Ahad, Januari 18, 2015

Nilai persahabatan

Yang datang on time..

Dah banyak kali aku bercerita pasal budak-budak ni dan aku tak pernahnya jemu untuk bercerita lagi dan lagi. Ini lah kawan-kawan nasi kawah aku. Inilah kawan susah-senang aku selama 5 tahun tinggal diasrama dulu. Kalau sakit demam tengah-tengah malam, budak-budak ni jugaklah yang akan menyelongkar locker masing-masing mencari panadol dan minyak kapak.  Bila dah dekat waktu peperiksaan, budak-budak inilah yang akan membuat kumpulan-kumpulan kecil untuk sama-sama belajar dengan niat sama-sama mendapat keputusan cemerlang. Semasa pendaftaran dulu apabila ada yang bersedih kerana teringatkan keluarga, budak-budak inilah yang datang memujuk. Mana boleh aku melupakan mereka? Kemana-mana tempat aku pergi didalam negara, perkara pertama yang aku lakukan sebelum kedestinasi tersebut ialah memberitahu "old boys group" yang aku akan ke sana. InsyAllah dalam masa beberapa minit akan ada yang menjawab. Kebiasaannya aku sendiri tak kenal. Mereka mungkin junior aku mahupun senior aku disekolah yang sama. Beritahu sahaja. Pasti ada yang tampil. Sebagai contohnya sewaktu aku ke Sintok dulu. Aku nyatakan didalam group yang aku akan kesana. Tiba-tiba ada beberapa rakan sekolah yang menyahut. Ada yang aku kenal, ada yang aku tak ingat rupa dan nama dan ada juga yang aku tak pernah jumpa langsung. Alhamdulillah semuanya menjadi akrab dan terus berhubung selepas itu. Begitu juga apabila aku ke luar negara, perkara pertama yang aku akan lakukan ialah announcekan pemergian aku dengan harapan adalah nanti yang  menjawab dan akan bertemulah kami nanti didestinasi yang akan aku tuju! Setakat ini alhamdulillah. Begitu juga apabila aku bertugas diluar negara dulu. Ramai yang aku sempat jumpa. Begitulah akrabnya kami..

Anak-anak juga turut serta..

Apabila semuanya balik dari belajar dulu, kami sekali lagi berkumpul. Mendapatkan maklumat mengenai siapa yang masih belum habis belajar dan siapa yang dah memulakan pekerjaan. Diawal usia 20-an, ada yang telah bertemu jodoh diluar negara dan ada juga yang menjadi sibuk memulakan alam pekerjaan sekembalinya mereka ke tanahair. Walau sesibuk mana sekalipun, perhubungan masih lagi diteruskan. Pertemuan masih lagi diatur walaupun kesemuanya telah mula sibuk. Mula mendapat undangan perkahwinan seorang demi seorang. Ramai-ramai kami berkumpul. Bila satu per satu mula menjadi bapa, ucapan tahniah daripada budak-budak inilah antara yang paling awal akan diterima. Walaupun sibuk menjadi bapak, budak-budak ini masih lagi berjaya meloloskan diri dimalam hari semata-mata untuk memenuhi tuntutan "sessi tt" bersama rakan-rakan. Selalunya kami akan berkumpul dari lepas Isyak pada hujung minggu dan akan terus bersembang sampailah ke tengah malam..kadang-kadang terbabas juga hingga ke pukul 1 pagi. Tapi ini bukan selalu. Tetapi ada juga yang pulang ke rumah sebelum pukul 10 malam. Kata mereka, "tak dapat lesen penuh lah...". Kami paham......Hubungan tetap diteruskan. Kadang-kadang budak-budak ini akan bertemu sewaktu makan tengahari dimana-mana saja tempat yang ditetapkan. Pantang diajak...boleh saja bertemu. 

Apa punya stail lah!

Kini masing-masing sudah berumur 47 tahun. Ada yang anak-anak dah masuk universiti. Ada juga yang anak dara mereka telahpun dirisik. Bila aku dapat tahu yang ada anak rakan telahpun dirisik, aku tersandar sebentar. Ishh, biar betul! Terasa yang umur dah pun meningkat. Tapi yang menghairankan aku ialah bilamana kami berkumpul hati dan perasaan masih lagi berusia 17 tahun. Cuma fizikal sahaja yang banyak berubah. Terutamanya rambut aku. Tapi ternyata aku bukan bersendirian. Rakan-rakan lain juga sama. Oleh kerana kami dah lama kenal dan tahu hati budi masing-masing, sudah pastilah rakan-rakan aku tak mahu aku bersendirian berambut putih. Pengorbanan budak-budak ni semua amat aku sanjungi...hahahahahaha...baru-baru ini berlaku banjir besar di Pantai Timur. Kami mula mengumpulkan wang untuk rakan-rakan yang terjejas teruk. Wang dikumpulkan dan alhamdulillah telahpun disalurkan. Semalam sekali lagi kami berkumpul untuk beriadah bermain futsal. Aku terkejut bila mendapat tahu ada rakan dari Johor, Seremban dan Rawang sanggup bersusah-payah datang untuk sama-sama bertemu walaupun hanya selama 2 jam. Ada rakan-rakan aku yang datang dengan keretapi dari Seremban. Waktu kami mula bermain, mereka masih berada didalam keretapi di Nilai! Bila kami hanya tinggal 30 minit saja lagi untuk bermain, mereka baru sampai di komuter Subang Jaya....tinggal 10 minit lagi nak habis baru nampak muka budak-budak ni yang nampak ceria melihat rakan-rakan lain menunggu. Aku bayar dan tambah lagi waktu agar mereka berdua juga dapat bermain. 10 minit bermain sorang dah mengah dan tersandar kat tepi court. Hahahahahaha....itu baru 10 minit main! Budak-budak ini lah dulu yang bermain rugby bersama-sama aku. Budak-budak inilah yang main bola, hoki, takraw dll dengan aku masa disekolah lebih dari 30 tahun yang lalu. Budak-budak ni lah juga yang kena denda bersama-sama aku kerana melanggar peraturan sekolah dulu. Masyallah, aku mendoakan agar kesihatan kesemua kami bertambah baik dari sehari ke sehari agar kami dapat bertemu lagi meraikan kejayaan anak-anak kami pula selepas ini bersama-sama. Persahabatan kami sejak tahun 1981 telah genap 35 tahun kini. 30 tahun kami meninggalkan bangku sekolah. Insyallah setiap bulan kami akan bertemu sambil berfutsal bersama-sama dan perancangan besar tahun ini sudah tentulah bagi meraikan ulangtahun ke 30 kami meninggalkan bangku sekolah dengan acara menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke JB bagi memperingati sejarah kami menaiki keretapi kelas 3 dari Seremban kedestinasi masing-masing sewaktu bersekolah dulu!

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam Uncle,

Klu nk mcm dulu 81-85, jgn beli tiket KTM.
Dulu kita mana beli tiket, bila konductor tanya, bgtau warrant tiket kt leader.
2015 tengok apa jadi???!
Boleh bayangkan apa end resultnya, kecuali konduktor tu another Sdara!.

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.

Terimakasih kerana memberi komen. Saya pasti kami akan kena halau dari gerabak...hahahahahahah...idea yang sungguh bernas dari fellow sdara....ini memang cari pasal.....hahahahahaha!

Tanpa Nama berkata...

Sempat baca masa iklan ajl..steady uncle..persahabatan yg ternilai..insyallah semua sihat n ceria berpanjangan...

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Cerita Uncle mengingatkan zaman Mak Long masa budak-budak sekolah dulu dan sekarang. Enam tahun Mak Long tinggal di asrama penuh. Macam nak sama jer penggelaman. Tahun pertama di asrama Mak Long masih budak hingus lagi. Malam-malam nangis ingat ke emak... hihihi.. Kini kebanyakan kawan-kawan Mak Long dah jadi nekwan ngeeeeee...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.
Apa tidaknya, kita satu acuan cuma sekolah saja lain...jb-s'ban-ipoh tu kan lahir pada tahun yang sama....and yes masa saya form one pon dok tereyak jugak tapi kat toilet sekolah...then kawan tahu, datang pelan2 nyanyi kat pintu toilet, "mak jauh...bapak jauh..." pergh.....thanks Mak Long for visiting..

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Payah saya nak cari kawan-kawan yang macam ni...kami juga kenal dengan ahli keluarga masing-masing...alhamdulillah..

Chelayer the Slayer berkata...

Ya betul Uncle, kalau nak dikira kita kenal lagi lama sejak sekolah rendah lagi..ingatkan bila ko dah pindah Alor Setar maka setakat tu lah..tak sangka di Sdar kita berjumpa semula...yg bab teriyak tu akulah yg dok pujuk ko masa minggu orentasi bila kita teruk kena ragging. Masa tu ko kata.."Mi, aku dah tak tahan dah aku nak balik rumah..." aku kata "sabar Ril, orentasi tak lama dah nak habis dah..kita tahan dulu ehhh.." lebih kurang mcm tu lah yg aku ingat...but Sdar taught us a lot and turned us from boys to men...

Kakcik Nur berkata...

Nilai persahabatan yang sangat 'manis'... Mudah2an berpanjangan hingga ke akhir hayat...

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Sahabat mmg sangat bermakna dlm hidup kita. Akak punya sahabat baik yg sgt bermakna. Sahabat kurniaan ALLAH yg amat berharga.

Uncle berkata...

Salam to you my brother Chelayer The Slayer!
Tak sangka aku yang kau akan masuk sini dan tinggalkan komen. Yes, true, kita kenal lama sejak dari zaman Henry Gurney Telok Mas lagi! How time flies...nasib baik kau ada...itu semua Pop punya kerja la menyakat aku kat toilet! Err, I guess Pop is also reading this...hahahahaha...and yes, true...the school has turned us from boys to men! Remarkable 5 years that I will never forget for the rest of my life...the joy we had and the sorrow we shared...Chelayer The Slayer, thanks for being there!! Cherish the moments we've shared together!!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Sangat manis bersama sahabat-sahabat yang membesar sekali. Zaman remaja yang banyak dihabiskan masa bersama...terlalu banyak yang kami kongsi. Kini semuanya alhamdulillah telah berjaya didalam karier masing-masing. Saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka!

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Kami mengenali masing-masing sudah 35 tahun sejak kami berusia 13 tahun lagi..susah-senang bersama...jadi apabila kami bertemu untuk sessi tt = teh tarik, cerita zaman tersebut akan keluar dan kami terasa seperti masih dibangku sekolah....

Tanpa Nama berkata...

Woiit Uncle, masa bila pulak aku dok ajuk hang mak jauh, bapak jauh masa orientasi tuh, kan aku busy praktis nyanyi lagu Puas sudah..3x

Uncle berkata...

Salam Pop.
Wow....batch mates visiting and reading my blog...pergh....terharu nih...POP, kau memang tak ingat tapi cermin mata kau yang besar tu aku akan ingat sampai mati....hahahahahahaha. Where the hell are you now? Slovenia? Sorry POP, aku kalau dengan Chelayer The Slayer, memang selalu mengutuk kau especially dengan lagu kau PUAS SUDAH yang tak sudah-sudah tu....hahahhahahahaha but then again...macam ni lah kita...kena kutuk dan mengutuk...lain takde...janji happy dan takde simpan dalam hati. Thanks POP for visiting...Kau balik dari Slovenia jangan lupa prezen untuk aku! Hahahahahahaha....

iryanty ahamad berkata...

seronok mmbaca persahabatan uncle..kalau lah yan punya kawan BFF masa sekolah mesti best kan...
kenangan terindah hanya pada kawan2 lelaki di sekolah kem terendak..ermmm

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Setiap orang pasti ada kenangan indah bersama rakan-rakan...Uncle selalu berhubung dengan mereka. Kadang-kadang setiap hari...hahahahahaha....kalau ada masalah pun mereka nilah tempat Uncle mangadu...so far takde pon masalah...hahahahaha...insyallah!

Kakzakie berkata...

Itulah indahnya ukhuwah anak-anak dulu berbanding anak-anak sekarang yg rata-rata hidup mewah. Anak sekarang kalau balik dari asrama naik keretapi pun susananya tak sama dulu. Apa lagi bas express sekarang.

Itulah sebabnya kejayaan kita dulu manisnya terasa hingga kini. Dah jadi ayah/mak pun bila bertemu sahabat lama masih rancak macam 17 tahun haha.. (perasan aje)..

Uncle berkata...

Beyl Kakzakie.
Memang indah waktu tersebut. Bayangkanlah kami hanya berumur 13 tahun dan sudah menaiki keretapi sendiri dari seremban untuk pulang ke butterworth. Saya juga masih ingat sewaktu di tingkatan 2 saya dan IQ rakan saya dari Kuala Krai naik keretapi dari seremban ke butterworth, naik bas dari butterworth ke kuala perlis dan naik bot ikan ke langkawi. Cuma kami berdua sahaja. Baru umur 14 tahun masa tu! Hahahahaha...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...