Sabtu, Mac 21, 2015

Pengalaman 2

 
 
Aku suka bercerita dan sekali lagi aku akan ceritakan salah satu pengalaman aku sewaktu bertugas diluar negara untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran oleh adik-adik pembaca yang ingin melanjutkan pelajaran didalam bidang perhotelan secara professional. Enjoy reading!
 
Mekah
 
Pembukaan hotel demi pembukaan hotel telah aku lalui. Bukan senang nak membuka hotel. GM selalunya akan masuk dan akan bertugas dengan pihak "owner" sejak bermulanya acara "pecah tanah". Department Head yang paling penting seperti Head of Finance dan beberapa jawatan lagi akan mula masuk 12 bulan sebelum pembukaan. Diikuti oleh Department Head yang lain. Paling lambat pun ialah 6 bulan sebelum pembukaan. Walaubagaimanapun 6 bulan itu adalah masa yang terlalu singkat untuk mana-mana Department Head masuk. Kebiasaannya lebih awal. Sebagai Director of Food and Beverage di Al Safwah Hotel di Mekah yang mempunyai lebih dari 900 bilik dan mempunyai seating capacity sewaktu makan sebanyak 700 (dimusim puncak seperti Ramadan dan Haji meningkat ke 1500 seating capacity), itu merupakan salah satu pembukaan hotel paling besar pernah aku lakukan. Beberapa bulan sebelum pembukaan, aku dah pun mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat mengenai bandar Mekah, hotel-hotel bertaraf antarabangsa 5 bintang sekelilingnya, suppliers yang ada disekitar Mekah, Jeddah, negara mana yang paling ramai pengunjung, jenis makanan seluruh negara teluk, harga makanan dikesemua hotel sekitar Mekah dan lain-lain lagi. Semuanya ini adalah "homework" aku sebelum memulakan tugas. Berdebar memang berdebar kerana inilah kali pertama aku bertugas di Mekah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sedunia. Apatah lagi dengan bilangan jemaah yang mencecah 4-5 juta orang setiap musim haji!
 
Kali pertama sampai, aku dah dapat mengagak yang hotel masih diperingkat "construction". Setelah banyak kali berbincang dengan pihak tuanpunya hotel, mereka berkali-kali menyatakan bahawa hotel mampu dibuka tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Aku risau. Risau aku bertempat kerana pakej-pakej haji pada tahun itu telahpun dijual ke negara-negara Teluk terutamanya UAE dan Oman serta Qatar. Melihatkan tempahan yang masuk, aku menjadi sangat risau kerana hotel masih berbaki 10-15 peratus untuk siap. Tambah merisaukan aku ialah kerana "restaurant dan kitchen layout" tidak menepati citarasa yang aku mahukan. Tambah memenatkan otak bilamana dengan layout yang sedemikian aku terpaksa memastikan yang makanan untuk maksimum 1500 sekali makan mampu dimasak didalam jangkawaktu yang singkat! Itu baru breakfast. Belum lagi lunch dan dinner! Bagaimana dengan storage? Bagaimana dengan cold store dan walk-in chiller yang harus menampung jumlah makanan mentah untuk sekurang-kurangnya 5 hari sebelum stok baru sampai? Bagaimana apabila jalanraya masuk ke Masjidil Haram ditutup kepada kenderaan sewaktu tempoh puncak sewaktu Ramadhan dan Haji? Memang banyak yang perlu difikirkan. Bukan senang. Kebanyakkan orang cuma nampak dari luarannya sahaja. Kami berpakaian kemas dan segak. Kami kelihatan sentiasa tersenyum dan sangat "accommodating". Tetapi hakikatnya kepala kami terutamanya aku bagai nak pecah memikirkan perkara-perkara "besar". Itu belum termasuk dengan perkara-perkara "kecil" seperti interview untuk mendapatkan para pekerja, menu analysis dan lain-lainnya. Sewaktu pembukaan, aku tidak mempunyai assistant. Aku juga tidak mempunyai secretary (disitu semuanya lelaki berjawatan secretary). Semuanya harus dilakukan daripada scratch. Beberapa kali aku kelihatan memandang kosong tetapi pada waktu yang sama otak berfikir ligat. 12 jam bekerja adalah terlalu pendek. Selalunya sewaktu sebelum membuka hotel kami akan bekerja sebanyak 16-20 jam sehari dan tidur kami juga sering terganggu.
 
Perkara pertama yang aku lakukan ialah meneliti dapur. Peralatan yang telah diorder, lokasi setiap kitchen yang harus ada, equipments yang mencukupi dan tahan lasak. Aku perasan yang lantainya tidak disimen dengan betul dan aku arahkan supaya dilakukan sekali lagi dan  kali ini aku sendiri yang akan berdiri melihat kerja-kerja tersebut. Ini termasuklah membuat "water proofing" sekali lagi mengikut spesifikasi hotel bertaraf 5 bintang. Siang dan malam aku tunggu. Masalah lain ialah seperti dapur yang terlalu kecil untuk menampung production makanan untuk ribuan tetamu. Jadi aku terpaksa mengarahkan agar beberapa bahagian dapur dipecahkan untuk membesarkannya seperti "production kitchen @ hot kitchen". Lokasi antara satu sama lain seperti butcher, cold kitchen, bakery dan pastry haruslah berdekatan diantara satu sama lain agar mudah hubungan diantara kitchen kitchen semua. Juga memudahkan Executive Chef dan aku untuk memantau. Storage area harus mencukupi. Dalam tempuh sebulan semuanya siap. Oleh kerana kami menggunakan khidmat "pakar dapur", makanya setiap susun atur barangan keperluan didapur semuanya tersusun rapi. Tiada "gap" diantara satu equipment dengan equipment yang lain. Jika ada gap ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria mula berkumpul dan merebak. Penyimpanan bahan mentah didalam peti ais juga aku pantau. Makanan panas tidak boleh dicampurkan dengan yang sejuk kerana ini akan menyebabkan "cross contamination" dan sangat hazardous kerana boleh menbawa maut. Fridge temperature harus diambil sebanyak 3 kali sehari mengikut shift 8 jam dan harus dihantar ke pejabat aku setiap hari. Bayangkan jika didapur ada 20 fridge maka 20 X 3 bacaan harus ada diatas meja aku setiap hari dan aku akan memantau satu persatu. Setiap makanan yang disimpan harus dilabelkan. Setiap cutting board mempunyai warna tertentu dan tidak boleh dicampur aduk. Untuk memotong sayur ada warnanya. Untuk memotong daging ada warnanya. Untuk menyiang ikan ada warnanya dan begitulah seterusnya.
 
Diawal pembukaan, aku sendiri yang akan turun ke dapur dan mencuci kesemua peti ais yang ada sambil diperhatikan oleh Executive Chef dan Chief Steward. Gambar diambil, nota dibuat dan ditampalkan disetiap pelosok dapur dan store. Aku tidak menggunakan chemical untuk mencuci. Cukuplah dengan vinegar yang aku larutkan dengan air suam. Vinegar merupakan natural agent pembunuh kuman yang terbaik. Vinegar sentiasa ada didapur jadi mereka tak boleh bagi alasan kenapa fridge tidak dapat dicuci. Aku ada seramai 120 staff dan kesemua mereka boleh berhubung dengan aku samada melalui panggilan talipon, pesanan ringkas, berjumpa dipejabat mahupun sewaktu aku sedang membuat rondaan. Mereka ada 24 jam untuk menghubungi aku. Ini aku lakukan agar setiap masalah dapat diselesaikan secepat mungkin. Masalah tidak boleh ditangguh hingga keesokan harinya. Selalunya kami akan duduk berbincang sambil minum kopi diantara waktu asar dan maghrib. Jika tidak, sudah menjadi rutin untuk aku bertemu dan minum kopi sekurang-kurangnya dengan 5 orang pekerja aku sehari. Cukup setakat 5-10 minit setiap orang. Dalam tempoh 3 minggu aku sudah duduk berbual personally dengan hampir kesemua staff yang aku ada. Ini menjadi kebiasaan dan diulang-ulang sehingga aku mengenali mereka secara personal dan mereka mengetahui cara kerja aku secara peribadi. End of the day, hubungan kami menjadi sangat akrab!
 
Oleh kerana kami mengejar waktu untuk membuka hotel sewaktu musim Ramadhan pada tahun 2008, banyak perkara yang harus dilakukan. Perkara yang paling aku takuti ternyata berlaku. 2 hari sebelum pintu dibuka untuk semua menginap di bulan Ramadhan, Executive Chef aku kelam-kabut datang ke pejabat aku dan bagitahu yang kesemua peralatan dapur tidak boleh digunakan walaupun aku dah "dry-run" banyak kali sebelum itu. Chief Engineer aku tak dapat pastikan kenapa. Jadi aku terpaksa menghubungi supplier untuk datang membetulkannya. Supplier kitchen equipment memberitahu bahawa kitchen equipment hanya dapat digunakan setelah semua kerja mencari punca masalah selesai dan ini mengambil masa 2-3 hari dan 2 hari lagi untuk percubaan. Aku tak boleh tunggu kerana tetamu akan mula membanjiri hotel. Aku memanggil Chief Steward, Executive Chef, Executive Sous Chef dan juga Outlet Managers aku untuk berbincang. Kata sepakat diambil dan kami segera menghubungi sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang berhampiran (200 meter jauhnya) untuk mendapatkan bekalan makanan sepanjang 1 minggu pembukaan. Serabut kepala otak aku memikirkan logistics dan lain-lain. Kualiti makanan, taste, temperature makanan, penghantaran makanan dan lain-lain kerana seperti yang aku katakan, jalanraya menuju ke Masjidil Haram akan ditutup pada waktu puncak. Pada waktu yang sama aku kerahkan kitchen equipments supplier untuk bertugas 24 jam. Aku sendiri yang pantau! Tidur aku tak menentu.....Walau dalam keadaan apa sekalipun, aku masih belum menekan "panic button" kerana aku percaya dengan keupayaan kami sebagai satu pasukan. General Manager aku pulak yang tak tentu hala. Pelan-pelan aku bagitahu yang semuanya akan berjalan lancar. Aku ada. Executive Chef ada. Jangan campur tangan. Kalau dia campur tangan, kami akan jadi kelam-kabut. Alhamdulillah, dia percaya kat aku tetapi 2 kali sehari aku akan lapurkan perkembangan progress. Sekali lagi aku bersyukur kerana akhirnya semua berjalan lancar dan beberapa hari selepas itu "dapur" aku telah berfungsi sepenuhnya!
 
Napsun Arfat merupakan Manager aku di Al Safwah dulu!
 
 
Pengalaman seperti ini tidak akan dapat dipelajari dimana-mana Universiti atau mana-mana sekolah perhotelan terbaik dunia sekalipun. Semuanya "REAL" dan aku dah laluinya sendiri....looking back, aku boleh berbangga kerana berjaya melakukannya. Aku juga boleh berbangga kerana mempunyai kualiti associates yang sanggup bersusah-payah serta kepercayaan seratus-peratus diberikan kepada aku oleh General Manager Al Safwah Hotel. Aku harap cerita-cerita aku ni dapat diambil iktibar oleh adik-adik pembaca yang ingin mendalami bidang perhotelan secara serious. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan...oleh kerana personally aku berpendapat bahawa tidak ada jalan pintas untuk menempah kejayaan, makanya secara peribadi aku tidak menyokong langsung program "Celebrity Chef". Bagi aku, it is an insult to all the chefs and hoteliers yang bertungkus-lumus bekerja berjam-jam dan berpuluh tahun membina karier.......that's my own personal opinion! Hahahahahaha....have a pleasant weekend people! 
 
 

33 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Kakcik tumpang bangga kerana mengenali seorang anak Melayu Malaysia sehebat anda.

dan... perenggan akhir itu, mengingatkan kakcik kepada apa yang dirungutkan oleh Chef Wan sebelum ini - chef segera yang hanya lahir dari rancangan realiti dan bersandarkan pada paras rupa serta populariti...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.
Saya tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan ramai lagi anak-anak Melayu yang telah menempah nama diseluruh dunia..cuma saya rasa saya amat bernasib baik kerana berpeluang melakukan apa yang saya minat. Bernasib baik kerana merupakan salah seorang yang dipilih Allah swt untuk bertugas betul-betul dihadapan Masjidil Haram selama beberapa tahun!

Mengenai Celebrity Chef, saya rasa amat tidak adil mereka diberikan gelaran Chef. Jika dihotel mereka akan merangkak dari kitchen helper, 3rd commis, 2nd commis, 1st commis, asst chef de partie, chef de partie, assistant sous chef, sous chef, executive sous chef dan barulah mendapat pangkat executive chef. Kebiasaannya akan mengambil masa selama 15-20 tahun. Mereka tidak menjadi chef hanya selepas 3 bulan!!!! Ini yang membuatkan saya amat kesal..

My Life berkata...

salam

dear uncle

nak berjaya bukan senang kan.. ada masa bangun jatuh bangun dan jatuh balik dan bangun balik...

Omong Mak Long..... berkata...

Syabas Uncle. Mak Long berasa syukur dan bangga dapat kenalan dengan Uncle. Uncle tidak lokek berkongsi ilmu dan pengelaman kepada mereka yang ingin meneraju hidup dalam bidang yang Uncle ceburi. Kalaulah ramai lagi anak bangsa kita bersikap macam Uncle alangkan baguis.

Uncle berkata...

Salam My Life.
Benar...bukan senang nak senang. Kebanyakkan graduan dibidang perhotelan mahukan jawatan sekurang-kurangnya sebagai asistant manager setelah keluar universiti. Bagi saya, diploma ataupun ijazah yang ada hanyalah bertindak sebagai "bonus" untuk mendapatkan position yang lebih baik. Jika ada 2 calon yang datang kepada saya, kemungkinan besar saya akan memberi jawatan kepada yang berpengalaman dan mempunyai "attitude". Yang mempunyai kelayakan dari universiti saya lebih prefer mereka bermula dari bawah agar "asas" mereka kukuh dan kelayakan itu pasti mempercepatkan proses kenaikan pangkat mereka jika mereka memenuhi kriteria. Walaubagaimanapun selalunya yang mempunyai pengalaman akan hanya sampai ke tahap tertentu sahaja kerana mereka sudah habis "steam". Nah inilah waktu associates sudah ada sedikit pengalaman, attitude yang bagus dan kelayakan universiti "memintas" mereka...(my personal opinion...)

Uncle berkata...

Salam Mak Long.
Terimakasih diatas kata-kata Mak Long. Seperti yang saya selalu katakan, saya suka bercerita. Saya bermula daripada cleaner yang mencuci tandas-tandas public area Shangri La tetapi saya mengambil pendekatan yang berbeza walaupun hanya bekerja sebagai pencuci tandas. Tetamu yang masuk ketandas saya pastikan yang mereka berpuas hati dengan tahap kebersihannya. Saya memulakan bicara dengan mereka walaupun hanya ditandas terutamanya sewaktu mereka mencuci tangan sebelum keluar. Saya senyum kepada mereka sambil memandang muka mereka (eye contact) semasa berbual dengan mereka. Saya wish mereka apabila nak keluar tandas...dari situ saya mula membina hubungan baik dengan tetamu hotel. Bertitik tolak daripada situ saya mula mendapat surat daripada tetamu hotel yang dihantar terus kepihak pengurusan menceritakan mengenai layanan baik yang diterima sewaktu menggunakan tandas di lobby hotel! Mak Long, tiada niat saya untuk membanggakan diri. Niat saya hanyalah supaya "adik-adik" saya melihat pekerjaan yang mereka lakukan itu bakal membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada mereka. Do whatever you do with "pride".....

Omong Mak Long..... berkata...

Mak Long sangat setuju dengan pendapat Uncle. Lakukan tugas dengan ikhlas dan sebaik mungkin untuk memperbaiki kualiti diri bukannya untuk meninggi diri. Ketika Mak Long bertugas di Trengganu beberapa tahun dahulu, Mak Long ditugaskan mengambil anak-anak bangsa kita dalam sektor cari-gali. Pihak tertentu suka rela hendak beri ilmu kemahiran kepada mereka ditambah dengan sedikit elaun lagi. Sambutan buat permulaan sangat membanggakan tetapi minggu kedua sorang-sorang tarik diri dengan alasan kerja gali tanah dan cuci mesen tu semua orang boleh buat. Mana-mana yang kuat semangat kini Mak Long dengar dah berjaya dan selesa hidup dari tidak ada kerja dulu.

Uncle berkata...

Salam Mak Long.
Ini yang membuatkan saya sedikit keliru. Rata-rata apabila ditanya mereka kata tiada kerja...setahu saya kerja berlambak-lambak. It all boils down to oneself....hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih...doa saya semoga mereka tidak begitu...

ummi_khalish berkata...

assalam uncle..nak berjaya bukan senang..kepayahan mengajar erti kekuatan..semoga kita sentiasa di bawah keberkatan yang Maha Esa..tq uncle..

Myliferia berkata...

Salam kenal uncle,

Pertama kali datang ke sini. Seronok dan teruja sangat baca pengalaman uncle.

Walaupun tidak terlibat dengan bidang perhotelan, namun pengalaman tersebut dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian serta lain-lain kerjaya

Terima kasih sudi berkongsi :)

IndaMarya berkata...

salam kenal.all my life bnyak kali jugak dok hotel.attending courses and a few times with family.now I know its not easy to run this business. I am a teacher.bnyk gak pengalaman tapi lari jauh dri uncle punya cerita..my days are with children,but experience wise bnyak jgak.nice reading yr blog.will continue reading aftr this..u keep strong , keep working.

NEKCIK berkata...

Asalam Uncle..kalau tak keberatan nekcik ingin dapatkan email uncle kerana ada beberapa hal nekcik mohon pendapat kerjaya perhotelan ini sebagai panduan dan bimbingan untuk anak bujang nekcik yang bekerja di bahgian perhotelan ini..nekcik sudahi dengan ucapan terima kasih ye Uncle

Uncle berkata...

Waalaikumsalam ummi_khalish.
Terimakasih dan memang betul seperti yang dikatakan. Bukan senang nak senang. Semuanya bermula daripada diri kita sendiri. Apakah kita ada "drive" untuk memajukan diri sendiri atau kita hanya nak jadi biasa-biasa sahaja!

Uncle berkata...

Salam Myliferia.

Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan komen disini. Uncle bercerita kerana terpanggil dan terkilan jika Uncle tidak dapat menceritakan pengalaman kerja Uncle. Ada juga pada suatu masa dulu dicadangkan agar Uncle membukukan pengalaman Uncle ni semua. Tapi biasalah...Uncle tak reti nak buat....lagipun cerita Uncle semuanya tak ada sequence...tnggang langgang saja...hahahahaha...anyway, hope that it will not deter you from reading!

Uncle berkata...

Salam IndaMarya.
Terimakasih kerana muncul di blog Uncle. Uncle sangat terharu...Pasti IndaMarya juga mempunyai banyak pengalaman mendidik anak bangsa...itu satu tugas yang sangat mulia. Sila cari entry Uncle yang bertajuk Paksu Ramli. Paksu Ramli walaupun sudah pencen tetapi merupakan seorang yang sangat berhati mulia. Begitu juga jika IndaMarya lihat blogroll Uncle, sila masuk ke Al Manar....2 orang yang sangat HEBAT!!! Bolehlah Uncle kategorikan mereka berdua sebagai "UNSUNG HEROES!"

Uncle berkata...

Salam Nekcik. email saya ialah ali.shahrir@gmail.com
insyallah saya akan beri nasihat dan panduan semampu saya..

Myliferia berkata...

Bagus tu uncle kalau bukukan, kalau nak lantik penulis lain pun leceh gak sebab maybe apa yang nak ditulis tu tak tersampai ke hati pembaca.

Uncle buatlah buku ala-ala kompilasi atau berbentuk diari. Jadi taklah perlu berkait sangat macam novel tu :)

Uncle berkata...

Salam Myliferia.

Keinginan tu ada cuma saya tak tahu nak start macamana...hahahahaha!

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

terima kasih sudi berkongsi pengalaman troubleshooting kerja uncle...walaupun berbeza bidang...tapi sedikit sebanyak memberi idea tuk fara hadapi trouble shooting kerja fara...kelemahan fara adalah human factor..kena belajar banyak sabar dan banyak senyum...hehhehehe...bekerja sebagai pekerja wanita tunggal dalam bidang fara di pejabat kadang2 banyak menguji kesabaran...selalunya fara ambil approach adik beradik...so tak la kene buli sangat..keep it coming uncle..cant wait to read your next exprience..

-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.
Alhamdulillah jika Fara dapat menanganinya dengan baik. Mengenai hal human factor, itu biasa terjadi even pada Uncle sekalipun. Be yourself tetapi jangan menyendiri. Bergaullah dengan rakan sekerja sebaik mungkin. Kenali mereka tetapi bataskan pergaulan. Sewaktu Uncle di Tokyo dulu, setelah habis penat bekerja kami akan keluar beramai-ramai. Kebiasaanya ke tempat makan yang kecil-kecil. Selalunya mereka akan minum sampai mabuk dengan boss mereka. Waktu itu "no holds barred". Keesokannya sewaktu bekerja, mereka masih bekerja dengan baik dan hormat pada boss mereka walaupun malam sebelumnya boss mereka dah tergolek! Like I said, kita harus menjaga batas kita...

Damiamikhaila berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Damiamikhaila berkata...

salam uncle... baru khatam yang tahun 2008... anyway.. byk pengajaran yg boleh kita kutip drp pengalaman uncle.
http://dontlook4trouble.blogspot.com/

Uncle berkata...

Waalaikumsalam.
Terimakasih kerana membaca. Tahun 2008 saja ada hampir 200 entries...banyak tu kalau nak habiskan satu persatu...

Damiamikhaila berkata...

rugi kalau x baca dari awal... tak tau jalan cerita nanti...

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

masa belajar dulu pensyarah selalu ingatkan "always say thank you and please"setiap kali kami di dalam proses tugasan..kira kalau waktu rasa macam nak debik pun,tetap akan sebut thank you..sebab semasa tugasan dijalankan,semua orang jadi penting..hatta runner tukang beli air talent pun penting...dan kami pegang satu prinsip,apa pun terjadi..kerja kena jalan dengan jayanya...jadi bila masuk alam kerja, fara masih amalkan thank you and please..maklumlah bila wanita lead sesuatu program, kadang ada yg terasa ego... so biasanya sebagai penghargaan,habis program,lepak minum..sambil2 sesi luahan hati hehe..kita ni orang melaka..tak semua orang selesa bila berbicara..jadi masa minum tu kira post mortem..

faradia

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle...semakin banyak membaca pengalaman uncle..semakin banyak ilmu yan dapat...tq uncle

Uncle berkata...

Salam damiamikhaila.
Kalau begitu, harus bermula dari entry pertama saya...entry pertama tu sebenarnya tercetus setelah berlaku satu insiden yang tak dapat dielakkan. Saya dijadualkan terbang pulang ke Malaysia dari Jeddah dengan penerbangan MAS. Saya sudahpun sampai di lapangan terbang antarabangsa Jeddah dan bersedia untuk check in luggage apabila saya mendapat panggilan daripada owner hotel yang menyuruh saya berpatah balik ke Jeddah dan menyatakan bahawa pemandu telahpun menunggu saya di airport. Demi tugas saya berpatah balik walaupun berat sangat hati saya kerana tahu yang keluarga bakal menunggu di KLIA esok tengahari. Hati saya menangis mengenangkan anak-anak yang tentu girang menanti kepulangan saya...maka dari situ terhasillah entry pertama saya yang saya tulis dari Madinah!

Uncle berkata...

Salam Fara.
"Thank you" dan "Please" merupakan 2 kata hikmat yang sangat simple untuk diucap tetapi sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang kita. Saya tak ada jawapan..Jika sentiasa diamalkan ia akan menjadi sesuatu ucapan yang automatic. Wanita menerajui sesebuah syarikat mahupun jabatan tidaklah mustahil kini. Banyak contoh yang kita boleh lihat. Tetapi jika kita sentiasa mengamalkan amalan-amalan positive, kita akan diterima dan juga dihormati. Berlaku adillah kepada semua.

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Itulah tujuan pertama saya. Blog ini saya hasilkan dengan harapan apabila saya "meningkat umur" saya akan dapat membacanya semula untuk mengingati kisah-kisah lama saya merantau. Juga untuk anak-anak saya (apabila saya tiada) membacanya semula dan mengingati bahawa saya amat sayangkan mereka dan mereka dapat melihat dan membaca keletah-keletah mereka sewaktu kecil....

Tanpa Nama berkata...

Salam uncle,


will do uncle...sebenarnya baca blog uncle ni pun da macam penasihat 20% on how to handle works....hehehehehe..banyak idea2 dan petua2 uncle membantu fara...thank you uncle..

-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.
Alhamdulillah kerana dapat dijadikan panduan walaupun tidak banyak, sedikit pun Uncle bersyukur. Arwah mama dulu selalu memberi makan kepada kawan anak-anaknya yang datang berkunjung dirumah. Uncle hairan kerana makan kami sekeluarga 7 beranak juga tidak mewah! Kopi o dijamu semua walaupun rasanya agar tawar...biskut 4 segi juga dijamu...itu amalannya seingat Uncle. Mungkin dari situ Uncle terpanggil untuk menceritakan mengenai pengalaman kerja Uncle pulak...nak memberi lebih, Uncle pun cukup makan pakai...yang terbaik boleh Uncle buat ialah berkongsi pengalaman...

norh berkata...

Again..u inspired me uncle..
Thank you ;)

Bukan senang kan nak handle job yg besaq mcm uncle ni...nak2 customer hotel...
Dah la bab makan pulak tu..ramai yg cerewet pasal makan ni realitinya...even utk secawan kopi..hahahha

Norh nak share ni..task pertama norh di hari pertama pun sebagai cleaner jugak walaupun appointed as microbiologist..kena cuci discarded bacteria plate...hehe...

Really true uncle..when we know personnally our staff..they can do work better ;)

Dan pendapat norh, uncle dapat apa yg uncle beri pada org lain kan ;)

Semoga bertambah2 rahmat untuk uncle...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Sewaktu Uncle mula bertugas di Langkawi pada tahun 2010, hari pertama, Uncle panggil secretary masuk office. Kami berbual sebentar. Setelah 15 minit, secretary uncle tunduk dan mula menangis. Uncle tanya kenapa? Katanya dia takut dengar suara dan tengok muka Uncle yang bengis. Apabila Uncle berhenti dari Langkawi dan nak memulakan tugas di KL, beliau ke airport bersama suami dan anaknya untuk menghantar Uncle. Waktu tu ada ramai yang menghantar Uncle ke airport. Sekali lagi beliau menangis dan memberitahu bahawa beliau senang bekerja dengan Uncle dan setakat itu Uncle merupakan bossnya yang paling baik! Anyway, my point is, kalau orang tak kenal Uncle, memang depa akan cuak tengok muka dan dengar suara Uncle yang kuat bila berbual! Hahahahahaha

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...