Sabtu, Mac 14, 2015

Pengalaman 1

 
Pengalaman bekerja dihotel selama lebih 25 tahun amat menyeronokkan aku. Pelbagai negara dah aku lawati dan pelbagai kerenah dah aku tempuhi. Ada yang manis, ada yang tak berapa nak manis. Semuanya masih ingat di kepala otak aku. Ada yang aku pernah cerita dan ada juga yang aku tak pernah cerita. Untuk aku susun satu persatu, aku rasa agak leceh...baiklah aku cerita dengan cara aku, yakni tunggang langgang....hahahahahaha!
 
Langkawi
 
Sewaktu musim arab membanjiri negara, ramai pelancong-pelancong ini yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi pulau langkawi. Apabila mereka kesana, hotel aku akan menjadi tumpuan. Didalam kesibukan waktu peak untuk check-in,, ada seorang lelaki tempatan memarahi receptionist aku yang tekun bekerja. Tetamu ini tidak mahu menunggu lama sedangkan kami memang sesak pada waktu itu. Suara beliau memarahi receptionist terdengar hinggalah ke pejabat aku. Duty Manager datang memanggil aku tetapi aku pesan supaya Front Office Manager yang settlekan dulu. 15 minit kemudian, FOM pulak datang jumpa aku dan katanya tetamu tadi nak jumpa aku. Aku pun berhenti buat kerja, capai name card aku, tutup pintu pejabat dan perlahan-lahan berjalan ke arah Reception. Aku nampak seorang lelaki tempatan yang agak berumur sedang memarahi Receptionist aku tanpa henti. Orang ramai disitu. Aku bagi salam, hulurkan business card aku dan menjemput beliau ke lounge. Beliau menurut. Aku tanya apa yang beliau nak minum dan aku sendiri yang buatkan dibelakang bar counter. Aku sendiri serve dan duduk disebelah beliau. Aku tanyakan apa yang berlaku. Beliau menceritakan dengan satu persatu..dalam nada yang tinggi beliau memberitahu yang beliau akan menalipon salah seorang VVIP yang sering menginap di hotel aku dan menceritakan ketidakpuasan hatinya. Katanya kepada aku, jika beliau menalipon VVIP tersebut, kami satu hotel akan mendapat masalah. Aku tekun mendengar. Nada beliau naik dan turun. Aku minta izin untuk ke reception sebentar untuk menguruskan bilik beliau. 2 minit kemudian, biliknya siap dan aku sendiri yang memandu buggy dan menghantar beliau hingga ke bilik...
 
Petangnya sewaktu aku sedang meronda, aku lihat beliau berada di swimming pool. Setelah melihat waktu agak sesuai, aku berjalan perlahan-lahan kearah beliau sambil membawa minuman untuk beliau walaupun tidak dipesan. Beliau mengucapkan terimakasih kepada aku tetapi masih menceritakan kepada aku kejadian tengahari tadi sewaktu mendaftar masuk. Aku memohon maaf walaupun sebenarnya itu bukan salah kami. Ditepi swimming pool itu juga beliau sekali lagi mengulangi kata-katanya yang beliau akan menalipon temannya dan memberitahu akan kejadian tersebut. Aku mengangguk dan mendengar dengan kyusyuk. Biar tetamu tu curahkan semua yang beliau tak puas hati. Sebelum aku beredar, aku tanya, apa programnya malam itu. Katanya beliau nak memancing dan bertanyakan aku apakah aku dapat membantu beliau mencari lokasi pancing yang baik diatas jembatan disekitar chalet atas laut tempat aku bekerja. Aku beritahu yang aku akan ke chaletnya selepas sembahyang maghrib. Beliau bersetuju.
 
Sebaik sahaja selepas solat Maghrib, aku menaiki buggy untuk ke chalet beliau. Menekan loceng dipintu dan memperkenalkan diri. Beliau membuka pintu dan menyuruh aku tunggu diluar sementara beliau menyalin baju. Dah siap salin, beliau mengikut aku turun ke bawah. Kami menuju ke jambatan yang dibawahnya banyak ikan. Sambil memegang joran (aku bukan kaki pancing tapi dah buat homework dengan doorman aku yang gila pancing!) Sekali lagi aku bertanya soalan yang sama seperti tengahari tadi. Yakni bertanyakan siapakah VVIP yang beliau akan talipon. Beliau menyebut satu nama. Aku yang mendengar cuma mampu tersenyum didalam hati. Aku beranikan diri bertanya apakah beliau telah menalipon VVIP berkenaan. Aku sempat berpesan jika beliau menalipon VVIP berkenaan tolong sampaikan salam aku, Shahrir dari Hotel Al Safwah di Mekah kepada beliau serta isteri dan anak-anak cucunya. Beliau lantas mencapai talipon bimbit lalu mendial satu nombor. Beliau bercakap dengan lembut. Setelah selesai bercakap, beliau berpaling kearah aku sambil memberitahu bahawa VVIP berkenaan kirim salam kat aku dan berpesan jika aku balik ke Kuala Lumpur, jangan lupa untuk talipon beliau untuk sama-sama makan tengahari.....aku senyum dan mengucapkan terimakasih kepada tetamu aku tadi lalu memohon izin untuk kembali ke pejabat.......Beliau memandang aku dengan 1001 persoalan yang bermain difikirannya!
 
 
 

22 ulasan:

My Life berkata...

salam

dear uncle

bAnyak pengajaran kan.. bila bekerja dalam bidang yang melibatkan org ramai..

kadang2 menguji kesabaran..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam My Life.

Pengalaman sebegitulah yang membuatkan kita bertambah cekal dan berani menghadapi apa juga situasi. Jangan lari atau mengelak daripada masalah kerana itu akan membuatkan kita bertambah takut untuk menghadapinya...

Viviana berkata...

selepas baca cerita uncle ni tiba-tiba rasa semangat pulak nak sambung belajar perhotelan walaupun rasa macam dah nak give up dah lepas kena marah dengan banquet manager hari tu sebab tak sengaja terjalan depan Timbalan Perdana Menteri. Siap kena panggil bapok sebab terjatuhkan meja time setting. Tq uncle.

Uncle berkata...

Salam Afiq.
Terimakasih kerana membaca dan terimakasih kerana berminat untuk menyambung pelajaran. Uncle suka kalau berniat begitu. Afiq jangan putus asa kalau dimarahi mcm tu. Look at it from the positive angle. Obviously Afiq tidak berjalan didepan VIP kecualilah jika Afiq membawa pedang untuk memeriksa barisan...itu pun Afiq berjalan seiring. Semua itu terlalu "kecil" untuk membuatkan Afiq berputus asa...Along the way, Afiq akan menghadapi lebih banyak cabaran. Uncle pernah jatuh tergolek didepan DYMM Tuanku Mizan sewaktu Tuanku lepas main golf di Kertih. Lampu pernah terpadam sewaktu US 1 st Secretary bermain piano dan Uncle merupakan FB Manager waktu itu. Uncle pernah dimarah oleh seorang berpangkat besar kerana kopi tertumpah dijacketnya oleh staff Uncle dan Uncle terus menghantar "spot cleaning" dan menghantar ke officenya personally...macam2 ada....semuanya ada Uncle tulis dalam blog yang berjumlah hampir 800 entries ni...Uncle memulakan karier sebagai "cleaner" dan berakhir dengan jawatan "General Manager" pada umur 42 tahun! Hope this help to inspire you young man! Good luck to you...

ummi_khalish berkata...

pengalaman itu mendewasakan kita...syukran uncle atas perkongsian pengalaman...dil jadi lebih kuat bila bAaca pengalaman2 macam ni...hidup anak perantau kena jdi lebih kuat..doakan dil ye..
*dil teringin sangat nak jumpa uncle n family..in shaa allah..suatu hari nnti bila dil balik mesia...

azieazah berkata...

Sentiasa suka baca pengalaman mahal Uncle. Bila dapat borak borak lagi eh...

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Pls kirim salam kt The Great Lao-Tzu.

Bagitau dia kita hadiah a year supply of Ridsect or Sheltox.
Klu xselesai juga kita guna the brutal way. Uncle leads the way,
saya follow?!

Uncle berkata...

Salam ummi_khalish.
Insyallah satu hari bila dil serta suami dan anak pulang ke Malaysia, Uncle akan cari waktu untuk bertemu Dil sekeluarga. Terimakasih kerana membaca dan Uncle terharu bilamana cerita-cerita Uncle ini mampu membantu Dil didalam apa cara sekalipun...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Terimakasih kerana masih membaca...insyallah boleh jumpa dan bercerita lagi kerana sekarang Uncle bertugas di kl...yakni bangsar...

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.

Saya rasa ini mesti abang Charlie. Naluri saya selalunya tepat...wink....hahahahahahaha....abang Charlie, saya rasa lebih baik pakai ubat nyamuk lingkaran cap ikan emas...amacam?

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum...

'balaslah kemarahan dengan kelembutan, kelak ia bagai air yang memadam api'...

Bila api digunakan untuk melawan api, maka kebakaran yang lebih besar pasti berlaku, kan? :)

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Pengelaman yang kita tempohi membentuk kematangan kita dalam mengurus pekerjaan. Terima kasih kerana berkongsi pengelaman terutama pengelaman yang berhubung kait dengan orang awam yang pelbagai kerenah.

Ibu n Abah berkata...

Akak mula mengenali uncle sewaktu uncle kerja di hotel Mekah.
Semuga uncle terus berjaya dalam bidang yg menjadi punca rezeki uncle.
Suka bila uncle berkongsi kisah uncle mengenai tugas uncle. Uncle mmg boleh pergi lagi jauh dan lebih berjaya dlm bidang ini. In syaa ALLAH.

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle...

sabarnya uncle dgn karenah pelanggan...kalau yan tu mahu perang dunia ke 3..:-))

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.

Itulah yang saya selalu lakukan. Yang penting biarkan tetamu yang tengah marah tu habiskan apa yang terbuku. Selalunya saya akan minta izin untuk buat catatan setiap apa yang dikatakan secara ringkas agar saya tak terlepas...kemudian saya akan mulakan dengan permohonan maaf walaupun bukan salah saya/kami. Then buat investigation sikit dan yang penting kembali kepada tetamu tadi dengan solution dlm masa secepat mungkin. Insyallah semua akan ok..

Uncle berkata...

Salam Mak Long.

Alhamdulillah banyak pengalaman yang berjaya saya kutip sepanjang 25 tahun bertugas di bidang perhotelan dan kesemuanya membuatkan saya lebih bersedia menghadapi apa juga cabaran..

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah

Terimakasih kak kerana masih lagi mengikuti cerita2 tunggang-langgang saya ni...hahahahahaha...saya akan mulakan dengan cerita-cerita pengalaman saya selepas ini..

Uncle berkata...

Salam Iryanty.

Sekali lagi pengalaman bertahun-tahun menjaga tetamu membuatkan Uncle berjaya mengawal emosi dan situasi. Setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya. Cuma bagaimana kita nak menangani masalah itu semua yang menjadi persoalannya..

monalea berkata...

Banyak pengajarannya entry ini.walaupun tak dinyatakan automatik boleh faham apa yang nak disampaikan.

Uncle berkata...

Salam Mona Lea.
Ada beberapa perkara yang mungkin membuatkan Puan Mona tak berapa faham.
1) bahasa saya atau cerita saya tidak lengkap
2) beberapa nama dan lokasi kejadian dan siapa VIPnya terpaksa saya rahsiakan kerana mereka adalah orang berpengaruh...cerita2 saya hanya penceritaan pengalaman saya..

Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan komen. Bacalah lagi...hahahahahaha

norh berkata...

Salam uncle..

Cool sangat uncle ni!!

Bos mcm ni yg selalu org respect.. Norh nak keja dgn uncle boleh? Hehehe

Pengalaman hidup memang suatu yg kita tak dpt beli kat mana2 kan...nak nak org2 besaq mcm uncle ni...laagiiiii la mahai pengalaman tu..

Tapi betul la uncle..sepanjang kerjaya norh pun..norh rasa pendekatan 'soft' lebih berkesan dari pendekatan yg marah2...dlm apa jua situasi pun..

;)

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle pon sebenarnya seorang yang cepat melenting. Tetapi dah lebih 25 tahun dalam bidang ni, Uncle dah masak sangat dah. Kalau nak melenting pon tak guna especially dengan tetamu. Pernah sekali tetamu dari lebanon marahkan Uncle kerana barang yang hilang. Uncle dipanggil dalam pukul 4-5 pagi ke lobby. Alhamdulillah semuanya selesai dalam masa 24 jam dan culpritnya pon masuk jail beberapa tahun. On the day yang guest tu nak balik, dia genggam erat tangan Uncle dan peluk. Norh boleh baca cerita tu yang Uncle tulis sekitar tahun 2010 sewaktu dilangkawi dan gambar mereka sekeluarga pon ada kalau tak salah Uncle...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...