Sabtu, November 28, 2015

Balik kampung!

25 Lintang Permai 2

Didalam beberapa entry yang lepas aku ada bercerita mengenai rumah peninggalan arwah bapak dan mama kepada kami adik-beradik. Rumah ini sangat dekat dihati aku kerana aku ada disitu sewaktu pembinaannya dan dibalkoni itulah aku akan melompat turun ke timbunan pasir yang ada dibawah. Kesemuanya aku ceritakan didalam blog ini. Alhamdulillah minggu lepas aku berkesempatan untuk balik ke Brown Garden di Gelugor, Pulau Pinang bersama-sama dengan kesemua abang-abang dan kakak-kakak aku untuk melihat, meninjau dan berbincang tentang apa yang perlu kami lakukan pada rumah tersebut. Dari luar kelihatannya tidaklah sebesar mana tetapi apabila melangkah masuk, masyAllah, payah aku nak gambarkan. Di living roomnya aku akan bermain bolasepak dengan menggumpalkan sebanyak mungkin kertas suratkhabar, dikeronyok dan dimasukkan ke dalam plastik merah, diikat dan dijadikan bola. Aku akan menendang "bola" tadi siang dan malam ke dinding sampai pecah. Lepas tu aku buat baru! Hahahahaha...Kakak-kakak aku dah mula masuk ke universiti...abang-abang aku berada disekolah menengah. Jadi tak ada sesiapa dirumah sewaktu aku kecil kecuali arwah mama yang sibuk kesana-kemari memastikan keperluan kami terjaga manakala arwah bapak bertugas di Pulau Jerejak. Sedari kecil aku dah melihat arwah bapak meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki membesarkan kami. Mungkin itu yang turun ke aku apabila merantau ke luar negara untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara keluarga aku pulak! Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Classic

Yang pasti, ini bukan milik aku...Sony Walkman ni aku jumpa sewaktu menyelongkar almari bilik. Aku rasa mungkin kepunyaan salah sorang abang-abang aku. Bayangkan kalau anak aku pakai Walkman ni. Pasti ramai yang akan terbeliak biji mata. Aku tak pasti samada ianya masih boleh digunakan ataupun tidak. Mungkin aku patut tanya pada SONY di Tokyo. Barangkali boleh dimasukkan ke dalam muzium mereka! Hahahahahahaha....

Gambar dibawah pulak ialah merupakan bilik kakak aku sewaktu mereka masih menginap disitu apabila pulang dari universiti. Seterusnya menjadi bilik aku apabila aku berada di tingkatan 6 tahun 1986 dan 1987. Ada pintu yang menganjur ke balcony. Pintu inilah yang aku buka dan seterusnya panjat penghadang dinding sekitar tahun 1974 untuk terjun ke bawah. Daripada pintu itulah juga jiran sebelah rumah aku si rizal akan memanjat balconynya dan masuk ke bilik aku melalui balcony aku! Kadangkala sewaktu aku mengulangkaji ditengah-tengah malam dia akan memanjat secara senyap dan mengetuk tingkap atau pintu sambil membuat pelbagai bunyi. Mula aku terperanjat tapi lama-kelamaan aku pulak yang panjat masuk ke balconynya! Begitulah akrabnya kami dulu dan sampai sekarang kami masih berhubung rapat. Hahahahahaha...


Adik-adik yang sangat Uncle sayangi. Berbalik kepada topik restoran dan hotel pada minggu ini, pada suatu ketika diwaktu permulaan kerjaya, seperti yang pernah Uncle ceritakan, Uncle bertugas sebagai "cleaner" di Shangri La Hotel Georgetown di Pulau Pinang. Kini dipanggil Jen Hotel kalau tak salah Uncle. Berhadapan dengan St Giles Wembley di Jalan Magazine. Masuk pagi, kami ada briefing. Mendengar dengan teliti kesemua arahan, menerima assignment, mendapat pesanan mengenai vip guests, diulangi standard operating procedures untuk masuk ke bilik dan sentiasa diingatkan agar berdisiplin, jangan panjang tangan dan sebagainya. Hampir setiap pagi Uncle akan mendengar perkara yang sama. Kebanyakkan orang akan memandang remeh kepada briefing yang diberikan setiap pagi. Mereka berbual dan tidak memberikan perhatian. Tidak bagi Uncle. Uncle memandang ini secara serious. Apa yang diberitahu akan Uncle catatkan. Makanya buku nota kecil dan pen amatlah penting sekali. Oleh kerana kerja ini merupakan "routine harian" sebahagian besar daripada mereka mula cepat berasa bosan. Apabila mereka bosan, mereka akan melakukan kerja dengan sambil lewa. Beberapa minit sebelum tamat waktu kerja mereka akan mula berkumpul, menolak trolley masuk ke pantry masing-masing dan mula menukar baju sambil menunggu waktu untuk balik.

Adik-adik yang amat Uncle sayangi. Uncle mengambil kesempatan diatas kelekaan rakan-rakan setugas tadi dengan bekerja bersungguh-sungguh. Uncle cari kesalahan mereka. Jika mereka sering masuk lambat, Uncle pastikan yang Uncle masuk awal. Jika mereka selalu mencuri waktu, Uncle pastikan yang Uncle selalu melebihkan waktu walau 10 minit sekalipun. Jika Uncle melihat mereka bersembang tak tentu hala tanpa topik yang bernas, Uncle akan buka buku nota dan rujuk kembali pesanan-pesanan supervisor. Bagi Uncle, these are all simple things that you can do untuk memastikan yang adik-adik sentiasa berada sedikit kehadapan berbanding dengan mereka. Ini bukanlah memencilkan diri ataupun anti sosial tetapi adik-adik harus ingat bahawa adik-adik dibayar untuk bekerja. 

Apabila Uncle masuk ke bilik untuk mengemas, Uncle akan pastikan yang barang-barang berharga tidak disentuh. Kadang-kadang terlihat wang yang berselerakan. Barang-barang kemas ditinggalkan begitu sahaja. Kebiasaannya jika ini berlaku, Uncle akan memanggil supervisor untuk menjadi saksi sewaktu Uncle mengemaskan biliknya. Supervisor yang berpengalaman akan mencatatkan barang-barang yang dilihat dan lokasinya sebagai catatan peribadi. Begitu juga Uncle. Ini untuk memastikan yang tidak ada apa-apa barang diubah tempatnya ataupun dibawa keluar daripada bilik. Jika supervisor sibuk, Uncle akan menutup pintu dan kembali lagi apabila supervisor mengiringi Uncle untuk masuk. Harus diingat bahawa setiap kali pintu bilik hotel dibuka, "bacaan"nya akan bermula. Door log boleh diambil untuk memastikan tidak ada pencerobohan bilik berlaku sewaktu ketiadaan tetamu. Didalam log tersesebut akan tercatat pukul berapa pintu dibuka, berapa lama terbuka dan pukul berapa ditutup. Jenis-jenis kunci juga boleh diketahui. Setiap kunci bilik yang diberikan kepada tetamu akan disetkan waktu masuk dan daftar keluarnya. Oleh itu apabila tetamu keluar kuncinya tidak boleh digunakan lagi. Tetamu lain yang masuk ke bilik yang sama selepas dibersihkan akan disetkan dengan kunci yang baru. 

Uncle paling suka jika ada tetamu dibilik sewaktu Uncle membersihkannya. Uncle akan mula berbual dengan mereka. Ini menambahkan ilmu pengetahuan Uncle mengenai negara asal mereka, apa yang mereka suka dan kemana yang mereka ingin lawati. Daripada situ Uncle akan bercerita mengenai tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Pinang, makanan-makanan yang lazat serta budaya masyarakat setempat. Disitu Uncle membina keyakinan diri untuk bercakap dengan tetamu baru. Bijak mengatur topik yang sesuai untuk berbicara. Belajar mengenai body language setiap tetamu. Perkara-perkara tersebut menimbulkkan keinginan Uncle untuk membaca, mempelajari lebih dari satu bahasa dan seterusnya timbul keinginan untuk melancong seperti mereka. Adik-adik, bukankah ini semua perkara positif?

Pengajaran untuk adik-adik
  1. Tepati waktu - apabila adik-adik menjawat jawatan yang besar nanti, kelewatan adik-adik akan membuatkan adik-adik dipandang sinis. Bagaimana adik-adik mahu menjadi ketua sedangkan adik-adik sendiri tidak menunjukkan disiplin yang baik?
  2. Dengar arahan - apabila adik-adik menjadi ketua jabatan, adik-adik akan mula memberikan arahan. Apa akan berlaku jika para pekerja adik-adik tidak mendengar setiap arahan yang diberikan? Dimanakah "nilai" adik-adik pada waktu itu?
  3. Integrity - jujur dan amanahlah terhadap apa saja yang adik-adik lakukan. Jangan sekali-kali mengambil hak orang lain kerana suatu hari nanti hak adik-adik pula akan diambil! Laksanakan amanah yang diberikan itu dengan rasa tanggungjawab dan takut kepada Allah. Uncle sering melihat wang yang berkepuk ditinggalkan dibilik. Barangan kemas yang nilainya ratusan ribu ringgit diatas meja solek dan pelbagai lagi. Tetapi alhamdulillah, Uncle selalu teringatkan pesanan arwah Bapak untuk tidak sekali-kali mengambil kesempatan seperti itu.
Kepada adik-adik, Uncle ingin berpesan....lakukan setiap pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan jangan mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberikan terhadap adik-adik untuk kepentingan diri sendiri. InsyAllah adik-adik akan berjaya....Have a pleasant weekend people.....

10 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

assalamualaikum uncle...klasik sungguh walkman tu..sekarang mudah..hanya guna hp

Uncle berkata...

Waalaikumsalam iryanty. Memang klasik dan uncle bertuah kerana pernah merasa menggunakannya. In fact sewaktu zaman radio besar yg diusung kehulu kehilir sewaktu breakdance pun uncle pernah buat...ha-ha! Kalau Sekarang mungkin orang kata "gila" mengusung radio besar pergi-balik pergi-balik!

iryanty ahamad berkata...

hah...betul ke uncle..macam tak pecaya uncle usung radio...tak sangka...

Uncle berkata...

Iryanty.
Uncle usung radio tu naik Bas SKS dari Seremban ke kl dan ke rumah kakak uncle di Damansara jaya waktu itu dan balik naik SKS ke Seremban. Walaupun radio tak dibenarkan dibawah masuk ke asrama somehow or rather uncle masih dapat bawak...ha-ha

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Walking down the memory lane.. hahaha terkenang masa yang lalu membuat seseorang senyum sendirian. Selepas habis form V tunggu result MCE, Mak Long gilakan pakai seluar bell bottom dan pakai baju ala Saloma berlengan kembang dengan kain ketat belah tepi... bila teringat gitu geli hati betul betapa suntuk fikiran masa itu..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.

Ya betul..down memory lane..saya pon pernah merasa memakai seluar bell bottom yang ditempah di kedai berhampiran Simpang 6 (opposite GAMA) sederet dengan kedai makan Kassim Nasi Kandar....lepas 2 minggu hujung seluar saya "merambu" sebab menyapu lantai jalan!

Saya harap Mak Long masih ada gambar-gambar lama untuk dijadikan sebagai bahan untuk senyum dan ketawa sorang-sorang!

Ibu n Abah berkata...

Lama tak lalu taman brown
Kalau tak tu mmg jadi laluan akak kalau nak ke Minden Height antar anak tadika.
Pastu lalu situ juga kalau nak ke bukit jambul.
Lalu situ juga kalau nak kerumah sepupu suami. Allahyarham Haji Salahuddin dan anaknya Allahyarham Haji Rosli.
Rindu nyer.

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Ibu n Abah.

Alhamdulillah cerita saya ini telah mengembalikan kenangan kakak terhadap kampung halaman saya yakni Brown Garden (Taman Brown). Seingat saya sewaktu kecil circa 73-75 saya masih boleh bermain basikal, baling selipar, galah panjang diatas jalan tetapi kini jalan yang saya sering bermain itu telah menjadi jalanraya dan laluan pintas ke USM! Dulu sewaktu tahun-tahun tersebut banyak lembu yang akan berjalan pulang ke High Chapparal di Kampong Kastam tetapi kini lembu dah tak kelihatan. Sebatang sungai yang menjadi tempat saya bermain juga sudah tidak kelihatan dan kini telah dibangunkan kawasan perumahan yang nilainya telah mencapai jutaan ringgit. Hebat pembangunan di Taman Brown. Rumah kami yang dulunya berharga RM19,000 sebuah kini telah hampir mencecah RM1.5juta ringgit. Kalau "kelam mata" mahu saja ia dijual tetapi jika dijual, dimanakah kampung kami nanti?

Kakzakie Purvit berkata...

Seronok pulak kakak membaca
Mesti terkekang kisah dedulu
Rumah pun masih cantik lagi conditionnya
Value sekarang ni entah berapa agaknya kan.

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.

Rumah yang dibelakang kami yang sedikit lebih murah sewaktu membelinya dulu kini mempunyai value sebanyak RM1.2 juta. Rumah kami di beli dengan harga RM19,000 pada tahun 1972....Bayangkan kalau yang lebih murah dari kami dah harga sebegitu! Tetapi kami tak berniat untuk menjual. Kami akan "make up" rumah tu dan akan menjadi weekend home kami....

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...