Khamis, Ogos 06, 2015

Minyak angin Tok Nah dan Tok Chik

Tutup bumi

Sewaktu aku disekolah rendah di Alor Setar sekitar 1980 dulu, aku tinggal buat sementara waktu dengan makcik-makcik dan nenek aku di Taman Intan. Ini ialah setelah arwah Bapak ditukarkan untuk bertugas daripada Henry Gurney Telok Mas ke Penjara Alor Setar. Oleh kerana kedua ibubapa aku merupakan orang Kedah, pertukaran ini dilihat sebagai blessing untuk pulang ke kampung halaman. Perkhidmatan arwah Bapak juga sudah hampir tamat yakni hanya tinggal 1-2 tahun sahaja sebelum pencen pada waktu pertukaran itu! 

Arwah nenek aku merupakan pembuat ubatan tradisional yang agak dikenali di alor setar. Sering ke istana anak bukit untuk menghantar bekalan dengan menaiki beca yang aku panggil teksi. Kesemua ubatannya dibuat sendiri. Renyah nak membuatnya tapi arwah nenek aku sanggup bersengkang mata. Aku lihat sendiri bagaimana mereka (nenek dan makcik) membuat bedak sejuk serta ubat beranak kerana aku tinggal bersama-sama mereka selama beberapa bulan sebelum aku dan keluarga berpindah ke berek penjara di Jalan Sultanah (dulu dipanggil Jalan Day). Ubat lain aku masih ok tetapi yang aku tak tahan hanyalah bedak sejuk. Proses pemeraman beras didalam air yang disimpan didalam tempayan kadang-kala berbulan lamanya semata-mata untuk menghancurkan beras tadi membuatkan tekak aku selalu mual apabila makcik aku mahu menukarkan airnya. Baunya terlalu kuat hingga kadangkala aku terpaksa duduk dibuaian depan rumah sementara makcik aku melaksanakan tugas...Tetapi yang menyeronokkan ialah apabila menitikkan bedak sejuk tadi diatas kain dengan menggunakan corong yang diperbuat daripada daun pisang. Selepas titisan-titisan bedak sejuk itu kering aku mengambil kesempatan untuk mengikiskan ketulan-ketulan kecil bedak sejuk tadi. Seronok melihat hasil kerja makcik aku. Makcik aku akan melakukan beberapa kerja-kerja lagi sebelum bedak-bedak tadi dibungkus. Belum sempat makcik aku menghantarkan pesanan dengan mengayuh basikal disekeliling pekan alor setar, jiran-jiran tetangga sudah ramai yang datang untuk membeli sebungkus-dua. Ada yang membeli untuk dibawak balik oleh anak-anak mereka yang hanya pulang ke kampung sekali-sekala..Pada waktu itu, Taman Intan kebanyakkannya dihuni oleh kaum tionghua. Merekalah yang banyak membeli bedak sejuk yang dihasilkan oleh makcik aku. Diwaktu pagi mahupun petang akan kelihatanlah makcik-makcik berbangsa tionghua menyidai baju diampaian dengan hanya "ketang kedada" (berkemban) dan didada dan muka mereka "penoh selepong" dengan bedak sejuk! Aku akan ketawa sendirian. Aku berumur 12 tahun waktu itu. Meminjam basikal makcik aku yang berwarna "pink" serta berbakul didepan, aku akan mengayuh satu taman sehingga penat!  

Fast forward

Aunty bertanya kepada aku siapa yang tahu membuat minyak angin serta ubat beranak dll selepas makcik aku. Aku termenung sebentar dan aku rasa tak ada siapa pun yang tahu. Aku tak pasti samada kemahiran tersebut ada turun ke anak-menantu ataupun tidak. Aku bagitahu aunty perkara ini. Suatu hari aunty bagitahu aku yang dia berminat untuk mendokumentasikan cara-cara pembuatan dan bahan-bahan yang digunakan agar ianya tidak hilang begitu sahaja. Aku kata ia satu idea yang baik dan makcik aku harus diberitahu dan izinnya harus kami dapat. Alhamdulillah makcik bersetuju dan pada hari raya ke 3, aunty dan Marina menaiki bas menuju ke Alor Setar. Bahan semuanya telah disiapkan walaupun ada beberapa bahan rahsia masih kurang. Seharian mereka bertiga "bergelumang" (Marina juga!) dan akhirnya selepas berhempas pulas selama beberapa jam, minyak angin berjaya dihasilkan. Gambar diambil dan dihantar kepada aku. Aku lihat dan perati betul-betul. Memang ada nampak seolah-olah minyak angin Tok Nah dan Tok Chik. Aunty dan Marina puas dan bawa pulang ke KL hampir 2 liter. 

Sesampai dirumah, aku ditunjukkan minyak angin tersebut. Aku belek lama-lama...melihatkan secara fizikal, memang seiras apa yang makcik aku buat dulu. Aku buka tudung botol dan menghidu baunya. Masyallah...baunya juga bau herba, sama dengan yang pernah aku lihat dan hidu lebih 35 tahun dulu! Marina mencuba sedikit dibadannya apabila digigit nyamuk dan alhamdulillah ia segera sembuh. Aku jatuh moto minggu lepas dan pinggang serta belakang peha aku lebam. Pun alhamdulillah, ok jugak...walaubagaimanapun, aunty agak kurang senang dengan hasil tersebut dan memberitahu aku yang dia akan membuat sendiri beberapa kali lagi tanpa bantuan Tok Chik. Yes...semoga berjaya dan harapan aku agar legasi minyak angin Tok Nah dan Tok Chik akan berjaya didokumentasikan dan disimpan sebagai salah satu khazanah keluarga yang amat besar nilainya! Err, cuma satu aku nak pesan kat sini....ini "BUKAN PROMOSI" minyak angin ya...hahahahaha.....



19 ulasan:

Lee berkata...

Hello Mohd Sharir, I guess I'm older than you, ha ha, so I call your name instead..., how you doin'? My bahasa is out of tune, but boleh la faham 33%, ha ha.
Wow, you from Alor Star? I used to travel there as well to Thai Border wayyyy back in late '70s, early '80s. And in Alor Star would stay at the Merlin Hotel. I still remember one of the best nasi lemaks I ever had was a kedai makanan opposite the hotel where a makcik was selling nasi lemak..
And always happy bila saya pagi2 order "dua bungkus, makcik". Betul sedap best!

I remember that 'bedak sejuk' favourite of Penang women too...kalau nampak malam gelap boleh terperanjat macham jumpa hantu, ha ha ha.
Didn't know that 'tutup Bumi' is for making minyak angin. I only know tu minyak chap kapak old days.
Ha ha, you fell from your bike? Betul sakit sini sana as I too have many time jatuh from my bikes....
By the way, Alor Star ada floods lagi bila hujan kuat?

There were 3 places I would get stuck old working days, when monsoon time,Alor Star, Kelantan and Johore. More Kelantan.
You have a nice day. I enjoyed reading your this cherita...improve my bahasa.
Best regards,
Lee.

mokjadeandell berkata...

Uncle,
Nostalgia sunggoh bila uncle cerita bab bedak sejuk dan minyak angin.Mak saya buat bedak sejuk arwah bapa saya masak minyak angin.Tapi dua2 ilmu hilang begitu saja.Rugi kan.

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

Dulu mak dan mak2 saudara kakcik buat sendiri bedak sejuk. Bukan main busuk bau beras yang direndam. Tapi boleh jadi wangi bila jadi bedak yang dikeringkan bersama daun pandan. Sekarang kalau suruh kakcik buat, memang tak akan jadilah... :)

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
Thank you for visiting and leaving not a short note. Haha...Such a pleasure!Yes I still remember Hotel Merlin in Alor Setar but not sure whether it is still there or not...but Hotel Samila is still standing tall!

I love when you mentioned about pakai bedak sejuk malam-malam nampak macam hantu...haha...me too when I was small I would screamed my lungs out....(pssstt...uncle lee, I osso pakai bedak sejuk malam-malam la...when I was tiny!)

Jatuh from motorbike is not a good experience at all because you get bruises all over...Ok Uncle Lee, you take care....hows the weather in Toronto btw?

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.

Pasal nostalgialah aunty buat catatan serta merekodkan setiap butir percakapan TokChik. Susah dia nak faham jadi saya akan terjemahkan. Ini hanyalah sebagai koleksi simpanan peribadi keluarga kami.

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.

semalam aunty ada bagitahu saya yang dia nak start buat dan experiment buat minyak angin...tengok apa jadi...haha..

Nek Rock berkata...

Psstt Uncle dear,

My next visit back home will be early of next year, by that time sure Aunty and Marina dah terer, boleh lah Nek order nanti ya:))
Kalau boleh buat jadik kan balm lagi bes, senang nak bawak travel jauh kan kan..

Sementara waktu ni bior lah Uncle yang jadik bahan ujian depa..hahahaha

Ibu n Abah berkata...

Assalamualaikum dan selamat hari raya uncle
Bedak sejuk mmg nostalgia sungguh
Bila beras yg di rendam berhari2 mmg sangat busuk baunya
Arwah mak akak mmg pandai buat bedak sejuk utk kegunaan sendiri.
Tak minat pulak nak belajar buat bedak sejuk

Ibu n Abah berkata...

Lupa nak sampaikan komen yg sebenarnya
Akak doakan semuga aunty mewarisi kepandaian membuat mingak angin tu.
Siapa yg untung?
Uncle dan anak2 uncle yg untung....

Uncle berkata...

Psst NR.

Idea yang sangat bernas...nanti saya plan pelan-pelan macamana nak buat....jangan tonyoh kat ketiak sudah!

NR balik Malaysia tulong habaq mai....kita pi brekpas!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Ibu n Abah.
Terimakasih diatas ucapan selamat hari raya tersebut. Saya sekeluarga juga mengucapkan perkara sama pada Ibu n Abah sekeluarga!

Kadang-kala kita tak sedar yang pembuatan ubat-ubatan tradisional ini sangat berguna. Yang ada sekarang banyak dicampur dengan bahan-bahan yang tak sepatutnya hingga membahayakan kesihatan. Alangkah eloknya kalau saya boleh bukukan sekali...

Danial Jaafar berkata...

Seronok membaca cerita dulu. Kami gen-Y hanya tahu bermain gadget saja. hahaha

Usaha yang baik Uncle, harap dapat kongsi satu hari nanti di blog. Kalau rasa rajin mungkin boleh cuba sekali.

Kakzakie berkata...

Darah yg mengalir dlm diri aunty tu darah org Jepun sebab itu dia jenis yg gigih dan rajin. Tak putus asa & ada kesungguhan jadi tak mustahil boleh menjadi sementahan pula Tok Chik masih hidup. Baguslah uncle akak salute betul. Kalau boleh dicommercialkan laaaagi baik.

Mana tahu selain jadi pengguna, kakak boleh jadi dealer kat JB ni:)

MariahRohaini berkata...

Salam Uncle...
Pernah sekali ja seumoq hidup ni tolong mak buat bedak sejuk... mak kata, beras tu kena rendam lama xmau jadi gatai bila dah jadi bedak... tp masa rendam tu busuk ya ampun...
Bila dah titik, kering jadi bedak.. gui ngan daun pandan & bunga kenanga... wangi...

Uncle berkata...

Salam Danial.

Terimakasih kerana melawat blog dan membaca cerita-cerita Uncle. Semua cerita yang Uncle paparkan disini adalah yang berlaku ke atas Uncle mahupun ahli keluarga. Memang real punya! Enjoy reading! Btw, where are you currently located?

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Jadi dealer kat JB? Singapore and some say Batam? Hahahahaha....kalah Chanel punya produk nanti Kak! Tereyak depa...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mariah Rohaini.

Sunggoh aih...ayaq dia...pergh memang busuk sekali dan ya selepaih di guei, wangi pulak dah....

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum uncle....lama tak singgah sni...
uncle dan keluarga apa khabar :-))

wah bagus ni di komersil kan....buat perniagaan keluarga..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty
Alhamdulillah...Uncle dan keluarga sihat-walafiat...yes bagus kalau dikomersialkan tapi kami tak bercadang begitu..cukup sekadar sekadar didokumentasikan sebagai hasil peninggalan nenek-moyang...Uncle tengah merancang untuk dibukukan untuk kami sekeluarga..

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...