Aliff and me!
Aku mendapat panggilan talipon daripada salah seorang producer salah sebuah syarikat TV yang besar. Aku kenal rapat dengan beliau. Beberapa kali juga kami bekerjasama dan ternyata sangat senang untuk bekerjasama dengan beliau. Masih muda tetapi pertuturan dan adap sopan melangkaui jangka usia. Producer menalipon aku bertanya samada aku senang untuk berjumpa beliau pada tarikh yang diberikan. Aku memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi keinginan untuk bertemu pada tarikh pertama lalu kami tundakan pada tarikh yang lain yakni selang 2 hari dari tarikh pertama. Persetujuan dicapai.
Sesampainya beliau dan isteri yang juga seorang producer, kami terus bersalam dan bertanya khabar. Sesudah itu, beliau terus menyatakan hasrat kedatangan beliau adalah untuk memohon kerjasama aku untuk mengadakan satu meeting pendek dengan seorang penyanyi muda bernama Aliff Satar. Aku kenal penyanyi ini melalui lagu-lagu 'catchy' dan 'nakal' beliau. Dalam diam aku dan anak-anak meminati lagu-lagu nyanyiannya dan sesekali terdengar Marina menyanyi beberapa bait.
|
Majalah Harmoni edisi Feb 2014 |
Kedengaran bunyi moto menderam kuat diluar. Bukan sekelas dengan aku tetapi aku rasa moto ini hanya layak berada di litar sepang! Sleek.....berhelmet vespa, turun seorang penyanyi lelaki yang sangat murah dengan senyuman. Masih muda. Baru 22 tahun dan dengan sopan menghulur tangan kepada aku sebagai tanda hormat. Alhamdulillah...dulu Hazama pon serupa! Moto berenjin 1200cc diletakkan disebelah motor 125cc aku. Sekali imbas tak ada perbezaan pun....aku cakap kat dia "Aliff, moto Aliff ni ada weakness la...". Dia terkejut dan tanya aku balik, "Apa yang tak kena Uncle?". Cepat aku balas, "Moto Aliff tak ada bakul! Susah nak pi marrket". Dia gelak panjang!
Aliff berkarektor periang. Perbincangan tak lama. Hanya lebih kurang 1 jam sahaja. Aku tak masuk campur sebab soal hiburan ni bukan soal aku. Kalau makan-minum dan penginapan baru lah aku akan menyelit. Aku cuma diam mendengar perbincangan yang semakin lama semakin rancak diselang-seli dengan hilai tawa! Aliff berminat mengadakan beberapa sessi lagi di JDR. Aku bersyukur dan berterimakasih kepada beliau dan producer selepas aku menunjukkan semua fasiliti yang ada di JDR.
Majalah HIJAB keluaran Feb 2014
Sebelum berangkat pulang, sekali lagi Aliff menghulur tangan dan kami bersalam lagi sambil sempat aku berbisik yang aku sukakan program Aliff mengembara di Australia tempohari....very professionally done...dan tak dengar pulak ayat "jom" yang selalu aku dengar dalam setiap program travelogue! Have a productive week ahead people! I'm going to enjoy nasi tomato, darrcha sayur and ayam goreng in an hour's time....makan sampai lebam then petang kena workout!
|
2 ulasan:
happy birthday uncle....
wow glamour uncle lar ni
Thanks Dila...tak de lah glamer mana.....depa tu yang glamer bukannya Uncle hehehehehe..
Catat Ulasan