Selasa, Ogos 27, 2013

Kawan-kawan

Ramai sungguh kawan-kawan aku yang telah berkelana ke luar negara membina kerjaya professional mereka. Salah sorangnya ialah Syamzani. Kawan aku yang sama-sama naik bas sekolah Achit sewaktu di Penang dulu. Syam di sekolah Penang Free manakala aku pula melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di Chung Ling High School di Air Itam, berdepan dengan Balai Polis Air Itam. Kami tinggal dikawasan perumahan yang sama yakni Brown Garden. Syam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada mamu Hussain. Seorang kapten kapal yang jarang ada dirumah. Oleh kerana kami naik bas sekolah yang sama, makanya kami menjadi agak akrab. Ini ditambah pula dengan latihan ragbi pasukan Pulau Pinang yang aku main waktu itu memang diadakan di padang PFS dan Syam menjalani latihan pancaragam sekolah diwaktu yang sama. Kami selalu bertemu. Kalau aku tak kerumah Syam, Syam akan kerumah aku pulak. Duduk melepak dan bercerita kosong. Selalunya topik perbualan kami banyak berkisar kepada cerita Syam dan marka-markanya! Hahahahahaha....Aku kenal rapat dengan kesemua ahli keluarga Syam. Nak dijadikan cerita, kami terputus hubungan sejak dari tahun 1987. Aku merantau ketempat lain manakala Syam pula melanjutkan pelajaran ke Amerika selama beberapa tahun. 3-4 hari lepas sewaktu aku selesai melakukan senaman angkat besi di gym, mandi dan bertukar pakaian sebelum pulang kerumah, tiba-tiba hati aku terdetik untuk menaiki escalator turun ke bawah. Selalunya aku akan naik lift sampai ke bawah. Aku melencung ke escalator. Sewaktu nak sampai ke tingkat 2, seperti dipanggil-panggil, aku mendongak semula ke tingkat 3. Tiba-tiba aku terlihat kelibat sorang lelaki dengan 2 orang anak sedang window shopping. Aku sah orang tu aku kenal. Aku naik semula ke atas dan dengan kuat aku panggil nama Syam. Dia menoleh dan jugak menjerit nama aku....seperti kebiasaan orang-orang Penang, perkara pertama yang mereka akan ucap adalah perkataan yang bagi aku sangat tak masuk akal!

"Woi Shah.....hang ka?" Syam kata.
"Woi Syam.....hang ka?" aku pulak kata!
 
Dan kami sebenarnya berdiri mengadap masing-masing!
Kami bersalam dan bertanya khabar lebih kurang, sebelum bertukar-tukar kad nama. Berjanji yang kami akan berhubung lagi. Alhamdulillah Syam yang selalu dok bercerita kat aku pasal marka-marka dia dulu kini sudah berkahwin dan bukan dengan marka-marka yang diceritakan dulu, mempunyai beberapa orang anak, menetap di Dubai dan bekerja di First Gulf Bank sebagai Head of Islamic Banking Division. Hahahahahaha....nak jadi cerita....macam boria Kampong Dodoi!

Anak Syam ambik gambar! Hancogg...hahahahaha

Ada sorang lagi pulak kawan aku ni selalu jugak aku bercerita pasal dia di blog aku. Cerita-cerita kecil....sekadar iklan! Walaubagaimanapun, sebulan yang lalu aku mendapat sms daripada salah sorang kawan aku masa di eropah dulu. Azrul. Katanya Lilian akan balik ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarganya dan kesempatan tersebut akan Azrul gunakan sebaik mungkin untuk mengumpulkan seramai mungkin geng-geng Cesar Ritz di Switzerland dulu. Sms kedua, aku terima menyatakan lokasi makan malam kami yang bertempat di Madam Kwan, KLCC untuk sama-sama berbuka puasa. Lilian datang bersama suaminya Sebastian, 2 anak lelakinya yang sudah pun remaja dan seorang sepupunya yang gila marathon! Panjang kami berbual sehinggalah Zed memberitahu yang dia terpaksa beransur dulu kerana nak pulang ke JB untuk berhari-raya. Lilian kalau tak salah aku berasal dari Johor. Orang disekeliling meja kami di Madam Kwan semua terkejut kerana 4 orang jejaka tampan lagi terlebih hemmsemm bertemu dan belanja sorang ah moi makan malam sambil berbuka puasa! Hahahahahahaha......mana ada barrier...inilah erti persahabatan bagi aku. Tidak ada topik sensitif yang kami bincangkan kecuali cerita-cerita lama kami di Le Bouveret dulu sambil bergelak sakan!
Sampaikan anak-anak Lilian dan Sebastian tumpang seronok dengan keakraban kami. Sebenarnya kesemua mereka itu adalah merupakan senior aku satu semester sewaktu disana. Mereka masuk dimusim panas manakala aku pulak masuk dimusim salji. Makanya rambut aku kelihatan keputih-putihan! Hahahahahaha.....Azrul kini menjaga kesihatan dengan menunggang kuda dan juga mendaki bukit dan gunung. Lilian dengan zumbanya kerana beliau sekarang merupakan jurulatih 'zumba' di Germany. Faizol tengah gila dengan marathon 42km (maximum) sampailah sanggup pergi ke Singapore semata-mata nak berlari! Zed pulak sentiasa gila dengan kereta volvo lama dia. Bila bercerita dengan Faizol pasal Marathon, dialah yang membakar semangat aku untuk menyertai marathon tahun depan. Cukuplah dengan 10km dulu, katanya!

Azrul, Zed, Lilian, Faizol dan George Clooney!
 
 
 
 

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kawan-kawan uncle semuanya berjaya belaka. Kagum kakak tengok kegigihan dan kejayaan yg diraih..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Alhamdulillah. Saya bernasib baik kerana dikelilingi oleh rakan2 yang baik dan prihatin.....saya ingat pesanan arwah mama dan bapak dulu supaya pandai memilih kawan. Pesanan yang sama saya berikan pada anak-anak. Jika kita dikelilingi oleh teman2 yang positive, insyAllah kita juga akan menjadi positive. Begitu juga sebaliknya!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...