Isnin, Jun 23, 2014

Happy 8th birthday Marina Ayumi

Dari kiri: Dania, Sarah, Haris dan Marina manakala Imamatus tak ada dalam gambar!

Marina dah genap berumur 8 tahun. Didalam usia yang sebegitu muda, telah dititipkan pesanan-pesanan hikmat kepada Marina. Makan tak boleh bersuap. Mandi sendiri. Susun jadual sekolah sendiri. Tak boleh didukung bawak masuk ke bilik tidur. Pergi ke bilik belakang sorang-sorang, buka lampu dan ambil buku terus buat homework! Hahahahahaha...macam-macam pesanan diterapkan ke fikiran Marina. Marina cuma menganggukkan kepala dan sekali-sekala mencebik! Aku rasa perhatian dan kawalan harus aku bagi lebih kepada Marina. Anak dara sorang ni....Marina seorang yang pandai dan cepat berkawan. Sewaktu kami mengusung Marina ke padang bola untuk menyaksikan Abang dan Yuya beraksi, Marina akan jalan berlenggang ke arah budak-budak lain yang main kat tepi longkang. Mengendeng-ngendeng dan dalam masa 2 minit, dah mula main sama-sama dengan budak-budak tadi di tepi longkang! Habit sebegini telah bermula sejak Marina kecil lagi. Mungkin dia boring sebab tak ada adik dan kedua-dua abangnya sibuk berlatih bolasepak.
 
Dikawasan perumahan aku ada 6 blok bangunan kesemuanya. Tak tinggi. Cuma 3 tingkat sahaja kalau ground floor tidak diambil kira. Setiap blok pula cuma ada 16 unit. Makanya aku selesa tinggal dirumah sempit ni sebab "low density" dan kami kenal satu sama lain atau sekurang-kurangnya saling bertegur-sapa apabila bertemu. Setiap blok pula didiami oleh keluarga pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India, Sikh, Jepun, Mat Salleh dan lain-lain. Nama Sarah sahaja ada 3 orang. Sarah besar, Sarah kecil dan Sarah Mat Salleh. Bila Marina balik dan bercerita mengenai Sarah, aku akan suruh Marina elaborate...sebab aku confuse Marina bercerita mengenai Sarah yang mana satu?
 
Setiap kali Marina balik dari sekolah, terus dia berlari dan salin pakaian. Melalui 2-3 blok untuk sampai ke rumah, aku tengok yang Marina terpaksa berhenti di 2-3 tempat. Samada Marina dipanggil, ditegur atau diajak bersembang atau juga dia sendiri yang kecoh nak bersembang! Lepas tukar baju terus berlari ke pool dan berenang sampai Maghrib. Ada 7-8 orang lagi budak-budak sebaya dengan Marina akan mandi sama-sama. Itulah kegiatan Marina setiap hari balik dari sekolah dan hujung minggu. Makanya apabila aku ajak kemana-mana kecuili KLCC dan keluar minum, yang lain-lainnya akan ditolak mentah-mentah oleh Marina. Alasannya sebab nak main dengan kawan!
 
Minggu sudah, aku talipon cikgu di sekolah Marina. Bertanyakan perihal keputusan peperiksaan Marina. Kata cikgu, keputusan Marina telah meningkat. Kesemua matapelajarannya mendapat A. Aku senyum meleret....alhamdulillah....tak sangka aku kesemua matapelajarannya akan naik mendadak. Dulu aku risau sebab Marina tak pernahnya risau samada lulus atau gagal. Dia masih suka bermain tak mengira samada didalam mahupun diluar kelas. Cikgu yang bagitahu. 2 minggu pertama aku duduk mengulangkaji pelajaran dengan Marina, dia asyik menangis dan nak masuk tidur. Selang 2 bulan, dia balik ke rumah dan bagitahu yang dia ada homework yang perlu dihabiskan. Sangat berlainan dengan kebiasaannya. Selalu dia akan kata tak ada homework sedangkan homework banyak untuk diselesaikan. Dari situ, aku membuat kesimpulan bahawa, semuanya bermula dirumah. Jika kita sebagai ibubapa mengabaikan tanggungjawab melihat pelajaran anak-anak maka keputusan peperiksaan mereka pasti mengecewakan. Manakala jika kita sentiasa bertanyakan mengenai pelajaran mereka, sama-sama mengulangkaji dan melihat buku-buku mereka, aku pasti anak-anak akan timbul minat untuk belajar kerana mereka tahu bahawa ibubapa mereka amat prihatin. Aku berjanji kepada diri sendiri untuk meluangkan masa lebih lagi dengan anak-anak sewaktu mereka mengulangkaji pelajaran!
 
Suatu hari Marina bagitahu kepada aku yang apabila besar, dia nak kerja jadi pembantu di tadika, sebab katanya dia sukakan kanak-kanak! Dua hari lepas tu dia kata dia nak jadi doktor haiwan sebab dia sukakan binatang. Sehari lepas tu, Marina berlari-lari kearah aku dan katanya nak jadi ahli bomba pulak! Aku gosok kepala Marina semalam sewaktu dia berbaring di peha aku. Perlahan aku berbisik di telinga Marina, "Marina kerja lah apa-apa pun asalkan tak salah dan Marina enjoy buat apa yang Marina nak buat!". Sambil tangan menggaru-garu dan mengusap kepala Marina, dia tertidur.....Happy 8th Birthday to you Marina! We love you so much!

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Happy birthday marina
One of these days kena jumpa juga dgn bday girl ni....
Alhamdulillah
Uncle berkata sangatla benar. Pembelajaran anak bermula dari rumah.

Uncle berkata...

On behalf of Marina, Thank you very much for the wish. Saya masih percaya yang ibubapa adalah penyebab kepada keinginan anak-anak untuk belajar dengan rajin ataupun tidak. Guru2 hanya pemberi ilmu di sekolah. Disiplin juga bermula dari rumah. Tak perlu menyalahkan guru2 didalam kesemua masalah pelajar. Ibubapa harus bertanya diri sendiri!

Kakzakie berkata...

Anak yg masih mentah dan manja di usia begini uncle. Main, berkawan, riang-ria itulah yg digemari. Sebab itu seringkali cita-cita pun bertukar. Ikut mana yg terdetik rasa seronok dihatinya

Happy 8th birthday Marina!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Itulah nikmatnya bila berhadapan dengan anak-anak diusia begini. Mereka akan membesar dengan cepat dan dimasa depan saya akan terus merindui keletah diwaktu kecil mereka!

rezeki berkata...

Salam uncle

Selamat ulang tahun kelahiran ke 8 buat Marina .Lama lagi nanti dok kat bawah ketiak uncle tu hehehe

Mmg sepatutnya ibubapa kena ambil tahu pelajaran anak2 kalau nak lihat anak2 berjaya , tak boleh lepaskan kat cikgu2 disekolah je

Senang cerita , ibubapa dan guru harus memainkan peranan masing2 dan tak boleh lepas tangan krn laaa ni terdapat segelintir ibubapa yang sibuk kerja dok lepas semua kat pihak sekolah

Doa saya moga anak2 uncle berjaya dunia dan akhirat, insyallah

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

bagus la PR Marina..macam uncle juga la kan...gelak fara baca cerita uncle..sama macam fara masa kecik..puas la mak ajar membaca..tulis nama sendiri..asal belajar mata ngatok..hehehehe..tapi masa darjah satu, tau2 balik dari sekolah, cerita dengan mak..masuk pertandingan bercerita ..sebabnya cikgu tanya..sapa yang da boleh membaca..kita dengan confidentnya angkat tangan..dapat la no 2..

happy besday marina cumil..semoga awak tetap cumil..hehehehe

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang lama lagi...dan kalau boleh biarlah terus duduk dengan Uncle! Hahahahahaha.....Saya kasihankan guru-guru kerana terlalu terbeban dengan kerja2 mereka selain daripada mendidik anak-anak murid lagi. Lebih parah ibubapa pula menyerang guru jika anak-anak gagal didalam peperiksaan!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.
Semalam Marina puasa penuh sebab takut tak dapat duit raya katanya! Hahahahahaha....hari ni tak tahulah lagi macamana! Tunggu dan lihat sahaja nanti dirumah!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.
Semalam Marina puasa penuh sebab takut tak dapat duit raya katanya! Hahahahahaha....hari ni tak tahulah lagi macamana! Tunggu dan lihat sahaja nanti dirumah!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.
Semalam Marina puasa penuh sebab takut tak dapat duit raya katanya! Hahahahahaha....hari ni tak tahulah lagi macamana! Tunggu dan lihat sahaja nanti dirumah!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...