Jumaat, Ogos 16, 2013

Raya Aidilfitri 2013

3 Teruna Lara!

Ramadhan berlalu pergi dengan pantasnya. Begitu juga dengan Syawal yang mula meninggalkan kita perlahan-lahan. Aku terlalai seketika. Lalai dengan makanan dan minuman yang dijamu didepan mata. Aku tak mahu makan. Tapi apakan daya kakak-kakak aku semuanya memang terra bab masak memasak ni. Di masaknya beriani ayam. Aku makan. Dimasaknya Laksa Penang. Aku makan. Minuman jangan cerita lah...semuanya yang bergas dan manis-manis! Walaubagaimanapun, alhamdulillah aku ucapkan kerana rezeki yang Allah SWT bagi pada aku.

Pose sama setiap tahun!

Baju yang kat dalam gambar tu merupakan pemberian daripada Chef Adiel Bounaser. Chef dari Morocco yang juga merupakan Executive Sous Chef aku di Al Safwah, Mekah dulu. Dia tanya apa yang aku teringin kalau dia pulang ke Casablanca? Aku jawap aku teringinkan jubah dan kasut aladdin warna kuning pekat. Cerita itu berlalu. Selang beberapa bulan, dibawaknya satu beg dan diserahkan pada aku. Katanya ada present dari Casablanca untuk aku. Rupa-rupanya Chef Adil kirimkan pada adik perempuannya yang kebetulan datang ke Mekah untuk melakukan umrah. Alhamdulillah!

Aku dan Nyamuk 85

Di hari raya pertama lagi aku sudah bernasib baik kerana sempat bertemu dengan rakan aku sewaktu di zaman sdar lagi. Nyamuk merupakan kenalan lama dari tahun 1981 lagi. Berlainan kelas tapi tinggal di blok yang sama. Bijak pandai orangnya. Senang berkawan dengan Nyamuk sebab dia seorang yang amat suka membantu. Persahabatan kami kekal sehinggalah kami meninggalkan sekolah. Nyamuk merupakan salah sorang pelajar terawal UUM di Sintok. Bila ada kelapangan, Nyamuk akan melawat aku di Penang. Nyamuk dan keluarganya jugalah merupakan 'turning point' untuk aku kembali membuka buku dan belajar. Ada aku ceritakan dulu. Waktu itu circa 1988. Nyamuk di UUM dan aku yang asyik "main" kat sekolah dulu, agak terbabas dan bekerja sebagai 'waiter' di Paya Serai, PJ Hilton. Nyamuk dan keluarga datang makan. Aku yang jaga 'station' tu tak sempat nak lari bilamana Nyamuk tegur aku dulu! Mula dari situ, aku nekad nak sambung belajar dan aku mengambil kelas malam! Kami kembali bertemu sewaktu berada di Mekah. Pertemuan secara tak sengaja. Aku nak ke masjid dan Nyamuk nak kembali ke hotel! Nyamuk kini masih lagi di Riyadh. Auditor besar disana dan sudah 6 tahun berkelana di KSA. Alhamdulillah!


Perabih duit!

Marina mati-mati nak ke KLCC. Nak jugak...nak jugak...Niatnya cuma satu. Nak beli patung kucing yang sangka aku kecil dan murah. Marina merengek dan merayu. Aku jadi lemah dan cair. Terkulat-kulat melihat keletah Marina. Aku bersiap dan kami ke KLCC. Sasaran Marina cuma satu. Nak ke Toys R Us dan gomol kucing gebu tu. Aku mengekor dari belakang sebab Marina dah terlampau laju kerana tak sabar. Dipeluknya kucing tadi dan di heretnya ke cashier counter. Cashier sengeh tengok aku. Sangkanya aku 'bapak mithali'. Sebelum sempat Marina bayar pakai duit rayanya, aku sempat tengok tanda harga. Pergh...terbeliak bijik mata aku. Bersembur lemang dan rendang yang aku makan pagi tadi lepas solat sunat! Harganya pada orang lain mungkin murah tapi tidak pada aku......ianya tertulis RM699.........kami tarik tangan Marina ketepi dan cuba berbisik dengan harapan Marina akan bertukar fikiran. 34 minit kami berhempas-pulas. Akhirnya Marina setuju dengan anak kucing yang sebesar ibu jari aku yang berharga RM23. Mak aiii.....besar tu pun RM23?

Electronic Monopoly

Yuya pulak dah lama 'taram' monopoly ni. Nak sangat-sangat. Dilihat harganya, masyallah...aku lari dulu. Tapi Yuya being a true gentleman berkata pada aku, "Yuya guna duit sendiri...". Pergh.....maksudnya, banyaklah duit raya tahun ni rupanya! Hahahahahaha.....Takpa...aku ikut lagu Saloma...Saloma kata, "Setahun hanya sekali...merayakan hari yang mulia ini...". KOPAK!

Baju Melayu berusia 16 tahun!

Gambar ni pulak merupakan gambar yang diambil sebelum abang bermain bola dengan Neymar pada hari raya ke 2 tempohari. Aku pakai baju melayu kerana yang pertamanya aku masih berhari raya. Keduanya aku nak bagitahu indirectly bahawa baju kuning tu merupakan baju melayu aku yang dah berusia 16 tahun.......hahahahahahahahaa.....Have a nice weekend people and selamat hari-hari raya! Maaf zahir dan batin!

2 ulasan:

The Singing Pilot berkata...

Slmt ari raya uncle. Maaf zahir dan jeritan batinku. Haha

Uncle berkata...

Salam TSP.
Selamat hari-hari raya juga dari uncle sekeluarga dan maaf zahir dan batin...Amboi...bunyi desperate sunggoh aihh...awek jakarta tak dak ka?

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...