Sabtu, April 11, 2015

Pengalaman 5

Assalamualaikum wbt sekali lagi Uncle ucapkan kepada adik-adik sekelian. Perjalanan kerjaya Uncle bukanlah semuanya "smooth ride". Uncle melalui banyak ranjau berduri. Kalau nak diikutkan Uncle sudah banyak kali "frustrated" tetapi Uncle cekal menghadapi semua itu. Uncle mempunyai matlamat kerjaya yang sangat clear. Uncle sudah mencaturkan segala-galanya sejak dari mula bekerja. Oleh kerana itu, Uncle mahukan adik-adik pembaca juga mempunyai vision yang jelas supaya perjalanannya nanti akan menjadi mudah...tetapi kali ini Uncle ceritakan bagaimana Uncle dengan sengaja mengisi masa lapang dengan melakukan kerja sebagai "cleaner" disalah sebuah restaurant yang menjual ais kerim. Tujuan Uncle selain daripada mahu mengisi masa terluang, juga untuk mendapatkan sedikit wang bagi membayar duit ansuran motor serta melihat dan mengalamai sendiri pengalaman bagaimana seseorang itu menilai kita apabila diberitahu bahawa kita tidak mempunyai kelulusan tinggi. Hanya darjah 6. Kurang mahir membaca dan juga menulis! Enjoy reading...
 
Baskin Robbins Section 14, 1996
 
Aku baru balik dari Switzerland waktu itu. Kalau nak duduk dirumah tak buat apa-apa, rugi pulak rasanya. Aku capai helmet, naik moto ke seksyen 14 untuk ke kedai moto bagi membayar ansuran bulanan. RM160 sebulan yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk habis. Lepas membuat pembayaran, aku ke kedai minum bersebelahan. Sambil minum teh tarik, aku mula mengelamun...Aku dah dapat kerja di Renaissance Kuala Lumpur Hotel sebagai Room Service Manager tetapi akan mula bertugas hanya 4 bulan lagi. Jadi dalam masa 4 bulan itu, aku tak ada kerja. Pada waktu yang sama aku terpaksa membayar duit moto sebanyak RM160 sebulan. Dulu aku dah nekad tak mahu mintak duit daripada sesiapa waima kakak-kakak dan abang-abang aku sekalipun. Sekali aku nekad, aku harus teruskan.  Pikir punya pikir, aku berjalan mundar-mandir kat situ. Tiba-tiba aku ternampak satu kertas dilekatkan di cermin kedai Baskin Robins Ice Cream. BRIC memerlukan seorang cleaner! Aku masuk kedalam dan bertanyakan pekerja disitu apakah kerja tersebut masih ada? Dia suruh aku tunggu sambil dia masuk kedalam sebentar berjumpa Manager. Manager keluar dan menyuruh aku isi borang. Dia tanya aku sekolah sampai takat mana? Aku kata sampai darjah 6. Dia tanya lagi, boleh membaca dan menulis? Aku jawab, aku tak berapa pandai membaca dan menulis. Manager tadi geleng-gelengkan kepala dan suruh aku tandatangan saja manakala yang lain-lain dia sendiri yang akan isi. Aku tanya pada Manager apakah kerja cleaner memerlukan aku banyak menulis? Katanya tak perlu tapi aku harus boleh membaca apa yang tertulis di botol chemical! Aku angguk dan menjawab, yang tu "ok!" sebab botol chemical selalunya ada gambar tengkorak! Alhamdulillah, aku diterima bekerja dan disuruh datang keesokan harinya.
 
Keesokan harinya aku melaporkan diri pada pukul 9 pagi. Restoran dibuka hanya pada pukul 10. Selama satu jam aku ditanya pelbagai soalan. Apakah aku pernah bekerja sebagai pencuci? Kenapa aku memohon kerja sebagai pencuci? Kenapa tak sekolah sekurang-kurangnya sampai tingkatan 3? Beliau juga memberitahu aku bahawa dizaman sekarang (waktu itu) sudah hampir tidak wujud orang yang tak tahu menulis dan membaca. Aku berumur 28 waktu itu....Aku hanya menundukkan kepala dan mendengar dengan kyusyuk. Setiap patah perkataannya masih aku ingat. Manager aku seorang yang masih muda, ayu apabila bertudung! Beliau berusia sekitar 23 tahun...
 
Tugas 1
 
Perkara pertama yang diajarnya ialah bagaimana nak mencuci pintu kaca. Katanya ambil suratkhabar lama, dikeronyokkan, semburkan air ke pintu kaca dan mula tonyoh dari atas ke bawah...kiri ke kanan dan kanan ke kiri...kesannya lebih baik daripada menggunakan kain. Aku mendengar dengan penuh perhatian, mengangguk dan mula melaksanakan tugas. Aku juga mengajukan beberapa soalan. Seperti yang dikatakan, cermin menjadi bersih!
 
Pengajaran:
 
Adik-adik harus belajar mendengar arahan walaupun adik-adik tahu perkara yang ingin diajarnya. Tunjukkan minat mendalam walaupun hanya mencuci cermin! Sikap positif itu akan menyerlahkan sikap dalaman adik-adik dan ia akan terpancar dimuka adik-adik. Cuba bayangkan jika arahan yang adik-adik berikan kepada pekerja adik tidak didengari? Apakah perasaan adik-adik? Jika kita tidak mahu ia berlaku kepada diri kita, jangan lakukan pada pekerja kita!
 
Tugas 2
 
Perkara kedua yang beliau ajar ialah bagaimana nak mencuci tandas. Dibawanya aku ke stor disebelah pejabatnya. Dengan muka tegas, beliau memberitahu bahawa tandas haruslah bersih sentiasa dan sampah yang ada didalam bakul sampah mestilah dibuang beberapa kali sehari. Aku mengangguk tanda faham. Beliau kemudian mengambil berus pencuci tandas, menyemburkan sedikit sabun cuci dan digosoknya sambil memberi arahan kepada aku. Beliau beralih kepada aku sambil bertanya apakah aku faham? Aku mengangguk mengatakan yang aku faham.
 
Pengajaran:
 
Setiap kali adik-adik mengajar seseorang, pastikan apa yang adik-adik ajar adalah betul dan tepat. Ini penting kerana apabila ajaran kita tidak betul ataupun kita tidak mengamalkan perkara yang betul sejak dari mula, ini akan menjadi ikutan dan kebanyakkannya akan mengambil jalan pintas selepas itu. Jika ini berlaku, adik-adik tidak ada sebab untuk "reprimand" mereka kerana jika adik-adik menegur kesalahan mereka (berpunca daripada adik-adik yang salah mengajar mereka), mereka akan hilang rasa hormat terhadap adik-adik. Apabila tiada rasa hormat, amat sukar bagi adik-adik untuk mendapatkan hasil kerja yang baik daripada mereka. What I am trying to say here is, adik-adik mestilah tahu tugas adik-adik dan kemudian, perturunkan dengan detail segala ilmu yang adik-adik ada kepada pekerja walaupun ilmunya hanyalah "mencuci lubang tandas!"
 
Tugas 3
 
Beliau memanggil aku dan memberitahu agar aku mengumpulkan kesemua sampah didalam bakul sampah yang terdapat di dalam restoran itu. Aku kutip 2 dibelakang ice-cream dispenser, satu didalam pejabat beliau, satu didalam tandas dan satu diluar stor. Kesemuanya berjumlah 5. Aku tanya, kenapa sampah banyak sedangkan Restoran masih belum dibuka? Beliau tersenyum dan memberitahu bahawa malam tadi pencuci yang bekerja malam tidak membuang sampah dan itu tidak sepatutnya berlaku. Sampah harus dibuang sebanyak 2 kali sehari yakni sebelum habis shift pagi dan sebelum habis shift malam dan plastik sampah haruslah diganti. Aku menganggukkan kepala tanda faham. Maksudnya pencuci malam tadi tidak menjalankan tugas dengan baik dan amanah!
 
Pengajaran:
 
Apabila kita melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan, lakukanlah dengan baik. Jangan menyusahkan orang lain kerana ini akan menjadi "penyakit berjangkit". Sebagai contohnya, Apabila kita tidak membuang sampah malam tadi, pekerja yang masuk keesokkan paginya akan marah. Apabila beliau marah beliau akan melakukan perkara yang sama kepada kita dengan hasrat untuk mengajar kita! Ini akan berterusan dan tidak ada penghujungnya. Apa salahnya jika lakukan tugas yang diberikan dengan baik dan orang selepas kita juga akan melakukan perkara yang sama. Dari situ tempat kerja kita akan menjadi lebih harmoni!
 
 
Tugas 4
 
Aku disuruh mengambil penyapu, mop dan baldi. Ditunjukkan aku apakah chemical yang harus digunakan dan apakah sukatan air yang betul. Ditunjukkan juga cara-cara menggunakan penyapu dan mop dan bagaimana membersihkannya selepas menggunakan kedua-duanya. Aku mengucapkan terimakasih kepada beliau dan mula melaksanakan kesemua tugas-tugas aku dengan sebaik mungkin.
Selang hanya beberapa hari, aku telah diberikan kepercayaan untuk memegang kunci outlet untuk aku buka dan buat opening setiap hari! Hahahahaha...aku berjaya mendapatkan kepercayaan beliau cuma setelah beberapa hari bekerja!
 
Pengajaran:
 
Setiap kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada kita merupakan tanggungjawab yang sangat besar. Maka dengan itu, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik-baiknya. Pada kebiasaannya, untuk mendapatkan kepercayaan amatlah sukar tetapi untuk membuat masyarakat tidak percaya kepada kita cukup dengan melakukan hanya satu kesalahan didalam masa beberapa saat sahaja.
 
Kesimpulan
 
Oleh itu Uncle ingin berpesan kepada adik-adik agar sentiasa beringat. Masa depan adik-adik masih panjang. Jangan binasakannya dengan begitu sahaja. Selalu terjadi apabila mereka ditugaskan menjaga kewangan, penyelewengan berlaku. Jangan biarkan nafsu menguasai adik-adik. Adik-adik mempunyai masa depan yang cemerlang. Jangan lakukan perkara yang tidak berfaedah.
 
Uncle sebenarnya suka melihat telatah dan perception masyarakat. Apakah penerimaan mereka apabila mengetahui yang Uncle hanya bersekolah hingga ke darjah 6. Apakah perception mereka apabila melihat Uncle hanya menunggang motosikal cabuk dan bukannya memandu kereta. By the way, Baskin Robbins itu kini telah bertukar menjadi pharmacy!
 
Have a pleasant weekend people! 
 
Syed Bakri (kiri) mantan Consul General di New York ialah rakan bolasepak saya di Kedah tahun 1980.

14 ulasan:

mokjadeandell berkata...

Dalam apa saja kerja kita lakukan harus ada wawasan,integriti.Takkira samada kita memberi atau menerima arahan.Semoga coretan uncle dapat jadi panduan pada mereka yg sedang bekerja.Utk org pencen pun ada gunanya.

Kakcik Nur berkata...

Pelajaran bukan hanya didapati dari bangku sekolah mahu pun universiti sahaja. Pelajaran dari kehidupan itu lebih penting kerana kita melaluinya saban waktu... :)

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.

Terimakasih banyak-banyak. Ia juga merupakan peringatan kepada diri saya sendiri sebenarnya...

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Benar apa yang dikata. Pelajaran yang terbaik ialah "pengalaman". Oleh sebab itu saya suka berkongsi pengalaman saya dengan adik-adik pembaca dan semoga memberi sedikit iktibar....insyAllah..

norh berkata...

Salam uncle ;)

Bila dah ada anak2 buah, norh seboleh mungkin nak motivate depa buat keja yg terbaik melalui kepimpinan melalui teladan..

Tapi lately, norh rasa mcm tak brapa ada semangat sangat nak lead..maybe sebab dah 9 thn kat company sekarang..

Nak kata keja tak mencabar..tak jugak..selalu kena handle task2 yg baru.. Even la ni pun banyak keja sebab merger company..

walaupun still tak ganggu target n role norh...tapi eksaited nak p keja pagi2 tu dah kurang sikit..

Uncle tak pernah lalui hal2 mcm ni ka? Any advise?
Terima kasih uncle

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Norh.
Ini sering berlaku. Uncle juga pernah mengalaminya. Semuanya bergantung kepada kita. Take a "breather". Maybe reading some "motivation" books will help. Organising a "team building" will also be good. Sewaktu Uncle di Jepun dulu, kami sering keluar minum dan makan bersama selepas kerja. Boss tak semestinya belanja. You can "go dutch" but that's the best time to actually understand them and slowly pick up a thing or two, tweak here and there and hopefully get back the "zest!" Kadang-kadang jika kita terlalu lama disesuatu department juga membuatkan kita "complacent". Why Norh Norh sendiri yang apply untuk ke mana-mana external short course. Mungkin dari situ, kita akan mula mendapat sedikit motivasi untuk kembali mengetuai jabatan kita...Be nice, sincere in praising. Oh ya, sewaktu keluar makan/minum, perkara berkaitan kerja jangan dibincangkan. Put it aside...sometime a small "outing" with colleagues will boost the team spirit too! Good luck!

Madam Yana berkata...

Adakah selepas itu, cleaner "bercinta" dengan manager BRIC??(*_*)

Uncle berkata...

Salam Madam Yana.
Mungkin saya tidak memenuhi kriteria dia...sob...sob...

Kakzakie berkata...

Hihi... uncle buat kakak gelak betul tau. Si manager tupun satu tak kan tak boleh tengok org boleh baca ke tak. Tengok tengkorak haha... budak darjah 6 pun tak terfikir kot nak jawab macam itu.

Aa pun kakak suka N3 ini

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Last sekali dia tahu jugak sebab dia jumpa saya dok membaca buku Zig Ziglar kat dalam stor waktu rehat! Hahahahahahaha.....saya kata saya tengok gambaq, dia tak percaya...katanya buku Zig Ziglar semuanya mana ada gambaq...hahahahaha betoi jugak!!

NEKCIK berkata...

Asalam uncle...lama tak nyinggah ni...mnyamar ye...takpe kita akan dapat menghayati kehidupan orang susah kan

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.
Terimakasih kerana singgah....selalu-selalulah singgah sini...In a way bolehlah dikatakan sebagai menyamar tetapi saya memang suka tengok dan kaji apa yang bermain dalam kepala otak mereka apabila melihat seseorang dari segi penampilan dan tiada kelulusan...

❤Kamsiah❤ berkata...

salam kenal uncle..saya follow sini..
seronok membaca tiap patah yg dicatatkan..penuh makna..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Cik/Puan Kamsiah.

Terimakasih kerana mengikuti cerita-cerita saya yang tak seberapa ini. Semoga mampu menjadi panduan kepada sesiapa yang membaca termasuklah saya sendiri!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...