Ahad, Januari 31, 2016

Buntu..

Ubud, Bali once upon a time..


Assalamualaikum wbt pembaca yang amat aku sayangi. Alhamdulillah aku masih bersemangat untuk menulis di blog mingguan aku ni. Kadang-kala tergaru juga kepala mencari idea apa yang harus aku tulis. Topik apakah yang relevan dan apakah pengajaran yang dapat dikutip oleh adik-adik aku hasil daripada pembacaan mereka. 

Sedar tak sedar dah 9 tahun aku "merapu" disini bercerita perihal keluarga, rakan-rakan, kareer dan apa saja yang dekat dengan aku. Ini termasuklah mengenai sukan yang aku amat minati yakni rugby. Jadi terkadang aku terfikir balik, "eh apa yang aku nak tulis minggu ni?"

Apa yang telah aku ceritakan disini ialah pengalaman aku sendiri berada ditempat-tempat tersebut. Tujuan aku merekodkan kesemuanya dalam bentuk penulisan sebegini ialah sebagai bacaan kepada anak-anak aku apabila mereka berada diusia aku nanti. Mungkin satu atau dua perkara positif dapat diikuti oleh mereka. Tak perlulah semua....Juga sebagai terapi minda untuk aku. Jika aku tak menulis cerita-cerita ini apa lagi yang aku nak buat? Main rugby, badan dah tak mengizinkan walaupun semangatnya masih meluap-luap seperti berusia 17 tahun! 

Ada satu benda lagi yang aku nak buat tahun ni tapi belum berkesempatan lagi. Aku nak kayuh basikal! Bukan basikal kat gym...itu aku boleh kayuh bila-bila! Ini basikal on the road. Aku ada sorang kawan yang sangat gila mengayuh basikal. Gila yang tak boleh dibendung lagi. Habis satu Malaya dia dah ronda. Paling gila bila dia menghantarkan gambar-gambar kayuhannya di Papua New Guinea tahun lalu! Pergh....tak bergerak aku tengok gambar dia walaupun lampu dah hijau sebanyak 3 kali di traffic light tepi DBKL Kampung Baru!

Dah lama dia mencadangkan kat aku jenis basikal yang sesuai untuk aku. Tapi melihatkan tayar basikal yang "ramping", aku jadi ngeri nak menunggang! Aku rasa kalau aku nak beli pun mungkin aku hanya akan beli basikal yang rodanya kecil sikit. Duduk tegak dan bukan membongkok. Boleh lipat masuk dalam kereta atau boleh lipat masukkan dalam bakul moto!

Aku nak mula dengan kayuhan santai selepas makan malam sekeliling rumah aku dulu. Kata orang untuk mendapatkan "feel"nya. Lepas tu boleh lah kayuh ke pasar Ampang. Kemudian jauh sikit ke KOSAS. Lepas tu ke Hulu Langat, rendam kaki dalam kolam air panas kat tepi Dusun Tua! Then kayuh balik. Mesti berpeluh gila dan bagus untuk jantung..

Aku bukan nak masuk competition. Cuma aku rasa sangat terpanggil apabila melihat rakan-rakan yang nampak sangat terhibur dengan hobi menunggang basikal mereka. Ada saja gambar yang dihantar kepada group kami. Itu yang membuatkan adrenalin aku kencang!

Kesihatan perlu dijaga. Kepada adik-adik yang tidak aktif bersukan, Uncle cadangkan agar mulakan sesuatu dan jadikan ia sebagai hobi. Payah-payah, bercucuk tanamlah disekeliling rumah dulu. Lakukan selama 30 minit. Dari satu pasu mungkin minat mula timbul dan adik-adik akan teruskannya sebagai hobi selain riadah utuk kesihatan. 

Sejak Wiwit tiada dirumah kerana bercuti selama 2 bulan, aku mengambil alih tugas sementara dengan menyiram pokok didepan dan tepi rumah. Tak lah banyak. Di tepi tangga didalam pasu ada pokok limau purut, orkid (nak mati), daun kesum dan tutup bumi. Ditepi pagar pulak seperti yang aku pernah ceritakan dulu, aku ada pokok kari, belimbing, serai, kemangi, mangga, nenas, rambutan, aloe vera, ubi kayu dan beberapa lagi. Nak menyiram kesemua ni mengambil masa jugak sebab aku pakai baldi. Mau 4-5 kali berulang baru siap. Tapi 4-5 kali berulang ni lah yang buatkan aku berpeluh. Itulah aktiviti paling sedikit yang kita boleh buat dirumah selain melipat dan menggosok baju. Pada yang nak cepat berpeluh melebihi sauna, aku cadangkan menggosok baju dan jangan pasang kipas ataupun pendingin hawa. Aku garenti lepas 2 helai baju ataupun seluar, peluh akan mencurah-curah. In fact aku rasa ini lah aktiviti 2 dalam 1 terbaik mengalahkan kopi Nescafe 3 in  1! Selain daripada berpeluh dan sihat, pakaian juga akan siap digosok. .....hahahahahahaha....

Baiklah...kepada sesiapa yang berkerja di KL, selamat menyambut hari Kuala Lumpur esok. Duduk rumah diam-diam dengan keluarga ya, jangan nak merayap! Have a pleasant week ahead, people!

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

Kakcik ambil bibik seminggu atau dua minggu sekali. Kerjanya termasuk menggosok pakaian. Tapi kakcik tak pernah puas hati dengan hasil gosokannya! Suami kakcik pula jenis tak kisah...

Tapi minggu lepas, kami ambil keputusan untuk mengambilnya buat kali terakhir. Rasanya kami sangat berlembut. Dia kerja dua jam pun kami tetap bayar penuh. Sebagai manusia biasa, hati tetap berkata-kata...

Tak mengapalah, kakcik boleh gosok sendiri pakaian. Dulu pun kakcik buat sendiri juga. Biar banyak sikit peluh basi yang keluar dari tubuh ini... :)

Ibu n Abah berkata...

Selamat memulakan xtvt berbasikal
Ada seorg pakar jantung di Kelantan dahulunya gemuk, sekarang dah slim. Tiada jalan singkat nak kuruskan badan melainkan bersenam atau xtvt berbasikal...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik.

Ada pelbagai kerenah sebenarnya. Ada yang baik dan ada juga yang kurang baik...saya bernasib baik selama 6 tahun ni masih ok. Tapi tak tahulah pulak selepas ni. Entah balik semula ke sini entah tidak...hahahahahahaha....tapi, kalau balik sini pun ok, kalau tak balik sini pon ok...hahhahahahaa....tunggu saja!

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Saya masih belum beli basikal pon lagi! Cuma dok tengok basikal orang! Hahahahaha....Btw, ada jugak kawan-kawan saya di KB seorang doktor pakar. Tapi pakar apa saya tak pasti...2 years my junior..hopefully dia sihat sentiasa!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...