Sabtu, Oktober 03, 2015

Jerebu

Beberapa tahun lalu!

Cuaca sungguh buruk sekarang ni. Ramai yang terganggu kesihatan mereka dan aku tidak terkecuali. Teruk betul. Sekejap ok dan sekejap tidak. Suhu badan aku pun jadi tidak menentu. Aku rasa inilah jerebu yang paling teruk pernah berlaku, seingat aku. Dulu kalau jerebu pun dalam 1-2 minggu sahaja dan kemudian pulih semula. 2 hari yang lepas, sesampainya aku dirumah, mata kanan aku terasa gatal. In fact dari atas moto lagi mata kanan aku dah rasa pelik. Masa berhenti kat traffic light aku sempat tengok kat cermin sisi. Alamak merah sikit...balik saja ke rumah, bila aku tengok cermin sekali lagi, masyAllah dan menyala-nyala! Cepat-cepat aku titiskan ubat mata dan tunggu 30 minit. Alhamdulillah. Gatal hilang dan mata mula kembali ke warna asal. Risau aku sebab lepas itu aku ada kelas yang perlu aku attend. Risau kalau-kalau depa ingat ini conjunctivitis dan boleh merebak. Kelas tak ramai malam tu. Cuma 6 orang saja yang attend. Aku dah miss satu kelas maka aku agak terkapai-kapai nak menyampai ke level pelajar-pelajar lain. Alhamdulillah. Aku tak mengambil masa yang lama. Sekejap saja aku dah boleh bersaing. 

Sewaktu aku diluar negara dulu, Saudi merupakan sebuah negara yang aku rasa agak payah untuk aku dapatkan rawatan-rawatan kecil. Seingat aku, tak pernah aku jumpa klinik-klinik seperti dinegara kita. Ataupun aku tak berjumpa, sebenarnya! Haha..Ada sekali kulit muka aku bermasalah. Penat aku fikir apakah ini disebabkan oleh pemakanan aku yang tak betul ataupun kekurangan air? Selang beberapa hari ia tambah merebak dan ini menyulitkan aku kerana kerja aku menuntut aku untuk bertemu tetamu hotel setiap saat. Amat memeritkan untuk berdepan dan bercakap dengan tetamu. Aku bertanya kepada Chef dari Morocco aku yang bernama Aidil Bou Naser. Dia kata nanti petang lepas zohor dia akan bawak aku berjumpa doktor menunggang moto cub buatan China. Tepat pada waktunya, kami menunggang moto tanpa topi keledar menuju ke klinik. Lama juga aku naik moto. Rupa-rupanya aku dibawa ke sebuah hospital. Aku lupa namanya. Nasib baik Aidil ada bersama-sama aku. Jadi pendaftaran berjalan lancar tanpa masalah. Dah masuk waktu Asar dan musollah penuh dengan jemaah. Doktor pun ada! Manusia punyalah ramai, masyAllah...aku ingat kalau wanita sarat mengandung, mungkin dah lama bersalin kat situ. Sekali lagi aku jeling nombor giliran. Pergh....jauh lagi! Aku sempat terlelap sekejap di kerusi dengan kaunter reception. Chef Aidil kejutkan aku 7 kali. Lebih pesakit wanita daripada lelaki! Aku melangut. Apa aku nak buat? Kalau aku pergi minum, nanti dipanggilnya nombor aku! Aku jalan mundar-mandir kat reception. Pergi-balik saja kalau dihitung mungkin dah menjangkau 2-3 kilometer! Aku tanya Chef Aidil, bila nak panggil? Dia kata, sabar...kejap lagi akan dipanggil....Tunggu punya tunggu dah masuk waktu Maghrib. Aku solat jemaah di musollah berdekatan. Aku tunggu lagi. Aku tanya Chef Aidil, bila nombor aku akan dipanggil. Sekali lagi Chef Aidil ke kaunter pertanyaan dan bertanya. Jawapannya masih sama....sabar...kejap lagi akan dipanggil! Aku terlelap buat kali ke 78. Aku tersedar bila Chef Aidil cuit aku ajak sembahyang Isyak. Hahahahahaa....aku dengan fikiran masih berkecamuk terus mengekor. Lepas solat Isyak, barulah nombor aku dipanggil. Aku masuk ke dalam. Doktor wanitanya dari Egypt. Muka aku dibelek kiri dan kanan. Doktor bercakap dengan Chef Aidil beberapa saat dan tersenyum. Aku terpana melihat mata doktor yang sangat cantik! 2 minit bertemu doktor, aku pun keluar. Doktor prescribe kat aku satu ubat sapu dan satu sabun muka! Pergh.......

Sewaktu aku berkesempatan ke JW Marriott Shanghai dulu, aku juga lihat hampir kesemua penduduknya yang menunggang basikal menggunakan "face mask". Pada waktu itu construction berlangsung dengan hebatnya di bandaraya tersebut. Sesak nafas aku sewaktu keluar berlegar-legar di kedai berhampiran untuk mencari roti bagi mencicah dengan "Brahim" product yang aku bawa. Jerebu disitu memang lain macam. Hampir sama dengan jerebu kita hasil pembakaran hutan.. Aku diberitahu yang jerebu disana berpunca daripada projek-projek pembangunan yang pesat berjalan. Wa...hebat Shanghai waktu itu. Apakah keadaan Shanghai pada waktu ini tidak aku ketahui. Apakah keadaannya sama berjerebu seperti dulu?

Diawal tahun 90-an tatkala aku mula menjejakkan kaki di Tokyo, aku menjadi hairan kerana ramai juga menggunakan face mask sedangkan cuaca disana sangat baik dan tiada pula pencemaran. Agak lama aku perhatikan. Ada juga aku bertanya kepada rakan-rakan yang pergi bersama-sama aku tetapi jawapan mereka menghampakan. Setelah beberapa minggu disana dan aku dah mula mendapat kawan Jepun, aku beranikan diri untuk bertanya. Mereka menjawap bahawa society mereka adalah sebuah society yang tak suka menyusahkan orang. Maka oleh itu, apabila ada diantara masyarakatnya mendapat sakit seperti demam ataupun selsema, mereka secara automatik akan memakai face mask. Aku melopong mendengar dan mengangguk kagum. Kita disini tak pedulikan itu semua. Bila bersin pun tangan kita tidak menutup mulut dan apabila bersin, suara akan dilaungkan sekuat-kuatnya! Hahahahaha....tetapi alhamdulillah sekarang aku dapat melihat yang masyarakat kita juga telah mula memakai face mask apabila ada masalah kesihatan kecil.....pesanan aku kepada semua pembaca sekelian, jagalah kesihatan....banyakkan minum air, gunakanlah pelindung agar kita tak dijangkiti sebarang jenis penyakit sewaktu cuaca tidak menentu ini. Have a nice family break people!







6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sampai bila agaknya orang kita hendak mengenepikan ego bila bersin?

Sangat sakit hati kakcik bila ada yang dengan selamba bersin dengan sekuat hati dan tanpa menutup mulut di meja makan! :(

Kakzakie Purvit berkata...

Tak mahulah membandingkan dengan negara lain tapi yg pasti kakak memang salute dgn masyarakt Jepun. Mereka sangat menghormati org dan tak payah di suruh pun tahu tanggungjawab mereka pada masyarakat. Masyarakta kita ni tak tahulah sampai bila boleh buat macam itu.

Uncle berkata...

Salam kakcik nur. Ini semua habit yg bermula dari rumah. Rasa saya ia akan mengambil masa yg sungguh lama utk masyarakat kita sedar akan kepentingan kebersihan termasuklah penggunaan tandas awam..

Uncle berkata...

Salaam kakzakie. Seperti yg saya nyatakan, anak-anak disana diajar dari rumah. Apabila mereka berada di tadika, cikgu-cikgu akan mengajar secara berhemah cara-cara penggunaan tandas dan bagaimana pentingnya utk menjaga kebersihan persekitaran. Pengudaraan ditandas-tandas awam sangat baik. Semuanya juga berfungsi dgn elok. Bagi mereka, "jika kita masuk/menerima sesuatu dalam keadaan baik, kita haruslah memulangkannya didalam keadaan baik juga!"

iryantyismail berkata...

asalamualaikum..uncle...lama tak singgah sini..apa khabar uncle..tempat yan pun jerebu kuat uncle..tapi alhamdulilah..sekarang dah stabil

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.
Uncle pun agak busy lately dan kadang-kadang tak berkesempatan nak buka blog! Alhamdulillah jerebu dah kurang dan anak-anak dah kembali ke sekolah! You take care!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...