Ahad, Julai 28, 2013

Untitled!

Marina tengah 'confuse' pilih baju!
 
Sekali lagi aku sempat bawak anak-anak aku membeli-belah. Gelagat anak-anak sewaktu memilih baju memang aku suka. Marina akan membelek-belek baju yang dirasakan sesuai dengan dia. Yuya pulak akan membuat keputusan dengan sangat cepat jika sudah bertemu dengan yang disukai. Manakala abang pulak akan terus bergerak dari satu kedai ke satu kedai. Oleh kerana abang mengambil masa yang sangat lama, makanya, pakaian abanglah yang sampai ke hari ni masih belum selesai!
 
Kesemua ini mengingatkan aku lagi kepada zaman aku kecil dulu. Jarang aku beli yang telah siap dikedai. Seluar aku kebanyakkannya akan ditempah bersama-sama dengan 3 orang abang-abang aku. Kalau di tahun 70-an, stylenya 'bell bottom' dan 'berkotak-kotak'@'chequered' makanya, kami berempat akan mempunyai seluar style yang sama. Gambar kami adik-beradik masih ada di Penang kalau tak salah aku. Tapi kami cuma posing 4 beradik ditepi longkang di belakang rumah! Oh ya, baju kami juga 'kotak-kotak'. Jadi kalau dilihat dari jauh, kami semuanya berkotak dari atas sampailah ke bawah. Kedai jahit tu pulak terletak di "simpang 6" di Pulau Pinang. Sederat dengan Kassim Nasi Kandar! Jadi setiap kali aku bersama-sama dengan anak-anak, segala tingkah-laku dan pergerakan mereka akan sentiasa mengingatkan aku kezaman kanak-kanak sewaktu aku berusia seperti mereka!
 

Kedai makan semua dah tutup!

Kami pergi taklah lama. Hanya sekitar satu setengah jam sahaja. Maklumlah dari rumah nak ke situ taklah jauh. Cuma masuk elevated highway dan terus ke parking pusat membeli-belah tersebut. 15 minit dah sampai. Jadi kalau kami nak kesana, kami dah tahu apa yang kami nak dan dimana kedai-kedainya! Sangat senang.....

Rajin mencuci pinggan..

Marina memang rajin cuci pinggan. Semalam bila aku suruh di berhenti, dia kata, "takpalah...biar Marina tolong Kak Wiwit!". Jadi lepas iftar malam tadi, Marina mencuci pinggan manakala Kak Wiwit mengelap dan simpan balik. Aku tersenyum sorang-sorang bila terkenangkan Marina. Teringat aku sewaktu kecil membantu arwah mama membasuh pinggan didapur sewaktu lepas makan malam. Aku akan mengambil papan memotong, letakkan didepan singki, berdiri diatas papan tersebut dan mula membasuh. Mama akan mengajar aku bagaimana nak mencuci dengan baik. Diwaktu yang sama, mama juga akan meninggikan suara bila air terpercik merata-rata diruang dapur yang sempit!

Warna kuning tu cantik pulak!

Bila aku ke gym aku akan parking motor aku di hadapan sebuah bank yang berdekatan. Beberapa hari yang lepas sewaktu aku selesai berhempas-pulas di gym dan mahu pulang kerumah untuk berbuka puasa, ada pulak sorang hamba Allah ni parking HD dia betul-betul dihadapan motor aku. Pergh...naik bulu roma aku tengok. HD ni memang menjadi idaman aku sejak dari dulu lagi. Dan yang ini rasa aku, mahu harganya mencecah RM100,000! Mak aii...mana aku nak cekau duit! Tak pa lah, aku kumpullah sikit-sikit. Tapi selalunya bila duit ada terkumpul sikit, setengah jalan, duit tu akan ter'kona' ke lain! Hahahahahaha....jadi sampai kesudah aku asyik dok pakai moto merah dan bukannya kuning!

8 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Hahaha
Jika uncle sempatla berbual dgn suami akak.. Tentu dia juga akan menceritakan kisah yg sama dgn uncle..
Cita2 nak bermotor besar yg masih tak kesampaian....

rezeki berkata...

salam uncle


hehehe tu anak 3, kalau 10 mau entah mcm mana le , apa2 pun kita sebagai bapa seronok tgk anak2 buat persediaan raya

anak saya yang 2 org ni mei lepas saya dah bawak depa pi beli baju raya masa ke KL hari tu


raya ada kat mana, kalau kat KL , boleh kita jumpa psl macam biasa saya akan berada di KL beraya dengan Vietnam dan bangla hehehe

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Macam tu lah kami ni.....berangan-angan saja....nak bergadai-bergolok hanya untuk moto, tak lah kot.....masih rational lagi! Hahahahahaa...

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
InsyAllah saya masih ada di KL Raya nanti. Belom ada plan apa-apa sebenarnya! Sila hubungi saya kalau nak datang ke KL.

azieazah berkata...

Wahh dah nampak dah plate motor merah tuh. Kalu sesat ke Ampang, kompom boleh follow nih. Hehehehe

AUNTIE jahit baju raya tak tahun ni? Nak tengok baju kurung Marina!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Jangan ikut salah motor sudah lah! Hahahahahaha.....Oh yes...memang dia tengah dok menjahit baju kurung Marina. Kali ni baju kurung tu ada motif 'minnie mouse!' Hahahahaha...

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Assalamualaikum Uncle.

Lama dah tak tinggal jejak kat sini.. asyik "touch & go" jer.

Kami b4 balik sini dh siap beli baju raya 3 hero tu. Tak sanggup nak bersesak-sesak, tambah pulak 3 kepala 3 taste yg berlainan.
Tu belum ambik kira taste BOSS lagi.
Dia lagi haru, sanggup tunggu sampai berbulan-bulan as long as sampai hajat di hati.
ME.. sempoi jer.. baju kurung tetap di hati.

P/s;
Tak ada pengalaman mencari baju raya gegurl.. cerewet tak??

Uncle berkata...

Salam Shamsiah.
Memang lama sunggoh tak singgah....mai la singgah selalu naa.....Pasal nak cari baju 'gegurl'? aihhh, tak lama lagi akan mencari la.....hahahahaha...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...