Isnin, Ogos 05, 2013

Dah nak Raya woooo.....

Famous Amos di Sg Wang Plaza

Semalam sewaktu mengambil abang dari pusat tiusyen Kasturi, aku sempat bertanya pada abang samada dia nak ke Sg Wang ataupun tidak? Abang kata, "ikut Papa lah..". Aku pun masuk ke Jalan Imbi dan masuk parking motor. Kali pertama aku terpaksa menunggu motor lain keluar baru motor aku boleh masuk! Maksudnya, tersangatlah sesak! 10 minit jugak aku menantikan ruang kecil untuk aku parking motor aku. Ini lah penangan nak Raya! Bila dah dapat, kami bergegas masuk. Tapi kami masuk dari pintu belakang. Orang tersangatlah ramai sampai berhimpit-himpit! Masuk kedai baju, masuk kedai kasut, masuk kedai seluar dan banyak lagi. Keadaan susun atur SWP tak banyak berubah dengan keadaan SWP yang aku kenali lebih 30 tahun dulu!  Yang masih kekal melekat kat dalam kepala otak aku ialah kedai Famous Amos di tepi escalator dan kalau tak salah aku, berada ditingkat 2. Jadi, semalam bila aku lalu kat depan FA, aku mengambil kesempatan untuk mengambil sekeping gambar.
 
SWP ni banyak mengingatkan aku kezaman remaja aku sekitar 13-17 tahun circa 1981-1985 dulu. Kesempatan yang ada akan aku penuhi dengan kemahuan naluri remaja. Aku akan naik bas mini nombor 12 dari rumah Kak Anne dan berjalan kaki sampai ke SWP. Di tingkat bawah SWP pada waktu itu ialah kedai 'video games' dan aku akan menghabiskan sedikit wang aku disana. Lepas main video games, aku akan berjalan kaki untuk menonton wayang di panggung Cathay yang kini merupakan tapak kosong berhadapan dengan Royal Bintang Hotel. Selesai menonton, aku akan kembali ke SWP untuk beberapa jam lagi. SWP ialah tempat yang 'happening' pada waktu itu. Hahahahaha.....shoping complex yang setaraf dengan SWP hanyalah Ampang Park, Pertama Complex dan juga Jaya Supermarket ss14 di Petaling Jaya. Kalau orang tanya tadi kemana, menjawap dengan bangga lah aku, "err, tadi ke SWP!!!!!" Hahahahahahaha...Apabila semalam aku naik motor dengan abang dan ke sana buat seketika, banyak cerita-cerita yang menerjah kat dalam kepala otak aku......rupanya dah lebih dari 30 tahun berlalu!


Shark attack!

Pagi Ahad yang sendu, seperti biasa aku akan ke marrket dengan makcik, yang membonceng kat belakang. Sampai kat pasar, kami terus ke gerai menjual barang kering. Beli ubi, bawang, belacan dan lain-lain kemudiannya ditinggalkan disitu. Jalan ke depan, aku ke gerai ayam. Beli 2 ekor, tulang ayam 2 portion (untuk buat chicken stock) dan tinggalkan jugak kat situ. Ah Kong tukang jual ubi dan bawang dah tahu. Sam tukang jual ayam dah tahu. Aku bergegas ke gerai ikan pulak. Ikan temenung@kembong RM10 sekilo. Kira murah lah tu....aku beli 2 kilo sebagai stok just in case kalau tiba-tiba nak buat laksa pulak! Ikan banyak minggu ni  dan kebanyakkan gerai yang aku tanya, rata-rata depa kata akan tutup pada raya pertama dan kedua nanti. Ok tak pa lah...depa pun nak raya jugak! Dalam pada tu, aku terus ke gerai menjual telur. Aunty Leng dah menunggu dengan 20 biji telur berharga 38 sen setiap satu. Dah naik sikit dari 36 sen! Kadang-kadang telur ni sampai 40-50 bijik seminggu kat rumah aku. Kalau tak goreng, direbus. Kalau tak dimasak, cukup setakat sandwich telur untuk bersahur! Tu yang jadi banyak! Tambahan pulak, abang yang balik dihujung minggu suka membuat kek. Lagilah cepat habis! Hahahahaha.....bila dah habis membeli, aku akan buat satu pusingan lagi untuk kutip makanan-makanan seperti ayam, sayur dan barang-barang kering yang aku dah beli tadi. Tak larat aku nak usung semua sekali gus masa mula-mula membeli! Aku tiba-tiba teringin nak makan kari kepala ikan untuk berbuka puasa. Jadi, aku berpatah balik ke gerai ikan dan membeli satu kepala ikan merah yang dibelah dua berharga RM15 sekilo. Makcik yang akan masak nanti malam dan aku sorang yang akan makan sambil sedut, "seroooot...serooottt..." kepala ikan tu....heaven! Bila aku nak makan kari, otak aku mesti teringatkan arwah mama. Ramai yang berguru dengan arwah mama. Termasuklah abang-abang aku semuanya. Makanya, abang-abang aku memang pakar memasak walaupun depa masak hanya untuk keluarga sendiri dan adik-beradik yang tahu depa pandai memasak! Jangan terkejut kalau ke rumah abang-abang aku dan melihat yang depa lah yang selalu berada didapur! Hahahahahaha....even anak-anak depa pun akan suruh pak depa masuk dapur!
 
Dikesempatan yang tak seberapa ini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku yang selama ini tak jemu-jemu membaca cerita mengarut aku ni dan jika terdapat apa-apa salah dan silap samada sengaja ataupun tidak sengaja sekali lagi aku dengan rendah hati ingin memohon maaf. Terima lah ucap "Selamat Hari Raya" daripada aku dan keluarga. InsyAllah jika ada waktu di musim Raya ni, aku akan tuliskan entry baru! "Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin, People!!!!"


10 ulasan:

rezeki berkata...

Salam

Sg wang dan bukit bintang dulu tempat berendut masa memuda dulu hehehe

Mmg lama famous amos tu kat situ

Kesempatan kedatangan syawal ini, saya juga ingin menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf zahir dan batin atas segala salah silap

Moga syawal ini membawa kebahagian dan kegembiraan buat uncle, auntie dan anak2 juga

Ibu n Abah berkata...

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat uncle
Sekeluarga....

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya "uncle" & family.
btw...what does SWP mean? a shopping mall kat Bukit Bintang ke
Cheers
rina

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

selamat hari raya maaf zahir batin
dari penyamun sekeluarga

hehehehe

awang

taj berkata...


Selamat Hari Raya Uncle...

:)

SWP dan BB sekitarnya adalah juga tempat taj n adik beradik shopping tuk raya...dan juga lepaking kami hehehe

pertama kali taj rasa famous amos adalah di SWP jugak,,,

Uncle berkata...

Salam Rezeki. Selamat hari raya serta maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada Rezeki sekeluarga. Semoga bertambah rezekinya! FA tu memang fower dari dulu lagi. Spot yang sama jugak lebih 30 tahun...beropa lah depa bayaq!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya juga ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sepanjang berinteraksi melalui blog ni...semoga persahabatan berkekalan. InsyAllah. Salam saya pada Abah di rumah!

Uncle berkata...

Salam Rina.
Sekali lagi selamat hari raya dan SWP tu Sungai Wang Plaza lah tu...hahahahaha

Uncle berkata...

Salam Awang.
Selamat hari raya dari Uncle sekeluarga pada Awang sekeluarga....aiii...sebok sunggoh sampai sms pon tak jawap!

Uncle berkata...

Salam Taj.
Kannnnn memang Famous Amos tu membawa banyak nostalgia....bila Uncle lalu sekali lagi dengan abang dan explain kat dia yang papa dia selalu dok beli kat Famous Amos situ, berkerut dahi dia.....dia kata, "is this the best mall during your time?" Uncle angguk kepala...hahahahha

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...