Selasa, Disember 30, 2014

Aku dan Honda Cub

Pertama sekali aku nak mengambil kesempatan ini mendoakan kesemua masyarakat Malaysia yang terjejas dengan peristiwa banjir besar agar tetap tabah menghadapi cabaran. Keduanya aku juga nak mendoakan keselamatan kesemua crew-crew dan penumpang pesawat AA agar terhindar daripada mala-petaka. Oh man....what a year!
 
Tengah cuci
 
Tajuk kat atas tu saja, dah menunjukkan betapa intimnya hubungan aku dengan motor. Mana tidaknya, dah berpuluh tahun aku menjalinkan hubungan dengan dia...ini merupakan motor ke 3 aku. Selalunya setiap motor, aku akan pakai sampai 10 tahun. Kali pertama aku pakai masa aku kerja kat Hilton dulu. Honda Cub C70. Amat banyak jasanya kat aku. Merata-rata di KL ni aku pergi dengan moto tu. BDH 3171 kalau tak salah aku itulah nombor pendaftaran motor pertama aku. Sekarang motor ni bermastautin di rumah abang aku di Penang! Sebenarnya pada masa tu aku nak pakai kereta second hand. Duit tak cukup. Kerja pulak hanya sebagai "bussing boy" di Hilton. Macamana aku nak buat loan! Hahahahaha, pikir punya pikir, aku ceritakan kat kawan aku si Rozek pasal keinginan aku nak menunggang motor untuk memudahkan aku pergi dan balik kerja serta mengurangkan belanja teksi aku setiap bulan. Lepas 2 minggu, motor dah ada depan mata aku. MasyAllah, punyalah senang aku nak pergi kerja, main bola di padang A&W lepas kerja, merayap lepas kerja dan lain-lain aktiviti bermoral. Bila aku mengikuti kursus intensif bahasa Jepun sebelum berlepas ke sana, motor ni jugaklah yang banyak berjasa mengusung aku pergi dan balik kelas. Pernah sekali-dua tergolek dengan motor ni. Aku ingatkan motor C70 ni merupakan enjen yang paling kecik, rupanya sewaktu aku di Jepun, dicelah-celah lorong dan food delivery, kebanyakkan mereka menggunakan Honda Cub C50! Mak aii...lagi kecik pon ada.....oleh kerana motor enjen kecik aku rupa-rupanya bukanlah merupakan motor berenjen paling kecik didalam saiznya, maka boleh lah aku katakan bahawa motor aku berenjen besar! Hahahahaha.....lebih 20cc! Hebatkan? Sekembalinya aku dari bertugas di Jepun, aku masih lagi menggunakan motor yang sama sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke Switzerland selama beberapa tahun. Sekembalinya aku dari Switzerland, motor cub tu jugaklah yang aku tunggang bila aku pergi interview untuk jawatan manager. Jumpa ramai kawan-kawan lama masa nak parking motor dan depa semua terkejut kerana depa sekurang-kurangnya dah pun memandu kereta proton. Aku peduli apa? Ramai jugak yang bertanya kenapa aku masih menunggang motor sedangkan kata depa aku dah pun mampu untuk memandu kereta. Aku sendiri tak reti nak cerita macamana? Bila aku menunggang motor, aku seronok sebab orang tak tahu aku kerja apa...bukannya nak kata aku ni kerja bagus, tidak sama sekali...tapi aku suka melihat "perception" orang setelah mengetahui yang aku hanya menunggang motor! Pernah sekali aku diajak oleh para pekerja untuk sama-sama minum dan makan selepas bekerja lewat. Salah sorangnya cadangkan agar aku tinggalkan motor dan depa bawak aku pergi minum ditempat yang ekslusif. Ada juga yang cadangkan agar aku tinggalkan motor tu jauh-jauh supaya tak kelihatan kerana depa pun naik segan dengan Manager yang menunggang Honda Cub cabuk sedangkan depa semua memandu kereta yang pada pandangan aku hebat! Hahahahahaha...aku gelak kat depa...aku kata tak pa, jangan risau. Malam nanti aku sampai dengan kereta. Depa tarik nafas lega! Malam tu aku sengaja park motor kat depan pintu masuk, tepi pasu bunga besar. Depa dok tunggu kat lobby. The moment depa nampak aku, semua tepuk dahi! Hahahahahahahha....aku ingat sampai la ni!

Macam biasalah...sunday morning!
 
Setelah genap 10 tahun, aku mula berangan nak pakai motor besar sikit. Aku cari Honda Wave 100cc pulak. Kan bertambah cc nya? Bagi aku itu perubahan positif. Mula dengan yang paling bawah....kemudian bila dah ada rezeki lebih, dan rasa macam dah mampu serta tak payah mintak duit mak-bapak ataupun pinjam kawan, barulah aku upgrade sikit. Tambah 30cc dari 70 kepada 100! Ini peningkatan bagi aku...Dalam hal sebegini, aku tak pernah terikut-ikut dengan kawan-kawan ataupun trend. Aku lebih kepada "ukur baju dibadan sendiri!". Biarlah apa depa nak kata...aku peduli apa! Sewaktu aku bertugas disalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang sebagai Manager, motor Honda Wave ni jugaklah yang banyak berjasa. Bila ada kesesakan lalulintas, aku naik atas divider! Hahahahahaha.....Siang ka malam ka, hujan ka, aku tak peduli. Aku tetap redah. Tak ada masalah bagi aku. Bila ada Managers meeting, ramai yang bercerita mengenai kereta model terbaru. Bila sampai hujung tahun, ada yang dah berkira nak menggunakan duit bonus untuk membayar duit muka untuk keluarkan kereta baru. Ada yang belanja sampai melebihi RM100,000 hanya semata-mata untuk mendapatkan kereta idaman. Itu tak menjadi masalah jika mampu...tapi aku jadi kesian bila depa mula nampak monyok bila masuk tengah bulan! Hahahahahaha.....Kesian jugak aku tengok depa. Kereta besar tak penting bagi aku. Yang penting, aku tak berhutang....cukup bulan walaupun duit tak banyak, aku masih boleh tersenyum puas sebab pembayaran rumah dan lain-lain sudah aku langsaikan. Bukan aku kata aku tak ada kereta. Aku ada kereta tapi kereta kancil waktu itu. Again, aku "ukur baju dibadan sendiri". Kereta, aku bagi aunty pakai untuk kegunaan dia dan buat mengusung anak-anak. Aku tak perlukan kereta. Cukup dengan Honda Wave 100cc. RM4 minyak dah full tank dan boleh pakai 2 hari! Hahahahahaha....

Ken anak Ah Chong, mechanic aku yg terbaik!
 
Selepas genap 10 tahun aku pakai motor ke 2, aku pon mencongak duit yang balance. Ada lagi sikit dan cukup untuk aku membayar duit muka motor baru pulak. Kali ni aku "up" sikit lagi. Honda Wave 125cc. Naik 25cc kali ni. Sekali lagi, bagi aku ini merupakan peningkatan positif.. Masih lagi "ukur baju dibadan sendiri". Aku jual motor ke 2 dan ditambah dengan duit belen yang masih ada, aku letakkan deposit. Pergh, keluar moto baru kaler merah "ang-ang!" pulak. Waktu ni aku dah bertugas sebagai Food and Beverage Manager disalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur. Gelak sakan staff-staff aku bila nampak muka aku lepas bukak helmet. Lama jugak depa dok bercerita pasal aku. Hahahahahaha....aku peduli apa!
 
Lepas aku meninggalkan hotel tersebut, aku dilamar oleh sebuah syarikat perhotelan yang baru bertapak. Kami dilantik sebagai consultant untuk sebuah bank yang merupakan penghulu segala bank di Malaysia. Oleh kerana aku merupakan salah seorang daripada 3 consultant disana, aku dikirakan sebagai salah seorang yang sangat penting! Hahahahahahaha....Pertemuan demi pertemuan dengan pegawai atasan kami lakukan di "penghulu segala bank". Ada sekali aku sampai dengan motor aku. Ditahan oleh pakcik security. Katanya aku tak boleh parking disitu. Ditanya apa urusan aku di "penghulu segala bank". Bila aku bagitahu aku nak meeting dengan orang sekian, pakcik tu pandang aku atas-bawah....dia terus talipon kepejabat berkenaan dan lepas tengok kad pengenalan aku beberapa kali, dia tersipu-sipu dan suruh aku parking motor aku di lobby "penghulu segala bank". Aku kata takpalah...tadi pakcik tak bagi.....instead of parking kat lobby ataupun staff parking di situ, aku pecut motor dan parking di belakang DBKL, kat atas divider. At least aku boleh jalan jauh sikit...exercise! Hahahahaha.....bila sampai kat security, pakcik tadi tunduk malu-malu. Takpa pakcik...aku tak salahkan pakcik tadi....cuma kadang-kadang kita sering terkeliru dengan hanya memandang penampilan seseorang apatah lagi dengan apa yang dipandunya atau ditunggangnya...c'est la vie!
 
Ada sekali tu aku  ada lunch meeting di Hard Rock Cafe KL. Aku tak tahu undang-undang parking motor kat situ. Aku sampai awal, sorong motor kat entrance HRC, ikat helmet di seat motor terjuntai, ambik kunci dan kunci tayar motor...parkingnya masih kosong. Baru aku nak pakai kasut (ada dalam beg sandang, aku pakai selipar saja), salah seorang pekerjanya datang jumpa aku. "Bang, motor ni tak boleh parking sini....sini cuma Harley Davidson saja atau motor besar saja yang boleh parking...". Aku tanya adik tu mana aku nak parking. Dia jawab belakang Concord Hotel! Hahahahahahaha......itu satu lagi yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila!
 
Satu hari tu aku dijemput untuk memberi ceramah di Berjaya Time Square kepada pegawai-pegawai kerajaan yang akan berangkat ke luar negara bertugas untuk Matrade, Kedutaan, Tourism Malaysia dan lain-lain lagi dan kursus aku merupakan "compulsory course" sebelum mereka mendapat sijil dan berangkat ke destinasi masing-masing. Oleh kerana aku tak berapa biasa dengan hotel tersebut, aku menalipon hotel berkenaan dan kebetulan orang yang menjawab panggilan, kenal aku. Soalan pertama yang dia tanya, "Boss, untuk boss saya bagi special parking kat main entrance.....nak pakai jockey ke?" Kami gelak sakan sebab dia tahu aku dari dulu memang menunggang motor! Saya jawab, "Woit....nak masuk hotel, saya bawak kereta...hehehehehe!". Yang tu pon aku tak boleh lupa...
 
Hubungan aku dengan Honda Cub ni memang lama. Aku rasa senang menunggang. Santai. Tak pening kepala nak cari parking. Tak pening kepala memikirkan masalah kesesakan lalu lintas. Kalau hujan aku pakai baju hujan, seluar sinting, pakai selipar, kasut masuk dalam beg sandang. Selalunya kalau aku pergi berjumpa sesiapa pun aku akan naik moto. Ada sekali tu beberapa tahun yang lalu, aku mendapat panggilan daripada seorang Pak Menteri yang menyuruh aku ke Parlimen untuk bertemu beliau. Sebelum beliau mematikan panggilan, beliau pesan, "Shahrir, bawak kereta tau!" Aku jawab, "Baik Datuk Seri...". Aku tersenyum sambil memasukkan talipon bimbit kedalam poket kiri seluar dan terus pakai helmet! Tu pon aku tak boleh lupa...hahahahahaha...
 
Ok, Happy New Year people! Pray for East Coast, Pray for Malaysia and Pray for QZ8501....
 
 

12 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Akak doakan semuga akak dapat menantu macam uncle
Pikir jauh
Buat apa berhutang yg tak boleh dibayar sedangkan bayaran ansuran rumah dan lain2 lagi perlu...
Suka dgn kisah uncle.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Saya ni jenis "species" lain dari yang lain. Saya pon tak tahu kenapa dan macamana nak explain...ada juga yang mengatakan bahawa saya kedekut! Aikk, kedekut ka saya? Yang paling penting untuk saya, set your priorities right. Bayar rumah, bayar kereta (tinggal setahun lagi, horey!), settlekan keperluan dapur dan segala bil, langsaikan keperluan anak-anak then buat simpanan untuk pelajaran anak-anak...selepas itu kalau ada lagi balance, itu dikira bonus....saya sering berpesan kepada rakan-rakan yang baru dapat anak agar membuka akaun dan menyimpan walaupun RM10 sebulan untuk mereka serta sediakan insurance untuk ahli keluarga! Saya masih sempat pergi bercuti dengan keluarga bila perlu...hahahahahaa...alhamdulillah...bottom line is "bersyukur" dengan apa yang ada...masih ramai lagi yang tidak bernasib baik! Therefore, saya rasa hubungan intim saya dengan Honda Cub akan berterusan hingga ke akhir hayat!

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Syahril... Pandangan saya, pemikiran tuan saya anggap sudah sama tarafnya dengan penduduk di negara maju terkehadapan seperti JEPUN dan Berpendidikan Tinggi seperti FINLAND.

So...my salute to you for being "sentiasa bersyukur" dan "ukur baju di badan sendiri"..kerana tuan tahu siapa anda... Salah satu ciri educated person and beriman (sentiasa bersyukur).

Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah ini sebagai pedoman.

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.

Terimakasih kerana membaca cerita-cerita saya dan menurunkan sedikit komen. I appreciate comments such as yours. Seperti yg saya nyatakan saya merupakan "species" berlainan dari kebiasaan. Priorities saya lain. Ada yg cadangkan saya Menunggang Harley Davidson kerana secara kasarnya mereka rasa saya mampu. Come to think of it, apakah itu priority saya? Takpalah...saya belum jumpa Harley Davidson pergi pasar....Kalau pergi pon mana nak gantung okan tamban dan kangkong? Hahahahahaha...alhamdulillah, saya syukur dgn apa yg saya ada! Rezeki Allah swt bagi cukup utk saya sekeluarga! Insyallah...

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa berapa kerat manusia di bumi ini yg boleh berfikiran macam uncle. Anak kakak yg masih belajar tu pun dah berangan-angan nak beli kereta! Ini yg kakak nak suruh dia baca N3 uncle ni bagi dia buka mata dan minda..

Org humble dan cerdik walau macam mana dan apa cara sekali pun akan terserlah juga uncle.

mokja berkata...

Uncle,
berkenan dgn sikap uncle .Kalaulah anak anak saya boleh baca dan ambil sebagai teladan.Jimat cermat,berpada apa yang ada tentu akan bawa bahagia.Buat apa rumah besaq nala,kereta mahai semua kalau hutang dok melilit kepala..Kan uncle.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Itu menunjukkan yang anak akak ada wawasan....cuba bercakap dan nasihatkan agar terlintas difikirannya bahawa kesemua itu akan mudah diperolehi setelah pekerjaan dan jawatannya lebih stabil. Ini mungkin mengambil masa lama tetapi tidak mustahil...mungkin saya boleh membantu....I can sit and talk to him over a cup of coffee! That will be great! Hahahahahaha

Al-Manar berkata...

Orang yang mengembara juh selalunya mempunyai pandangan auh juga

Uncle berkata...

Salam mokjadeandell.
Kadang Kala marina ada bertanya Kenapa kami tidak berpindah ke rumah besar. Saya terangkan yg kita harus "bersyukur". Ada sekali marina pergi ke rumah kawannya yg hanya berdindinjg papan diatas kedai speedmart di Taman cahaya, ampang. Sekembalinya marina ke rumah saya tengok dia murung. Saya tanya kenapa? Marina jawab, "Tak payah pindah lah papa...rumah kawan marina lagi kecik dari rumah kita...." saya hanya mampu tersenyum!.

Uncle berkata...

Salam Pakcik Al Manar.
Saya rasa ramai manusia diluar sana yang berfikiran seperti itu cuma Allah berikan kelebihan kepada saya untuk menulis perihal kisah hidup saya sedangkan mereka tidak. Jauh perjalanan saya (walaupun taklah jauh mana...)tambah membuatkan saya lebih sensitif kepada priorities saya. Saya tak banyak duit tetapi apabila saya berpeluang ke luar negara, saya lihat lebih ramai yang mempunyai kekurangan lebih dari saya..dari situ saya bersyukur.....alhamdulillah...terimakasih Pakcik Al Manar kerana membaca cerita saya dan meninggalkan sedikit komen. Sampaikan salam saya pada Makcik!

Omong Mak Long..... berkata...

Uncle,

Mak Long seronok baca catatan Uncle dan sikap positif menjalani kehidupan. Sikap mengutamakan yang penting dan 'ukurbaju di badan sendiri' itu sesungguhnya amalan yang patut dituntut dan dicontohi. MakLong telah membesarkan 5 orang cahayamata dengan perinsif hendak jadikan mereka "orang". Alhamdulillah mereka semua sudah dewasa tetapi tugas seorang ibu belum dan tidak akan berhenti selagi nyawa dikandung badan. Salam untuk keluarga Uncle.

Uncle berkata...

Salam Mak Long.
Seronok bila saya lihat Mak Long masih mengikuti cerita-cerita saya. Terimakasih banyak-banyak. Dah tentu cuaca kat sana sejuk kan? Bak kata sebahagian orang utara, "sejuk-gedi!". You take care and warmest regards to Pak Long too! Err, when is your next entry coming up?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...