suka, masuk fitting room yang aku suka, senyum-senyum, angguk-angguk, bayar. Hah...part ni aku tak berapa suka tapi depa cukup suka! Hahahahaha.....hajat hati nak belikan untuk anak-anak tapi bila tengok depa dok belek sana belek sini, aku capai baju sehelai, laju masuk ke fitting room. Keluar dari fitting room, Marina tanya aku, "Papa pergi mana?" Aku bagi duit dan baju yang aku cuba tadi kat Marina dan dia terus ke cashier counter dan bayar. Senangkan? Tak payah pening-pening nak ronda sampai 5 hari 4 malam semata-mata nak cari baju!
 
Then suddenly abang dengan Yuya bagitahu yang baju melayu depa dah kecik. Adoi, part baju melayu ni aku paling malas nak masuk ke Masjid India di bulan Ramadhan ni. Sesak satu hal, nak cari parking lagi satu hal.....tiba-tiba aku teringat yang betul-betul belakang rumah aku ada satu kedai jual baju melayu segala macam. Nama dia BMO. So, malam tu aku bawak Yuya beli baju melayu kat situ. Lega rasa....tunggu abang pulak balik this weekend dan aku akan suruh dia cari baju melayu kat situ jugak...la.....belakang rumah rupanya! Hahahahahaha....

3 boys!
 
Aku tak sangka yang nak mencari baju raya ni memeningkan kepala. Yuya ada fashion tersendiri...abang ada fashion remaja dan Marina pulak ada kemahuan nya sendiri...aku tengah-tengah jadi penin! Nasib baik bulan Ramadhan, jadi aku banyak bersabar! Tapi bila tengok muka anak-anak tersenyum lebar setiap kali masuk kedai, aku jadi cair.....tapi aku sempat pesan pada anak-anak agar jangan membazir. Tak perlu yang mahal. Apa yang penting, kita mampu dan selesa memakai. Tapi malangnya idea aku tak masuk ke dalam kepala otak depa! Sorang pun tak ikut aku dalam bab berjimat ni....aku heran.....depa ikut siapa ya?

kalau bermuzik kan bagus?
 
Setiap kali ke sini, Marina mesti menarik tangan agar aku sama-sama keluar ke taman. Jadi sebelum sampai yakni sewaktu didalam kereta lagi aku dah berpesan pada anak-anak....
 
"Kita pergi nak cari baju Raya.
Jangan melencong cari benda lain."
 
Anak-anak mengangguk tanda PROTES! Hahahaha....good luck with your kids, people!

10 ulasan:

Kakcik berkata...

Bila ibubapa banyak duit, anak2 juga yang untung. :)

Kakzakie berkata...

Org lelaki (a man especially) tak sama sebab dengan lelaki (boys) dan perempuan tak kira perempuan (girl or woman) sama kalau nak membeli mestilah nak lihat dan buat perbandingan dulu baru puas. Jadi mereka semua tu macam kakak juga dah betul-betul puas baru membeli. Worth membayar bila yg dibeli menepati kehendak.

Uncle dah tahu apa yg nak terus tuju memanglah mudah..

Uncle berkata...

Kakzakie, adoi...letih kak......dah lah mengah baru lepaih bukak posa!

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

makin lama makin terserlah ke'uncle'an di wajah yuya :)

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

Lama betul tak ziarah dan baca coretan uncle...tetiba lihat gambar2 di atas..wah anak teruna dah teng ketinggian bapanya..dan Marina pun dah besar cantek.

waktu dekat reya kedai baju melayu laku betul..kalau pi Pekan Rabu ..depa sembelih hidup2..

Uncle berkata...

Salam Nadz.
alhamdulillah seronok bila baca ada yang baca coretan uncle. Eh betoi ka pekan rabu cekik darah? lama sunggoh tak pi sana. insyallah i'll make it a point to visit bila balik aloq setaq. Nadz take care and regards to all at home!

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
mencari baju anak memang penat...
nak pilih.. cuba... then tak suka pilih lagi.. tak muat.. cari yang besar..tak muat kena bawak balik tukar...
tiap2 tahun inilah kerjanya...
ada budak badan gomuk kat umah tu... umur 8 tahun saiz seluar 13/14 baru muat...
haiya....
menambah kerja ibu dan kakak2 dia...

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Seronok melihat karenah anak-anak mencari baju raya sebab ini semua mengingatkan saya kepada arwah mama dan saya sewaktu kecil dulu....hahahahaha...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
banyak duit? Jauh panggang dari api....banyak keluaq duit adalah! Hahahahaha...

Uncle berkata...

Salam CM.

La...sorang lagi kata lagu tu...habehlah...hahahahaha...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...