Dah lama aku tak sampai ke Cameron Highland. Seingat aku sejak berkeluarga, kali pertama aku ke sana, Abang muntah didalam kereta semasa di Ringlet. Aku duduk di hotel belakang balai bomba di Tanah Rata. Abang mula mengatur langkah disana sewaktu aku ke Boh Plantation. Seronok bukan kepalang melihatkan anak pertama mula berjalan. That was almost 16 years ago. Even pada waktu itu, aku dah mula mengenal Bala. Bukan kenal secara peribadi, tetapi mengenali chalet yang diuruskannya. Kali kedua sejak berkeluarga pula, aku kesana bersama kak lit, nurul, aku sekeluarga dan juga mama. Aku ingat lagi yang arwah mama pernah memberitahu aku dalam banyak-banyak tempat, Cameron Highland masih belum dijejakinya. Aku menjadi sayu. Arwah mama mengusung aku kemana saja aku nak pergi. Batu Feringgi? Tokong Ular? Tengok tapak kaki Sang Kelembai? Akuarium? Semuanya arwah mama bawak aku. Aku terasa sangat sebab apalah sangat CH kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan arwah mama? Aku mula membuat perancangan dan mencari tarikh yang sesuai. Akhirnya tarikh lahir Yuya menjadi waktu yang paling sesuai. Aku berasa puas setelah dapat membawa arwah mama naik ke CH. Kami menginap di Equatorial Hotel yang kini diberi nama Copthorne CH.
Aku bertolak awal tapi berhenti dimerata-rata tempat. Makan di Tapah dan mengikut jalan lama. Berhenti lagi di Lata Iskandar untuk mandi. Sengaja aku memilih tarikh tersebut kerana tidak mahu bertembung dengan pengunjung hujung minggu! Dalam perjalanan naik selepas mandi, aku berhenti lagi di Bharat Tea Plantation untuk minum petang. Croissant untuk aku dan aunty, cheese cake untuk abang, sandwich untuk Yuya dan scones untuk Marina. Setelah kenyang, kami bergerak semula ke atas. Terus ke Bala's Chalet di Tanah Rata. Bertemu Dass di reception. Membuat pendaftaran dan membayar, aku disuruh tunggu sebentar. Dipanggilnya Ijul, seorang pekerja Bangladesh untuk membantu aku memilih bilik mana yang sesuai didalam kategori yang telah dibayar tadi. Bilik pertama, kami dah terpegun. Katil besar dibawah dan 2 katil single diatas. Ijul memujuk untuk aku lihat satu bilik lagi yang katanya lebih besar bernama Buckingham! Melihat bilik ke 2, aku terus meletakkan beg dan confirm yang bilik ke 2 itulah yang aku mahukan. Dibawah ada katil bersaiz queen dan diatasnya ada 3 lagi katil. 2 single untuk Marina dan Yuya dan satu katil bersaiz queen seperti katil aku, untuk Abang! Aku ucapkan terimakasih pada Ijul.
Lantai kayu di tingkat atas dan bumbung yang senget seperti digambar, ditambah pula dengan cuaca yang dingin nyaman mengingatkan aku kepada tahun 90an sewaktu aku belajar dan bekerja di Switzerland dulu. Ada tempat pemanas badan di bahagian bawah seolah-olah berada diluar negara. Melihatkan senyuman dimuka anak-anak, aku yakin yang percutian pendek ini pasti memuaskan!
Dibahagian luar bilik, pokok merayap direkahan dinding. Kami mengambil kesempatan untuk berfoto sebanyak mungkin sebelum menuruni anak-anak tangga menuju ke bahagian reception untuk melihat ceruk-ceruk Bala's Chalet. Mengagumkan aku. Kawasannya bersih walaupun hanya mempunyai pekerja seramai 7 orang untuk 44 buah bilik! Makanya seawal kedatangan aku, aku terlihat Ijul menyiram pokok bunga. Sekelip mata dia juga yang membawa aku menunjukkan bilik. Sekarang dia sedang menyapu sampah dilaman! Talking about efficiency!
Terserempak 'Bulat' SDARA 82 di KEA Farm!
Dinner, Yuya nak makan steamboat. Restaurant disebelah hotel De La Fern penuh sesak. Aku terpaksa menunggu meja. Walaupun begitu, para pekerja disitu sangat cepat dan senyuman sentiasa terukir dibibir. Sekali lagi aku terpesona! Aku terlupa nama adik yang mengambil order aku yang aku rasa patut diberi kredit disini...makanannya ok. I have no complaint. Harganya, bagi aku sesuai dengan apa yang kami pesan. Sekali lagi I have no complaint! Balik ke bilik dah pukul 11 malam dan mata pun dah mula layu. Main dengan Marina sekejap sebelum dia tidur dan aku sendiri tak sedar pukul berapa aku tidur! Hahhahahahaa...
Paginya aku bangun awal seperti hari aku bekerja. Bersiap untuk bersarapan dan terus ke KEA Farm. Pasti nak cari sayur dan buah segar untuk dibawa pulang. Sedang masih didalam kereta sementara mata liar mencari parkir, aku dikejutkan dengan satu jeritan "SDAR" dari seseorang di tepi jalan. Cepat aku meletakkan kereta, melintas jalan dan mencari suara tadi. Kami bersalam dan mempekenalkan diri masing-masing. Beliau ialah bro Bulat batch 82. Bila dia sebut nama panggilannya, baru aku teringat. Aku tingkatan 1 dan beliau tingkatan 4. Bagaimana kami boleh kenal walaupun dah hampir 30 tahun tak berjumpa? Semuanya kerana kereta aku ada sticker SDAR didepan dan belakang! Hahahahahaha...what a small world indeed!
Membeli sayur dan buah seperti satu kemestian kalau ke CH. Dalam pada itu aku sempat juga mencuba Butterhead Juice (Butterhead ialah sejenis sayur tanah tinggi) dan rasanya........I love it! Dalam perjalanan pulang, aku sekali lagi singgah di Lata Iskandar. Kali ni, aku pulak nak mandi. Hahahahahaha.....Air yang sejuk membuatkan aku hilang sengal badan memandu. Lega dan terus menggigil! Hampir sejam kami disitu, dengan berat hati kami mula berkemas dan mula memandu ke KL. Late lunch yang dirancang ialah Satay Kajang di Jejantas Sungai Buluh. Makan dan makan...terus aku memandu pulang. Aku mengambil cuti selama 5 hari bermula Rabu lalu. Esok aku harus ke gym kerana makan aku dah bercelaru! Rancangan aku lepas sembahyang Jumaat nak bawak anak-anak ke kedai buku pulak. MPH ka, Popular ka, KinoKuniya ka, aku tak pasti lagi tapi kedai buku. Saturday, bawak Marina ke zoo. Sunday macam biasalah...ke pasar diawal pagi, gym, big lunch, petangnya hantar abang dan Yuya balik ke asrama....hmmm, it was a nice short trip to CH dan niat aku mengambil cuti 5 hari (paling panjang dalam tempoh 4 tahun ni) hanyalah semata-mata untuk bersama anak-anak bersantai! Waktu terlalu pendek untuk aku bersama-sama mereka. Setahun dua lagi anak-anak akan mula melangkah lebih jauh.....Aku teringat kata-kata abang sewaktu aku minum dengan dia disalah sebuah warung tepi jalan dua minggu lalu. Katanya, "Papa, you left us too long when you went to Saudi!". Dada aku beralun.....aku mengesat airmata sambil memohon maaf!
8 ulasan:
Wah! Menarik..menarik..menarik! Rasanya nak pujuk Daddy datang sini suatu hari nanti :D
Salam Mummy Eda.
Yes you should...satu malam is just nice for me....kalau 2 malam nanti boring pulak tak tahu nak buat apa! Anyway, kalau cuti sekolah, pergi lah on weekday....kurang sikit traffic!
Salam Uncle,
Ayat Abang yang last tu buat mata saya pun berair :(
Salam uncle
Lama dah tak naik ke CH
Last week wife ajak naik CH, tapi penat psl drive ke KL je dah 4 jam lebih, kemudian sangkut lps tol sh besi dah hampir sejam lebih nak masuk mrr2, pengabis cancel le jawabnya hahaha
Salam Rezeki.
Memang memenatkan kalau drive dari JB. Dengan cuaca yang membahang sekarang ni...tapi hasilnya, alhamdulillah...dingin kat atas sana!
Salam Pakcik..
waa cuti lagi depaaa bestnya,,,,tahun lepas saya dah bawa anak pergi, tapi tahun ini dalam perancangan, harap2 jadi kut,,,,awat pak cik tak pi cari haji allan .....
Tq : awang
Salam Karimah.
Saya juga!
Salam Awang.
Ingat nak singgah 'keloi' tapi memandangkan harga semalam RM800 dan Uncle tak dak dan tak reti nak pegang kayu golf, hasrat nak menginap ditempat Haji Allan terpaksa ditangguhkan dulu!
Catat Ulasan