Jumaat, Januari 08, 2016

Berusahalah!

Saas Fe - Suisse

Assalamualaikum wbt para pembaca mingguan aku sekelian. Tahun 2015 telahpun berlalu beberapa hari yang lalu. Bagi aku, alhamdulillah. Ia merupakan setahun yang menyeronokkan. Ada beberapa pencapaian dan juga pengiktirafan kecil-kecilan yang diterima. Aku bersyukur. Penutup tahun 2015 aku juga berlangsung dengan baik apabila dapat bersama keluarga bercuti. Tidak terlalu lama, tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu mewah. Cukup ala kadar. Yang penting, semua happy!

Tahun 2016 sedang dilalui sekarang. Apakah azam aku? Aku tak ada azam pada tahun ini. Aku cuma nak jadi lebih baik dari 2015. Dari segi kesihatan, perihal keluarga, kerjaya dan lain-lain lagi. Aku tahu aku berada ditahap mana tahun lalu dan sebelumnya. Maka oleh itu, aku harus strive dan gandakan usaha untuk menuai hasil yang lebih baik pada tahun ini. Insyallah. The "keyword" here is "BERUSAHA".

Beberapa hari yang lalu aku ada bertemu dengan seseorang yang pakar dari segi kewangan. Kami duduk berbual mengenai jumlah simpanan yang aku ada dan membincangkan perancangan seterusnya. Semua orang ada simpanan. Tak kiralah sikit ataupun banyak. Satu sessi yang sangat bermanfaat bagi aku kerana ada beberapa perkara yang aku tidak tahu dan ada juga beberapa perkara yang aku terlepas pandang samada secara sengaja ataupun tidak. Semua ini pelajaran yang berguna kepada aku. Cuma aku terfikir ishhh, kalaulah aku simpan lebih sikit "masa tu..." But then again, semua dah berlalu. Tak guna nak diingatkan lagi. C'est la vie! Obladi-oblada! Makanya sekarang aku terpaksa gandakan usaha!

Aku selalu berpesan kepada anak-anak agar jangan membazir. Bukan senang nak dapat duit. Bukan hanya duduk, berdoa dan duit akan turun dari langit. Tidak sama sekali. Kita harus berusaha. Ramai yang mengeluh akan kenaikan barangan kini. Tetapi tidakkah pernah terdetik difikiran mereka apakah tindakan susulan yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Berusahalah!

Azumi baru saja selesai menduduki peperiksaan SPM pada bulan Disember yang lalu.  Selesai sahaja kertas terakhir, aku mengirimkan satu message di whatsappnya yang berbunyi didalam Bahasa Malaysianya seperti berikut....

"Tahniah kerana telah berjaya menduduki peperiksaan SPM hingga selesai. Jika Abang memandang ke belakang, Abang akan sedar bahawa cepatnya masa berlalu. 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Cherish persahabatan dengan rakan-rakan selama 11 tahun tersebut. Hubungan  harus dipelihara sepertimana Papa dengan rakan-rakan Papa selama lebih dari 30 tahun dulu dan hingga kini kami masih lagi seperti sebuah keluarga yang besar. Perjalanan Abang ke alam dewasa akan bermula. Beberapa tahun berada di Universiti dan seterusnya Abang akan mengharungi satu perjalanan yang penuh dengan ranjau dan liku. Berusahalah dengan gigih dan pastikan disiplin terpelihara. Set a goal dan time frame untuk mencapai goal-goal tersebut. Papa percaya yang Abang akan berjaya didalam apa juga bidang yang Abang ceburi. Walau sesibuk manapun Abang, ingat bahawa "keluarga" sangatlah penting. Papa dan Mama akan sentiasa menyokong Abang. Jangan hampakan kami! Apa yang Papa dapat berikan hanyalah "pelajaran". Belajarlah setinggi mana pun. Papa akan tetap berusaha mencari wang untuk menyekolahkan kamu bertiga hingga ke peringkat tertinggi. Selain daripada itu, moto, kereta, rumah dll Abang harus mencari sendiri. Itulah yang Papa lakukan sewaktu Papa diumur Abang dulu..Love you very much - Papa"

Seminggu selepas itu, Abang menalipon aku memberitahu bahawa beliau akan mula bekerja keesokan harinya dan duit itu akan digunakan untuk mengambil lesen memandu. Alhamdulillah. Aku bersyukur.

Pelajaran kepada adik-adik:

  1. Tanamkan azam dan berusahalah sekuat mungkin untuk mencapai azam tersebut. Pada suatu waktu dahulu, Uncle sering berkata, bahawa kita perlu ada plan B supaya jika plan A tidak berhasil, kita sudah ada persediaan. Tidaklah kita terpinga-pinga sewaktu jatuh terduduk. Tetapi pada suatu hari pulak, Uncle membaca sebuah tulisan mengenai motivasi dan perkara-perkara positif. Beliau menulis/berkata, jangan sediakan plan B kerana jika plan B ada didalam minda kita, kita tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita kerana kita tahu kita dah ada plan B! Now, it's up to adik-adik untuk memilih yang mana satu lebih baik. There's no right or wrong here!
  2. Pastikan yang adik-adik menabung dari awal. Mulakan dari waktu adik-adik mula bekerja. Siapkan minda dan pahatkan didalam jiwa bahawa didalam masa 5 tahun bekerja tetap, adik-adik akan menyimpan wang dan mampu membayar booking fee ataupun downpayment untuk rumah. Tetapi pastikan yang adik-adik selesa dengan jumlah bulanan yang perlu adik-adik bayar. Jangan ikut orang. Biarlah orang berbelanja besar. Biarlah orang bergaya hebat. Biarlah orang berbelanja mewah. Adik-adik stay focus. Belanja untuk horey-horey hanya setelah kesemua hutang dan segala macam pembayaran  serta sedikit simpanan telah dibuat. Jangan bayar hutang dan simpan hanya selepas horey-horey....itu bahaya! Kereta atau moto boleh adik-adik miliki jika masih ada simpanan berbaki. 
  3. Uncle juga ada rakan yang sewaktu mudanya dulu telah memiliki sebuah rumah pangsa 3 bilik tetapi 2 daripadanya disewakan. Satu bilik yang disewa, duitnya digunakan untuk membayar pinjaman perumahan manakala satu lagi bilik yang disewa, duitnya digunakan untuk membeli/membayar ansuran kereta! That is "smart!"
  4. Adik-adik harus bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Berdikari. Jangan mengharapkan ibubapa. Jangan dibebankan hari tua mereka dengan segala macam hutang adik-adik. Hutang kereta lah, hutang moto lah, duit makan la....come on adik-adik....adik-adik lebih baik dari itu. Berusahalah!
Terimakasih kerana masih membaca. Hahahahaha...aku ingatkan semua dah tutup laptop....Btw, have a pleasant weekend. 2-3 hari ni cuaca sangat baik. Pergi lah jogging dan beriadah..jagalah kesihatan! Peringatan ni aku tujukan khas untuk aku yang selalu terlupa dan tak sedar diri! Hahahahaha....

18 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Satu catatan yang sangat bagus untuk dibaca oleh 'anak-anak kita'. Semoga mereka tahu betapa peritnya untuk mendapat ringgit dan sen (belum lagi dollar atau pound).

Kos sara hidup kian meningkat dan tak akan pernah turun...





Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik Nur.
Harapan saya agar adik-adik/anak-anak dapat sedikit manfaat drpd apa yg saya coretkan. Insyallah.

Omong Mak Long..... berkata...

Peringatan yang sangat baik, Uncle. I wish every young Melayu persons out there read your message and look back where they come from, then look ahead for a better bright future.

Uncle berkata...

Terimakasih Mak Long...dalam sejuk menggeletar musim dingin Mak Long masih sempat menitipkan ulasan..dan ya saya harap adik2 kita membaca tulisan saya dan jadikan iktibar!

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Ingat photo kt Suisse...gambaq Yuya!?

Anak2 kita kena belajaq kt School of Hard Knocks,baru depa cepat matang mcm yg Uncle buat tu. Tahniah.

Time flies,soon Azumi bgtau dia nk kawin!

Abg Charlie

Uncle berkata...

Abang Charlie.
Tq for reading. Tu gambaq saya tahun 94 kot...kalau tak salah...La ni pon masih seropa tu lagi...hahahaha...
Azumi menikah? Kena cari duit sendiri. Saya kahwin duit simpankan sendiri bang!

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum uncle..sayu hati baca coretan ni...teringat abah...uncle..abah selalu nasihat dil dari kecik dulu..."jangan diharap harta keluarga...jangan suka meminta minta..bukan abahmak tak sayang anak2nya.tapi...pikirlah...nasib semua orang x sama...usahalah sendiri jika nak apa2...baru terasa berkatnya..abahmak hanya mampu bagi semngat dan jalankan tanggungjawab yg diamanahkannya dan doakan yang baik2 shj..agar kita semua hidup dengan redha Yang Maha Esa..." :-( mmg dil pgg uncle..jadi dil juga sentiasa bgtau anak2..sjak dr kcil lagi..tambah2 hidup rantauan yg masih belajar ni uncle..kami mmg sangat survive..dan syukur ank2 sangat memahami..walau kadang2 mereka terpaksa tempuh kepayahan yg tidak padan usia....huhuhu..terima kasih uncle...

dari dil..bumi iskandariah..

Lady Windsor berkata...

Whoaaa...uncle, bagusnya SMS tu. Mohon copy style dan idea ini ya. Anak buah saya ada dua yang dah besar usia 17 dan 15 dan selebihnya masih kecik lagi dan mungkin mereka tak akan faham tapi saya nak wasap ke mak pak depa. Biar mak pak depa bacakan kat anak. Anak buah pun kira macam anak seniri jugak kan..

ok tengsss!

Ibu n Abah berkata...

Tumpang bahagia melihat anak2 uncle dah besar. Kenali mereka melalui cerita2 uncle.
Alhamdulillah. Dah boleh nampak dah corak kehidupan depa nanti. Semuanya dlm pengawasan ayah depa yg sangat luas pengalamab hidup. Alhamdulillah. Depa tidak akan kehilangan arah. In syaa ALLAH.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam ummi khalish.
Benar, bukan tak bayangkan anak-anak. Sayang Tetapi tidsk mahu "memanjakan". Tahun 88 uncle bekerja di kedai aiskrim swensens didamansara jaya. Uncle buat overtime hampir setiap hari. Duit dikumpulkan dan duit itulah uncle gunakan utk daftar masuk Itm dungun. Uncle pergi mendaftarkan seorang diri!

Uncle berkata...

Ibu n abah. Terimakasih kerana masih mengikut kisah saya hingga kini. Saya terharu. Ada sekali isteri dan marina ke petrosains. Marina ditegur dan diambil foto oleh seorang gadis kerana beliau mengikuti cerita saya. Saya mula menulis di tahun 2007 sewaktu di Madinah. Yakni sewaktu Azumi berumur 9, Yuya 7 dan marina 2. Kini Azumi 18, Yuya 15 dan marina 10! Sungguh pantas masa berlalu.

Uncle berkata...

Lady Windsor.
Uncle dah forward to you via whatsapp....jika ianya baik untuk semua, silakan...

Othman Zan berkata...

Assalam Uncle. Anak saya berumur 11 tahun tak suka belanja tapi tak juga menabung duit yang dia tak belanja.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Othman Zan.
Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan sedikit komen. Uncle rasa anak ni sangat prihatin, Uncle pasti dia masukkan semula duit tu ke dalam poket seluar kerja ayahnya! Cuba check poket kanan...pasti ada wang yang terlebih! Give him "high five!"

Kakzakie Purvit berkata...

Ada sedikit getar di dada kakak membaca pesanan uncle buat Abang. Sebagai papa/mama begitulah pesanan terbaik buat mereka. Pelajaran nombor wahid. Org ada pelajaran ke mana tercampak pun boleh hidup.

Uncle berkata...

Terimakasih Kakzakie Purvit.
Saya cuma mahu memberitahu mereka untuk berusaha dan jangan terlalu mengharapkan bantuan. Semoga mereka berjaya. Nikmatnya akan terasa lebih jika berdikari!

Hazlan Zakaria berkata...

salam pak cik

pesanan pakcik akan di ingat setiap masa insyallah... Anak2 dan keluargalah harta yg saya ada sekarang..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Hazlan Zakaria.
Lama tak muncul disini. Guna pakai hanya jika ia memberi manfaat!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...