Jumaat, September 04, 2015

Anak-anak

Di Tokyo


SPM bakal menjelang lagi. Azumi kini bakal menduduki peperiksaan yang terbesar sepanjang hidupnya selama 17 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Dari saat beliau dilahirkan hinggalah kini berusia 17 tahun. Yuya 14 tahun dan Marina 9. Difikiran mereka pastilah hanya berkisar kepada rakan-rakan, aktiviti disekolah ataupun asrama dan juga sessi persekolahan. Mungkin ada sedikit mengenai keluarga. Aku juga begitu suatu waktu dulu. Aku sering berpesan kepada anak-anak agar memilih rakan-rakan yang betul. Bukan niat aku untuk mengekang pergaulan mereka. Tidak sama sekali tetapi aku hanya menitipkan pesanan agar mereka berhati-hati. Belajarlah rajin-rajin. Aku tak ada apa yang boleh diberikan kepada mereka kecuali pelajaran. Belajarlah setinggi yang boleh. Aku dulu pernah kecundang dipertengahan jalan tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha keras. Banyak sangat main menyebabkan tumpuan aku terhadap pelajaran berkurang. Seperti yang aku pernah ceritakan suatu waktu dulu, aku "tersedar" awal. Ramai sebenarnya yang terus hanyut. Sewaktu rakan-rakan mula pulang ke negara dan mencari kerja, aku sedang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam sebagai seorang pelayan restaurant semata-mata untuk mencari wang dan juga untuk kembali bersaing dengan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah segala usaha dan penat-lelah aku berhasil. Aku mahu anak-anak aku lihat apa yang telah aku usahakan selama ini. Aku tidak mewah dengan wang serta harta-benda. Tetapi aku dengan bangga mengatakan bahawa aku mewah dengan pengalaman kerja selama lebih dari 25 tahun membuat perkara sama berhubung bidang perhotelan.  Aku mahu anak-anak tahu bukan mudah untuk mendapat sesuatu. Usaha yang berterusan dan juga disiplin amat penting. Selain itu, jangan menipu. Berlaku jujur didalam apa juga yang dilakukan. Jujurlah dengan rakan-rakan pelajar. Jujurlah dengan rakan-rakan sekerja. Jujurlah dengan pasangan masing-masing apabila telah berpasangan. Nescaya akan selamat. Jangan berlaku curang kerana jika tidak, apa saja yang kita lakukan tidak akan menjadi dan tidak mendapat keberkatan!

Yuya kini berada di Perlis. Barmain "paintball" mewakili KL ke peringkat kebangsaan. Yuya terkejut. Aku lagilah terkejut! Aku tak pernah tahu yang paintball juga boleh mewakili negeri untuk ke peringkat lebih tinggi. Aku fikir ia hanya sebagai satu aktiviti lasak team building! Ternyata aku salah! Sorry Yuya! Aku amat berbangga apabila Yuya terpilih. Aku tak menghalang. As long as dia enjoy buat apa yang dia buat, tak menyalahi undang-undang, dan tak mengabaikan tugas-tugas wajib, aku okay saja! Yuya bertolak semalam dengan bas ke Perlis. Lewat petang baru sampai. Malam tadi pastilah horey-horey sakan di sana. Tadi aku contact, katanya ada taklimat. Malam ni baru cabut undi untuk tahu lawan siapa esok! Dengan siapa pun Yuya akan bertemu esok, aku doakan Yuya dan pasukannya beroleh kejayaan. Jika tak berjaya pun, jadikanlah ia sebagai satu pengalaman dan panduan yang berharga. 20 tahun lagi, Yuya pasti akan bercerita mengenai pengalaman bermain paintball di Perlis! Trust me! Papa pun sampai sekarang macam tu!

Minggu lepas Marina balik ke rumah dan menangis. Tersedu-sedu dia menangis. Aku tanya kenapa Marina menangis. Katanya seorang kawan disekolah kebangsaan tak mahu berkawan dengan Marina. Aku panggil dia dan letakkan Marina diatas riba kanan aku. Aku peluk Marina dari belakang. Tangisannya tambah kuat menceritakan apa yang berlaku disekolah. Aku dengar sampai habis. Dia kata ini berlaku secara tiba-tiba didalam kelas. Aku tanya apa yang dia dah lakukan sampai kawannya berbuat sedemikian. Marina sambil teresak-esak menggelengkan kepala sambil memberitahu yang dia sendiri tak tahu kenapa....Aku pegang tangannya dan mula menasihati. Aku tanya kenapa mesti nangis? Marina kata sebab dia sedih. Aku tanya ada tak berlaku pada rakan-rakan lain perkara yang sama? Marina mengangguk dan memberitahu aku bahawa semalam perkara sama berlaku tetapi kepada rakan yang lain. Aku tanya lagi, apakah budak ini mempunyai ramai kawan? Marina menggeleng-gelengkan kepala. Aku tanya apa yang Marina akan buat bila kawan tak mahu berkawan dengannya? Marina memandang aku dan berkata yang dia akan belanja kawannya makan ataupun minum dengan hasrat untuk memenangi hati kawannya semula. Aku senyum dan memberitahu Marina bahawa perbuatannya itu tidak berapa kena. Nilai persahabatan tidak boleh dinilai dengan cara kita belanja untuk memenangi hati kawan. Jika berlaku perkara sama dengan rakan-rakan yang lain, itu bermakna beliaulah masalahnya. Marina hairan kenapa aku berkata begitu. Aku ambil masa yang lama untuk explain dan menyusun ayat paling mudah agar Marina faham. Lepas airmata Marina kering, aku suruh Marina mandi. 20 minit selepas Marina mandi, Marina keluar dengan muka yang seakan-akan tidak ada apa yang berlaku! Dia senyum tengok aku. Sambil datang ke meja makan, Marina berkata, "...dah okay!". Aku tersenyum lebar!



22 ulasan:

Nek Rock berkata...

Assalamualaikum Uncle dan keluarga,

Syukur alhamdullilah, Allah telah memberi kesempatan kepada Nek untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Nek minta ampun dan maaf kepada semua jika ada salah silap. Halal kan makan/minum yang Uncle belanja2 Nek ok:)
Flight leaving to Madinah on 12/9 from Dallas.

All the best Azumi and Yuya!!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nek Rock.

Wow....ke Mekah ya....semoga dipermudahkan perjalanan dan segala amal ibadat NR. Banyak-banyak minum air dan sentiasalah pakai face mask untuk mengelakkan dari sebarang penyakit. Supplements dan sebagainya. Kesihatan yang baik akan menambahkan kekusyukan ibadah! You take care!

Kakzakie berkata...

Cabaran membesarkan anak zaman canggih tak sama kita dulu. Kira anak2 uncle kakak boleh kata syukur alhamdulillah sebab tak timbulkan masalah. Ada ibi-bapa yg pening kerenah anak mereka uncle. Sebab itu kita ambil tahu lebih agar anak tak terabai. Hero-hero uncle nampak ada jiwa sport mcm daddynya. Adik kecik lagi masih perlu mcm uncle buat tu. Lepas menangis dpt peluk nak mkn dah senyum. Itulah anak kan uncle..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Setiap mereka mempunyai kerenah tersendiri. Bukan mudah. Lepas satu, satu yang berlaku. Apa-apaun saya harus banyak bersabar dan tetap terus memperbaiki keadaan. Demi keluarga...

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum uncle...yan pun baru tahu paintball tu ada peringkat kebangsaan...moga yuya dan pasukannya berjaya...amin..take care uncle

Kakcik Nur berkata...

Assalamualaikum...

Sebagai ibubapa, kita sentiasa mendoakan dan mengharapkan segala yang terbaik buat anak-anak kita. Mudah2an mereka mengerti bahawa juga yang kita lakukan dan katakan bukanlah berupa ancaman, paksaan atau ugutan. Ianya hanyalah pengharapan. Harapan agar masa depan mereka lebih cemerlang dari apa yang pernah kita lalui. Paling penting, mereka tidak sekali-kali melupakan agama Islam dengan segala aturannya...

Lee berkata...

Hello Mohd Sharir, how you doin'? Was really nice you remembered me, terima kaseh too for the laksa invitation. Will certainly look forward to that, kita boleh buka cherita.
Wow, you were all in Tokyo? I've always loved Japan, and only yesterday had Japanese friends dropped by our place for makan and kopi chats...

With regards to paintball...its not popular where we are...disini semua orang makan tidur ice hockey and baseball. Boleh lupa isteri bila ice hockey season starts in winter. And ha ha, have to avoid calling anyone during that few hours when shown on TV...
You keep well,
best regards,
Lee.

Nek Rock berkata...

Psstt Uncle:)

TQ for the doas and advices, really appreciate it.
My package nanti di Mekah mereka tempatkan di Swissotel, berapa minutes walk to Haram ya, and not to far dari Al Safwah kan?

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.
FYI, Yuya dan pasukan KL memenangi tempat ke-3. Alhamdulillah...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.
Betul seperti yang dikatakan. Tidak berniat menyusahkan walaupun sekelumit. Apabila mereka dewasa, mereka akan lalui perkara yang sama dan akan teringatkan nasihat-nasihat kita selama ni...insyAllah..

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
Thank you for visiting...Yes I know that Canadians are crazy about ice-hockey....eh, don't be surprise ahh, we also have our very own ice skating team you know!!! Hahahahahaha...

Uncle berkata...

Psssttt...Nek Rock.
Swisshotel must be new addition to Mekah. Saya tak pasti kat area mana but usually all the big hotels are close to Masjidil Haram. It could be located at the huge clock tower. Dekat saja...tapi yang buat lambat is because lama nak tunggu lift turun. NR, you'll be surrounded by 5 million pilgrims from all over the world! In between, take a good rest...jangan dok "rush" buat ibadat (u know what I mean) takut satgi badan tak selesa dan kesihatan terjejas. Saya selalunya Maghrib ke atas akan terus bersambung dengan Isyak terus di masjid. So saya skip duduk masjid in between zohor and asar. Itu waktu untuk saya berehat untuk mengembalikan tenaga...Remember, musim kali ni is smack in the middle of summer! You take care...Ask me more!!

iryanty ahamad berkata...

tahniah yuya dan pasukan kl

Nek Rock berkata...

Dear Uncle,

Yes Swissotel is part of Abraj Al Bait Complex, masa Uncle keja dulu lom ada lagi ya.
I am physically and mentally prepared for the journey, insha Allah akan buat yang terbaik at the same time akan jaga kesihatan juga:))
After Hajj rituals, Nek cuma ada 6 days jer in Mekah.

Yes Madinah/Mekah masih in mid 40s celcius, been tru that heat in Phoenix summer for more than 10 years, semuga di permudahkan, insya Allah.

Thanks again Uncle..hugs for Marina

Uncle berkata...

Terimakasih Iryanty Ahamad. Hari ni depa balik ke kl. Semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat.

Uncle berkata...

Yes NR. Dia di Abraj Al Bait. Dan kalau tak salah FB Director situ is a Malaysian. Masa saya disana dulu, ada terdengar ura-ura yang hotel tersebut akan dibuka. It was still under construction when I was there. All the best to you NR!

NEKCIK berkata...

asalam Uncle..lama tak menyembang ngan Uncle ni..taklah bizi sangat cuma tenet ni merangkakrangkak...
Tahniah Yuya semuga terus cemerlang
Iyalah Uncle kita cuba bagi didikan yang terbaik ..semuga mereka berjaya dalam kehidupan yang mendatang insyaallah

Ibu n Abah berkata...

Uncle berjaya memberitahu dan menenangkan anak kecil yg punya masalah dgn teman. Anak akak 4 org perempuan. Tiap2 seorg akan ada yg akan balik dan bercerita masalah dgn kawan2.
Pelik sungguh budak perempuan yg ada 'problem' suka bermusuh tu.
Maybe anak kita ni tidak kita asuh begitu sebab tu selalu jadi mangsa.
Anak kita mudah kita bentuk.
Jadinya mudah kita pujuk dan masalah itu tidak lg menjadi masalah pada mereka.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Macam-macam dia akan cerita berbanding dengan anak-anak lelaki. Cerita Marina selalunya berkait rapat..hahahahaha....jadi saya dah boleh agak...oleh kerana Marina tak ada talipon, jadi kawan-kawan whatsapp dia akan "tumpang" no talipon saya dalam group whatsapp depa. Jadi saya boleh tahu cerita kanak-kanak perempuan ni dan apa gossip mereka..hahahahaha...selalunya lebih berkisar kepada:

"awak suka cokelat apa"
"alamak...homework tak siap lagi la...awak dah habis belum?"
"eh, jawablah...jawablah..."

Ada sekali tu sampai lebih 10 whatsapp masuk dan waktu itu saya tengah meeting. Dalam diam saya reply, "Ini ayah Marina dan Uncle tengah meeting.." Dijawabnya, "Sorry Uncle..." Then lepas 10 minit, whatsapp masuk lagi...katanya, "Marina, jawablah...kenapa awak tak jawab!!!"

Pengsan saya!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.

Nekcik sekeluarga apakhabar? Yuya sebenarnya hanya "bidan terjun" didalam permainan Paintball. Tapi tak sangka pulak berminat, wakil sekolah, johan KL, wakil KL dan semalam baru balik dari Perlis mendapat no 3 peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia...hahahahahaha....seronok betul dia!Saya sokong saja....hujung ni ke Perak pulak mengikuti persatuan yang disertainya disekolah...lately dia sibuk pulak...hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Salam uncle,

gelak memgekek saya baca komen mengenai group whassap...hahahahahha mesyuarat tingkap sangat...


-faradia goh-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.

Begitulah kanak-kanak....saya pon selalu dok senyum sorang-sorang!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...