Rabu, Disember 23, 2015

Hello Ain!

Assalamualaikum wbt sekali lagi kepada semua pembaca yang aku sayangi sekelian. Kali ini entry aku tak panjang. Beberapa hari yang lalu, aku mendapat satu komen dari seorang pembaca yang bernama Ain. Aku tak pernah kenal Ain.

Ain mungkin masih merupakan pelajar sekolah atau universiti. Aku tidak pasti. Tetapi Ain telah meninggalkan satu komen yang membuatkan aku sangat "tersentuh". Berikut ialah komen Ain kepada aku didalam entry aku yang bertajuk "3 dalam 1"

Tanpa nama berkata...

Hi Uncle.
Terimakasih kerana berkongsi ilmu.
Boleh tak Uncle besarkan sikit font dan buat banyak perenggan.

Baru senang sikit nak baca, sebab saya rabun, Uncle.

Thanks, Uncle
AIN

Masyallah...aku tersentuh. Kepada Ain, Uncle nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kerana membaca cerita-cerita Uncle. Uncle akan cuba ikut saranan Ain untuk memudahkan Ain membaca dengan lebih seronok cerita pengalaman-pengalaman Uncle. Message Ain yang walaupun pendek telah menyentap perasaan Uncle. Sila contact Uncle jika ada kelapangan di ali.shahrir@gmail.com

16 ulasan:

Ahmad nazrimi berkata...

SubhanaLLah..

Memang betul la teguran dari Saudari Ain Tu Uncle..
Satu teguran yang ikhlas dari pembaca blog uncle yang ni..
memang makin senang nak membacanya..
semoga beliau berjaya dunia akhirat..
untuk uncle juga semoga meneruskan perkongsian di sini..Kipidap..dongibab..
Uncle..nanti nak menuntut ilmu kebersihan dan juga bagaimana nak start up buka kedai makan..nanti cerita di FB..inbox dengan uncle ke..kalau Uncle sudi kongsi..saya tahu...Uncle memang pemurah ilmu..insyaAllah..

Uncle berkata...

Ahmad Nazrimi.

Tidak ada masalah...sila hubungi Uncle di FB dan dari situ kita boleh mulakan projek tersebut secara perlahan-lahan. Maksud Uncle, projek Nazrimi. Bukan projek Uncle!

Yang membuatkan Uncle tersentuh dengan message Ain ialah, walaupun ada kekurangan dari segi penglihatan namun Ain masih ingin membaca cerita-cerita Uncle. Itu yang membuatkan Uncle tersentuh!

Kakcik Nur berkata...

Alhamdulillah...

atas teguran Ain kakcik juga dapat membaca dengan selesa... :)

Uncle berkata...

Alhamdulillah... Saya terlepas pandang. Terimakasih sekali lagi kpd semua terutamanya Ain...

Tanpa Nama berkata...

sebab tulisan uncle tulus dari hati berhajat membantu golongan muda dengan pengajran berharga, justeru uncle dihadiahkan dengan ulasan dari pelajar yang sincere juga.
dan manfaatnya kami semua, your other loyal readers.
never thought of asking.
sharing the joy!
ask and u shall receive :)

Kakzakie Purvit berkata...

Ain bagi teguran membina, kakak tumpang senang sama:)
Kecik tulisan tapi dek kerana best baca juga kan Ain - rugi tak baca (harap ain baca entri dan komen ini)

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Tanpa Nama 11.32pg.

Terimakasih kerana membaca dan Uncle terharu kerana pembaca-pembaca amat prihatin serta memberikan komen yang membina. Seperti Uncle katakan, insyAllah saranan Ain dan lain-lain pembaca akan Uncle ikuti. Sekali lagi, terimakasih.

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Kakzakie Purvit.

Terimakasih juga kepada Kakzakie yang masih lagi membaca tulisan-tulisan saya! Hahahahaha....

NEKCIK berkata...

Asalam Uncle..long time no see!!..lama tak singgah ni..tenet nekcik ni slow macm cipuut...hp pun dah ko habis sudah nama dan gambar!!
alhamdulilah Uncle sihat sihat jer ye...nekcik doakan semuga terus sihat dan bahagia..amiin

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.
Patut lama tak ada...ke Korea rupanya ya....weather mesti best kat sana tu.."ala-ala winter sonata"

Raihanah Ahmad berkata...

bila orang tegur, maksudnya masih ada yang sayang kita. chewah

Uncle berkata...

Raihanah Ahmad.

Alhamdulillah dan terimakasih..

Othman Zan berkata...

Assalam. First time ke laman uncle ni. Terimakasih Ain jugak sebab kalau ke sini lg selesalah saya membaca.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Othman Zan. Terimakasih kerana membaca. Cerita-cerita Uncle hanya berkisar kepada pengalaman kerja Uncle serta cerita-cerita nakal zaman sekolah dan apa yang berlaku disekeliling Uncle. Itu sahaja...Rajin-rajinlah berkunjung....selamat tahun baru 2016!

Ibu n Abah berkata...

Terima kaseh Ain
Terima kaseh Uncle
Betul tu uncle...
Umur akak begini pun terjejas juga nak baca jika tak berperenggan..
(Ekekekekekke)
Tompang mengomen..

Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Terimakasih kerana meninggalkan komen yang amat berharga...thank you for reading!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...