Sabtu, Disember 05, 2015

Positiflah

Hari ni, aku rasa bagus...(I feel good) walaupun half way tadi pagi, talipon aku tertinggal dirumah gara-gara mengecas talipon last minute. Aku terpaksa berpatah balik dan menempuh jalan Ampang sekali lagi dengan sia-sia kerana kelalaian aku sendiri. Dalam perjalanan kembali ke KL, aku terfikir balik bahawa setiap hari aku ada 2 pilihan....satu untuk positif dan satu lagi untuk negatif dan aku memilih untuk berfikiran positif. Ini pilihan aku. Tak ada sesiapa yang boleh menentukan masa depan aku kecuali diri aku sendiri dan semestilah dengan kehendakNya. Pilihan ditangan aku!

Nasir and me!

Alhamdulillah pada tanggal 12/12 nanti kami bakal mengadakan acara makan malam untuk sdara 85 di salah sebuah restaurant di AU5 yang sangat aku suka. Baru beberapa minggu yang lalu batch aku berjumpa dengan cikgu Azizi Sihab di Tanjung Karang dan kini sekali lagi bakal bertemu sambil makan bagi menutup kalendar tahun ini. Aku bersyukur kerana persahabatan ini sangat erat. Setiap hari, whatsapp menghubungkan kami. 24 jam sebenarnya. Tak pernah putus dengan cerita-cerita lama dan baru. Kini ada rakan kami yang anak-anaknya (2 serentak!) bakal melangsungkan pernikahan. Hahahahahaa....terbeliak biji mata aku dengar sebab aku rasa macam baru semalam kami bersalam dan berpelukan meninggalkan sekolah lepas SPM! Apabila aku renung muka aku dicermin barulah aku perasan yang aku dah menghampiri setengah abad! Hahahahahaha.....tak pernah rasa pun macam tu....dulu, kini dan selamanya hati tetap 17!

Semalam 2 katil bujang untuk anak-anak aku sampai. Diawal paginya tukang assemble ada talipon aku bertanyakan samada katil dah sampai ke belum? Aku jawab belum. Dengan sopan dia bagitahu namanya dan berjanji aku menalipon pemandu lori dan arrangekan waktu untuk dia pasangkan katil. Yuya sibuk mengemas biliknya dan tak sabar nak pasangkan katilnya sendiri. Marina sibuk membantu. Setelah 45 minit berlalu, aku lihat kedua-dua katil telah siap dipasang elok. Tilam diletakkan, bedsheet, pillowcase dipasangkan kemas. Aku tahu bahawa malam tadi Yuya tidur puas! Tapi yang tak puasnya ialah aku. Aku tak puas kerana aku dah bayarkan harga delivery dan pemasangan (katanya 2 team berbeza). Pukul 4.30 petang, 2 katil sampai. Tukang pasangnya tak sampai. Kata tukang hantar, tukang pasang akan sampai dalam masa satu jam lagi. Tunggu punya tunggu sampai kesudah tak sampai. Itu yang menyebabkan aku hilang sabar dan Yuya pasang sendiri. "Sebbel deh.....". Bila aku talipon ke nombor talipon yang digunakan pagi tadi untuk menalipon aku, katanya itu salah orang! Hello IKEA!!!!! Whats going on? Aku dah bayar ya untuk dipasang.....aku tahu pemasangannya sangat mudah. Tetapi aku bayarkan juga untuk pemasangan kerana tak mahu menyusahkan anak-anak aku. Dah ini pulak jadinya........! 

Cuaca dan disiplin kedatangan di hotel.

Sekarang ni musim hujan. Tak pagi, petang akan hujan....tak petang, malam akan hujan....dulu boleh kita kata cuaca ni tak dapat dijangka. Memang ada kebenarannya. Tetapi dengan teknologi terkini, setiap mobile phone (baru) kita sudah boleh membaca ramalan cuaca pada hari tersebut. Sangat mudah. Makanya setelah kita baca ataupun ramalkan yang cuaca pada hari itu akan buruk, haruslah kita mempersiapkan diri. Apabila Uncle mula bekerja dulu (sekarang juga), kedatangan dan ketepatan waktu amatlah penting untuk Uncle. Sewaktu Uncle tiada kenderaan dan bergantung kepada mini bus mahupun teksi sekitar penghujung 80-an dulu, Uncle akan pastikan yang Uncle keluar rumah 2 jam lebih awal. Jika bekerja pada pukul 3 petang, jam 1 Uncle dah keluar rumah. menunggu, menaiki dan berjalan dalam trafik yang baik mengambil masa selama sejam. Jika tidak baik mungkin sejam setengah. Jadi Uncle masih ada setengah jam untuk bersiap sebelum mula kerja. 2.45 petang harus berada di restaurant untuk briefing sebelum mula bertugas. Ini Uncle sentiasa amalkan. Lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk masuk awal. Jika Uncle terlambat keluar rumah (walaupun hakikatnya masih awal), Uncle akan menjadi resah. Nah...oleh itu Uncle ingin tegaskan kepada adik-adik sekelian agar jagalah disiplin kedatangan. Janganlah malas dan menganggap ketepatan waktu itu tidak penting. Sesetengah corporations atau mungkin kesemua syarikat antarabangsa memandang serius perkara ini. 

Ketepatan waktu bukan hanya terarah kepada kehadiran kerja semata-mata tetapi merangkumi semua perkara seharian kita. Mesyuarat, interview, menguruskan acara dan banyak lagi. Janganlah bagi alasan bahawa kalau dia boleh lambat kenapa saya tidak? Attitude sebegitu adalah seperti roda. Tiada kesudahannya dan dek kerana tabiat sebegitu, semua proses tidak akan menjadi lancar. Adik-adik tidak mahu dipandang sinis apabila menghadiri mesyuarat apatah lagi apabila adik-adik sudah menjawat jawatan tinggi! Adik-adik Uncle tidak boleh begitu ya...Morale of the story is, rancanglah setiap perkara didalam hidup kita. Dengan perancangan yang betul, kehidupan kita akan lebih positif dan bermakna! Have a pleasant weekend people!

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Tapi kakak tumpang bangga Yuya dan marina ada turun darah papanya. Gigih. Pandai pulak mereka pasang sendiri.

Kita dah biasa masuk kerja awal memang tak selesa kalau tiba lewat walau pun belum waktu bekerja.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.
Semalam saya pi IKEA Cheras. Nasib baik pi dengan moto! Komplen ke customer service dan dibayar semula apa yang saya dah bayar. Tadi pagi Yuya talipon memberitahu yang IKEA datang nak pasang katil lepas 3 hari! Hahahahahahaha....

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

Kakcik juga sudah terbiasa bangun pagi dan keluar awal sewaktu bekerja dulu. En Suami sudah terapkan disiplin begitu berpuluh tahun lamanya. Kalau kata hendak keluar jam 7 pagi, baginya jam 6.45 sudah siap ada dalam kereta!

Allahyarham bapa kakcik juga begitu. Kalau dia dijadualkan naik bas jam 12.00, jam 9.00 dia sudah gelisah andai masih belum keluar rumah... :)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.
Sama lah macam saya...cuba terapkan kepada anak-anak tapi masyallah...punyalah payah!

Abdul Qaiyum berkata...

Saya cuba jadikan cerita cerita uncle ni sebagai pembakar semangat kepada staff staff. Insyaallah

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...