Ahad, November 16, 2014

Bahasa itu indah!

 
Malam tadi aku menonton satu program disalah sebuah channel tv. "Spell It Right" peringkat kebangsaan. Berlonggok kami depan tv. Aku panggil abang, Yuya dan Marina sama-sama tengok. Aku suka program ni sebab banyak yang aku boleh belajar. Even soalan-soalan peringkat sekolah rendah pun aku dah juling otak nak fikir apalagi soalan untuk sekolah menengah! Tapi pelajar-pelajar ni semua yang mewakili negeri masing-masing memang hebat. Aku pun heran mana depa belajar ejaan ni semua. Nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Salah satu soalan untuk sekolah rendah ialah untuk mengeja "abattoir" yakni rumah sembelihan. Ia berasal daripada bahasa Perancis dan aku masih ingat lagi. Dipanggilnya sorang pelajar sekolah rendah ni. Dengan satu nafas beliau berjaya menjawab dengan betul! Phew....itu satu soalan mudah, fikir aku. Kemudiannya dipanggil pulak seorang pelajar dari Sarawak untuk mengeja perkataan yang asalnya ialah perkataan Latin. Oh makk aii...budak ni pun senafas jugak! Anak-anak aku melopong...Masuk ke peringkat sekolah menengah pulak. Pergh...soalan-soalan lebih memeningkan kepala. Mereka dengan tenang menjawap. Ada satu soalan yang ditanya, pelajar sorang ni menjawab dengan muka selamba....soalannya, apakah perkataan yang membawa maksud fobia kepada nombor 13 yang berasal dari Greek? Perkataan itu sebenarnya disebut berulang kali dan peserta boleh meminta ia diulang jika masih ragu-ragu dengan sebutannya. Budak ni terus mengeja "T.R.I.S.K.A.I.D.E.K.A.P.H.O.B.I.A."....dan jawapannya betul! Fuyoo.....aku terkedu! Aku tak nafikan yang pelajar-pelajar ini semua pintar. Ibubapa mereka hebat. Guru-guru mereka juga hebat. Tapi aku teringin nak tahu macamana mereka belajar? Apakah sumber rujukan mereka? Apakah mereka telah diberikan set perkataan berjumlah 1000 atau 2000 untuk dihafal? Jika tidak, dari mana mereka belajar? Apakah dari kamus? Apakah dari sebuah buku yang berkisar mengenai soalan-soalan sebegini? So please kalau ada sesiapa yang tahu tolong bagitahu aku...benda yang macam ni aku minat. Bukan minat nak bertanding tapi minat nak tahu dari sumber mana mereka belajar?

 
Hari ini aku tak berkesempatan nak ke pasar. Pagi tadi aku ada sekumpulan tetamu yang perlukan sarapan awal. Selepas itu ada group yang akan check in awal. Pukul 3 pula ada group lain yang ada hi-tea. Malam ni ada majlis tahlil di function room dan selepas itu ada bbq dinner. Memang padat hari ini. Alhamdulillah. Ini semua rezeki yang Allah bagi kepada kami. Minggu depan juga akan menjadi sibuk. Semua ini mengembalikan kenangan aku bersama-sama dengan hotel besar lain yang pernah aku kerja dulu. Sewaktu di Tokyo Bay Hilton, tetamu sarapan pagi kami pada hujung minggu ialah seramai 800-1200. Tak cukup di cafe dan pool, lounge juga dibuka. Hujung minggu menjadi ramai kerana semua tetamu ingin ke Tokyo Disneyland. Hotel kami terletak di belakang disney yang berhadapan dengan Tokyo Bay. Pemandangan depan mengadap Disneyland dan pemandangan belakang mengadap ke bay! Sangat cantik. Pekerja bekerja tanpa henti. Makanan sentiasa ditambah dan waktu sarapan terpaksa dilanjutkan kepada pukul 11 pagi. Tetamu berpusu-pusu dengan keluarga. Itu kali pertama yang aku terpaksa memberi makan kepada lebih 1000 orang tetamu didalam tempoh 5 jam dari 6 pagi sampai 11 pagi.  Balik ke bilik penginapan sebelah malamnya, aku hanya sempat tapau makanan, bawak balik ke bilik, tukar baju, mandi, makan dan terus tidur sebab terlalu letih! Begitulah setiap hujung minggu aku sewaktu di Tokyo dulu. Pada awalnya aku jadi ngeri memikirkan hujung minggu. Tetapi lama-kelamaan semuanya menjadi routine dan aku mula seronok kerana dapat bertemu ramai tetamu dan aku belajar bahasa Jepun dengan lebih cepat sehingga rakan-rakan aku terkejut sebab sebutan aku menjadi sangat cantik seolah-olah orang Jepun yang bercakap! Itu dulu...hahahahaha!
 
Aku berpesan kepada anak-anak agar menguasai seberapa banyak bahasa yang boleh. Ini sangat penting kerana banyak syarikat didunia yang memerlukan pekerja yang menguasai lebih daripada satu ataupun dua bahasa. Mereka juga boleh bertugas diluar negara, menjadi penterjemah dan lain-lain lagi. Ramai yang berpendapat bahawa bahasa merupakan penghalang untuk mereka ke luar negara ataupun bahasa merupakan penghalang untuk mereka berjaya. Aku menyanggah pendapat sebegitu. Bahasa itu indah. Harus ada minat. Harus ada keberanian. Harus ada muka tebal atau didalam bahasa utara dipanggil "hemoi". Disini aku sekali lagi bernasib baik kerana mengikut arwah bapak bertugas dimerata-rata tempat diseluruh negara. Walaupun masih didalam Malaysia, pergaulan aku telah membuatkan aku cepat menangkap bahasa-bahasa daerah dan seterusnya bercakap seperti orang tempatan. Sekali imbas mereka tidak akan tahu yang aku bukan berasal dari daerah mereka. Bayangkanlah...aku dilahirkan di Kelantan, bersekolah di pulau pinang, seremban dan alor setar. Dari satu tempat ke satu tempat, aku mula mempelajari loghat daerah dan lenggok mereka berbual. Memang seronok. Ada seorang rakan yang sama bertugas dengan aku di kl dulu kini bekerja di Dungun. Asal dari Kedah tetapi sekarang ni bercakap bahasa Trengganu dengan pekat sekali. Aku sendiri terkejut kerana langsung tak melambangkan yang beliau berasal dari Kedah. Aku rasa Nizam (nama beliau) ni kalau pergi kemana-mana sekalipun, beliau akan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan baik. Ini merupakan satu kelebihan.
 
Aku teringat pula kepada rakan setugas aku di Geneva dulu yang bernama Patrick. Beliau menguasai bahasa peranchis, german, italy dan sepanyol dengan baik! Tapi itu merupakan kelebihan kepada mereka yang bersekolah di eropah. Harus menguasai bahasa negara jiran...walaubagaimanapun sistem pembelanjaran mereka disekolah adalah berbeza dengan kita! Malangnya kita tidak pandai untuk mengambil peluang sebegini. Jika nak dikira, kita amat mudah untuk menguasai bahasa mandarin mahupun tamil kerana kita membesar didalam kelompok masyarakat yang sama....jika berkesempatan teringin aku untuk kembali menghabiskan pelajaran aku didalam bahasa mandarin yang aku tinggalkan berbelas tahun yang lalu. Hmmm.....satu lagi bahasa selain peranchis yang menarik perhatian aku ialah bahasa sepanyol. Bunyinya sangat sedap bagi aku. Begitu juga dengan bahasa itali. Mungkin aku akan kembali ke kelas bahasa setelah pencen nanti apabila aku mempunyai banyak masa terluang....insyAllah...satu hari nanti!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Something is not right with our education system when most students (especially the Melayus) cannot master more than one language. English bleh paham sikit2 tapi xbleh nk cakap fluently, bahasa Cina dan Tamil langsung xpaham dan xkeluar mcm si Sudin...Arabia pun baca dalam solat hari2 tp xpaham2 makna.
Our people need to be adventurous to go far, like you, at least master Japanese and French.

On second thot, our people (Not bad?) can mencarut in all 4 languages from primary school!

Charlie
(Saya bukan Robot)

Uncle berkata...

Abang Charlie.
Saya juga sedih kerana mereka tidak tahu dan tidak faham apakah kelebihan menguasai lebih daripada bahasa ibunda. Bangsa lain menguasai 3 sebagai contohnya bangsa tionghua. Berbahasa melayu, mandarin dan inggeris sedangkan kita tidak...

Saya masih lagi cuba mencari waktu untuk belajar 3 lagi bahasa yakni mandarin, italian dan spanish..hahahahaha...

Al-Manar berkata...

Spell it right is a good programme organised by the newspaper. For several years I have attended the competition at the state level. It has been exciting for me because there is at least one person from my tutorial class.

Uncle berkata...

Betul tu Pakcik....it's an excellent programme. Saya pun belajar banyak dari situ walaupun hanya sejam menonton! Saya amat tertarik dengan keletah selamba pelajar kelantan yang rasa saya hanya "menembak" perkataan Latin tersebut tetapi jawapannya betul! Hahahahaha!

Omong Mak Long..... berkata...

Uncle,

Bahasa itu indah, suatu penghubung antara manusia. Rakyat Malaysia memilik berbilang bangsa dan bahasa. Tetapi sedihnya tidak ramai yang mahu dan bersedia berlajar bahasa-bahasa tersebut andainya pun diberi percuma! Bercakap bahasa sendiri (orang Melayu) pun menyakitkan telinga, dicampur aduk dengan bahasa lain, merosakkan bahasa ibunda.

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...