Selasa, Oktober 07, 2014

Korban sungguh...

Raya Haji tahun 2014 aku terkonteng-konteng duduk kat rumah tak kemana....Kak Anne ke Langkawi bawak cucu, Kak Lit ke Kelang jumpa keluarga mertua, Abang Eddie di Penang tak cuti, Abang Wan balik ke Melaka rumah mertua. Yang tinggal cuma abang aku sorang lagi, Joey, di Tasik Biru. Semalam aku sempat ke rumah Kak Anne. Kak Lit pun join sekali dari Subang Jaya. Kami makan besar sebab Kak Anne tak sempat beraya di KL sebab nak ke Langkawi pada pagi Raya. Satay Kajang ada, leg of lamb ada, nasi impit kuah kacang ada, laksa Johor ada....yoghurt drink ada, iced latte pon ada....oh makk aii....aku tersandaq! Tadi pulak aku ke rumah Joey di Tasik Biru selepas Rahman Putra dan sebelum sampai ke Kuang. Agak jauh. Hampir satu jam aku memandu. Dah lama tak kesana. Masih suasana kampung. Seperti di Janda Baik. Tenang disini...Yang tak tenangnya bila tiba-tiba air-cond jadi tak berapa nak sejuk dan lampu battery menyala memberi amaran!  Aku hairan sebab baru bulan March lepas aku tukar battery baru. Berhenti di Tesco sambil engine kereta tak dimatikan sebab aku takut akan terus mati tak menyala...Nasib baik sempat sampai dirumah dan nasib baik jugak sebab aku ada moto walaupun cabok! Hahahahaha...

Abang Joey dan aku sekeluarga


Pagi ni pulak selepas sembahyang sunat aidil adha, kami berehat sekejap dirumah. Dalam pada tu aku sempat ke pasar untuk membeli ayam. Kali ni ayam berada pada harga kawalan. Sekilo RM7.70 dan yang tinggal hanyalah "ayam-ayam keding" sebab yang gemuk dah dibeli lebih awal untuk samada digulaikan ataupun direndangkan...hahahahaha....aku sampai pun dah lepas solat.....apa lagi yang tinggal? Ini lah waktu yang paling lambat aku ke pasar. Hampir pukul 9 pagi sebab selalunya pukul 7 aku dah pecut moto dan pukul 8 selalunya aku dah menenggek dikedai kopi sambil minum teh ataupun kopi selepas membeli barangan dapur! Semua gerai dipasar dibuka kerana kebanyakkan mereka berbangsa tionghua. Adalah 3-4 gerai orang kita dan kesemuanya ditutup. Itu saja yang kami beli kerana aunty dah pon ke pasar semalam. Sebab datang hari ini pun ialah kerana ayam dah habis semalam! Perancangan kami ialah aunty akan masakkan nasi ayam untuk makan tengahari sebelum kami menghantar abang dan yuya balik ke asrama pada pukul 5 petang pada hari Isnin nanti.
 
Japanese snacks for breakfast
 
Semalam sewaktu aku ke gym dipagi hari sebelum ke pejabat, aku bertemu 2 orang rakan gym aku. Mereka sering bersama menolong dan memotivasikan diri masing-masing sewaktu membuat workout. Aku selalu berhenti dan bertanyakan pada mereka bagaimana nak mengurangkan lemak badan, bagaimana nak mempertingkatkan tahap metabolisma aku yang sememangnya dah rendah ni dan macam-macam pertanyaan lagi. Mat mempunyai bisnes laundry, membawa masuk fabrik dari luar negara dan juga merupakan seorang modal iklan tv. Manakala rakannya pula yakni Vijay, merupakan seorang doktor pakar disalah sebuah hospital swasta. Aku sering bertanyakan kepada beliau jika ada masalah dengan belakang aku kerana 2 minggu yang lalu aku tersalah mengangkat bebanan dan itu telah menyebabkan muscle disebelah kiri belakang aku terasa "menangkap" dan menyebabkan aku agar sukar nak bernafas apabila berpaling. Doktor tadi menjelaskan kepada aku satu persatu. Aku risau kerana sukar bernafas tapi beliau menenangkan aku dengan menceritakan mengenai diafram dan pelbagai topik lagi sewaktu kami di locker room. Minggu seterusnya aku bertemu beliau lagi di gym. Kali ini beliau berjalan dengan agak "keras". Aku tanya kenapa beliau berjalan begitu dan beliau menjawab yang beliau mendapat musibah yang sama dengan aku di bahagian belakang badannya sebelah kiri gara-gara salah mengangkat bebanan! Hahahahahaha....kami ketawa sakan di locker room!
 
Lepas 2.5 tahun ke gym...
 
 Kereta masih rosak dan tersadai di parkir rumah. Ada satu kedai dibelakang rumah yang memberitahu bahawa yang bermasalah bukannya bateri tetapi "alternator" yang dah tak menjanakan bateri! Katanya lagi kalau tukar alternator yang baru, harganya ialah RM880. Mak aii....KORBAN sunggoh raya kali ni! Oleh kerana kereta aku rosak, terpaksalah aku buat 2 trip menghantar anak-anak balik ke asrama. Trip pertama yang dah dibooking awal, aku hantar Yuya pada pukul 5 petang. Nasib baik dekat.....kalau kat Ipoh, mahu pengsan aku.....kembali ke rumah dan pick up abang pulak pada pukul 5.40 petang. Alhamdulillah semuanya selesai sebelum pukul 6.30 yakni waktu untuk mereka masuk ke asrama! Malamnya pulak mata aku terasa berat seperti ada sesuatu di dalam kelopak mata. Bukan ngantuk bukan gatal tapi berat. Aku tidur awal. Pagi ni aku bangun dan tengok cermin, oh makk aii.....mata kanan aku dah bengkak! Amboihh...Raya Korban sunggoh aihh tahun ni!
 

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Waaahhh... betul-betul muscle dah terserlah uncle:)

Uncle ni pakar perhotelan bukan kereta sebab itulah jangkaan meleset. Tak apalah bekorban sesekali. Cuma harganya tu dah menghampiri harga seekor kambing, alternatornya.. Mata bengkak sebenarnya nak bagi uncle rehat kakak rasa. Rehatlah sesekali..

Selamat Hari Raya Haji dari kakak.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Bila kena rega macam tu, bertambah bengkaklah mata diikuti dengan hati yang tambah membengkak!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...