Aku sentiasa menunggang moto kemana-mana saja aku pergi. Hampir kesemua lorong-lorong telah aku susuri. Beberapa hari yang lalu sedang aku asyik menikmati segelas teh, aku menoleh kesebelah kanan aku dan terpandangkan sebuah bangunan lama yang masih kukuh tersergam disebelah aku walaupun warnanya dah pudar tetapi aku lihat ada suatu aura dibangunan usang tersebut. Lalu aku capai talipon bimbit dan mula mengambil angle yang aku rasa baik. Banyak aplikasi boleh digunakan dan ini membuatkan aku terleka sebentar membelek semula talipon bimbit aku yang selalunya tak pernah aku peduli. Menekan apa yang boleh dan mencuba apa juga yang tak pernah aku cuba sebelum ini, aku terperanjat melihatkan kesan yang terhasil. Aku asyik.......
Ditenung lama-lama, aku mula dapat membayangkan berpuluh tahun yang lalu sudah pasti bangunan lama ini dihuni oleh sebuah keluarga berbangsa tionghua. Mungkin menjalankan perniagaan runcit disebelah bawahnya dan menginap ditingkat atas. Aku mula berkhayal...Datuk bertenggek dikerusi rotan berhampiran pintu kedai sambil dicelah jari terselit sebatang rokok Gold Leaf ataupun Lucky Strike. Muka berkedut, gara-gara kesusahan hidup dilalui, yang payah untuk diterjemahkan kepada anak cucu. Nenek pula sibuk menyuapkan "moi" ke mulut cucu-cucu kecil yang asyik berkejaran didalam kawasan rumah yang besarnya hanya sekangkang kera. Mulut nenek terkumat-kamit memanggil seorang demi seorang yang berjumlah 3 orang kesemuanya. Penat tidak terhingga...Dalam penat menyeka peluh, nenek masih mampu tersenyum melihatkan keletah cucu-cucunya. Masih terkumat-kamit mulut membebel, nenek bingkas bangun lalu mencapai sebilah rotan yang berada betul-betul berada ditepi meja. Ketiga-tiga cucunya berhenti berlari. Memandang satu sama lain. Merenung muka nenek dengan kening sedikit terangkat menagih simpati.....(cerita tak logik akan bersambung bila aku teringat...hahahahaha...)
Rumah usang ditepi lorong..
Kesihatan yang baik menjadi keutamaan aku sejak 1-2 tahun ini. Pelbagai kisah sedih sudah aku baca dan bermacam-macam peristiwa telah aku lalui. Apa yang berlaku kepada kedua-dua arwah ibubapa aku menjadi pengajaran yang sangat berharga. Keinsafan timbul daripada diri sendiri. Bagi aku jika duit banyak bertimbun tetapi kesihatan tidak dijaga dengan baik, ia kurang membawa erti "nikmat kehidupan" yang sebenarnya. Maka dengan kesedaran itulah yang membuatkan aku mendaftarkan diri di Celebrity Fitness di Bangsar Village hampir dua setengah tahun lalu dan sejak dari itu aku tidak pernah menoleh kebelakang. Sesekali timbul juga rasa malas nak ke gym tetapi kemahuan aku untuk menjaga kesihatan telah berjaya mengatasi rasa malas yang kadang kala timbul. Pada suatu ketika berat badan aku pernah melambung ke 95 kilogram! Semua pergerakan terasa berat dan aku sentiasa mendapat sakit kepala. Didalam keadaan yang sakit begitu pun mulut aku sentiasa nak mengunyah sesuatu dan perut sering berasa lapar. Aku nekad tak mahu mengulangi kesilapan masa lalu. Kini alhamdulillah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu aku pasti akan berada di gym untuk beriadah. Hasilnya menakjubkan, sakit kepala aku bertambah kurang dan sakit belakang juga telah mula surut. Alhamdulillah juga bilamana aunty, anak aku azumi dan anak menakan aku syafiq juga kini mendaftar di CFBV dan beberapa kali juga kami akan ke gym bersama-sama. Apabila melakukan workout secara berkumpulan, aku tak terasa bosan. Sama-sama berkongsi pengetahuan dan bantu-membantu. Ini tambah menyemarakkan lagi semangat aku untuk sentiasa beringat bahawa kesihatan tubuh badan itu sangat penting. Kini ditambah lagi dengan aplikasi NOOM WALK, aku dapat menghitung berapa steps aku dah buat dalam sehari. Nampak gaya bukan senang nak dapatkan 10,000 steps untuk sehari. Semalam aku hanya berjaya mendapat 3900 steps. Banyak kurang. Rasanya mungkin dalam lingkungan 5-7 kilometer baru dapat 10,000!!! Hahahahahaha.....
Semalam aku mendapat satu panggilan talipon dari Kuta di Bali. Rakan lama yang sama-sama bekerja dengan aku sewaktu di KL, Jakarta, Shanghai dan Madinah (bukan hotel yang sama). Rakan yang boleh aku percaya dan saling bantu membantu didalam apa jua keadaan sekalipun. Aku kenal rakan aku ni sejak tahun 96 lagi. Bekerja dibawah satu bumbung membuatkan kami yang pada mulanya kurang akrab, menjadi rapat. Falsafah kerjanya sama dengan aku maka dengan itu kami mampu berbual berejam-jam lamanya. Beliau kini berada di Kuta. 3 jam penerbangan dari KLIA ke Denpasar. Keluarga di KL. Kadang kala aku bersimpati dengan beliau yang terpaksa meninggalkan anak-anak dan isteri demi mencari rezeki. Keluhan beliau aku benar-benar faham kerana aku juga pernah berada didalam situasi sebegitu. Yang menghantui kami apabila berada bersendirian di luar negara ialah isteri dan keluarga yang ditinggalkan. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak, pelajaran mereka, pencapaian mereka, pergaulan mereka dan selalunya kami akan bekerja lebih keras sehingga lewat malam semata-mata untuk menghilangkan perasaan rindu kepada anak-anak dan isteri. Tetapi apabila pulang ke bilik penginapan, sebelum terlelap, akan datang satu macam perasaan hiba menghantui fikiran dan jiwa, seorang bapa. Perasaan yang tak dapat aku gambarkan dengan perkataan. Masa aku telah berlalu. Kini rakan aku sedang melaluinya sekali lagi. Beliau juga seperti aku, berharap semua pengorbanan yang dilakukan akan disedari oleh keluarga disuatu hari nanti. Bukan kami tidak sayangkan keluarga, tetapi cara kami menyampaikan perasaan sayang itu berlainan. Aku bersyukur kerana rakan aku diberikan kesihatan dan rezeki yang bertambah baik. Memegang jawatan sebagai General Manager di hotel bertaraf antarabangsa di Bali bukanlah calang-calang. Selalunya jawatan tersebut akan disandang oleh manusia berkulit putih. Rakan aku mendapat kepercayaan besar daripada syarikatnya untuk menerajui beberapa lagi hotel yang sedang dalam pembinaan. Ini termasuklah di Ubud, Lombok dan Surabaya....Alhamdulillah...aku tahu kelebihannya dan aku tahu yang beliau mampu melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan amat baik...Thanks for the 30 minutes call yesterday and thanks for the lead....Untuk rakan aku, sempena Maal Hijrah, aku doakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, umur yang panjang dan berusahalah dengan gigih demi agama, bangsa dan negara yang tercinta...."Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!".
8 ulasan:
Salam Maal Hijrah...
Itulah hijrah sebuah kehidupan pun ada uncle. Hijrah dari tak alert hal kesihatan kepada alert. Dari jauh diperantuan kembali ke pangkuan keluarga dan tanahair. Yg cantik hijrah yg membawa kebahagiaan.
Apa-apa pun salam maal hijrah dari kakak.
Salam Maal Hijrah juga saya ucapkan pada Kakcik Nur!
Saya suka bila Kakzakie kata "Yang cantik Hijrah ialah yang membawa kebahagiaan!" Besar maknanya bagi saya..
Topik ni kenalaaa uncle dgn citer uncle
Hijrah dari tak sihat kepada sihat
Hijrah dari tinggalkan keluarga kembali bersama keluarga
Apapun tahniah atas kejayaan hijrah uncle..
Salam Ibu N Abah. Ohh kira Hijrah jugak ka tu..hahahahahaha Kena jugak topik nampak gayanya!
Syabas Uncle. Cuma saya nak teka, pic rumah usang tu macam kat lorong area Jalan Pudu berdekatan pejabat pos tu jerr...?
Wahhh keazaman dan usaha yang sangat berbaloi. Uncle nampak lebih berseri sekarang!
Azieazah. Bangunan itu terletak di pintu masuk ke Pasar Ampang. Dan yes, alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik sekarang! Yeayy!
Catat Ulasan