Jana and me!
It has been a good 20 years since kali terakhir aku bertemu dengan Jana. Jana membuat latihan praktikal di Hilton sewaktu aku disana dulu. Merupakan graduan daripada UKM lulusan komunikasi kalau tak salah aku. Masih muda dan sangat bertenaga. Maklumlah 20 tahun dulu. Aku baru 25 dan Jana slightly muda daripada aku. Apabila aku ditugaskan untuk membuka Uncle Chilli's Fun Pub di Hilton dulu, Jana telah dicadangkan untuk bersama-sama aku. Bersama Tengku Farazil sebagai Chef de Cuisine, kami membuka UCFP dengan jayanya. Revenue setiap hari mencecah puluhan ribu ringgit dan diwaktu itulah aku kenal dengan lebih rapat lagi Alleycats, Headwind, Louis Pragasam, Jose Thomas, AsiaBeat Percussion, Soliano Sisters dan ramai lagi termasuk pemain sax terbaik dunia yakni Dave Koz yang pada suatu masa pernah membuat persembahan ditempat aku! Jana banyak membantu kerana beliau mahir didalam PR. Kami bertungkus-lumus kerja dari pagi sampai ke pagi setiap hari!
Pada Ahad yang lepas, aku membawa keluarga berjalan sebentar ke Bangsar Village. Masuk ke kedai PUMA, ada seorang wanita memandang aku sambil tersenyum. Aku membalas senyuman sambil menoleh ke belakang kalau-kalau senyuman wanita tadi bermaksud untuk orang dibelakang aku! Abang melihat-lihat baju dirak. Setelah selesai dan sewaktu aku nak melangkah keluar, seorang wanita menegur aku, "hai shahrir, lama tak jumpa!". Aku tergamam lihat wanita itu. Sedikit pun tidak berubah. Rambut, percakapan, raut wajah dan senyuman yang tetap sama 20 tahun dulu! Kami bersalam dan Jana introducekan aku kepada kakaknya (yang tersenyum tadi), ibunya dan anak lelakinya yang sudah sebaya dengan abang. Aku terus memperkenalkan keluarga aku satu persatu. PUMA dah jadi kecoh dengan cerita-cerita lama kami selama beberapa minit. Jika tidak kerana kami berpuasa, mahu perbualan kami disambung di mana-mana kedai kopi! Kami bersalam semula dan berjanji untuk bertemu dengan rakan-rakan Hilton yang lain yang telah kami tinggalkan 20 tahun yang lalu!
|
2 ulasan:
Indah bila bertemu teman yg dah puluhan tahun terpisah.. lagi seronok kalau sama-sama punya cerita indah.
Abang dah besar uncle tu tanda papa dia pun kena ingat usia pun dah menginjak banyak. One thing kakak respect abang pandai buat tiramisu - betul kan bapak burik anak rintik.
Salam Kakzakie.
Memang indah apalagi kerana kami juga ada banyak cerita indah! Hahahahahaha.....Bukannya apa, cerita kami waktu buat opening dulu.....
Yeah, anak-anak dah mula membesar tapi masalahnya saya masih remaja.....yang penting sentiasa positive, sihat tubuh badan dan jangan ditinggalkan suruhan Allah SWT!
Catat Ulasan