Jumaat, Januari 30, 2015

Arman Azumi dah 17 tahun!

Sungguh cepat masa berlalu. Abang dilahirkan pada tanggal 31hb Januari 1998. Aku bertugas di RKL waktu itu. Persiapan semuanya telah kami siapkan. Oleh kerana kami tinggal di Ampang, segala appointment dengan doktor aku lakukan di Hospital Ampang Puteri. Oleh kerana ini anak sulung kami, aku menjadi agak nervous menantikan kelahirannya. Siang dan malam aku berdoa agar semuanya selamat. Aunty dijadual melahirkan secara normal. Melihatkan keperitan aunty menahan sakit aku menjadi panic. Akhirnya pada malam tersebut, aunty dikejarkan ke bilik bersalin. Aku diminta masuk untuk menemani aunty. Cuba memberikan kata-kata semangat agar tabah, aku sendiri yang mula tenggelam punca. Aku pulak yang diberikan kata-kata semangat oleh para jururawat! Masuk keluar bilik beberapa kali untuk bertanyakan bilakah doktor akan sampai. Doktor mungkin dah tahu yang kelahiran sulung bakal mengambil masa yang lama tetapi aku tidak. Peluh membasahi dahi walaupun penghawa dingin dipasang dengan kuat. Aunty menahan sakit. Aku menahan panic! 

Setelah segala cubaan menemui kegagalan, jururawat menyerahkan surat untuk aku tandatangani. Surat untuk melakukan pembedahan setelah cubaan kelahiran normal dan menggunakan 'vacuum' menemui kegagalan. Aku bertambah panic walaupun doktor dan para petugas lain hanya tersenyum. Kali ini aku diarahkan keluar setelah aunty diusung masuk ke bilik pembedahan. Aku jalan pergi balik didalam bilik menunggu yang sempit. Mungkin jalan aku telah mencecah berkilometer jaraknya didalam cubicle yang sama! Resah menunggu sama seperti aku resah bila nak masuk ke dalam klinik untuk bersunat sewaktu aku kecil dulu. Mungkin 10 kali ganda lebih hebat resah menunggu kelahiran daripada keresahan diselinap tok mudin...

Bermacam-macam nama aku pikir. Beratus-ratus mukasurat aku selak. Sampai ada sesetengah malam tu mata aku berkelip tak mahu tutup. Kata sepakat diambil. Aku suka menonton sebuah filem lama yang bertajuk "The Mambo Kings" yang dilakonkan oleh Armand Assante, seorang pelakon kelahiran New York dan berdarah kacukan Italian dan Irish. Lagu Beautiful Maria sentiasa bermain didalam kepala otak aku sewaktu menunggang moto ke tempat kerja. Sedap jugak kalau aku letakkan nama Arman...tanpa huruf "d". Tetapi nama itu terlalu pendek lalu aunty sambungkan dengan perkataan Azumi yang didalam bahasa Jepun membawa maksud "selamat, tenang dan suci". Kami bersetuju. Dari situ lahirlah nama Arman Azumi. Dirumah kami panggil Azumi tetapi disekolah abang dipanggil Arman. Aku kadang-kadang pun confuse bila berada di sekolah..

Sangat comel sewaktu kecil dan apabila kami bawak abang dan yuya balik ke kampung halaman di jepun, abang dan yuya sangat teruja. Kali pertama naik kapalterbang. Kali pertama dinegara asing dan kali pertama juga bermain salji di Fuji. Kami sekeluarga bermalam di kaki pergunungan Fuji. Menginap disebuah hotel tradisional, tidur beralaskan futon diatas tatami. Tengah-tengah malam aunty membawa mereka berdua mandi air panas di onsen. Keesokan paginya salji turun dengan lebat. Aku tak kuasa nak keluar sebab salji terlalu lebat dan mula bertimbun diluar perkarangan hotel. Abang dan Yuya berlari ke bawah dan bermain "snow ball". Selang beberapa hari selepas itu kami membawa abang dan yuya menginap di salah sebuah national park yang ada disana. Tidur didalam "caravan". Aku masih ingat disitu ada ladang binatang. Ada kambing dan banyak lagi. Kami duduk diatas rumput menonton sepasukan pekerja ladang mengepung kambing dan mengarahkan kambing-kambing tersebut masuk ke kandang. Abang dan yuya mengekek ketawa...momen yang sangat comel!

Disekolah rendah, aku lihat abang seorang yang fokus dengan apa yang dilakukannya. Tekun kesekolah agama dan berjaya khatam Al Quran. Kelebihan beliau apabila disekolah ialah tidak malu berjumpa dan bertanya kepada guru jika ada apa-apa matapelajaran yang tidak difahaminya. Kelemahannya pula ialah tidak boleh menumpukan perhatian sewaktu kelas tuition jika ada ramai dikelas. Maka dengan itu aku lebih utamakan pengajaran secara "one to one".  Ini lebih memudahkan abang bertanya, berinteraksi dan tumpuannya tidak menerawang ke tempat lain. Selalu juga abang hilang tumpuan dan ini menjadikan aku hilang kesabaran. 

Kini abang telahpun berumur 17 tahun. Harapan aku agar abang tahu apakah "priority" didalam kehidupan sehariannya. Abang harus fokus terhadap apa yang dia lakukan. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang pelajar. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang pengawas. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang abang sulung kepada dua orang adik. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa. Hormat kepada orang yang lebih dewasa. Itu semua penting kerana suatu hari nanti abang akan melalui apa yang papa lalui sekarang......"Happy birthday abang...Papa love you so much!

                                                                                                                                                  

16 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Selamat hari ulangtahun kelahiran Abang Arman Azumi... Semoga apa yang papa dan mama serta abang sendiri impikan dalam hidup ini akan tercapai dan dirahmati oleh Yang Maha Berkuasa. InsyaAllah...

Mungkin 10 tahun lagi, abang pula akan merasakan apa yang papa abang rasa sewaktu menanti kelahiran abang dulu... :)

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Terimakasih diatas ucapan "selamat" tersebut. Saya berharap abang sentiasa merendah diri kena pada tempatnya...jika ada duit lebih kongsilah bersama yang memerlukan, jika bijak sikit, tolonglah rakan-rakan dan adik-adik, sentiasa ingat Allah dan tidak melakukan perkara yang dilarang..

Ibu n Abah berkata...

Selamat Hari lahir Anakanda Arman Azumi
Indahnya nama
Semuga berjaya di dlm apa yg dicita2kan.
Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat.
Rasanya baru baca kisah abang nak hadapi UPSR.

Leyla Shuri berkata...

Semoga besar menjadi anak solih. Teruskan menulis.

Tanpa Nama berkata...

Happy 17th Birthday Arman Azumi and his parents.
Moga jadi insan kamil dan berjaya.

Amboi banyak nya Arman 'harus tahu' @ 17thn!

Tanya daddy @ 17thn apa yang daddy tahu, xtahu, atau pura2 xtahu! ha..ha

Hv a nice celebration and weekend Uncle and family!

Charlie.

iryanty ahamad berkata...

selamat ulang tahun arman..wah tak lama lagi dah ada menantu yer uncle.. :-))

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
saya mewakili Arman Azumi ingin mengucapkan jutaan terimakasih diatas ucapan selamat hari lahir. Saya juga mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak..

Uncle berkata...

Salam kak Leyla.

Terimakasih diucapkan dan insyallah saya akan terus menulis..

Uncle berkata...

Salam Abang Charlie.
Terimakasih banyak-banyak....Pak dia dulu innocent giler bang Charlie...

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Menantu? Hahahahaha biarlah habis belajar dan kerja dulu....phew...ngeri rasa!

Tanpa Nama berkata...

beruntung abang punya daddy yg rajin menulis mengimbas kembali saat menyambut kelahiran abang. banyak pengajaran yg dapat abang timba dari luahan hati daddy. u will be as successful as your dad who works hard and sentiasa berdoa for you and family, siang malam. hargai your wonderful parents.
unik dapat nama jepun juga.

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Terimakasih kerana meninggalkan nota. Harapan kesemua ibubapa juga begitu. Mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. What ever it is, it needs sheer determination and discipline to succeed. It's a long and winding road ahead...set a goal and stay focus. Stay true to yourself too!

ummi_khalish berkata...

happy belated birthday arman azumi..semoga menjadi anak yg sentiasa menyejuk hati papa dan mama...
Uncle..baca entry ni..hati dil sayu..:-(

Uncle berkata...

Salam ummi_khalish.
Terimakasih juga kerana meninggalkan sedikit nota. Rupa-rupanya mata ummi masuk sabun yer...hahahahhahaha...

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Mak Long dah buat silap. Tak pakai cermin mata tersalah tempat taip - taip kat "Links to this post" pulak!. Sebenarnya nak tinggalkan ulasan kat sini untuk ucap selamat harijadi anak muda Uncle. Tengok2 terlink pulak di blog Mak Long. Maafkan Mak Long ya Uncle. Mak Long dah tua ni..

Ok mintak2 ini betol-betol punya. Happy Belated Birthday to anak Muda Arman Azumi. Semuga berjaya hingga ke mercu kejayaan yang dicita-citakan. Jangan lupa pada kedua ibu dan bapa yang sentiasa kasih dan sayang serta sanggup berkurban untuk anak.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.
Terimakasih kerana bersusah-payah meninggalkan nota ucapan disini. Saya hargai setiap apa yang Mak Long dan pembaca-pembaca lain nukilkan.Seperti biasa sebagai ibubapa, kita hanya mampu menunjukkan jalan. Terpulang kepada anak-anak melaksanakannya. Semoga mereka tahu apa yang betul dan apa yang salah...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...