Isnin, Jun 09, 2014

Pasar

 
Penang
Sewaktu aku masih kecil di Penang, aku selaku mengikut arwah mama ke marrket. Ada 2 marrket yang aku selalu pergi selepas peha aku lebam dicubit arwah mama. Yang pertama ialah marrket di Jelutong. Yang kedua ialah marrket Chowrasta! Aku suka ke marrket Chowrasta sebab tokay buah kat tingkat satu tepi tangga tu selalu bagi aku makan buah nangka free. Aku pun tak tahu sebab apa dia suka sangat dengan aku. Kembung perut makan nangka.....dari situ aku kenal ikan kembong, ikan pelata, ikan bawal putih dan hitam, ikan tenggiri dan lain-lain lagi. Lantai yang basah dan bau yang hanyir tak pernah menyebabkan aku menarik selimut untuk menyambung tidur walaupun arwah mama selalu pergi awal ke marrket. Dari situ, aku terikut-ikut perangai arwah mama untuk ke marrket awal. Malam tadi walaupun aku tidur jam 2 pagi, aku masih ke marrket ampang pukul 7 pagi. Orang lain mungkin masih tidur, aku pulak tengah beli sayur. Balik ke rumah pukul 8.15 pagi dan aku lihat ramai yang baru nak ke pasar....senget bakul motor aku!
 
Melaka
Bila aku dah besar sikit dan sewaktu kami menetap di Melaka, aku akan naik kereta vw bernombor BP4538 warna biru dengan dipandu arwah mama menuju ke marrket di bandar Melaka. Jalan apa, aku dah lupa tapi dekat dengan Jalan Bunga Raya kalau tak salah aku. Short walking distance dari sebuah panggung wayang. Masih menolong arwah mama menjinjing segala jenis ikan dan sayur dan terus mengekor arwah mama mendengar dengan teliti setiap tawar-menawar yang berlaku. Arwah mama memang jaguh dalam hal tawar-menawar dan kadang-kala aku akan menarik tangan arwah mama bilamana tokay ikan ataupun sayur dah mula meninggikan suara. Tapi arwah mama tetap tegas dan akhirnya dapatlah harga runtuh walaupun hanya 10 sen!
 
Florence
Sewaktu aku berkesempatan pergi ke luar negara dulu, dalam banyak-banyak tempat yang aku nak pergi, marrket tak pernah terlepas dari ingatan walaupun ada banyak tempat yang boleh aku pergi seperti muziumnya, piazzanya, melepak di jambatan-jambatannya dan banyak lagi. Didalam brochure Florence, aku cepat-cepat bulatkan tempat-tempat yang nak aku lawati dan semestinya lah marrket menjadi itinerary utama aku.  Bangun pagi sahaja, siap-siap, lepas simple breakfast of coffee and toast, aku terus turun ke bawah. Rupa-rupanya marrket yang aku nak pergi tu terletak betul-betul disebelah tempat tinggal aku! Dari balkoni aku lihat sayuran dan buah-buahan disusun rapi didalam kotak-kotak kayu. Cantik berwarna-warni! Daging-daging kering yang diasapkan bergantung penuh berderet-deret. Isi perut lembu dan lain-lain binatang yang telah dikeringkan juga banyak bergantungan. Banyak sayur-sayuran dan aku paling seronok melihat asparagus yang nampak sangat fresh dan kebanyakkannya diimport dari negara lain banyak dijual diwaktu itu. Barangkali musim asparagus fikir aku. Dari satu gerai ke gerai yang lain. Di pasar yang sama juga dijual cenderahati.
 
Ada satu lagi pasar yang menarik perhatian aku. Yakni pasar menjual barangan kulit. Wah, hebat sungguh pemuda dan pemudi disitu menggayakan pelbagai fesyen hasil daripada kulit binatang. Dari jacket ke tali pinggang, vest dan topi. Memang mereka hebat. Pakailah apa saja style pun pasti akan kena dengan gaya mereka. Sekali lagi aku terpegun.
 
Ubud
Pasar disini sangat hampir dengan tempat penginapan aku. Disini jugalah Julia Roberts melakonkan beberapa babak didalam movienya, "Eat, Pray, Love". Menarik juga pasar ini. Kelihatan semak dibahagian luar. Apabila masuk kedalam pasar 2 tingkat ini, keadaan dan susun aturnya bertambah semak! Tingkat atas menjual pelbagai cenderahati manakala dibahagian bawahnya pula dijual sayur-sayuran. Aku sering melepak di sebuah gerai dibahagian bawah sambil menghirup es teler. Scooter aku diparkir didepan. Ramai pelancong asing yang datang ke pasar ini untuk mendapatkan souvenir dan begitu juga aku. Selesai menghilangkan lelah, aku hidupkan enjin scooter dan memecut kearah lain pula!
 
Aziziah
Pasar ini juga amat menarik perhatian aku. Didalam banyak-banyak pasar basah yang aku lawati, ini merupakan pasar terbaik bagi aku kerana ianya sangat bersih! Gerai-gerainya teratur dan pasarnya tidak berbau walaupun banyak gerai menjual ikan. Ikan-ikan yang biasa kita lihat seperti bawal banyak dijual disini. Aku tak tahu macamana orang arab ni makan bawal tetapi yang pasti, aku akan membeli beberapa ekor dan memberikan ikan-ikan bawal hitam yang aku beli kepada Mainul, yakni pekerja Bangladesh aku untuk dimasak kari oleh isterinya. Memang sedap kari Bangladesh nih...dibahagian luar pasar ini ada beberapa gerai yang akan menggoreng ikan-ikan yang telah dibeli dan boleh dimakan terus disitu. Sangat menarik...
 
Vevey
Aku suka datang ke pasar ini yang berada didalam sebuah shopping mall. Gayanya seperti supermarket disini yang mana bahagian bawahnya ada menjual ikan dan ayam. Apabila ke pasar ini di Vevey, aku akan terus mencari ikan masin. Aku beli 2-3 ketul ikan kod yang telah dimasinkan. Aku goreng dengan bawang besar yang dihiris tebal. Dalam masa 5 minit aku menggoreng, aku akan mendapat samada panggilan talipon daripada masyarakat malaysia, indonesia dan thailand yang bertanyakan apakah aku ada lebihan ikan masin lagi atau masyarakat eropah yang menyuruh aku menghentikan gorengan kerana kata mereka 'it smells like stinky socks!'. Hahahahaha....
 

Begitulah hubungan aku dengan pasar sejak dari kecil lagi hinggalah kini. Bermula daripada arwah mama yang mengusung aku ke pasar sejak aku berumur 5 tahun! Anak-anak aku pula tak ada sorang pun berminat. Selalunya pasar merupakan salah satu tempat utama untuk aku lawati bagi mengenal pasti adat dan budaya sesuatu bangsa. Aku suka melihat dan membuat perbandingan 2 budaya yang ketara berbeza. Tetapi kekadang ada juga persamaanya. Ikan merupakan perkara wajib yang aku akan buat perbandingan. Kemudiannya sayur. Banyak juga perbezaanya lebih-lebih lagi sayur kerana ianya bergantung kepada cuaca! Selain daripada itu aku juga suka mengambil tahu cara masakan masyarakat setempat. Ikan sebagai contohnya, bagaimanakah cara mereka masak? Apakah di steam, goreng, bake, grill, boil, smoked ataupun dibiarkan kering sebelum dimakan? Apabila ikan ataupun daging tersebut dikeringkan, ini memberikan aku indication bahawa sejarah telah menyebabkan mereka melakukan perkara sedemikian. Sebagai contohnya dibeberapa pelosok negara didunia ini, banyak berlaku peperangan saudara. Untuk survival berbulan-bulan, ikan mahupun daging akan diasapkan, disalai mahupun dikeringkan dan disimpan sebagai makanan darurat ketika berlaku peperangan. Berbulan-bulan makanan ini dapat disimpan dan ini membantu mereka yang lari diwaktu darurat untuk menyambung kehidupan daripada kebuluran! Menarik bukan? Makanya aku suka kepasar dan mampu menghabiskan masa selama beberapa jam hanya untuk melihat dengan lebih dekat lagi budaya sesebuah bangsa! Have a great week ahead people!

8 ulasan:

norh berkata...

salam uncle..

awat kena eja 'marrket' lagu ni?

amboih haihh..membeli sampai tak cukup raga..

norh kena pi beli ikan kat market masa form 1 & 2..masa tu la kenai segala jenih ikan ni.. :)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Norh.
Kalau tak diteran "rr" tu maksudnya bukan orang tanjong lah namanya...orang tanjong mana pi "pasar" ataupun "market" (sebutan inggeris)tapi depa pi marrket! Hahahahahaha...baru bunyi mamu ngan mami!

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

fara suka pasar gak..pasar malam..hehehhe..rambang mata..macam-macam nak dibelinya..hehehe...sejak dok s.alam ni selalu gak pergi pasar stadium..macam-macam ada...fara akan pergi seawal pukul 7 atau selewat 1130..sebab masa tu parking da banyak kosong..kat pasar ni ada makcik jual pokok orked murah..so sapa-sapa minat orked..boleh la datang..

-faradia-

Kakzakie berkata...

Tidak rugi bila dah banyak pasar dpt dijejaki dan itulah yg buat uncle gain banyak benda. Ada banyak barang/benda yg ada dipasar tak ada dimall/pasaraya.

Anak sekarang memang kurang minat ke pasar Uncle. Lebih kurang anak kakak juga..

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Kita mmg serupa
Walau kemana akak pergi, akak mesti carik pasar
Pasar kat penang akak suka pasar Batu Lancang atau pasar Taman Tun Sardon...
Pasar kat melaka tu dahulunya di Jalan tun Ali kat Kg Morten...
Akak terhibur baca kisah pasar sebab apa yg kita cari dipasar adalah sama...
Uncle..
Bila2 kemana2.. Citer pasal pasar depa... Ya?

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
in fact banyak lagi pasar yang dah saya kunjungi. Dari yang bersih sampailah yang paling kotor...Tapi itu semua tak menjadi halangan. Ia memberikan 'keunikan karektor' sesebuah pasar dan mencerminkan budaya masyarakat sekelilingnya. Kakzakie patut ke pasar di KarangAsem.....pergh...ngeri!

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Saya hanya perlu berjalan kaki jika nak ke pasar Taman Saadon. Kawan saya ramai tinggal di rumah pangsa disitu. Selalunya kalau saya ke sana, saya akan breakfast ditepi tu...sangat menarik. Saya akan duduk di depan pakcik/makcik OKU yang bermain alat muzik. Ini membuatkan saya terfikir...jika mereka yang OKU masih berusaha mencari rezeki, kenapa kita yang cukup sifat ini tidak? Ia menginsafkan saya!

Uncle berkata...

Salam Fara.
Uncle juga sering ke pasar malam. Kadang2 ikan2 di pasar malam lebih fresh dari di marrket. Uncle juga suka makan meehoon kuali besar flat tu. Walaupun bogel (tak ada apa) tapi masih sedap bagi selera Uncle. Mengingatkan Uncle kepada meehoon bogel di asrama sekitar tahun 81-85 dulu!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...