Khamis, September 24, 2015

Moto, Raya dan Talipon

Puas hati..

Moto

Dah hampir 10 tahun aku pakai moto ni. Kalaulah ditakdirkan aku tak ada moto, maka payahlah untuk aku bergerak kesana-sini. Nak ke tempat kerja payah, nak ke pasar Ampang payah, nak menghantar anak-anak ke sekolah dan menjemput mereka juga akan menjadi terlalu sukar bagi aku. Mula menunggang motosikal sejak aku bermula kerja di PJ Hilton sekitar tahun 1988 dulu.  Dari situ, motosikal dan aku dah tak boleh dipisahkan lagi. Dalam dok bekerja dan menunggang moto ke PJ Hilton, hati aku selalu risau. Parking dibawah jambatan depan hotel sangat bahaya. Lampu selalu rosak dan beberapa rakan aku kehilangan moto. Walaupun aku hanya menunggang moto Cub C70, tapi 2-3 ribu hasil simpanan aku bekerja sebagai waiter di Paya Serai amat bernilai. Lebih daripada bayar moto aku asingkan sikit lagi untuk membeli rumah di Sri Damansara yang waktu itu baru dibuka fasa pertama. Jadi, sewaktu aku berumur sekitar 22-23 tahun, aku sudahpun memiliki rumah sendiri walaupun hanya rumah teres setingkat. Aku kerja bersungguh-sungguh. Masa free aku cuma untuk bekerja dan bekerja. Mengumpul wang sebanyak mungkin untuk membayar rumah dan moto!

Setelah beberapa tahun aku diluar negara, aku pulang ke sini untuk mula bekerja. Sampai saja ke tanahair, aku terus mencari moto. Moto ke dua aku guna hampir 10 tahun. Begitu juga dengan moto yang aku pakai sekarang ni. Tahun depan genap 10 tahun dan aku akan mula menggagau cari moto baru. Tak berani aku pakai lebih dari 10 tahun. Cub pon cub lah..aku peduli apa....sebagai contohnya semalam. Tukar minyak hitam sebulan sekali RM17. Masa tu dia check sekali tayar aku, brek aku, letakkan minyak pelincir supaya pergerakan lancar. Yang tu Ah Chong dan Ken anaknya tak charge aku apa-apa....Dulu bakul moto aku nak tercabut sebab aku usung beras 10 kilo dan letak dalam bakul. Ah Chong ambik moto aku dan dibawaknya ke kedai besi. Di weldingnya bakul moto aku ke badan (leher) moto. Dia charge aku RM18 (kalau tak salah..). Ada sekali tu brek di tangan aku dah longgar. Bila ditarik, dia terasa kosong...loose...susah hati aku nak balik dari Bangsar ke Ampang sebab brek satu lagi pun agar longgar. Aku bawak moto berhati-hati dan terus cari Ah Chong dan Ken. Ah Chong sibuk main "dam aji" kat kedai nama 'Anak Mami' disebelahnya jadi, Ken lah saja yang melayan aku. Dia test moto aku. 2-3 round dia bawak. Last-last dia cakap, "Bang, minyak brek dah habis lah..." Lepas diisi, aku tanya, "Berapa Ken?" dia jawab, "RM2 je bang!" Hahahahahaha....Aku ni bab nak cuci moto agak malas sikit. Jadi sekali sekala bila aku pergi minum di gerai belakang kedai BONCAFE, aku selitkan sekali moto aku untuk budak-budak tu cucikan. Cuci moto RM5. Lepas cuci aku rasa macam naik moto baru walaupun moto aku dah berusia 9 tahun! Hahahahahaha.....

Raya

Seronok Raya ni. Salah satu sebabnya ialah cuti walaupun kepala otak asyik teringatkan tempat kerja. Hiiissshhhh.....Makanan dah macam kenuri kawen. Nasi minyak atau tomato atau beriani mesti ada..then kurma, masak merah, acar dll. Tak macam kenuri kawen ka tu? Tak pa...hari ni "cheat day" aku. Esok boleh kontrol balik. Tapi itulah yang aku dok kata sejak Raya Aidil Fitri tempohari...sungguh mengerikan! Raya korban ni aku tak sampai hati nak tengok binatang yang nak kena korban. Jadi sebelum aku jatuh menggelongsor tepi pokok jambu, baik aku tak tengok langsung! Nanti malu kat orang! Kejap lagi aku nak pergi ke rumah kakak aku di SJ. Then abang aku yang satu lagi pon akan berombongan ke sana. So di hari Raya Korban ni, kami akan duduk berkorban apa saja sambil bersembang adik beradik...Petangnya Marina ada birthday bash yang harus dikunjungi. Then aku kena pergi ke kedai talipon sekejap. Malam pulak aku nak bawak siapa-siapa yang nak ikut aku untuk menonton cerita "Maze Runner". Wah...busy giler! Hahahahahahaha.....

Talipon

Aku merupakan orang yang agak lambat menggunakan talipon bimbit. GM aku waktu itu (sekarang ni pun dia masih lagi di RKL - Robert Frager) sering bertanya kepada aku bila aku nak pakai mobile phone kerana katanya susah orang nak cari aku. Aku senyum dan bagitahu pada dia yang aku pakai "pager"....dia geleng kepala! Aku sambung cakap, sepanjang hari aku ada kat hotel. Tak susah nak cari aku....kalau aku tak ada kat hotel, aku ada kat rumah. Nombor talipon rumah aku pun operator ada....so, tak payah mana pun! Then satu hari entah mungkin sebab terpaksa, aku beli jugak satu talipon NORKIAH. Lama aku pakai talipon tu sampailah aku ke Mekah...walaupun aku diberikan talipon lain oleh pihak hotel, aku tetap menggunakan NORKIAH lama aku sebab terlalu biasa. Tutup mata pun aku masih boleh menaip sebab punat-punatnya timbul! Hahahahaha....

Oleh kerana aku sering juga menghadiri mesyuarat dan seringkali juga yang berprofail tinggi, aku perasan yang semua mata akan tertumpu ke talipon aku setiap kali talipon diletakkan diatas meja. Mulanya aku tak perasan...then aku tanya rakan aku kenapa orang asyik pandang aku? Katanya sebab aku pakai talipon "punat!" Hahhahahahahaha....yang tu aku masih tak peduli. Tapi bila duit aku banyak habis ke sms, aku jadi letih! Kadang-kadang melebihi harga minyak motor yang aku isi 2 hari sekali tu! Talipon punat aku tak ada whatsapp...ahh...parah ni! Aku congak-congak, mak aii...sebulan RM300 aku guna untuk sms! Setahun RM3600! Kalau sepuluh tahun? Kalu dua puluh tahun? Kalau tiga puluh tahun? Tak boleh jadi ni....pelan-pelan aku congak duit belen-belen untuk dapatkan talipon bimbit baru. Abang dan Yuya ke KLCC dan guna duit yang aku kirimkan untuk beli talipon. Anak-anak yang pilih. Sebab kalau aku pilih, aku bukannya reti pon...hahahahahaha....Sekarang dah seminggu talipon aku buat hal. Setiap kali aku balas whatsapp, setiap kali aku habis bercakap, setiap kali aku dengar lagu Bruno Mars, talipon aku akan "jem" dan setiap kali itulah aku kena matikan, mulakan balik. Ini buat aku panas hati! Jadi di Hari Raya Korban ni, aku kena cari talipon baru.......Selamat Berkorban!

10 ulasan:

ummi_khalish berkata...

salam aidiladha uncle dan family..dari dil n family bumi iskandariah...

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

Selamat hari tasyrik (hari raya korban dah berlalu semalam - tapi hari tasyrik ni pun masih dalam suasana korban, kan?)

Kat rumah kakcik masih ada sebuah Modenas Kriss yang anak kakcik guna sewaktu belajar di Ipoh lebihkurang 8 atau 9 tahun lalu. Walaupun hanya digunakan untuk ke kedai berdekatan/surau oleh En Suami, tapi ia tetap dijaga dengan elok dan sangat disayangi oleh suami (anak-anak tak pandang pun)...

Raya Korban tahun ini adalah yang paling 'sepi' buat kakcik. Tak masak apa pun kecuali rendang ayam yang dimakan dengan lemang dan ketupat (dibeli oleh adik). Selalunya, 'koman-koman' pun kakcik buat juga mee kari...tapi kali ini - 'korang makan ajelah apa yang ada'...

Kakcik memang pengguna tegar telefon (tambahan selalu juga kemaskini blog menggunakan telefon), tapi hendak tukar ke jenama atau model yang baru memang kakcik 'tak kuasa' sehingga dipaksa oleh En Suami. Dia kata nanti senang nak ambil gambar dan kemaskini blog...hehehe...

Omong Mak Long..... berkata...

Salam idil adha Uncle. Kami di sini menyambutnya ala kadar sahaja. Hati bimbang dan teringat pada sahabat Mak Long yang menunaikan fardu haji. Mudah-mudahan beliau selamat menunaikan fardu dan terlepas dari musibah yang berlaku.

Pak Long suka moto. Beli moto buruk kemudian dia buka/tanggal bertarai habis atas lantai garage. Cuci setiap alat kemudian pasang semula. Tulah kerjanya ketika Mak Long balik Malaysia dulu. Tentang talipon itu, Bukan Uncle sorang sahaja, Mak Long pun ada sorang yang guna telepon lama macam tu. Tak pernah message, tak pernah whatapp dll. Baru minggu lepas talipon antik dia tu jatuh sakit terus kong...hahaha. Order yang baru melalui internet harga $80.00 saja. Bukan main excited lagi...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam ummi_khalish.

Uncle sekeluarga pun mengucapkan yang sama pada ummi_khalish sekeluarga. Nasib baik ada keluarga disana ya!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.

Kami pun tak masak apa...tapi ke rumah kakak di sj dan makan tak ingat dunia...dinner masih kenyang. So, kami skip dinner! Hahahahaha...Malam ni teringin nak makan kari bawal pulak...no santan...ganti yoghurt!

Uncle berkata...

Waaalaikumsalam Mak Long!

Aik, Pak Long pon suka moto? Tapi taste Pak Long mesti moto besar kan....actually taste saya pon lagu tu jugak...cuma sekarang ni belum masanya lagi....hahhahaaha...Pasal haji tu saya pon risau...apa jadi dengan Nek Rock ya?

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum uncle..selamat hari raya korban uncle...

banyak dapat daging korban uncle ?

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.

Banyak sangat pengorbanan tahun ni...hahahahahaha...daging korban tak dak...hahahahaha

Kakzakie berkata...

1. uncle ni humble sebenarnya kalau nak tukar motor racing punmampu
2. raya mana-mana pun meriah uncle
3. dulu memang ramai yg guna pager sekarang macam tak nampak dah kan..

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Kakzakie.

Saya amat bernasib baik kerana sentiasa beringat. Mungkin sejak dari kecil telah dilatih begitu. Tidak ada yang mewah pun...Satu lagi, saya tak suka berhutang....buat sesuatu atau beli sesuatu hanya mengikut keperluan. In fact esok saya ada satu perjumpaan penting yakni bertemu dengan Menteri kabinet. Pun saya akan naik moto saja ke pejabatnya!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...