Ahad, Mac 01, 2015

Jumpa kawan lama..


Seronok sungguh bila dapat berjumpa dengan kawan lama ni. Kena pulak kawan satu sekolah masa aku berumur 13 sampailah ke 17. Ada juga beberapa kali aku bercerita pasal si Nyamuk ni dalam beberapa entry aku yang terdahulu. Tapi cerita mengenai budak-budak sdar ni takkan habis sampai ke bila-bila. Setiap kali aku bercerita pasal budak-budak ni, seringkali mata aku "masuk habuk". Apa tidaknya, dari awal remaja kami kenal dan sampai kini kami masih berhubung dan ada kalanya hampir setiap hari. Ada saja cerita yang kami luahkan didalam group whatsapp kami. Dari cerita sekecil-kecil pokok cili tak tumbuh kat depan rumah walaupun disiram air dan bubuh baja hinggalah perbincangan besar yang merangkumi bagaimana kami nak beramai-ramai nak memanjat gunung Everest! Didalam group aku 81-85, kalau tak salah hanya aku yang menyerlah dari segi kehebatan dan keseksian warna rambut! Yang lainnya samada masih hitam ataupun dah menipis macam si Nyamuk ni! Tapi walaubagaimanapun, senyuman, gelak ketawa serta fikiran kami sewaktu berjumpa masih sama seperti kami dilingkungan 13 hingga 17 tahun! Cerita "selipar pakai padlock" pon kami akan gelak sakan walaupun dah kami ulang sebanyak 489 kali!

Nyamuk dah hampir 8 tahun berada di Riyadh. Suruh balik tak nak balik....selain daripada dia sukakan cuaca Riyadh, dia juga sukakan saudi riyal yang berkepuk setiap kali dia terima gaji. Sewaktu aku disana dulu, Nyamuk sering bertandang melaksanakan umrah dan menginap dibilik aku. Selalunya Nyamuk duduk di InterCon ataupun Hilton yang berharga SR800 semalam tapi bila duduk dengan aku, tak payah semua tu...cukuplah dengan belanja aku "kabsah" sepanjang dia menginap dengan aku. Pasal si Nyamuk ni lah aku terus-menerus letakkan extra bed kat bilik aku sebab Nyamuk ni kalau datang "angin" nak buat umrah, tiba-tiba aja dia terbang dari Riyadh! Penyamun betul Nyamuk ni! Tapi itulah...kami kenal dah lebih 30 tahun. Kenal luar dan dalam. Dah boleh baca otak masing-masing! Alhamdulillah walaupun poket aku tak setebal Nyamuk tapi nilai persahabatan seperti inilah yang membuatkan aku kaya-raya! Nyamuk ni lah budak yang masa umur 18 tahun nak surprisekan aku, datang ke Penang rumah aku unannounced dan aku tak ada rumah. Malam tu dia tidur di surau Taman Saadon (sekarang masjid) dan ada aku cerita dalam entry aku dulu.


Nyamuk dan aku!


Kat bawah ni pulak bro Azri. F5 masa aku F1. Tolong jangan tanya pasal rambut kami yang berbeza dan siapa "senior" dan siapa "junior" sebab aku tak boleh nak jawab. Nyamuk pulak happens to be budak F1 yang duduk dimeja makan bro Azri di dining hall tahun 1981 dulu! Nasi berketul didalam mangkuk nasi yang besar dan kami budak-budak F1 terpaksa ketuk nasi-nasi tu sampai terlerai sebelum disendukkan pada abang-abang. Masa tu memang aku kecut perut tengok muka seniors tu semua. Mungkin junior aku pun cerita benda yang sama apabila aku jadi senior depa! Hahahahaha.....what a small world...kami jumpa di jdr! Bro Azri instead of masuk jadi witness kepada acara akad nikah, dah bantai bersembang dengan aku dari mula sampai habis event...hahahahahaha....kami siap ber"teyy tarik" lagi kat bawah khemah! Pun satu hal bila nama-nama legend diutarakan...nama-nama seperti Yon, Tomo, Benta, Haridass dll lagi membuatkan aku tak kering gusi. Gelak sampai sakit rahang! Sekarang bolehlah bergelak...dulu kalau lalu depan depa, muka aku tak berani nak angkat...bila angkat depa sergah, "apa stare-stare?" Pergh....25 over years down the road, bila jumpa kami berpeluk sakan....tak ada perasaan dendam, tidak ada perasaan benci. Bahkan lebih menilai erti keakraban itu!

Bro Azri sdara81 dan aku sdara85

Banyak sangat cerita budak-budak ni dan kalau aku nak bercerita tak akan habis sampai ke bila-bila. Ni pun sebentar tadi ada junior aku tanya, "Uncle, ada bilik kosong?" Of course la ada...kalau tak ada pun aku adakan jugak! Esok ada shooting awal katanya. Terimakasih IR kerana mencari Uncle....

Beginilah kami. Kemana saja kami pergi aku pasti akan ada samada senior mahupun junior yang kebetulan bekerja atau menetap disesuatu kawasan. Maka berjumpalah kami walaupun jarak batch kami sangat jauh berbeza. Alhamdulillah. Untuk rakan-rakan batch aku pulak, rasanya ramai yang dah tak sabar untuk menyambut ulangtahun 30 tahun kami meninggalkan alam persekolahan tak lama lagi. Ramai teruja dengan plan yang telah dirancang beberapa bulan yang lalu. Kami akan beramai-ramai naik keretapi dari stesyen nostalgia KTM di KL untuk ke satu destinasi rahsia...rakan-rakan disebelah sana akan menunggu dan malam tu kami akan ber'horey-horey" tak ingat dunia! Esoknya lepas breakfast kami akan bertolak balik KL naik bas...hahahahahaha...ni semua yang berumur 47 tahun nak mengenang semula nostalgia naik keretapi ramai-ramai dengan rakan-rakan berumur 13 tahun pada tahun 1981 dulu....cari kelas 3 rupanya dah bertahun tak ada...hahahahahahaha....ok people, RBS 6Nations, England vs Ireland is starting soon and I don't want to miss this exciting game...have a great week ahead people!

12 ulasan:

iryantyismail berkata...

:-)) thumbs up..terbaiklah uncle entri nie..walaupun yan tak kenal diaorang semua...terasa juga keakraban tu...semog berjalan lancar apa yang dirancang tak lama lg tu...

jangan lupa catat di blog tau :-P

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Terimakasih kerana membaca entry ni walaupun dah tengah malam...dan sudah pasti uncle akan "bercerita" mengenai trip tu nanti...hahahahaha

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum...

Kakcik tak pernah jemu baca kisah 'keakraban' di sini... Seronok sangat macamkan kakcik dapat melaluinya bersama walaupun langsung takde kena mengena... :)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.

Begitulah kami...sentiasa berhubung antara satu sama lain dan apabila ada yang memerlukan bantuan, kami akan terus menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk membantu mana-mana yang terdaya! Alhamdulillah..

mokja berkata...

bila baca entri uncle,terasa rugi saya bila kawan2 satu sekolah dulu tak pernah bertemu..

Uncle berkata...

Salam mokjadeandell.

It's never too late! hahahahaha...

azieazah berkata...

Uncle... betullah... jangan tanya sapa junior sapa senior. Psssttt jeling jer rambut tu. Hahahaha

Btw saya pun ikut masuk habuk di mata baca entri ni. Semoga plan nenjadi. Nak ikut boleh? Hehehe

JunAina berkata...

Bila berjumpa ramai2 dengan kawan2 sekolah tiba2 diri terasa muda! Apa taknya banyak cerita banyak sejarah yang diungkit.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Jeling saja tau....masa kat langkawi dulu jenoh dok mengecat rambut. Sekarang dah "super malas". Biar je lah...hahahahahaha...

Uncle berkata...

Salam JunAina.

Memang betul tu. In fact esok pon insyallah kami akan bertemu...untuk berbincang lebih lanjut program-program kami..

Omong Mak Long..... berkata...

Haikk, tertinggal keretapi nih.. barulah ada peluang baca entri Uncle. Teringat zaman sekolah dulu-dulu ek? Memang seronok zaman tu. Makan nasi kawah, taat pada senior, takut pada pengawas dan pengawal asrama semua tu. Kini mereka semua jadi kawan akrab.

Uncle berkata...

Salam Mak Long.
Zaman sekolah merupakan zaman "horey-horey" saya! Macam "summer camp 5 tahun tu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...