Ahad, Ogos 16, 2015

Syawal dah habis!

Bali...once upon a time when they were still small..


Hari ni last Syawal. Sepanjang Syawal ni punyalah banyak open house...adoi...susah hati aku..makan, makan, dan makan...next week aku kena turunkan balik berat aku yang amat mengerikan ni..Oleh kerana aku menjadi busy tak tentu pasal, planning aku nak ke gym pon terganggu. Selalunya aku ke gym selepas waktu kerja tetapi lately ni, lepas kerja saja, langit mula gelap. Guruh berdentam-dentum dan hujan turun dengan lebatnya. Macamana aku nak ke gym? Sebelum ke gym aku dah basah kuyup! Lokoihh! Bukan sekali, bukan dua kali tapi boleh dikatakan selang sehari cuaca jadi tak menentu. Bila dah kuyup, aku terus saja balik ke rumah. Malas nak kona-kona lagi dah. Then bila sampai rumah pulak, lepas mandi, dengan cuaca yang macam tu, aku jadi sangat lapar. Awalnya aku kata pada diri sendiri, taknak makan...lepas mandi, aku tengok ikan goreng pun dah nampak special semacam! Ah sudah...then masuk weekend, ada jemputan lagi. Aku pulak kalau dah start payah nak stop! Pergh....Sabar.....next week start balik diet dan workout gila-gila..

Pagi tadi aku bangun awal dan terus ke gym di Nu Sentral. Masih kosong dan aku merupakan orang pertama yang sampai. Alhamdulillah. Ini merupakan kali pertama aku ke gym yang sama tetapi lokasi yang berbeza. Aku ni jenis yang tak boleh "routine". Aku akan cepat bosan sebab aku dah tahu susun atur gym di bangsar village tu. Aku pon kenal semua staff kat situ, hampir kesemua orang yang beriadah kat situ termasuklah makcik-makcik cleaner sekali. Jadi bila boring, baik aku tukar venue secepat mungkin. Nu Sentral ni aku suka sebab aku senang nak parking motor walaupun diluar bangunan. Aku letakkan motor berhadapan Nu Sentral yakni disebelah kedai makan yang juga terletak ditepi kaunter masuk ke lrt di brickfields. Situ ada kawasan untuk parking motor yang besar. Jadi aku pasti yang aku tak akan disaman, insyallah. Seronok ke Nu Sentral kerana banyak tempat aku boleh stop dan tinjau. restaurant bertaburan dan aku boleh pilih nak yang mana. Tetapi selalunya aku lebih suka balik dan makan dirumah dengan keluarga. Walaupun makanannya tak lah special mana tetapi aku rasa puas makan dengan keluarga dalam suasana santai..Sudah lama aku makan dihotel...dari makanan tempatan hinggalah kepada makanan dari Sri Lanka, Eropah, Australia dan lain-lain semuanya aku dah rasa. Salmon, lobster, barramundi, mandi, kabsah dan pelbagai makanan dan cara masakan lagi. Akhir sekali aku tetap cari sambal ataupun ikan masin!

Semalam kakak aku, anaknya serta cucu-cucunya datang berkunjung dirumah. Aku dah ada 6 orang cucu menakan sekarang. Hahahahaha....seronok melihat keletah mereka. Dulu anak-anak aku sebesar mereka. Kini apabila melihat mereka bermain didalam rumah mengembalikan nostalgia aku kepada Abang, Yuya dan Marina sewaktu mereka sangat-sangat kecil dulu. Sungguh cepat masa berlalu. Aku pulak tak pernah merasa yang umur telahpun meningkat. Cuma kadangkala apabila menonton berita jam 8 malam aku akan terlelap 10-20 minit! Tetapi masih tidak mengaku yang umur akan menghampiri separuh abad tak lama lagi...hahahahaha.....Bagaimana aku nak mengaku? Apabila bertemu rakan-rakan sekolah, ingatan dan cerita kami masih berkisar dizaman remaja.....tadi siang aku dijemput ke shah alam oleh seorang rakan sekolah aku. Doa selamat untuk anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke Canada. Huishhhh....ada anak rakan aku yang dah mula menjejaki menara gading! Setahun dua lagi aku akan mula mendapat jemputan kahwin anak rakan-rakan....kemudian mungkin aqiqah....tetapi aku masih dalam 'denial mode" tak mengaku dah nak 50! Hahahahahaha....muda lagi....dan banyak perkara yang aku masih belum berjaya lakukan...salah satunya ialah naik harley sampai london!

Oleh kerana aku dah makan jm briani dirumah kawan aku tengahari tadi, aku bertekad tak nak makan malam ni. Tapi sampai bila aku dapat bertahan, aku tak pasti lagi. Bila dijenguk kedalam almari didapur, aku terlihat maggi kari seolah-olah menggamit aku...aku kembali ke depan...menaip sambil sekali-sekala menjeling ke tv untuk melihat result terkini badminton bergu wanita...dalam pada tu, fikiran aku asyik teringatkan maggi kari tadi....adoi..dugaan yang amat besar pada saat ini! Takpa...aku cuba tahan nafsu yang selalu membuak-buak! Hahahahahaha...

Aku dah bertekad untuk menyaksikan Rugby World Cup 2019 di Jepun nanti. Setahun sebelum berlangsungnya Olimpik. Venue perlawanan telahpun aku check dan alhamdulillah kebanyakkannya akan berlangsung di Tokyo manakala selebihnya di Sapporo dan beberapa kawasan lain yang agak jauh bagi aku tetapi hanya beberapa jam dengan shinkansen. Tak sabar rasanya walaupun ianya akan berlangsung 4 tahun lagi. Perancangan aku telah bermula terlalu awal...tak mengapa. Ini merupakan tournament yang termasuk didalam "a must list" aku. Hmmm...mungkin aku harus mula menulis buku bertajuk, "A Lonely Journey to RWC 2019 Tokyo!"




13 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Sabaq-sabaq Uncle, pelan-pelan jangan gopoh diet tu.. hehehe Mak Long pun sama dah rasa semacam guni beras bergolek! Mak Long tak ke gym.. sakitlah badan lepas angkat besi bodoh tu tiap kali. La ni Mak Long cuba yoga.. best juga laa kerak keruk sendi dan tulang dibuatnya..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.
Terimakasih kerana meninggalkan komen disini. Adoi Mak Long lupa yang umur dah meningkat dan metabolism ratenya tersangatlah rendah....ingatkan 30 tahun dulu...masa tu makan pilah apa pun, masih selim-melim! Btw, Mak Long dimana ni? JB ka USA? Saya dulu ada masuk kelas yoga di gym tapi after 3 months I gave up sebab pergerakannya sama sentiasa...saya cepat bosan tapi peluh yang keluar mengalahkan angkat besi!!!

scheetah berkata...

lepas maggi kari, ayuh diet ! hihihii

Uncle berkata...

scheetah,
salam to you. wow...satu idea yg sangat bernas...

Kakcik Nur berkata...

Assalamualaikum...

Diet? Esok-esoklah kakcik buat kalau sempat...hahaha...

Tapi mungkin disebabkan berat badan yang kian meningkat, esok kakcik akan masuk woksyop lagi untuk tengok apa yang tak kena dengan lutut kanan kakcik ni. :(

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.

Eh jangan lupa diet tu....ha...tu la asal kena diet, supaya tak masuk woksyop....Kakcik, jaga makan, jaga kesihatan...(dok peringat diri sendiri jugak nih yang selalunya lupa diri!)

Sham berkata...

Salam uncle...

Har har jiwa muda uncle ni...xpe yg penting badan sihat macam2 benda bleh buat kan...tp rilekla 50 bkn tua pn...oltimer je...

iryanty ahamad berkata...

tak suka diet :-P

Uncle berkata...

Iryanty.

Salam to you...hahahahaha...tak suka diet ya....apa kata diet tu buat-buat macam posa!!!

Kakzakie berkata...

Kakak pun sama sejak puasa sampai dah habis syawal ni routine jogging kakak dah tak smooth. Banyak lompongnya. Tapi kalau bab open house tak miss di jemput aje pergi mana tak cepat aje jadi tong haha...

Kawan kakak ramai dah yg bercucu uncle sebab kakak masih belajar form 6 ada yg dah menikah tau. Usia baru cecah 40 dah jadi nenek:)

Uncle berkata...

Kakzakie.
Samalah saya pon...at noon saya bersemangat tak nak makan malam...sampai rumah, dah jadi lain cerita! Haru biru aihh...

So far kawan-kawan saya anak-anak dah mula masuk U....a few years lagi mulalah jemutan sampai...hahahahahaha....ngeri nak lepaskan anak-anak but that's life..."c'est la vie!"

Ibu n Abah berkata...

Semuga uncle di permudahkan dgn perancangan utk ke Rugby Jepun.
Uncle pi jepun dah bagai balik kampong juga...
Semuga ALLAH permudahkan dan dianugerahkan dgn rezeki dan kesihatan yg baik....

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Begitulah perancangannya. Tapi kalau pergi lebih baik saya duduk berasingan daripada duduk dirumah sebab tak nak menyusahkan sesiapa. Lagipun jadual perlawanan ada petang ada malam rasanya...susahlah nak masuk-keluar...baik sewa bilik sendiri dan ikut suka bila nak balik! Dapat sebulan memang best tapi semuanya bergantung kepada sumber kewangan...paling tidak saya nak tengok 3 games. Satu New Zealand, satu Jepun dan satu South Africa main....PUAS...bucket list tuh!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...