Sabtu, Disember 13, 2014

Tanjong Street Food!



This is strictly not Street Art...this is Street Act!
 
Gambar diatas, Yuya yang rakamkan sewaktu kami berlegar-legar disekitar kawasan Street Art mencari lukisan-lukisan didinding. Dari jauh aku ingatkan lelaki tu sebahagian daripada lukisan...tetapi apabila menghampiri perlahan-lahan dan terlihat pergerakan badan beliau, aku pasti ini manusia yang mencari jalan mudah! Dengan perlahan kami hampiri dan Yuya menurunkan screen kereta dan snapped! Yeah, dapat satu gambar yang sangat hebat ini dan Syahir terus memecut laju.
It's pasembur people, not rojak!

Inilah masalahnya apabila aku balik Tanjong. Sampai saja ke destinasi, tempat pertama yang aku kunjungi untuk bersarapan mestilah di Taman Saadon. Tempat yang paling famous untuk bersarapan di seluruh negeri Tanjong! Banyak makanan dan minuman ada disitu. Oleh kerana keretapi sampai pukul 6 pagi, jadi aku bersarapan juga awal. Penuh dengan jemaah yang baru lepas solat Subuh di masjid yang berdekatan. Couple pemuzik berumur yang kurang penglihatan masih lagi belum sampai ataupun mereka bercuti pada hari minggu..Nasi lemak, roti canai, kuih-muih pelbagai saiz dan nama semuanya ada. Serabai pun ada! Tempat ni menjadi tumpuan di program Asian Food Channel suatu waktu dulu. Perniagaan berjalan dengan meriah. Boleh rambang mata dan rambang nafsu dibuatnya kalau lama-lama memerhati. Silap-silap boleh makan untuk tengahari dan malam sekali harung! Seperti biasa kemana-mana aku pergi, digital weighing scale sentiasa aku bawak bersama. Ini untuk memudahkan aku menimbang berat badan untuk mengetahui apakah "allowance" yang aku ada...hahahahaha! Aku pasti berat aku akan bertambah dengan cepat apabila balik Tanjong. Makanannya sentiasa menyelerakan. Diwaktu tengahari pulak kami sekeluarga keluar mencari nasi kandar. Tujuan kami nak ke Deen Nasi Kandar di Jelutong tetapi oleh kerana jadual Street Food kami padat, aku batalkan saja niat aku untuk ke Deen. Walaupun aku kurang berminat dengan Line Clear, tetapi sekali ni aku gagahkan jugak kerana aku dah berada di dalam kawasan berdekatan den bersebelahan aku pulak ada tertulis "Line Clear Nasi Kandar Parking". Untuk memudahkan, aku terus saja masuk ke parking. 4 beranak makan sekitar RM40 sebab aku cakap Tanjong siap goyang-goyang tangan dan kepala. Aku perasan bahawa kebanyakan yang datang merupakan orang luar dari Tanjong. Beratur panjang sampai ke jalan besar. Makcik sebelah aku "makan hidang". Loghatnya mengarah ke kl. Ada kepala ikan, sayur, papadom dan seekor udang besar. Anak perempuannya bertanya pada emaknya, "Boleh habis ke ni?" Yuya berbisik bertanyakan berapakah agaknya harga udang seekor tu. Aku jawab dalam bahasa Jepun, RM45 kot seekor....Yuya dan Azumi terkejut. Tiba-tiba datang pekerjanya dengan keadaan kelam-kabut dan mula mengira lauk-hidang tadi dan dibaginya resit pada makcik tu. Makcik tanya apa yang berharga RM60? Pekerja tadi menjawab, "udang!". Yuya dan Azumi tersentak. Mak aii....harga udang seekor RM60? Makcik tadi diam dan mintak dibungkus untuk dibawa balik. Aku tak tahu berapa harga kesemuanya makanan makcik ni tadi. 3 orang senang-senang RM250 aku rasa! Petangnya kami melepak di Gurney Plaza yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari rumah abang. Aku nak cari baju. Marina nak cari gogle. Yuya dan Azumi nak simpan duit! Lepas shopping ala kadar kami ke Coffee Bean and Tea Leaf untuk menghilangkan dahaga...manusia punyalah ramai. melepak disitu sambil menikmati udara dan bau masin air laut memberikan aku tenaga baru. Rejuvenated!

Kapitan, best tandoori!

Malamnya abang aku mengajak kami ke Kapitan. The best Tandoori in Tanjong, katanya. Tingkat bawah penuh dengan tetamu luar negara. Kami naik ke atas dan duduk ditepi tingkap. Masyallah, ramainya orang! Semua makan tandoori. Yuya makan beriani kambing yang menurut kata abang aku, juga merupakan speciality disitu. Aku cuma makan angin sebab terlalu kenyang dari tengahari selain daripada mula merasa "ngeri" nak timbang berat badan! Kami pulang ke rumah agak lewat dengan perut yang bak kata orang Kedah, "merinin!". Pulang tapi tak terus tidur. Melepak didepan tv sambil bersembang. Marina dah masuk sendiri ke bilik dan tidur! Keesokan harinya yakni hari Isnin, banyak lagi program yang beratur. Paginya kami ke Bukit Bendera. Lajunya naik keatas dan bertambah laju apabila kami turun ke bawah...sewaktu nak turun ada sekumpulan makcik-pakcik korea yang menyanyi dan menari. Tiba-tiba mereka dikerumuni oleh anak-anak tempatan yang mengambil gambar. Aku teringatkan kumpulan Wonder Girls. Mungkin begini rupa mereka apabila berumur 70 tahun nanti! Lepas Bukit Bendera, kami ke Queen's Bay untuk membeli tiket bas AeroLine ke KL pada hari Rabu nanti sebelum Syahir (anak menakan aku) memecut kereta menuju Batu Maung. Kami melawat Muzium Perang pulak. Ini kali pertama aku kesana. Abang aku kata, dia sendiri tak pernah sampai ke situ! Tiket masuk berharga RM20. Agak hambar dari luar tetapi setelah aku masuk ke dalam, aku mula teruja dengan terowong bawah tanahnya dan barrack para askar British yang masih dalam keadaan baik. Barrack mereka mengingatkan aku kepada barrack pegawai penjara di Pulau Jerejak sekitar tahun 70-an dulu!

Only 2 of them!
 
Dah petang juga sewaktu kami menuruni bukit untuk pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan, kami singgah di Gurney Drive untuk makan tengahari (dah petang pon...hahahaha). Kami makan mee goreng, mee rebus dan nasi ayam. Nasi ayam there is SUPER! Ada telur goreng, sekeping ayam yang besar dan portion nasi yang kalau makan, orang dewasa pon mengah. Harga RM7. Aku rasa ok harga tu...Lepas membayar, Azumi tiba-tiba bagitahu yang dia teringin nak makan pasembur pulak. Lalu kami ke Swatow Lane yang kini dijadikan medan selera moden dengan peniaga-peniaga gerai disitu semua berkumpul di New Park. Menarik konsepnya dan kami makan lagi walaupun baru 20 minit tadi kami dah makan! Azumi dan anak-anak puas. Kami balik. Satu aku nak peringatkan. Kalau nak makan pasembur di Tanjong, sila bagitahu mamak tu nak makan berapa ringgit. Kalau dia suruh kita pilih dan kita ambil sendiri, alamatnya memang kena sembelih! Kalau nak dalam RM10, cakap kat mamak, "Anney, lu bikin sendiri...RM10 satu pinggan!". Baru sekejap berehat, kami keluar ke Gurney Drive lagi. Kali ni ke depan Sunrise Tower. Yuya dan Marina nak makan laksa dan satay. Aku tak terkecuali. Makan jugak...habislah.....balik ke rumah malam tu dan timbang berat badan, masyAllah naik 2 kilo! Patutlah leher dan muka rasa mengembang manakala badan rasa berat! Memang mimpi ngeri dah bermula....Jadi sejak balik ke KL, program aku tak lain dan tak bukan, terpaksa berhempas pulas di gym semula dan kontrol pemakanan...dalam kesempatan ini aku nak mengucapkan terimakasih juga pada anak-anak menakan aku yang datang menziarahi bersama anak-anak mereka yang comel. Thanks Mior and Oya for visiting Paksu! InsyAllah lain kali kita jumpa lagi....ok people, have a nice weekend...stay healthy!

14 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Alaaa uncle
Rindunya akak pada Taman Tun Saadon dan Penang....
Dahlama tak ke Penang....

rezeki berkata...

Salam Uncle

kalau pi penang, memang godaan nafsu makan yang jadi masalah hahaha

Tu nak makan, ni nak makan hahaha

pengabis pulun je semua, lepas tu kita bakarlah kalori kat atas treadmill hahaha

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,


why uncle..why uncle menyeksa fara...ni yang nak start kete drve pg Penang ni..hhehhehehehee...nasib la da makan kat Nasi kandar Beratur...cuma lum ada kesempatan nak makan nasi dalca je..kat Penang pun ada serabai ek..ingat kat Melaka je ada...
-Faradia-

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Alaa....naik bas tengah malam, sampai awal pagi. Head straight to Taman Saadon. Burp 32X, pelan-pelan jalan kaki ke Jelutong...burn your calories. Pekena nasi kandaq Deen tepi post office then tapau lauk sikit...ambik taxi pergi Queensbay. Beli tiket, balik KL. Malam makan lagi lauk nasik kandaq yang tapau tadi tu! Amacam kak, ok tak?

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Betul sesangat. Saya pun masuk hari ni merupakan hari ke 3 berturut-turut saya ke gym. In fact ni pun baru balik...hahahahaha!

Uncle berkata...

Salam Fara.

Jangan risau. Ikut nasi uncle dengan mengikut apa yang Uncle sarankan pada reply pertama diatas! Pantas PUAS! Btw, serabai Melaka dengan serabai Tanjong sama ka?

iryantyismail berkata...

salam kenal uncle...terkejut membaca harga udang rm60...dah macam harga udang galah 1kg..

iryantyahamad.blogspot.com

Uncle berkata...

Salam Iryanty.

Memang betul harganya ialah RM60 seekor. Besar la jugak tapi nampak tak berapa fresh. A bit dry..but anyway, Uncle pasti makcik tu jugak terkejut macam kami anak-beranak yang "badan-sibuk" = "busy body" (direct and loose translation!)

Kakzakie Purvit berkata...

Makcik yg makan udang mahal tu tahu nikmatnya sebab itu even mahal still nak tapaw utk bawa balik. Mesti nak bagi org disayang merasa sama:)

Yuya & Azumi pun apa kurangnya makan sampai puas. Tapi macam uncle pesan kena inform bebaik jgn sampai terkena yg mahal..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berhati-hati...bak kata pepatah "ikut rasa, binasa" tetapi jika kita berkemampuan, apa salahnya....

Kakcik Seroja berkata...

Wah...betul-betul cerita makan dan makan dan makan... cerita jalan2 tak banyak pun.... :)

Uncle berkata...

Salam Kakcik.

Ya tak ya jugak....lupa nak cerita pasai dok pi berjalan....takpa nanti saya masukkan...hehehehehe...

Madam Yana berkata...

Kenapa takde gambo makanannya???(*_*)

Uncle berkata...

Salam Madam Yana.

Sorry...selalu bila dah habis makan baru teringat! Hahahahahahaa.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...